Home Novel Thriller/Aksi OBSESSI QAYRA
OBSESSI QAYRA
Pemburu Malam
8/11/2017 15:43:30
63,077
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 9

MENYUSUP masuk ke dalam belukar belakang pondok berkenaan.Dia yang berbaju serba hitam agak menyukarkan pencarian mereka nanti.Hud tetap di kepalanya , pistol tersisip di pinggang, pisau kejap di tangan.


" Aku harus menuju ke arah jalan besar yang mula- mula aku di temui . " Gumam Qayra terhenti seketika , sambil- sambil itu dia tetap berwaspada ." Shit !! Kompas !! " Tukasnya kesal kerana terlupa bawa.


Derapan kaki yang laju seakan berlari telah menyentak lelahnya.Qayra tegakkan semula tubuhnya yang membongkok lalu menyambung kembali larian.


Sayup- sayup kedengaran enjin kenderaan dari arah utara .Qayra terus berlari mengikuti jalur cahaya matahari tersebut . Dia amat yakin dia bakal menemui jalan besar.


" Faster! Faster ! Faster...!" Laung salah- seorang anggota atasan NY CSI mengarahkan semua anggotanya dan polis supaya bergerak pantas.


Mereka dengan pantas menaiki jalan yang agak berbukit.Mereka juga yakin bahawa suspek masih lagi berada dalam kawasan berhampiran, memandangkan keadaan hutan tersebut menyulitkan larian.Dengan tanah yang tidak serata .Ada yang tinggi , cenuram juga landai.Adakalanya di hujani timbunan ais yang melekat di dedaunan .


Bunyi deruan kenderaan yang lalu- lalang kian kuat.Qayra semakin menghampiri jalan keluar.Langkahnya yang panjang kian diperlajukan.


Kelihatan sebuah kereta berhenti secara tiba- tiba.


" Ah...Im soo tired ...." keluhnya seraya menggeliat sambil memusing- musingkan lehernya yang kepenatan memandu dalam masa yang panjang .Menguap juga dah berkali dengan mata yang makin kuyu.


" Get out !! I said get out !! " Jerkah Qayra yang wajahnya di selindungi sapu tangan ! Pisau turut memainkan peranannya kini.


Dalam keterpaksaan , wanita inggeris itu terpaksa keluar dari tempat memandu sambil mengangkat tangan secara spontan.


Qayra terus menolaknya lalu dia terjelepuk ke tanah .Pintu berdentum ditarik rakus.Enjin juga terus di hidupkan.Sambil tersenyum , Qayra terus memandu kereta tersebut tanpa dia hiraukan keselamatan tuan punya kereta tersebut.


" Sir,i hear some one shouted for help!! " teriak orang bawahan CSI .


" Help!!!! Some one help me!! " 


" Yeeah , that's right ! Over there!! Come ....Faster !! I think suspect over there..!!" Arahnya .Serentak dengan itu , kesemua mereka bergegas ke arah utara , di mana laluan itu menuju ke jalan besar.


" Sini dah tak selamat untuk akuu !! Tapi bagaimana aku lari ?? Bagaimana aku nak seludup masuk ke Malaysia ??? Airport sudah tentu di kawal ketat ! Fikir Qayra ! Fikir! " 


" Shit !! She escaped !! " Bentak pegawai CSI ." Make sure all of airport , marine and road got block ! I dont want she escaped from this country!! She too danger!! " 


*******************


HAMEED KHAN terpaksa berlari berasingan dengan Tuan Yusuf apabila kereta mewah mereka di serang secara tiba- tiba.


Mereka adalah orang- orang John Dragon , taiko besar Petaling ! Kerana mereka berdua terlibat dalam kekecohan kelab malam HINT! 


Hameed kini tiba di lorong belakang .Walau pistol kejap di tangan , dia tetap gentar kerana pertama kali berada di dalam keadaan genting sebegini.Setakat pergaduhan kecil bertumbuk berebut GRO tu selalulah .


