Home Novel Umum HOT CHOCOLATE TEA LADY
HOT CHOCOLATE TEA LADY
Ramlah Rashid
21/10/2014 18:13:32
222,661
Kategori: Novel
Genre: Umum
BAB 29

“Air kopi di sini paling sedap.” Tidak sudah-sudah Rusman, memberi mahkah tertinggi.

“Papa kata, kopi mama paling sedap dalam dunia?” Shaza mengusik, senyum mengerling nakal.

Rusman turut senyum. “Ya, mama pun paling sedap. Tapi yang bukan dari air tangan mama, di sinilah paling sedap.” Rusman membetulkan.

“Bukan disebabkan tempat ini nostalgia cinta papa dengan ibu ke, yang membuatkan apa ada di sini semua papa kata tersedap.” Dalam kereta menuju ke situ Rusman memberitahu restoran itu adalah tempat dia dan aruah isterinya sering makan. Sharifah sangat gemar makan di situ.

Rusman termenung, berfikir gayanya. Zafran turut tersenyum-senyum, menunggu apa kata Rusman berkenaan telahan Shaza.

“Mungkin juga, tapi entah kenapa apa yang ibu suka, papa suka. Kami betul-betul senada dalam selera. Dan, percaya atau tidak, sepanjang papa kahwin dengan ibu, kami tak pernah sekalipun bergaduh.”

“Tapi papa kata ibu suka merajuk.”

“Ya, ibu Sha memang selalu merajuk tapi papa suka dia merajuk. Papa tak pernah marah ibu merajuk sebab papa suka memujuk dia.” Manis benar senyum Rusman, jelas bahagia mengenang kebahagian lampau.

Zafran renung Shaza, dia juga gemar pada rajuk Shaza kerana dia suka memujuknya. Rajuk Shaza tidak pernah lama, semudahnya terbujuk.

“Mama?”

Rusman mengeluh. “Mama sangat baik, wanita yang mengabdikan diri untuk keluarga dan suami. Mama terlalu menjaga perasaan papa, bimbang sangat papa jatuh sakit, takut papa tersinggung atau susah hati tindakan anak-anaknya.”

Shaza angguk perlahan, benar apa yang dikatakan Rusman. Apa sahaja dilakukan Nadia mesti untuk anak-anaknya dan untuk Rusman.

“Dia sudah melalui saat paling susah sewaktu bersuami, mungkin sebab itu dia sangat menjaga apa yang dia ada sekarang.”

“Kesian mama, kan papa?”

Rusman angguk, ditepuk-tepuk bahu Shaza. Zafran sendiri simpati pada tekanan yang dihadapi Nadia, kerana itu dia tidak menolak apabila Adam memintanya menjadi ‘pak sanggup’ untuk menyelamatkan maruah adiknya.

“Zafran,” Rusman beralih mata kepada Zafran di hadapannya.

Zafran menumpu pada Rusman.

“Kalau nanti awak berjumpa semula dengan buah hati lama awak, apa azam awak?”

Zafran beralih mata kepada Shaza, Shaza pantas menunduk, berpura-pura membaca buku menu. Zafran gelisah tetapi, berusaha bermanis senyum.

“Emm, saya pernah berjanji nak kahwin dengan dia satu hari nanti. Jadi, sekiranya kami dipertemukan semula, saya akan menunaikan janji saya. Saya akan kahwin dengan dia.” Yakin dia menjawab, mahu Shaza mendengar luahannya.

Rusman angguk-angguk faham. “Dengar tu Sha.” Rusman menarik bahu Shaza tiba-tiba, merapat kepadanya.

Shaza terperanjat, pantas merenung Zafran kemudian Rusman.

“Apa kaitannya dengan Sha?” Shaza tertawa, sumbang bunyi tawanya.

“Papa suruh dengar, itu janji seorang lelaki yang mengharap buah hati lamanya. Jadi, Sha jangan pulak jatuh hati pada Zafran nanti. Sebab dia setia pada cinta pertamanya.”

