Bab 5 : Rasa berdosa
Hirzan terbaring di atas katil pusat rawatan di dalam Penjara itu. Baru berada 2 minggu di tempat itu sudah dua kali dia mendapat rawatan. Dengan perlahan-lahan Hirzan membuka matanya. Terasa perit dan melekat kelopak matanya.
‘Ya ALLAH pedih dan sakitnya mata aku ni. Kenapa mata aku tak boleh buka. Adakah aku sudah buta.’ getus Hirzan dengan seribu kerisauan. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dadanya terasa sakit seperti di hempap dengan batu. Terasa mahu pecah kerana kesakitan. Dia berusaha untuk membuka matanya akhirnya mata sebelah kiri berjaya di buka. Pandangan yang kelam semakin cerah. Objek yang kelihatan berbalam-balam jelas terlihat bentuknya.
‘Ah! encik dah jaga ya.” tegur seorang jururawat kulit hitam.
“Saya ada di mana ni?” Dia cuba mendapatkan kepastian.
“Encik berada di dalam Bilik rawatan.”
“Bilik rawatan?”
“Ya...Encik pengsan sudah dua hari. Eh! Apa yang sebenar terjadi.” tanya Sharon pada Hirzan.
“Tak ada apa-apa.” jawap Hirzan ringkas.
“Tak ada apa-apa Encik kata? Encik di hantar ke sini dengan keadaan cedera yang teruk. Di kepala itu ada 50 jahitan yang terpaksa di buat. Di pipi kiri 4 inci terkoyak. Kami terpaksa menjahitnya sebanyak 2 lapis. Kecederaan Encik ini yang paling teruk selama saya pernah berkerja di sini. Encik boleh kata tak apa-apa!” membebel panjang Sharon apabila mendengar jawatan Hirzan itu.
“Nah! ambil cermin ni. Encik tengok sendiri. Saya rasa baik Encik laporkan pada Kapten. Beritahu dia siapa yang pukul Encik.”
Dia terpandang kedua-dua lengannya juga berbalut dengan kain putih. Dari siku hingga ke pergelangan tangannya. Dia tidak merasa sakit pada tubuhnya kerana dia telah di suntik dengan ubat tahan sakit. Dengan perlahan dia mengangkat cermin muka lalu menyuluh ke arah mukanya.
“ALLAH kenapa jadi macam ni!” terkejut besar Hirzan melihat kecederaan di kepalanya.
Di bahagian pipi kanannya bengkak teruk. Kepalanya berbalut sudah seperti memakai serban. Dia memandang ke arah tubuhnya.
‘Apa yang Hawk telah lakukan pada aku.’ tertanya Hirzan pada dirinya sendiri.
3 hari kemudian…
Hirzan sudah semakin sembuh. Ubat yang di beri telah mengurangkan kesakitannya. Hari ini Doktor Paula mahu membuka balutan lukanya. Sarjan Mike turut berada di dalam bilik itu. Sebenarnya Sarjan Mike terkejut bila tahu Hirzan di serang. Begitu juga dengan Ah Long. Dia mahu tahu siapa yang menyerang anak muda itu. Melihat Hirzan masih lemah dia membatalkan niatnya untuk menyoal Hirzan. Sebenarnya Sarjan Mike terasa hairan dan pelik kerana Kapten Edward langsung tidak kisah dengan apa yang terjadi. Dia mahu melaporkan pada Warden. tetapi Kapten Edward telah menghalangnya. Dia merasa pelik juga.
“Okey Encik Hirzan! saya akan buka balutan di tubuh Hirzan dahulu. Selepas itu saya perlu gantikan dengan balutan yang lain. Kecederaan di badan Encik Hirzan walaupun tak parah sangat," kata Doktor Paula sambil tersenyum manis.
“Masa buat x-ray saya lihat tiada tulang yang patah. Kesan luka ini dalam sebulan boleh hilang ni. Okey sana hendak buka balutan di tangan pula.” Hirzan menghulurkan kedua tangannya.
“Sebenarnya di lengan Encik ini tak ada apa-apa cuma luka kecil sahaja.”
Hirzan membisu sahaja. Dia memerhati balutan di tangan kirinya di buka dengan perlahan-lahan. Dari satu lapisan ke satu lapisan. Akhirnya tinggal lapisan terakhir. Hirzan mengerutkan keningnya. Dia ternampak bayangan sesuatu di balik lapisan terakhir itu.
‘Apa benda tu.’ tanya dia pada diri sendiri.
Sebaik sahaja lapisan terakhir di angkat dari kulit lengan kirinya itu. Jantung Hirzan seakan terhenti. Wajahnya pucat tidak berdarah. Lidahnya kelu dan tekaknya terasa kering. Dia merenung lengan kirinya itu. Dia terkaku tidak bergerak. Semua yang ada di dalam bilik itu terdiam dan hairan dengan kelakuan Hirzan itu.
“Ya ALLAH…Tattoo.!” hanya itu yang mampu di luahkan oleh Hirzan.
Di lengan kirinya tertulis, ‘I am Terrorist Muslim.’
Tanpa bertangguh lagi Hirzan mengoyak sendiri kain yang membalut lengan kanannya pula. Jantungnya berdebar. Wajahnya tidak keruan. Sebaik sahaja kain itu terlucut dari lengannya dia terlihat perkataan yang lain.
‘Islam is from Satan.’
