Home Novel Thriller/Aksi Matriks
Matriks
Aiman Quinto
1/6/2017 06:36:52
17,908
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Beli Sekarang
Senarai Bab
3

Seperti biasa, aku akan habiskan waktu malamseperti burung hantu di hadapan kaca laptop.Malam ni aku habiskan menonton matchDoTA 2.

Loceng rumah berbunyi. Aku meninggalkan laptop dan bergegas ke pintu hadapan.Sebaik aku membuka pintu, kelihatan seorang lelaki berpakaian tuksedo memegangbungkusan yang dibalut rapi.

Deliveryfrom Incedo Corporation,” kata lelaki itu. Dia berpakaian tuksedo dengansegak bercermin mata. Berdasarkan slangnya, aku tahu dia bukan berasal darinegara ini. “This is for the Ranked GamerPvP Tournament,” kata lelaki itu dengan senyuman yang mengerikan. Aku rasasenyumannya lebih mengerikan jika dia mempunyai misai seperti Charlie Chaplin.

“Owh, thanks.”Aku mengambil bungkusan tersebut dan lelaki itu beredar. Aku menutup semulapintu rumah. Pelik betul kurier tadi. Macam ‘Men in Black’ pun ada. Tak pernahpulak aku dengar ada kurier kerja shif malam.

“Bismillahirrahmanirrahim...” Aku membukabungkusan itu perlahan-lahan. Lebih perlahan berbanding degupan jantung akuketika itu.

Sebuah hadiah berupa jam tangan yang amat anehditempatkan cantik dalam kotak tersebut. Lantas aku ambil jam tersebut danmembeleknya. Jam ini kelihatan terlalu besar untuk sebuah jam biasa. Ada manualpelik di dalam kotak tersebut juga sepucuk surat tahniah.

You are chosen to play ournewest game, Matriks.

The server will be launchtomorrow.

6.00 GMT+9.00 (TOKYO)

Aku menyarung jam tersebut pada pergelangantangan kanan. Aku menyentuh ukiran ID aku pada jam tersebut -  nsquinto.

*****

Aku terpukau oleh kecantikan Juliana. Rambutnyayang panjang melebihi bahu diselitkan di belakang telinga. Wajahnya tersenyummanja ke arahku. Aku dah tak mampu nak describeapa-apa tentang dia. Dia terlalu menawan. Blaus turquoise dan seluar jean yang dipakainya menyerlahkan lagikeanggunannya – sungguh elegan.

Aku terus merenung ke dalam matanya yangcantik. Aku tak mampu mengucapkan apa-apa lagi kepadanya. Segala dialog yanghendak disampaikan oleh mulut telah dicuri oleh hati. Kata orang, lidah bolehmenipu, tetapi hati tidak. Ikut kata hati mahu saja aku memintanya untukbersama aku sepanjang hayatnya. Tetapi mungkin terlalu awal.

Dia membalas renungan aku. Tanpa disedari, mukaaku berona merah. Juliana ketawa kecil. “Muka awak merah. Blushing, eh?”

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Aku danJuliana menamatkan janji temu dengan melepak di sebuah restoran, makan aiskrimSundae. Aku mencairkan aiskrim dengan sudu.

“Erm, Juliana. Rumah awak kat Malaysia katmana, ye?” tanya aku cuba menyedapkan hati dengan menikmati setiap saat yangberbaki.

“Melaka. Tapi nanti lepas graduate, balik Malaysia saya kena kerja dulu dengan hospitalkerajaan dua tahun. Lepas tu saya bercadang nak buka klinik sendiri di Melaka.Nanti awak jadi rakan kongsi saya tau.” Dia senyum ke arahku.

Tut! Tut! Tut!

Gamer Watch yang aku terima semalam berbunyi. Countdown bermula. 3... 2... 1...

Satu pancaran cahaya yang amat terang terpancarmembelah langit bagaikan petir yang sedang menyambar.

“Apa ni?” teriak Juliana.

Sinaran itu terlalu terang dan menyilaukanmata. Aku tak dapat melihat apa-apa di hadapanku. Hanya bunyi jeritan yangkedengaran dari setiap sudut. Tubuhku terasa lemah. Aku cuba menggapai tanganJuliana. Entah kenapa aku tak mampu menyentuhnya. Tangan aku menembusi tangannya.Semua benda di sekeliling aku perlahan-lahan lenyap. Aku rebah. Adakah duniasudah lenyap?

Previous: 2
Next: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aiman Quinto