“Papa, apa benda yang papa merepek ni? Tak ada maknanya Sha nak jatuh hati pada staff papa.” Shaza malu sendiri, tertawa dia perlahan dengan kening berkerut, menidakkan.

“Mana tahu? Tiap-tiap hari jumpa, berkerja sama? Zafran pun berkarisma orangnya.”

“Tak adalah. Papa ni semakin mengarut. Ha, kuih idaman papa dah sampai, baik kita nikmatinya sekarang.” Shaza membantu pembantu restoran menyusun piring pai dan cawan air kopi untuk hidangan tiga orang.

Rusman tersenyum-senyum. Tidak sudah-sudah dia menggosok-gosok dan menepuk-nepuk bahu Shaza, seakan sayang benar pada anak gadisnya. Tangan kanan mengangkat cawan kopi untuk dicicip, tangan kiri kekal di bahu Shaza. Shaza membiar, membantu meletak sebiji pai ke dalam piring Rusman, diletak juga sudu kecil di sisi pai. Sebiji lagi diletak ke piringnya, dijilat inti untuk merasa keenakannya.

“Sedap?” Rusman mengintai rupa Shaza.

Shaza angguk, menggigit, angguk-angguk dia. “Sedap,”

“Zafran, makan jangan malu-malu.”

Selepas menghabiskan sebiji kuih pai Rusman bangun. Mahu ke tandas katanya. Zafran mengambil masa itu untuk berbual dengan Shaza.

“Terima kasih.”

“Kenapa?”

“Terima jam saya.” Dia menunjuk jam di pergelangan tangannya, sama dengan jam Shaza, cuma saiznya lebih besar sesuai untuk lelaki bertubuh sasa seperti Zafran.

“Saya pakai bukan sebab awak yang bagi, tapi sebab saya memang nak sangat jam ni.” Nakal senyumnya mahu mengusik Zafran.

“Tak kisahlah apa pun alasan awak, yang penting kita dah pakainya sepasang. Tak nak cakap terima kasih ke? Penat-penat belikan, sebulan gaji saya tau?” Layu dia mohon simpati.

Shaza tertawa perlahan melihat gaya Zafran.

“Siapa suruh beli kalau tak mampu? Saya yang nak beli sendiri, awak yang beria-ia surprise konon.”

“Iyalah, saya salah.” Zafran menunduk, menggosok-gosok permukaan muka dengan jari.

Rusman sampai, ke dua-dua mereka tidak menyedari dia merenung jam Zafran, beralih pula kepada jam milik Shaza juga.

“Beli jam sama atau kebetulan? Selera sama ya?”

Shaza kaget, Zafran juga.

“Cantik.” Puji Rusman, dia meneruskan minum kopi hingga habis. Dia sudah melupakan berkenaan jam, membaca jam tangan sendiri pula.

“Jom, dah lewat ni. Nanti mama Sha risau.”

“Papa tak bagitahu mama ke, balik lewat?”

“Dah, papa dah bagitahu tadi. Jom Zafran, lain kali kita makan di sini lagi.”

“Terima kasih tuan, belanja saya. Nanti bila-bila saya pulak belanja tuan.”

“Sama-sama. Tapi kalau nak belanja saya, tak payahlah belanja makan lagi sebab saya dah kurang makan makanan berkalori tinggi ni. Kopi pun dah kurang gula. Belanja saya jam macam kamu berdua tu. Cantik pulak saya tengok.”

Zafran termangu, seakan terhenti nafasnya tetapi diselindung dengan tawa longgar.

“Jam murah, tuan. Beli waktu sale, saya manalah mampu beli jam mahal-mahal.”

“Bagus tu. Awak ingat jam saya mahal-mahal ke? Saya beli bila ada jualan murah. Masa harga runtuh, saya belilah idaman saya.” Rusman menunjuk jam di tangannya, jam berjenama, sukar dipercayai ianya dibeli dengan harga murah.

“Beli jam berjenama tak apa asalkan murah sebab, masa sangat berharga. Kita tengok jam lebih sepuluh kali sehari kan? Jadi biarlah yang memuaskan hati kita.” Rusman terus menguja, sesekali dikerlingnya jam di tangan Shaza. Sama dengan milik Zafran.

Zafran tahu, itu cuma cara Rusman membeli perasaannya. Merendah diri. Tetapi yang menjadikannya malu benar adalah sindirannya berkenaan jam itu. Sejak dua menjak, Rusman seakan mahu memerangkapnya. Apakah Rusman sudah mengesyaki dia dan Shaza berperasaan lain.

DIA sengaja pulang awal kerana mengetahui Shaza bercuti, dia mahu membawa gadis itu keluar minum tetapi hampa. Sudah puas dia menunggu di tepi kolam renang, di ruang rehat dan akhirnya memerap dalam bilik. Sudah dihubungi Shaza tetapi tidak berjawab, kepada Nadia sudah ditanya ke mana Shaza pergi. Nadia hanya menyatakan Shaza keluar menemui sahabat lama, di mana tidak dinyatakan. Sudahnya Adam bingung sendiri.

Dia semakin serasi dengan Shaza, semakin mahu menjadi abang yang penyayang, mengambil berat dan memberi sebanyak mungkin perhatian kepada Shaza sementelah Elsa sangat sukar didekati. Mereka sudah seperti musuh, Elsa seakan berdendam sejak Adam menamparnya selepas mengetahui dia hamil. Tidak cukup memukul dan memaki hamun, Adam mendesak dia bertunang dengan Zafran. Nadia tidak mahu mendengar penjelasan dia, menyerah kepada Adam untuk menyelesai. Adam mendabik dada selaku abang, akibatnya dia dan Elsa semakin jauh dan sudah hampir dua tahun tidak bertegur sapa. Adam di ruang rehat, Elsa memerap di bilik. Makan semeja tetapi tidak bertegur sapa. Adam tidak peduli, sebagai abang, dia harus tegas katanya.

Adam mengeliat pulas, hampir jejak ke waktu Maghrib dalam cuaca sore yang mendung, Shaza masih tidak menghantar bayang di rumah. ‘Ke mana dia? Dah ikut rentak Elsa ke?’ semakin bimbang dia. Bingkas, mahu kembali duduk di ruang rehat, menunggu di situ. Jika gadis itu pulang, dia pasti melewati ruang itu sebelum sampai ke biliknya. Dan tepat sekali ramalannya benar belaka sebaik jejak di ruang itu, Shaza membilang anak tangga naik ke bilik. Adam menunggu selaku seorang abang.

“Sha, ke mana?”

“Oh, kenapa abang?”

“Tak ada apa. Abang tunggu Sha balik nak ajak pergi minum.”

“Oh, Sha keluar dengan papa. Kenapa tak bagitahu awal? Boleh kita pergi sama-sama.”

“Abang call Sha tak jawab.”

“O ya? Ya Allah tak dengarlah tu. Sha silent sebab sebelum jumpa papa, Sha jumpa kawan.”

“Jumpa kawan memang kena silent phone ya?”

Shaza tertawa. “Tak nak ganggu kawan Sha, kami dah lama sangat tak jumpa. Banyak benda nak sembang, dia pulak macam ada masalah aja. Sha nak menumpu pada dia. Sorry ya? Lain kali Sha beringat.”

Adam bernafas puas mendengar penjelasan Shaza walaupun masih berasa terkilan. Angguk dia, senyum puas jawapan sopan Shaza. Beza benar jika soalan itu diaju kepada Elsa, dia pasti ditempelak semula dituduh penyibuk dan didesak juga supaya tidak mencampuri urusannya.

Shaza mengambil tempat di sofa, televisyen bervoleum perlahan ditonton tanpa minat.

