Home Novel Thriller/Aksi RINDU BERDARAH
RINDU BERDARAH
#mystrill
21/11/2019 21:16:22
19,919
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 1

Novel ini merupakan karya yang bertanding dalam Pertandingan Menulis Novel Thriller anjuran Buku Prima.

Penulis : KOMPAS PANDA

BAB 1


Pada zaman itu, terdapat sebuah keluarga yang hidupnya sering di rundung masalah. Satu persatu masalah datang tanpa pernah hentinya. Ketika itu, mereka sedang menjaga seorang pakcik yang di temui di bahu jalanan. Kerana kasihan melihat keadaan pakcik itu, mereka nekad untuk menjaganya sehingga pewaris pakcik itu datang semula mengambilnya.


    Hari berganti hari, begitu juga dengan tahun. Penantian demi penantian tetapi tiada seorang pun yang datang menemui pakcik ini. Di dada akhbar juga tiada berita tentang kehilangan pakcik itu.

    Sehinggalah mereka merancang untuk membuat laporan polis tentang pakcik yang menumpang di rumah mereka, tetapi di larang sekerasnya dan kata pakcik itu dia tiada sesiapa lagi di dunia ini. Mereka semua telah mati di bunuh. Dan kerana itu jugalah dia di temui di bahu jalanan sendirian kerana tidak tahu mana arah hendak tuju. Higgakan keluarga itu menemuinya dan menjaganya.

    “Kalau kamu semua tidak mahu pakcik berlama dekat sini, hantarkan saja dekat rumah orang tua. Insya Allah, cukup semuanya di sana.” Lemah pakcik itu bersuara. Tongkat kayunya di pegang kuat, walupun jelas kudrat pakcik itu tidak sekuat mana.

    Pasangan suami isteri itu hanya mendiamkan diri tanpa bersuara. Sayu hati mereka mendengarkan buah butir kata pakcik tadi. terasa tidak sampai hati pula hendak menghantar pakcik itu ke rumah orang-orang tua.

    “Kita jaga jelah pakcik tu.” Si isteri memberikan pendapat.

    Kini mereka sedikit jauh dari pakcik itu yang sedang duduk di beranda rumah. Duduk di atas kerusi rotan, membuatkannya mengimbau kembali zaman sewaktu di kampung.

    “Abang tak kisah. Lagipun kita tak ada orang tua juga. Tapi yang abang risaukan, macam mana kalau ada orang cari pakcik tu? Malu kita kena tangkap sebab sorokkan orang tua ni.” Si suami mulai gelisah.

    Betul juga. Kalau kita tak buat laporan polis tentang pakcik ni, ada kemungkinan pewarisnya datang dan menuduh mereka menyorokkan orang tuanya. Ish, tak boleh jadi ni. tapi nak buat laporan polis pakcik tu tak bagi pulak. Tapikan... pakcik tu sendiri yang cakap dia dah tak ada sesiapa lagi. Ke... maksud pakcik tu dekat sini dia tak ada sesiapa? Aduh, pening kepala aku macam ni.

    “Yang, apa yang awak fikirkan? Kita jaga jelah...” Bersungguh-sungguh riak wajah si suami mengajak menjaga pakcik itu.

    “Herm... kalau awak beri izin, insya Allah, kita boleh jaga. Awak tak kisah, saya pun tak kisah.” Mereka saling berpandangan. Wajah si suami di pandang penuh rasa kesyukuran.

    Tok! Tok! Tok!

Mereka berdua memalingkan wajah. Melihat datangnya bunyi tongkat itu yang semakin menjauh. Berlari anak mereka berdua mendapatkan packik itu yang sudah hampir ke muka pintu pagar rumah.

    Kecil hati barangkali dengan mereka berdua yang menjauh sedikit untuk berbincang tadi.

    “Pakcik!” Si suami menjerit. Di papahnya pakcik itu masuk ke dalam semula. di susuli isterinya pula.

    “Pakcik nak kemana?” Tanya si isteri.

    Wajah kusam pakcik itu di pandang sayu. Kasihannya... Macam manalah kalau ia terjadi pada orang tua kita kalau mereka pergi tanpa pamitan dan berkecil hati? Ya Allah, kasihannya...

    Pakcik itu masih membisu. Setitis air matanya mengalir jatuh ke lantai. Makin sedih hati mereka melihatnya.

    “Dahlah pakcik, mulai hari ini pakcik tinggal jelah dengan kami. Lagipula, emak dan anak-anak saya tak ada dekat sini.” Si suami bersuara. Pakcik itu di dudukkan di sofa berwarna hitam berdepan dengan TV.

    “Betul tu pakcik. Lagipun, dah setahun pakcik tinggal dengan kami, dah macam keluarga dah pun.” Si isteri pula menyambut pelawaan suami.

    Lama pakcik itu mendiam diri. Dia mengangkat wajah, memandang pasangan suami isteri yang duduk menghadap dirinya. Tersentuh hatinya dengan pelawaan mereka. Dalam hatinya berdoa, semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik suami isteri ini.

 “Ya Allah! Abang!” Isterinya menjerit.

