RALPH
Jari-jemari lincah menari-nari di atas papankekunci dengan frekuensi yang sekata; tidak bertambah laju, tidak bertambah perlahan. Mata tertancap tepatpada aksara-aksara yang muncul pada skrin laptop.Satu-persatu ditatap bagi memastikan setiap maklumat disampaikan dengan tepat.Usai segala ruang kosong diisi, jari telunjuk beralih menekan butang ‘Enter’ dihujung kanan papan kekunci. Aku menghembus nafas lega. Badan disandarkan padakerusi. Tangan disilangkan mengalas kepala. Aku terus termenung memandangkosong ke kaca laptop. Tiada apa yangharus disesalkan, bisik aku dalam hati.
Setiap perkara perlukan pengorbanan. Memangitulah lumrah kehidupan. Beginilah juga aku hidup sejak dua tahun yang lepas.Meminggirkan diri, memencilkan diri dan menjauhkan diri dari orang-orang yangaku sayang. Semuanya demi ideologi aku yang tak masuk akal.
Sekarang aku cuma fikir pasal diri sendiri.Kejar cita-cita yang tak ke mana dan nikmati kehidupan ini dengan cara yang akusuka. Hidup seperti aku sorang je yang wujud. Tak perlu fikir nak jaga hatiorang. Tak perlu fikir orang sakitkan hati kita. Bukankah hidup macam ni perfect? Kau tak perlu fikir pasalmasalah yang berlaku di sekitar kau.
Masalah. Sesuatu yang amat sinonim dengankehidupan. Aku lebih suka katakan hidup ini penuh dengan masalah. Puncanya?Sama ada orang itu sendiri bermasalah atau orang itu memang suka buat masalah.Aku? Mungkin kedua-duanya.
Itulah sebab aku mula menjadi gamer. Aku mahu hidup di alam lain dimana aku boleh lupakan masalah aku. Sebuah dunia di mana aku boleh jauhkan diridengan logout, aku boleh dapatpeluang kedua dengan restart dan akuboleh hapuskan dengan quit game.
Sedar atau tidak, dunia yang kau hidup sekarangpenuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Segala kebenaran tersembunyi daripadakau. Kau tak pernah diberi peluang kedua untuk mengembalikan masa danperbetulkan kesalahan kau. Itulah lumrah makhluk ciptaan Tuhan.