Home Novel Thriller/Aksi Matriks
Matriks
Aiman Quinto
1/6/2017 06:36:52
17,914
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Beli Sekarang
Senarai Bab
2

Aku terjaga. Aku menggosok-gosok kelopakmataku. Skrin laptop masih bernyala.Tak sangka aku tertidur depan laptopsemalam. Dah pukul 5.30 pagi. Ini semua sebab ketaksuban aku dengan game yang gila ni. Sempat jugak akunaikkan rank aku sebelum pertandingantamat. Aku harap aku dapat hadiah tu. Tak kisahlah walaupun nombor last.

Eh? Ada e-mel masuk. Siapa yang nak chatting dengan aku awal-awal pagi ni?

 

From : RankedGamer PvP Server

Congratulations!You had achieved the rank 500,000 on the tournament. As the top 500,000 gamersof the world, you will receive a prize as a the symbol of a TOP GAMER.

Yes!”Aku melonjak keriangan. Aku tak tahu apa yang orang akan cakap jika ada yangnampak aku melompat-lompat macam monyet timetu. Gila. Tak kisahlah. Yang penting, AKU DAH MENANG!

*****

Aku melangkah masuk ke dalam sebuah kedairuncit. Air cond kedai itu menyejukkantubuhku yang sedang berpeluh. Aku berjalan di celah-celah rak dan mengambilbeberapa bungkus mi segera perisa kari kegemaran. Aku mendapatkan beberapa lagibarang keperluan untuk tinggal di bandar yang maju ini sebelum berjalan kekaunter. Seperti biasa, gadis comel yang menjaga kaunter akan menyambut akudengan senyuman. Gadis itu juga berbangsa Melayu seperti aku.

Gadis itu menekan-nekan punat pada mesin tunaidi hadapannya. “Semuanya tiga ribu yen,” kata gadis yang bernama Juliana itu.

Aku menyeluk poket dan mengeluarkan tiga kepingnot yang bernilai seribu yen setiap satu lalu menghulurkan kepadanya.

“Terima kasih.” Dia menyimpan wang itu ke dalammesin tunai. Juliana memang sudah kenal aku sejak aku mula tinggal di kawasansekitar sini. Kebiasaannya, dia akan mengucapkan ‘arigatou gozaimas’ kepadapelanggannya. Tetapi aku dengan dia memang selalu bersembang menggunakan bahasa‘pasar’ Melayu walaupun kami sama-sama merantau di negara orang.

“Tak ada kelas harini?” tegur Juliana.

Aku menggeleng. “Free for the whole day.”

Have anice day.” Dia tersenyum.

Aku membalas senyumannya. Aku meninggalkankedai runcit itu dan berjalan pulang ke rumah. Bilik yang aku sewa hanya lebihkurang 200 meter daripada kedai itu. Mata aku memandang ke arah jalan raya yangkosong. Keadaan di sini memang selalu macam ni. Rakyat-rakyat Jepun lebih sukaberjalan kaki atau berbasikal. Mungkin sebab itu rakyat di sini hidup sihat.Jangka hayat mereka juga panjang. Aku pernah berjumpa dengan seorang nenekkepada sembilan cucu. Dia pemilik kedai dorayaki. Dia memberitahu aku bahawadia sudah menjual dorayaki di situ selama 60 tahun.

Aku terkejut. “Nan sai desuka (berapa umurmakcik)?” Aku bertanya kepadanya dalam bahasa Jepun.

“Kyuu juu san (sembilan puluh tiga),” jawabnenek itu.

Aku terlongo sebentar bagaikan tidak percaya.Di Malaysia, hampir mustahil untuk kita berjumpa dengan orang yang panjang umursebegitu. Jangka hayat rakyat Malaysia amat sukar untuk sampai ke umur 93tahun. Paling lama pun hanya sekitar 60-80 tahun.Aku membeli beberapa dorayakilalu pulang ke rumah. Pintu dibuka. Bersepah. Biasalah rumah orang bujang. Bagiaku, mengemas rumah itu cuma optionalkalau aku terlebih masa lapang. Bukannya ada orang nak melawat pun. Aku bukanmacam lelaki lain yang suka bawa perempuan ke rumah mereka untuk buat projekhingga pagi. Mereka semuanya lelaki berhidung belang. Buat untuk memperolehkeseronokan seketika sahaja.

Aku menyelak langsir dan membuka sliding door. Mataku tertancap padakeindahan bandar Tokyo pada waktu senja. “Seronok?” kataku perlahan bermonologbersama fikiranku yang jauh melayang. 

*****

Kejuruteraan atau lebih suka disebut masyarakatMalaysia yang power Bahasa Inggerissebagai Engineering, satu bidang yangmenjadi kegilaan manusia era ini yang menggalas cita-cita tinggi menggunung. Bidangini dikatakan menjanjikan pulangan yang lumayan. Mereka semua materialistik.Hanya fikirkan wang. Benda yang bernilai sahaja yang dipandang sedangkan kerja-kerjayang bertaraf rendah dianggap hina dan tidak mempunyai masa depan. Aku takboleh salahkan mereka sahaja. Ini salah mak bapak mereka juga yang baru merasasedikit kemewahan yang Tuhan beri dah mula taksub sehingga ada yang memaksaanak kerja gaji ‘besar’. Kononnya nak hidup mereka senang padahal mahu kautsegala harta anak untuk kepentingan sendiri. Aku tak salahkan semua. Aku cuma pinpoint pada segolongan manusia yangtak sedar lagi yang diorang dah hanyut dalam kemewahan dunia ni. Mohon terasa.

Aku pula cuma ada satu tujuan. Aku nak ubahdunia. Bila aku cakap begitu bukannya aku bermaksud aku nak jadi Tuhan, akumahu mengembalikan kegemilangan dan kemajuan Islam dengan pelbagai teknologi baru.Ini idea yang aku dapat apabila aku baca novel ‘Hero’ karya Hilal Asyraf. Ideadia yang menceritakan sebuah bandar yang menggunakan teknologi paling canggihdilahirkan oleh 10 orang jutawan Islam yang amat tawaduk mengaktifkan mindabawah sedar aku. Andainya ada lebih dari itu, apa yang akan berlaku pada duniaini?

“Ok, that’sall for today.” Prof. Norman menamatkan kuliahnya yang membosankan.Sepanjang aku belajar dengan pensyarah berhidung mancung ni, ayat terakhir diatu saja yang aku faham. Slang Turkinya yang amat pekat menyukarkan aku untukmemahaminya.

Bahagianya rasa berjalan seorang diri pulang kerumah selepas tamat kuliah. Rasa macam baru dapat pass keluar darineraka untuk ke tandas. Aku rasa aku patut singgah sebentar di kedai, perlubeli sesuatu.

Previous: 1
Next: 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aiman Quinto