Terpapam, kelu tidak bersuara. Airmatanya bergenang di kelopak mata. Kali ini Hirzan tidak mampu menahan diri. Dia menangis semahu-mahunya. Semua di dalam bilik itu terkaku melihat kelakuan Hirzan. Mereka tidak tahu kenapa Hirzan menangis. Sarjan Mike memerhati keadaan Hirzan dengan rasa hiba. Dia tahu adalah salah bagi seorang muslim untuk mempunyai sebarang tattoo atau tanda di tubuh mereka. Walaupun dia bukan seorang Islam tetapi dia ada pengetahuan tentang perkara itu.
“Encik Hirzan! relaks la…tak ada apa-apa hanya tattoo biasa sahaja. kenapa perlu menangis?” tanya Doktor Paula dengan rasa yang hairan.
Dengan air mata yang berjuraian jatuh dari pipinya. Mata kanannya yang bengkak dan tidak boleh di buka itu. turut basah dengan air mata. Dia memanggung kepalanya memandang ke arah Doktor muda tersebut.
“Doktor kata tidak apa-apa? Ini dosa besar. Di haramkan orang Islam bertatoo…Ya ALLAH apakah dugaan yang kau berikan pada aku ini. Tak tertahan aku menanggungnya. Bagaimana utnuk aku beribadah kepadamu sedangkan di tubuhku ada ini benda haram. Aku berdosa Ya ALLAH.” menjerit Hirzan dengan rasa begitu sedih sekali.
Dkotor Paula terdiam mendengar jawapan Hirzan itu.
“Bolehkan doktor buang benda ini dari lengan aku?” tanya Hirzan bersungguh-sungguh.
Doktor muda itu rasa serba salah, “Se…benarnya Tattoo itu sukar untuk di buang. Dakwat yang di gunakan itu adalah bahan kimia. bahan itu bukan ada di permukaan kulit sahaja tetapi telah meresap masuk ke dalam daging. Walaupun kita buang kulit itu kesan tattoo itu masih ada di dalam daging. Adakah Awak tahu membuang tattoo ini lebih menyeksakan dari membuatnya.”
“Aku tak peduli! kalau susah sangat doktor siat kulit aku ini. Buang dagingnya sampai ke tulang aku tak peduli. Aku tak mahu benda ini ada di tubuh aku!” Bentak Hirzan dengan nada yang marah.
Terkejut Doktor itu mendengar kata-kata Tahanan di depannya itu.
“Minta Maaf Hirzan. Saya rasa baik awak lupakan niat awak itu dan belajar hidup dengan benda itu.” Bulat mata Hirzan mendengar kata-kata Doktor itu.
Rasa marahnya membuak di dalam dada. Dia tidak dapat menerima apa yang Doktor itu katakan.
“Kau fikir aku ni apa! Aku tak mahu benda ini ada di tubuh aku. Aku tak peduli…lekas buang benda ini!” jerit Hirzan dengan nada yang marah.
Dia mula meronta-ronta. Jururawat Sharon dan Sarjan Mike terus memegang tangan dan kaki Hirzan. Doktor Paula merasa cuak dengan kelakuan pemuda itu. Bimbang dengan keadaan Hirzan dia mengambil jarum dan menyucuk bahu Hirzan.
“Relak Hirzan. jangan terlalu bersedih sangat. Saya bagi ubat penenang untuk Hirzan berehat dan bertenang. Cuba Hirzan tenangkan diri dan fikirkan kembali dengan fikiran yang tenang.”
Dalam beberapa ketika kemudian Hirzan mulai lemah. Matanya menjadi kuyu. Dia kemudianya pengsan tidak sedar diri. Semua yang berada dalam bilik rawatan itu, melihat dengan kasihan keadaan Hirzan. Masing –masing melepaskan keluhan dengan nafas yang berat.
“Sarjan sebenarnya Tatoo di bahagian belakangnya juga ada dan lebih besar lagi.” luah Doktor Paula denagn nada yang perlahan.
“Di belakang badannya juga ada?” berkerut kening Sarjan Mike.
“Ya! di situ di tulis dengan perkataan, ‘I hate Islam, Islam is killer and I am killer’.”
Mengeleng kepala Sarjan Mike mendengar penerangan Doktor muda itu. Dia tak sangka ada orang yang tergamak melakukan seperti itu.
“Celaka siapa yang melakukan ini semua. Aku tidak akan berdiam diri. Aku akan cari siapa yang buat semua ini.” menderam Sarjan Mike dengan mata yang merah.
“Aku rasa kita kena lapurkan perkara ini pada Warden.” Luah Doktor Paula.
“Ya memang kena lapurkan tepi sejak hari pertama serangan aku sudah mahu lapurkan. Tapi Kapten Edward tak benarkan. Sebagai anggota di bawahnya aku perlu mengikut arahan. Aku tidak boleh membuat lapuran kepada Warden tanpa pengetahuan Kapten. Itu masalah aku.” jelas tergambar kekecewaan pada Sarjan yang sudah berumur itu.
Doktor Paula dan Jururawat Sharon memandang Sarjan Mike dengan pandangan yang hiba. Mereka tahu bagaimana korupnya pentadbiran di penjara ini. Semua salah laku di penjara itu di sorok dan didiamkan.
“Aku tak tahu berapa lama budak itu boleh bertahan. Musuhnya memang berniat untuk menghapuskannya. Aku tak faham siapa yang melakukan angkara ini. Aku rasa ada ramai yang terlibat.”
“Sabarlah sarjan…suatu hari nanti kebenaran pasti terserlah.” Sarjan Mike merenung doktor yang sebaya dengan anak perempuannya. Dia menganggukkan kepala.