Home Novelet Cinta DILAMAR PUTERA BUNIAN
DILAMAR PUTERA BUNIAN
NAWAR WAHID
28/11/2020 11:34:13
41,925
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 3

Langit sudah mula gelap. Burung gagak hitam kelihatan berlegar-legar di kawasan mereka berkumpul. Seingat Qalea, sewaktu dia terlihat burung gagak inilah, makhluk itu muncul. Gadis itu untuk mula mencari susuk tubuh itu tetapi dia tidak pula ada. Qalea menggigit kukunya yang memang sudah pendek. Sengaja mahu menghilangkan perasaan risau. Apa yang harus dia lakukan saat ini? Melarikan diri? Atau memberitahu Wani bahawa ayahnya pasti akan risau? Oh, mungkin memberitahu sahaja bahawa dia tidak bersedia. Tidak mahu untuk memijak alam lain. Cukuplah dunianya yang penuh dengan cabaran. 

 

“Wani, sudah berapa kali kau jejak tempat tu? Apa yang buatkan kau rasa teruja sampai kau nak ajak semua orang pergi sana?”

 

            Wani tergelak kecil. Dia memicit bahu Qalea kuat, memberi semangat kepada rakannya bahawa semua ini akan selamat. “kau tak perlu risau Qalea. Aku dah pesan pada ayah kau yang kau akan tidur di rumah aku. Dan, untuk soalan kau. Nanti aku cerita.”

 

            Ah, semuanya nanti! Qalea mengeluh perlahan. Masih bimbang. 

            Wani sudah mengarahkan yang lain untuk duduk secara berkumpulan. Semuanya dipilih secara rambang. Nama akan dipanggil setiap kali kertas yang dicarik-carik di dalam bekas itu dibaca. Qalea masih tenang cuba menyembunyikan perasaan yang bercampur-baur. Dia tidak suka bagaimana Wani melayan dia secara endah tidak endah. Tetapi Wanilah yang telah membuatkan dia rasa sedikit selesa menjadi orang baru di sini. Dia seperti mentor untuknya buat masa ini. Dia perlukan seseorang untuk menunjukkan segala perkara baru. 

            “ok, kepada semua peserta, saya akan memberi sedikit taklimat secara ringkas. Untuk pengetahuan semua. Kita berada di sini untuk mengunjung sebuah Istana Bunian di alam lain. Untuk berbuat demikian, kita akan bersama-sama membaca beberapa patah ayat untuk membuka pintu ke alam tersebut. Saya rasa semua orang di sini sudah pun alami perasaan teruja apabila ke sana, betul taak??”

            Teriakan dan sorakan dilaungkan. 

            “kita akan singgah di sana dan balik semula! Tetapi seperti yang kamu tahu, kita perlu bergerak secara berkumpulan. Jika salah seorang hilang, yang lain juga akan turut hilang! Faham semua?!”

            “fahaaam!!”

            “jadi, baiklah. Kita mulakan sesi pengenalan diri selama 15 minit dan selepas itu, setiap ketua kumpulan perlu menceritakan sejarah tentang dunia bunian agar kita rasa lebih teruja! Semoga kita dijemput ke sana dengan tenang. Dan pulang dengan baik!”

            Qalea merasakan tangannya sejuk. Dia takut. Ke mana pula dia akan pergi nanti? Angin pula tiba-tiba menjadi sejuk. Terdapat tiupan angin kecil secara tiba-tiba dan meniup daun-daun kering di atas tanah. Pokok yang mereneng membuai ke kiri dan ke kanan. 

            Zruuum.

            “apa tu? Apa tu!?” ada beberapa suara meneriak. Mereka merasakan ada kehadiran yang tidak diundang. 

            Zruuum. Zazzzz! Kelibat itu ke kiri dan ke kanan. Terlampau pantas. 

            Tiba-tiba telinga Qalea berasa sangat panas. Seperti seseorang sedang meniup di cuping telinga kanan. Qalea ikut menoleh. Dia tidak nampak apa-apa. Tetapi bisikan itu mula kuat. Dia memejamkan mata. 

            “jangan ikut mereka Qalea! Ini adalah amaran!” 

            Qalea tersentap lalu cepat-cepat bangun daripada duduk. Nafasnya turun dan naik. 

            “waa, wani! Aku tak rasa ini adalah keputusan yang bagus. Kita kena tangguhkan-“

            “ah, penakut! Kan aku dah cakap Wani, perempuan tu pemusnah rancangan kita!” Hakeem bangun daripada duduk. Dia menunding jari pada Qalea. “kau rasa perempuan ni selamat ke untuk kita bawa dia ke sana. Pertama, dia tidak bersedia. Kedua, dia bukan orang sini. Kau tengokla rambut pendek dia tu! Kita tak tahu apa-apa pasal dia. Kalaulah kita sampai ke sana, minah ni hilang, kau tak rasa ke kita semua akan hilang?!” 

            “hakeem! Dah berapa kali aku cakap yang aku tahu Qalea adalah salah seorang daripada kita. Ayahnya penduduk asal sini. Aku tahu dia tak akan buat kita risau.”

            “ahh, kau dengan harapan kaulah, Wani! Aku tak nak pergi kalau dia ada! Kau tengok, belum apa-apa lagi dia mahu kita tangguh!” Aman menyampuk. 

            “Wani, aku kena pergi! Maaf! Aku kena pergi!!” Qalea meneriak sambil menangis lalu berlari tanpa sempat ditahan Wani. 

            “Qalea, itu bukan arah balik ke kawasan kampung!”
            “sial-” Aman mengumam. “menyusahkan.”

            Wani menjeling ke arah hakeem lalu menolak badan Hakeem ke tepi. “hakeem, kalau kau tak jumpa Qalea sebelum maghrib. Aku bunuh kau. Kau ni memang dengki kan?! Cepatlah kejar dia!” 

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.