    Bergegas si suami mendapatkan isterinya yang berada di tingkat atas rumah mereka. Degupan jantung si suami usahlah di kira. Dalam fikirannya memikirkan hal-hal yang buruk sementah isterinya menjerit bagai di serang histeria.

    Dengan langkah yang luas dia melangkau dua anak tangga untuk sampai ke atas dengan segera. Kekejangan di kaki kadang-kadang menyukarkan langkah luasnya tidak di endahkan.

    “Kenapa sayang?!” Suaminya bertanya. Wajahnya berkerut seribu memandang si isteri sedang memangku pakcik itu yang terbaring di lantai bilik air. Kepalanya berdarah.
    “Abang...” Tersekat-sekat nafas si isteri cuba untuk bercakap namun pergerakan si suami lebih pantas bila jarinya di letakkan di pangkal leher pakcik itu.

    “Pakcik ni masih hidup. Cepat, kita bawa dia ke hospital!”

    Dalam kebuntuan si isteri cuba berbuat sesuatu. Tetapi dia sendiri tak pasti apa yang perlu dia lakukan ketika ini. Sedangkan si suami telah pun mengendong pakcik itu untuk di bawa turun dan masuk ke kereta dan hantar ke hospital.

    Sempat tangan di isteri menggapai sebatang tongkat milik pakcik itu  dan terus mengikut si suami meninggalkan rumah mereka dan bergegas ke hospital yang berdekatan untuk merawat pakcik ini.

    Lama mereka menanti diluar bilik kecemasan. Menunggu kedatangan dokter dan jururawat yang merawah pakcik itu di dalam.

    Mereka sungguh gelisah. Pelbagai perasaan berbaur di dalam hati. Bermacam persoalan bermain di fikiran ketika ini.

    Lampu bilik kecemasan mati. Secara automatik pintunya pula terbuka dan keluarlah dua orang jururawat dari dalam dan seorang dokter wanita di belakang mereka.
    “Dokter?” Si suami yang cemas mendapatkan dokter yang berjalan keluar dari bilik kecemasan.

    “Encik... saya harap Encik dapat bertenang... Allah lebih sayangkan dia. Bersabar Encik...” Lemah pertuturan dokter wanita itu, tetapi lagi lemah kakinya untuk tegap berdiri ketika ini.

    Si isterinya pula sudah terduduk di lantai. Segera dua orang jururawat itu mendapatkan si isteri untuk di dudukkan dan di tenangkan di kerusi panjang dekat dinding.

Selepas kamatian pakcik itu, yang menjadikan puncanya adalah lantai yang basah dan licin. Kerana itu jugalah hubungan mereka sebagai suami isteri makin hari makin renggang sampaikan mak mertua si suami pun perasan.

    “Kalau bukan sebab awak yang pergi letak sabun tu dekat bilik air atas tu takkan mungkin pakcik tu mati! Awak dah bunuh orang tahu tak!” Bentak si suami.

    Berang sungguh si isteri dengan andaian dan pengakuan si suami. Sehari dua mungkin dia boleh terima dan menjelaskan semuanya. Namun, apabila ia sudah menjadi bahan dan ungkapan setiap hari dia harus bertindak. Tak mungkin dia akan membiarkan si suami terus menerus menuduhnya pembunuh!

    Bukan dia yang membunuh pakcik itu. Bukan dia juga yang sengaja meletakakn sabun basuh baju di sudut bilik air itu. Dan dia juga tak menyangka bahawa pakcik itu akan menggunakan bilik air tingkat atas.

    Selalunya pakcik itu akan berada di bawah. Segala macam keperluan seperti bilik mandi, bilik tidur dan sebagainya mereka telah menyediakannya tetapi di bawah keran keupayaan pakcik itu tidak mengizinkan untuk mendaki anak tangga ke tingkat atas.

    Si isteri berlalu masuk ke bilik. Menenangkan hatinya adalah lebih baik dari terus mengadap si suami yang tidak henti-henti untuk mencemuh dan menuduhnya pembunuh. Lama si isteri duduk di birai katil sambil matanya tajam memandang tongkat peninggalan arwah pakcik yang menumpang di rumahnya.

    ‘Hapuskan saja suami mu yang kurang siuman itu!’

    Sepertinya dia mendengar perintah suara yang berbisik di telinganya. Tanpa berfikir panjang dia terus mencapai tongkat itu dan berjalan sambil menghentak tongkat itu seperti lazimnya pakcik itu menggunakannya.

    Tok! Tok! Tok! Tok!

Makin lama bunyi tongkat itu makin jelas kedengaran di telinga si suami yang sedang menonton TV didalam bilik tetamu berdepan dengan bilik tidur mereka suami isteri.

    Si suami mulai tidak senang duduk. Dia memanjatkan kepalanya ke belakang, untuk melihat. Senyuman si isteri menghiasi ruang pandangnya. Sekelip mata, tongkat di tangan isterinya melibas kuat ke wajah si suami hingga memercik darah dari hidung si suami di lantai.

    Nafas si suami masih lagi berombak kencang. Tetapi tidak lama. Akhirnya si suami mati. Mati di bunuh oleh isteri dengan tongkat kayu peninggalan arwah pakcik itu...

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham