BAB 7Kota Kinabalu, Sabah
MAHAIRAHmelihat
panorama bandar raya negeri di bawah bayu itu dengan perasaan teruja. Agak lama
dia tidak tinggal dalam masa yang lama di kota ini. Dahulu, semasa dia
melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur, dia hanya singgah sekejap sahaja untuk
menunggu transit penerbangan dari lapangan terbang Kota Kinabalu menuju ke
Kuala Lumpur.
Banyak sekali perubahan yang berlaku
di kota ini. Bandarnya semakin dipenuhi dengan pelbagai bangsa manusia. Tidak
kurang juga dari segi pembangunannya yang semakin pesat dan maju. Ibu negeri
Sabah bukan lagi seperti dulu. Sekarang, bandar raya Kota Kinabalu dipenuhi
cahaya neon yang gemerlapan dan bangunan yang tinggi-tinggi.
“Ira mahu makan?” Tanya ibunya,
Rosiah. Mereka baru sahaja tiba di pusat bandar raya Kota Kinabalu.
“Ira masih kenyanglah, mama.”
Jawabnya spontan.
“Tapi bapa lapar ni.” Hamid mencela
seraya tergelak kecil.
“Bah, kalau begitu kita makanlah
dulu. Lepas zohor kita bertolak ke Pusat perubatan Islam itu.” Ujar isterinya,
Rosiah.
Mereka terus berjalan melepasi
kompleks membeli-belah Centre Point setelah memarkir kereta di bahu jalan yang
dikhaskan untuk parking kereta.
Selepas itu, mereka melalui jalan Sinsuron 2 dan menuju ke Pasar Filipin.
Masyarakat Sabah menyebut nama tempat itu ‘Pasar Filipin’ kerana kebanyakan
peniaga di situ dipelopor oleh orang-orang Suluk.
“Macam di KK.” Ujar Mahairah yang
berjalan beriringan dengan ibunya. Rosiah tergelak kecil.
“Bah, kupi-kupi dulu lepas kita siap
makan.” Ujar Hamid yang separuh berseloroh. Mereka bertiga tergelak serentak.
Di Sabah, masyarakatnya penuh dengan
pelbagai trademark.Justeru, orang
luar yang masuk ke negeri bawah bayu tidak seharusnya berasa janggal kerana itu
merupakan cara masyarakat Sabah bergurau senda dan menunjukkan keakraban
persahabatan ataupun perhubungan. ‘Macam di KK’, ‘kupi-kupi dulu bah’ dan
‘bulilah kampung-kampung’merupakan trademarkterkenal dan diguna pakai di
seluruh Sabah.
Bangsar South, Kuala
Lumpur
DATUK
MARJAN duduk di ruang tamu banglonya sambil menonton aksi thriller di Astro.
Kerana berasa bosan dengan siaran Astro yang berulang-ulang setiap hari, lelaki
itu menutup televisyen dan bersandar di sofa mewah. Sebenarnya, fikiran lelaki
itu hanya tertumpu pada laporan analisis bursa saham syarikatnya yang agak
kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.
“Datuk.” Satu suara menyapanya dari
arah pintu depan.
“Orang bawahan kau ditewaskan,
Faizal?” Muka Datuk Marjan agak berkerut.
“Hanya orang bawahan saja, Datuk.”
Faizal melabuhkan punggungnya di sofa berjenama yang berhadapan dengan Datuk
Marjan.
“Ini mengenai duit, Faizal. Kau
gagal dan kau mati kebulur di bumi Kuala Lumpur yang harga barang-barangnya
semakin melangit ni.” Datuk Marjan memandang Faizal dengan mata yang menyingga.
Dia kelihatan agak kurang gembira.
“Ini semua sebab lelaki tu, datuk.”
Faizal membela diri.
“Ya, aku nak kau hapuskan Malik. Aku
takut dia akan terlepas begitu sahaja.”
“Aku akan pastikan Malik mati,
Datuk. Kalau tidak, dia pasti akan berlagak hero.” Faizal merengus kencang.
“Aku bagi kau tempoh, Faizal. Cuma
kalau dapat diselesaikan dengan lebih cepat, itu lagi bagus. Dan kita akan
bermandi duit.” Seiring itu Datuk Marjan galak ketawa diikuti oleh gelak ketawa
Faizal. Mereka bersekongkol. Manusia tunggangan nafsu dunia semata-mata.
Taman Hartamas, Cheras
DATIN
DIANA memeluk erat satu-satunya anak perempuannya tatkala mendengar bencana
yang hampir membawa malang kepada gadis suntinya itu. Dia begitu bersyukur
dengan pertolongan yang dihulurkan oleh Malik. Walaupun lelaki itu agak serius
orangnya, tetapi wajahnya kelihatan bersih dan suci.
“Terima kasih banyak-banyak, Malik.
Kalau bukan kamu, saya tak tahulah apa yang akan terjadi dengan anak saya ni.”
Datin Diana tidak henti-henti membelai anak kesayangannya itu.
“Sama-sama. Cuma, seeloknya kalian
tidak ke mana-mana buat sementara. Keadaan di luar sangat bahaya dan tidak
terjangka.” Malik memandang sekeliling. Rumah itu terlalu mewah. Justeru,
mereka akan selamat jika berdiam buat seketika. Rumah itu pun dilengkapi dengan
sistem keselamatan yang tinggi.
“Memang seeloknya begitu, cuma
Syarikat Sama Sepakat Sdn.Bhd tu tiada yang menguruskannya.” Datin Diana risau
mengenai perjalanan syarikat yang agak tergendala sejak beberapa hari lalu.
Malik terdiam. Dia sememangnya akur
dan faham dengan situasi itu. Mereka tiada pilihan. Dikhuatiri syarikat
peninggalan Datuk Haris akan lingkup jika tidak diuruskan dengan
bersungguh-sungguh. Maka, jalan terbaik adalah berserah sepenuhnya kepada ALLAH
Taala. Dia sebaik-baik perancang dan pelindung. Maha Suci ALLAH.
“Kamu tinggal di mana, Malik?” Datin
Diana pantas mengubah topik.
“Saya hanya insan biasa, tinggal di
kawasan rumah kos sederhana di Damansara.” Jujur Malik.
“Rasanya kau tidak keberatan untuk
tinggal beberapa waktu di rumah ini.” Maria mencela. Malik tersentak. Datin Diana
merenung tajam wajah Maria. Pandangan mereka bertaut.
“Terima kasih, tapi tidak elok
tinggal di rumah yang hanya dihuni oleh wanita.” Malik bukan tidak sudi, Cuma
situasi sebegitu agak berat baginya.
“Tapi kita bertiga.” Ujar Maria.
“Benar,
tetapi pekerjaan saya pasti akan tergendala. Saya boleh dibuang kerja. Jika itu
berlaku, saya pasti mati kebulur di kota ini.” Malik menolak dengan cara baik.
“Baiklah,
tapi kalau kamu ada masa senggang, datanglah ke rumah ini.” Akhirnya, Datin
Diana membuat satu kenyataan yang menyokong pendirian Malik.
“Insya-Allah.
Saya akan kembali lagi. Justeru sekarang saya hendak minta diri. Kereta saya
masih tertinggal di Mid Valley.” Ujar Malik. Datin Diana dan Maria hanya
tersenyum.
“Tunggu
sekejap, Malik.” Datin Diana segera berdiri dan menuju ke meja tulis. Di situ
dia mencoret sesuatu di atas sekeping kertas.
“Ini
hadiah untuk kamu, Malik. Ambillah.” Datin Diana menyerahkan sekeping cek
berjumlah lima puluh ribu ringgit. Malik terkedu.
“Jumlah
ini sangat banyak, Datin. Saya keberatan untuk menerimanya.” Malik Ikhlas.
“Ambillah,
kalau tidak… kami berdua akan kecewa dan berasa terhutang nyawa yang dengan
kamu, Malik.” Datin Diana segera memasukkan cek itu ke dalam poket baju kemeja
yang dipakai oleh Malik.
“Kala
begitu, terima kasih. Cuma duit ini akan mengganggu kehidupanku. Saya tidak
pernah hidup mewah.” Malik tetap merendah diri. Dia sedar siapa sebenarnya dia.
Sejarah hidup, termasuk sala-sila keluarganya.
Dalam
hati dia berkata ‘ Bukankah hutang emas boleh dibayar, dan hutang budi dibawa
hingga ke mati’. Itulah ungkapan agung pujangga Melayu. Adab sopannya begitu
teratur. Namun, kerana ingin menjaga perasaan mereka, Malik menyambut juga
pemberian itu.
Selepas itu, Malik meminta diri
untuk pulang. Maria tidak terlupa untuk mengambil maklumat perhubungan lelaki
itu termasuk nombor telefon dan alamat rumah. Kalau ada kecemasan, maka dia
akan meminta bantuan.