“Ralph, kau yakin ke dengan keputusan kau ni?Kau patut tunggu orang lain. Kau akan mati kalau kau pergi sorang-sorang,” kataBad.
“Aku tetap akan pergi Bad. Aku tak mahupertaruhkan nyawa korang. Aku dah tak sanggup melihat satu persatu orang yangaku sayang lenyap menjadi data. Aku sayang korang semua termasuk kau,” ujarRalph.
“Bagaimana dengan kau sendiri? Kau tak sayangnyawa kau?”
“Nyawa? Apa gunanya nyawa ini kalau aku cumaduduk berpeluk tubuh? Apa gunanya aku hidup kalau aku sentiasa dibayangidosa-dosa masa lampau, dibayangi kekesalan akibat tak berjaya menyelamatkanorang yang aku sayang?”
Ralph menghunus pedang kesayangannya.
“Aku doakan kau kembali hidup-hidup.”
“Tak perlu. Doakan kejayaan aku sudah cukup.Aku tak takut mati. Aku akan gempur markas diorang dan pastikan diorang dapatbalasan.”
Ralph meninggalkan Bad. Dari jauh Bad dapatlihat bahawa Ralph tidak berjuang berseorangan. Bayangan orang-orang yangdisayanginya sentiasa bersama. Dia tak pernah lupakan mereka.
Semoga berjaya, Ralph!