Home Novel Thriller/Aksi Si Gadis Pembunuh
Si Gadis Pembunuh
Rainy Rose
11/11/2022 09:44:42
7,330
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 7

Dari luar lagi Encik Kamal dapat mendengar bunyi kecoh datangnya dari studio perekaan Magical Jewellery. Sebaik sahaja pintu kaca ditolak, kelam-kabut para staff di dalam studio kembali ke tempat masing-masing. Bukan disebabkan dengan kedatangannya, Encik Kamal tahu akan itu. Dia seorang ketua yang cool, tidak mungkin mereka akan takut dengan kedatangannya.

Masih lagi berdiri di depan pintu, dari situ dia memerhati perlakuan Michael Angle yang sedang tekun meneruskan pekerjaannya tanpa mempedulikan sekeliling. Lelaki itu selalu lenyap dalam dunianya sendiri.

“Mesti sebab dia…” Tekanya, keadaan tadi kerap berlaku dalam tempoh setahun ini.

Awal-awal dahulu dia terkejut, lama-lama keadaan itu menjadi kebiasaan buatnya.

“Eh, bos! Good morning,” sapa Aniq Zafran dari tempatnya, sedari tadi perasan dengan kedatangan ketua mereka yang tidak berganjak dari situ. 

Aniq Zafran juga tahu pandangan ketuanya itu terarah kepada Michael Angle.

Mendengar suara Aniq Zafran agak kuat telah menarik perhatian Michael Angle untuk mengangkat pandangan lalu bertembung dengan Encik Kamal, tahulah dia diperhatikan rupanya semenjak tadi. Tidak seperti Aniq Zafran, dia menjeling tajam ke arah Encik Kamal tanpa rasa bersalah lantas meneruskan pekerjaan tanpa perlu menegur ketuanya.

“Morning,” balas Encik Kamal seadanya, sudah menutup pintu dan perasankan jelingan lelaki dingin itu.

Sempat Encik Kamal berhenti sejenak di tempat duduk Michael Angle yang tidak mempedulikan kedatangannya. 

‘Kalaulah tak kerana kebolehan dan idea kau dalam syarikat ni… aku dah lama buang kau,’ detiknya dalam hati, sejujurnya dia tidak menyukai staff yang seorang itu kerana keangkuhannya dan tidak menghormatinya sebagai ketua di situ.

“Oh… oh! Macam renungan maut je bos tu!” Bisik Aniq Zafran kepada Hayati, tidak semena-mena wanita itu mencubitnya.

“Baik kau jangan menyibuk! Kerja tu ingat boleh siap sendiri? Kita ni dah banyak kali tau kena sindir dengan mamat beku sedingin ais tu!” Balas Hayati turut berbisik dengan suara ditekan-tekan.

Tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan Michael Angle membuatkan Encik Kamal berasa berang tetapi tidak dapat menzahirkan dalam tindakannya. Untuk mengelakkan hatinya bertambah sakit, Encik Kamal terus menuju ke biliknya. Derapan kakinya sepanjang menuju ke destinasi kedengaran berat seperti sengaja menghentak-hentak kaki sebagai tanda protes.

“Encik Kamal dah bengang tu,” komen Aniq Zafran di tempat duduknya dan masih mampu didengari Hayati.

“Syhhh!” Spontan Hayati menegur sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.

“Yalah… yalah!” Sempat dia tergelak-gelak.

Bilik ketuanya diperhatikan. Tirai tingkap ditutup mendadak oleh Encik Kamal, mungkin ada hal peribadi yang mahu dilakukan di dalam biliknya.

“Hmmm… hmmm… sesuatu sangat tu,” komen Aniq Zafran, mengurut dagu.

Fikirannya menerawang mengenai peristiwa pertemuan pertama mereka. Pertemuan yang tidak berjalan lancar.


Previous: Bab 6.1
Next: Bab 7.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.