Home Novel Thriller/Aksi Legasi Pejuang 1 - Permulaan segala-galanya
Legasi Pejuang 1 - Permulaan segala-galanya
23/1/2015 11:50:25
13,018
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Prolog

Prolog

24hb Mac 2006, Tel Aviv, Israel

Dalam Ruangan bilik yang berbau hapak dengan kesan daki kotoran terpalit di dinding yang semakin pudar warna putihnya. Tompok-tompok kekuningan kesan dari resapan air jelas kelihatan. Di atas siling berputar dengan lesu sebuah kipas yang berdebu dan kehitaman. Di sudut bilik ada sebuah meja kecil. Di atas meja ada sepucuk pistol Baretta 92G elite 1A semi-auto. Kelihatan di bahagian Pemegang Baretta itu berlumuran dengan darah merah pekat yang nampaknya masih belum kering lagi. Perlahan-lahan darah merah pekat itu mengalir di sudut meja. Menitis satu persatu jatuh di atas lantai. Kelihatan sebuah katil bujang yang comot dengan tompokan darah. Seorang lelaki terbaring dalam kesakitan. Tangan kiri memegang bahu kanannya yang dibalut dengan kain putih. Kain itu sudah di cemari dengan noda-noda merah. Keadaan lelaki itu keihatan separuh sedar. Dia sudah kehilangan banyak darah.

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia mengagahi dirinya untuk bangun. Di saat itu juga dia mengerutkan muka. Kesakitan di bahunya menjalar. Dengan segera tangan kirinya menekup balutan itu. Seolah-olah dengan tindakannya menekup luka itu boleh melegakan kesakitannya.

‘Cis! Macam mana boleh gagal operasi aku kali ini. Siapa yang bocorkan rahsia,’gumam lelaki itu dalam hatinya.

‘Bukan sahaja aku gagal dalam operasi ini. Tetapi aku juga telah cedera di tembak.’

Nampaknya Operasi untuk menghapuskan Presiden Amerika Syarikat telah gagal. Dia merasa kecewa kerana kegagalan itu. Peluang untuk menghapuskan syaitan sebenar tidak berjaya di lakukkan.

‘Siapa yang telah mendedahkan rancangan aku ini.’Lelaki itu begitu kecewa.

Kegagalan itu mengugat reputasi dirinya sebagai seorang Pembunuh elit. Misi itu bukan sahaja gagal. Tetapi hampir meragut nyawanya sendiri. Beberapa tahun dahulu. Dia pernah sampai ke Bandar ini. Di bandar ini jugalah tempat dia berjaya menembak mati Perdana Menteri Israel. Nampaknya misi kali kedua di bandar Tel Aviv ini telah gagal. Musuhnya itu masih hidup. Ianya memberi tamparan pada lelaki itu.

”Aku mesti cari siapakah yang mengagalkan misi aku ini. Siapakah penembak hendap yang berjaya mencederakan aku. Aku percaya orang itu bukan calang-calang. Kemampuan dia mencederakan aku dengan begitu teruk menunjukkan dia seorang pemburu yang handal.” Lelaki itu merenung kipas yang berputar.

Dia menanam azam untuk menjejaki penyerangnya itu. Sejak kehilangan ketua yang menjadi mentornya selama ini menambahkan lagi tekanan yang di alaminya. Untuk pertama kali. Lelaki ini terasa tewas dalam perjuangannya. Kini dia keseorangan dalam hidupnya. Kehilangan kekasih, sahabat karib dan kematian Ketua kumpulannya memberi tekanan pada dia.

’Aku tahu CIA dan Mossad sudah lama memburu aku. Selama ini aku berulang kali sudah menewaskan mereka. Tetapi aku tidak sangka akhirnya aku bertemu dengan lawan yang setanding.’

”Perlawanan kita baru bermula Presiden Kleenton...”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.