BAB 3
Gangster Jerung Merah
Kembali
semula ke tahun 2001. Jam sudah menunjukkan pukul 10
malam. Malam ini pelanggantak begitu ramai. Adalah dalam RM30 untung Lan kira
tadi. Lepaslah duit makan hari ni. Maklumlah, malam selasa. Kurang ramai orang
keluar. Kalau hari minggu dapatlah RM100 untung. Bolehlah jadi modal nak
merempit. Ingat percuma ke masuk satu game. Satu game kena bayar RM30 tau. Kalau
menang dapatlah RM300, kalau kalah kira leburlah duit tu.
“Lan… macam mane ni? Macam kurang
customer jer. Nak tutup awal ker?”
tanyaku pada Lan yang sibuk memotong Tomato.
“Jo… kite tunggu jap dulu… baru kul
11 bro. Kutu-kutu ngan mambang belum kuar lagi. Jap lagi kuarla dorang tu.
Lagipun, geng Kajang nak open game kul 1 pagi. Kul 12 kite tutup. Ala Cheras –
Kajang tu lu ngan gua hambat dalam 5 minit jer bro.” Kutu yang dimaksudkan Lan
ialah mat-mat rempit dan mat-mat bola yang suka melepak di kedai-kedai mamak
berhampiran. Tidak ketinggalan minah embun dan awek yang menemani teman lelaki
mereka.
Selalunya mereka datang untuk
melihat perlawanan bola ataupun saja
melepak sehingga pagi. Aku pun kekadang hairan juga. Tak
kerja ke diorang? Kadang-kadang sampai pukul 4 pagi tengok bola atau melepak.
Inilah budaya baru remaja ataupun orang muda kat Kuala Lumpur ini. Tapi yang
untungnya kami juga. Ramai yang memesan burger kami. Tengah aku memasak burger
tiba-tiba.
“Helo… lu orang meniaga burger sini ka?”
Aku melihat ke arah orang bertanya. Seorang
lelaki cina kurus dengan rambut
bercacak dan tatu di leher. Ada dua lagi kawan di sebelahnya. Satu gemuk, satu
lagi macam body builder tapi muka jambu. Macam gay je aku tengok.
“Helo kawan… Lu tengok la wa punya
gerai. Lu ada nampak gerai gua macam tempat jual sayur ka? Lu mau beli burger
ka? Macam-macam ada,” jawabku acuh tak acuh.
“Wa lu… Sudah park
kat area gua….. Mau ekk ka….. Lu taw ni sapa punya tempat?” kata cina bertatu
itu. Suaranya agak tinggi sedikit.
“Ini DBKL punya tempat la….. Lu apa
kecoh-kecoh kawan. Lu maw beli ka tak maw? Kalau tak maw lu blah la. Wa banyak
keleje maw buat. Tak maw cerita sama amoi macam lu,” Lan tiba-tibabersuara.
“Lu orang banyak ekk, ya. Ok la wa
tak maw cerite panjang. Ini area…. geng jerung merah jaga. Sapa-sapa mahu bikin
bisnes sini mesti maw bayar duit kopi sama kitaorang. Lu punyer bisnes pun talak orang berani kacau. Kita jaga. Kalau lu maw
taw itu suma kedai depan lu ni sederat sudah bayar sama gua. Sikalang wa mintak
sama lu la.” Habis berkata-kata, dia terus
menyalakan rokok. Aku menjeling. La… rokok cap bola. Rokok seludup. Tak samseng
langsung. Kalau rokok Dunhill tu respek la aku sikit. Ni mesti samseng baru nak
naik.
“Aik! Sepanjang setahun gua niaga kat
sini tak penah plak wa dengar kene bayar duit perlindungan. Geng Jerung Merah
pun tak penah la gua dengar. Geng budak bas sekolah pernah la gua dengar. Takpun
geng surau. Hahahahahahaha. Lawak la lu apek,” Lan ketawa terbahak-bahak.
‘Apalah kau, Lan. Sendiri buat lawak, sendiri ketawa. Nanti
tak pasal masuk hospital. Ni samseng tahu tak,’ bentakku dalam hati.
“Woi lu!!! Sudah hidup lama ka? Wa
manyak serius ooo… Tatak main punyer. Nanti wa panggil sama wa punya olang kasi
hentam sama lu satu kali baru lu olang taw,” kata lelaki yang agak gemuk
tersebut sambil mengepal penumbuk. Eleh….. Macam la aku takut.
“Ok… ok, berapa kita orang mau bayar
sama lu?” tanyaku, meredakan keadaan.
“Ha! Itu macam la…. Lu punya kawan
mahu hidup lama. Tatak mahal. Sehari RM50, sebulan RM1500.” Mak ai… mahalnya.