“Kata keluar dengan papa, mana papa?”

“Kat bawah, dengan mama. Papa bawakkan mama kuih kegemaran mama.” Shaza berbisik, nakal mengusik.

Adam senyum, gembira kasih sayang orang tuanya tidak pernah berubah.

“Papa semakin riang sejak Sha balik sini. Mama pun gembira tengok papa macam tu.”

“Terima kasih Abang Adam.” Shaza terharu.

“Untuk apa?”

“Terima Sha masuk ke dalam keluarga ini walaupun dulu Sha kurang ajar kat bang.”

Adam tertawa. “Abang yang over, kerek tak bertempat. Ada ke anak tuan pengarah cantik-cantik, muda, bijak macam ni abang kata teh lady kan? Memang patutpun Sha marah.”

“Bukan pasal itu lah, Sha tak kisahpun. Tapi cara Abang Adam tu buat Sha bengang. Mentang-mentang anak bos, handsome pulak tu, pandang orang dengan ekor mata aja.” Mengerling manja mengusik Adam.

Adam tertawa, gembira benar dia diusik Shaza. Kembang hatinya dipuji si jelita.

“Letih sangat out station naik kereta kan? Kasihan Sha. Belum pernah lagi abang pergi jauh-jauh macam tu drive.”

“Sha tak penat, sebab Zafran yang drive. Sha tidur aja?”

“Sepanjang jalan tidur?” seakan ada kecurigaan di wajahnya.

“Tidaklah sepanjang jalan, tapi separuh jalan bila dah tak larat sangat Sha terlelap, lepas tu terjaga, terlelap, terjaga. Sha suka tengok jalan, sebab Sha tak pernah lalu semua tempat-tempat tu.”

“Tak pernah ke utara?”

“Utara, selatan, timur, barat pun tak pernah.” Shaza tertawa perlahan. “Jadi bila dapat ke Pulau Langkawi, seronoklah. Sebelum balik sempat Sha tengok tempat-tempat menarik tumpuan pelancong di sana. Seronok sampai tak rasa letih pun.”

“Kenapa Sha tak pernah ke tempat-tempat tu? Sibuk belajar, sampai tak ada masa?” hairan benar Adam.

“Abang Adam, orang miskin macam Sha mana ada peluang berjalan-jalan, dapat makan, dapat pergi sekolahpun dah cukup bagus.” Tidak kedengaran sedih, sebaliknya keriangan semalam masih berbunga.

Adam pula mengeluh perlahan, terpanggil bersedih dia. Dari atas tangga tanpa disedari Adam dan Shaza, Nadia dan Rusman mendengar perbualan mereka. Rusman mengeluh perlahan, pantas Nadia memegang tangannya, digosok-gosok perlahan persis memujuk. Rusman bersahaja, tidak mahu Nadia turut bersedih. Dia batuk sekali, sebagai isyarat dia sudah ada di tangga.

“Sha, kita nak makan apa malam ni? Bibik nak siapkan makan malam.”

“Tak apa mama, Sha dah kenyang. Tanya papalah nak makan apa?”

“Papa mana boleh makan selalu, doktor nasihatkan papa jaga pemakanan.” Rusman mengelos ubun-ubun Shaza dari belakang. Shaza masih duduk di sofa membelakang tangga.

“Abang Adam nak makan apa?”

“Tak payahlah ma, Adam pun tak rasa nak makan.”

“Tadi merungut kata lapar?”

“Itu tadi, sekarang ni dah kenyang.”

“Eh, gitu pulak?”

Adam kerling Shaza, senyum di mata memberi erti gembira sudah.

“Siap, siap. Kita solat Maghrib bersama. Ell mana?” Rusman mengerah anak-anak dan isterinya.

“Ell uzur abang, dia belum balik lagi.”

Rusman angguk, memberi arahan semua ke bilik solat di bawah.

Previous: BAB 28
Next: BAB 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.