Khamis
12 Mei 2013. Hari Terakhir berada di bumi Makkah. Selepas tawaf wida' semua jemaah
akan bergerak ke LTA Jeddah.

"Dalam
perjalanan kita akan singgah di Masjid Terapung di Laut Merah, Siapa yang nak
mandi boleh mandi di sana.” Ustaz Zul memaklumkan kepada Jemaah dalam
perjalanan dari Makkah ke Jeddah.

Masjid
terapung yang dimaksudkan adalah Masjid biasa yang menjadi tumpuanJemaah
hajidan Umrah. Ia terletak di Jeddah
Chronicleatau atau Jeddah Kurnis,
kawasan seperti tambakan laut di Laut Merah. Nama asal masjid ini adalah Masjid
Fatimah.
Ramai mengaitkannya dengan puteri Rasulullah
, Fatimah Az-Zahra.
Pihak berkuasa Arab Saudi menukarkan nama masjid ini kepada Masjid Ar-Rahmah,
untuk mengelakkan salah faham.
Masjid
ini tidak dikaitkan dnegan sebarang kelebihan seperti Masjid Quba' atau
Masjidil Nabawi. Ianya terletak hampir kepada pelabuhan Jeddah dan menjadi
tempat untuk melepaskan lelah, mandi dan tentunya menunaikan Solat. Kawasan
lapangnya dengan tiupan bayu laut memang mendamaikan. Pendek kata masjid ini
menjadi tempat persinggahan akhir bagi para jemaah haji dan umrah, sebelum
sampai di LTA Jeddah.
Cerita
Laut Merah pula memang tersebut di dalam Al-Quran. Ketika Nabi Musa dan kaumnya
dikejar oleh Firaun dan tenteranya hingga ke Laut Merah. Lalu Allah
memerintahkan nabi Musa memukul laut dengan tongkatnya. Dengan mukjizat yang
dianugerahkan Allah, laut terbelah.
Nabi
Musa dan kaumnya dapat menyeberangi Laut Merah dengan selamat.Manakala Firaun
dan tenteranya tenggelam di dalam Laut Merah.
Dalam
Ayat ke 50 Surah Allah berfirman dengan maksudnya "Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan
kamu dan Kami tenggelamkan (Firaun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu
sendiri menyaksikan.”
Pelabuhan
Jeddah telah lama wujud sejak zaman sebelum kedatangan Islam lagi. Kepesatan
pembangunan Jeddah telah digiatkan di zaman Khalifah Ar-Rasyidin Ke-dua iaitu
Khalifah Uthman bin Affan. Pada tahun 26 Hijrah bersamaan 674 Masihi.
Saidina
Uthman menjadikan pelabuhan Jeddah sebagai pintu masuk utama jemaah haji.
Jeddah juga dikenali sebagai "gerbang kepada dua tanah haram"
sehingga sekarang. Manakala Makam Hawa, isteri Nabi Adam juga dikatakan berada
di sebuah makam kuno di Jeddah yang dikenali sebagai "Muqbara Umna
Hawa".
Tidak
banyak yang dapat dilakukan di sini. Kami hanya mandi, menukar pakaian dan
bersolat Asar di Masjid Terapung. Selebihnya duduk di atas binaan tembok simen
di tepi laut, menikmati keindahan Laut Merah, sambil memerhati aktiviti manusia
di sana. Angin yang bertiup kencang amat menyejukkan dalam cuaca yang panas
pada petang itu.
Kelihatan
beberapa peniaga Bakso teratur, menanti pelanggan menikmati hidangan Bakso
panas dalam tiupan angina yang sejuk.
“Siapa
nak makan bakso Jeddah, ada di sana,”
Ustaz Zakaria menunjukkan ke arah deretan peniaga bakso, yang terdiri daripada peniaga-peniaga berketurunan
Indonesia.
Seperti
di Malaysia, bakso juga dihidangkan
dan digemari oleh pengunjung di kawasan rehat Masjid Terapung di Jeddah, yang
duduk bersantai sebelum ke destinasi terakhir menuju ke LTA Jeddah, hub bagi kemasukan para jemaah haji dan umrah.