" Aduh !! Telefon pula kong !! Shit betullah !! " Bentaknya sambil mengitari sekeliling lorong gelap lagi sepi itu.Yang ada hanyalah beberapa orang gelandangan tidur di kaki lima.


" Bodoh !!! Angkatlah !! Aku nak tahu kau di mana..!! " Bentak Yusuf pula .Dia yang kini telah berada di dalam keretanya terus berpusing di beberapa lorong belakang bangunan.


PANG !! PANG ! 

" Hah , bastard !!? Macamana diaorang tahu aku berada di lorong ini ?? " Stereng terus dia putarkan .Apatah lagi kini cermin belakangnya pecah ditembusi peluru.Dia yang dengan pantas bersembunyi di balik seat terselamat ! 


Hameed terus melompat dari atas tangga belakang bangunan tersebut , pabila terdengar bunyi tembakan.Kebuntuan makin bertambah kini.


" Aku harus lari secepat mungkin!!! " gumamnya terus berlari memasuki ke lorong satu lagi.


" Hiyargh!! " Satu tendangan curi mengenai tulang rusuk .Hameed terus menyembah bumi.Dagunya cedera dan mengalami pendarahan.


" Mana mau lari , ah ??? Mana itu olang ??? Wa paling benci olang suka- suka ' langgar' sama wa ! Mana dia ??.Cakap !!" Rahang Hameed masih lagi dicengkamnya kuat.


" Aku tak tahu " 


" Ha ? Mana boleh tak tahu ??" 


" Aku kata tak tahu....Tak tahulah !!" 


Keberanian jawapan lelaki itu telah menaikkan darjah kemarahan lelaki cina itu .Pistol terus di tarik dari belakangnya lalu di acukan pada dahi Hameed yang kian terketar.


" Lagi sekali wa tanya sama lu ?? Mana itu olang ?? Mana itu usuf ahh !! " Sengaja dia tekankan muncung pistol tersebut pada dahi Hameed .Peluh kian membasahi kepala dan wajahnya.Darah dari kecederaan dagunya pula tetap lagi mengalir .


" Aku kata tak tahu !! " ujarnya payah dengan berada didalam Keadaan begitu . Dagu pula pedih pabila terkena .


" Baik !! Baik !! Itu macam ah !! Lu mati saja ah !" Dia kini telah berdiri tegak dengan pistol di talakan tepat ke arahnya .Picu semakin ingin dia tarik.


PANG !! PANG !! 


" Jangan bergerak kami polis ! " 


Perlahan- lahan Hameed mendongakkan wajahnya .Tuan Yusuf tersenyum, lakonannya menjadi .


*****************


SREEETTT...!! Berbunyi tayar kereta tersebut pabila di paksa berpusing balik. Stereng di hentak sekuat hatinya.Makin mendidih kini.


" Fucking police !! Argh!! " Teriaknya dari arah jendela kereta sebelum cerminnya di naikkan kembali sambil mengarahkan keretanya ke arah selatan .


" Stop the car !! I said stop the car!! " Laungan lelaki dari dalam kereta Mitsubishi hitam di jawab dengan senyuman sinis Qayra .Cermin diturunkan.Tangan kirinya terus menarik picu pistol .


PANG ! PANG !! 


" Argh...!! " 


SREEETT......


Berpusing-pusing Mitsubishi hitam metalik terbabit sebelum melanggar tembok di jalan tersebut.


Darah merah membuak -buak keluar dari mulut si pemandu manakala pegawai atasannya pula terdorong keluar melalui cermin hadapan yang berkecai.


Terhinjut - hinjut , menggelepar tubuhnya di saat kematian menjelang tiba.Dengan darah yang tak henti mengalir melalui mulut , hidungnya.


"Qayra dah kata !! Qayra kuat ...!" Ujarnya penuh bangga sambil menyambung kembali pemanduannya.


" Aku harus ke airport ...!! " Tersenyum melihat ' barang ' yang telah dia sediakan.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.