“Gila korang!!!! Kau ingat kite
meniaga kedai ke? Meniaga restoran? Untung boleh cecah 2 atau 3 ratus sehari?
Kitaorang sehari pun untung dalam RM50. Itupun bahagi dua. Nak bagi korang apa
yang tinggal kat kami. Makan pasirlah kami. Takdak!!!! Boleh jalan la
korang!!!” Sudah, Lan ni aku rasa suis kemarahan dah dipetik ni.
“Okla… RM1000 sebulan. Ni last deal”
Wah, dah macam nak beli barang kat kedai hardware pulak. Boleh main deal. Aku
tengok muka si Lan dah mula merah,
berkerut. Tandanya gunung berapi Krakatoa
dah nak meletup. Pasrah je la….. terpaksalah aku backing dia kejap lagi. Tapi
elok jugak, boleh aku praktis ilmu silat aku ni. Aku pun dah lama tak menumbuk
orang ni.
“Lu blah la… Gua satu sen pun tak bayar dengan lu orang.
Gangster Jerung Merah ker ….. Jerung Putih ker… Anakonda ker wa peduli apa?
Dengan DBKL wa tak mintak lesen inikan pulak dengan gangster taik kucing macam
lu!” bentak Lan sambil menghentakkan sudip memasak burger. Memang Lan
betul-betul marah.
“Betul ni lu tak mau bayar?” Melayu
rupanya mamat body builder ni. Aku ingatkan
India. Badan gelap, pakai cermin mata hitam pulak tu.
Dia menarik sesuatu dari belakang. Wah! Simpan bat kat belakang badan
dan dengan selamba cermin gerai dipecahkan. Kami tak
tunggu lama.
Si Lan terkam cina kurus tu. Aku
pulak terkam si mamat badan sasa .Aku memang panas dengan mamat tu. Suka
hati je pecahkan aku punya gerai. Ingat mak bapak kau ada share ke kedai ni.
Siap la kau! Mula mula aku rampas bat dari tangan dia.
Kedua belah tangannya aku kunci lalu mukanya aku tumbuk, tepat di hidung.
Dia tersungkur jatuh macam nangka busuk. Aku beralih pula pada si cina gemuk. Perutnya yang buncit
aku tending. Dia terjatuh. Mukanya aku tumbuk bertubi-tubi hingga berdarah.
Tiba-tiba, si badan sasa kembali menerjah. Aku terkam dan belasah. Dia merintih
kesakitan. Aku berpaling. Si cina kurus sudah tumpas di tangan Lan.
“Skang lu orang blah. Lu blah skang
sebelum lu orang jadi mayat! Cakap aku takkan bayar sesen pun kat bos bangang
korang tu! Ni Lan la. Ketua Geng Moto Sotong
Cheras! Blah!” Kelihatan si cina kurus berkata sesuatu dalam bahasa
Kantonis. Mungkin mengajak rakan-rakannya berambus dari situ. Mereka
kemudiannya beredar meninggalkan kami.
Beberapa pelanggan kedai mamak di
hadapan gerai kami memandang. Aku berpaling kepada Lan.
“Bro. Lu ok?” aku bertanya kepada
Lan. Aku menghulurkan salam
“Gua ok. Lu? Thanks, bro. Setelkan
dua kutu tu,” balas Lan menyambut tanganku.
“Takde hal la, bro. Setakat gangster taik kucing macam
tu, kejap je wa setelkan. Gua ada selalu belakang lu. Ini anak murid Tok Mudin
la. Kepala silat negeri Kedah. Baru diaorang taw siapa gua. Nasib baik dorang
cepat blah. Kalau tak mahu pecah muka diorang,” kataku geram bercampur lagak.
“Jom la kemas, bro. Gua takde mood la. Kita gi rempit
plak. Kasi hilang tensen jap” arah Lan. Dia mula kembali semula ke gerai kami.
“Orait, jom,” kataku. Kami
terus berkemas sebelum menuju ke Kajang untuk merempit.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Malam
itu kami merempit sepuas-puasnya. Tiga round berbayar manakala selebihnya kami ronda-ronda dengan geng moto dari
bandar Kajang sampai ke Puchong. Walaupun tak menang tapi hilang sakit-sakit
badan dengan merempit. Malam ini kami bergembira dengan sepuas-puasnya tapi
mungkin hari berikutya geng Jerung Merah akan datang semula untuk menuntut
bela. Ahhh… Peduli apa…. Lagipun, kawan-kawan geng Lan nak turun besok teman
kami meniaga. So, ada la geng esok pertahankan kami kalau Geng Jerung Merah
turun. Redha.