Home Novel Thriller/Aksi RINDU BERDARAH
RINDU BERDARAH
#mystrill
21/11/2019 21:16:22
19,860
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 2
“Peh! Gilalah. Ada ke patut isteri bunuh suami macam tu sekali?” Kuat suara Kryl memeranjatkan teman serumah mereka yang sedang asyik dan fokus menonton filem seram di kaca TV.

    “Kau ni kan...!” Maya mencapai bantal Nemonya lalu membalingkan ke muka Kryl yang sudah sedia untuk mengelak, tetapi akhirnya terkena juga.

    “Hahaha, hah! Padan muka kau!” Maya mengejek Kryl apabila bantal Nemonya cantik mendarat di atas riba Kryl.

    “Weh! Korang ni dahlah, aku nak tengok TV pun tak senang.” Ilya yang menyandar di kakki sofa bersuara. Tontonananya terganggu.

    “Shh... diam lah wei. Ilya dah bersuara tu.” Maya kembali ke posisi asalnya. Begitu juga dengan Kryl. Bantal Nemo Maya di letakkan di bawa kepalanya. Dia membaringkan tubuh sambil kedua belah tangan bersilang di belakang kepala.

    “Ibu bunuh ayah! Ibu bunuh ayah!” Jerit anak kecil itu.

    Ibu si isteri sudah mula menggigil apabila melihat anaknya yang tidak seperti seorang yang siuman lagi. Mereka terasa seperti terancam apabila anaknya itu mula mendekati sambil mengangkat tongkat arwah pakcik yang telah menyabut nyawa suaminya!

    “Ibu bukan pembunuh!” jerit si isteri. Dia menyangkal sekerasnya bukan dia sengaja membunuh suami sendiri. Dia tak sengaja.

    “Tak... ibu bukan pembunuh sayang. Mari sini sayang... mari nak...” Pujuk si isteri lagi.

    Anak kecil itu di gendong oleh ibu si isteri. Laju sahaja langkah si nenek membawa cucunya keluar dari bilik  yang penuh dengan tragedi malang dan berdarah. Tak sanggup dia duduk sebumbung dengan anaknya lagi. lebih baik dia berlari mencari jalan keluar dan menyelamatkan diri sebelum segalanya terlambat.

    Dengan langkah terkocoh-kocoh, kaki tuanya menuruni anak tangga tanpa menoleh ke belakang lagi. Fikirannya tidak mampu berfikir lagi. Yang ada hanyalah dia ingin selamatkan cucunya. Itu sahaja.

    “Ibu nak kemana dengan anak saya bu!!” jerit si isteri di atas tangga pertama dari atas.

    Dia melihat langkah kaki ibunya yang kuat mengendong anaknya. Hatinya makin terbakar bila meilhat si anak memalingkan wajah tanpa memandang dia.

    “Ibu!! Pulangkan anak saya!!” Jerkahan dari atas makin mendebarkan hati tua si nenek.

    Si anak yang berada dalam pelukan neneknya kuat merangkul tengkuk nenek kerana ketakutan yang amat.

    Dari matanya sendiri dia melihat ibunya sudah berlari menurun anak tangga mengejar neneknya di muka pintu.

    “Nek! Cepat nek!” rengek si cucu.

    Pintu utama di kunci. Terketar-ketar si nenek cuba membuka tombol pintu tetapi akhirnya, kaki tuanya tidak mampu bertahan lama apabila dia rebah di lantai dengan juraian airmata.

    Anak kecil itu juga turut menangis kuat. Dia menjadi makin takut dan gerun bila melihat wajah ibunya sendiri. Dia memeluk neneknya yang masih bernyawa di lantai rumah mereka.

    Mata ibunya merah menahan amarah. Tangisan anak itu seolah hanya irama yang menyakitkan pendengaraannya sebelum dia sekali lagi mengangkat tongkat itu dan menghayunkan pada wajah anaknya.

    Bunyi pintu di kuak dari luar. Menyentakkan semua yang ada di ruang tamu memalingkan pandangan ke  arah pintu utama.

    Nisa’ masuk ke rumah selepas memberi salam kepada seisi penghuni rumah sewa itu. Dia pelik bila tiga pasang mata terarah kepadanya yang sedang berdiri di muka pintu dengan ekpresi wajah yang pelik.

    Nisa’ mengangkat keningnya sebelah. “Korang ni apasal pandang aku macam tu?” Daun pintu di tutup semula. Nisa’ mengatur langkah berjalan ke ruangan sederhana itu untuk bersama kawan serumah yang lain.

    “Nis, aku pelik dan musykil ni dengan kau.” Ilya sudah mula membuka kata. Tubunya di hadapkan ke Nisa’yang sedang bersandar di sofa bersebalahan dengan Kryl.
    “Amende?” Tanya Nisa’.

    “Mana kau dapat idea gila ni nak buat cerita kau? Aku tengok kau ni tak macam kita orang pun. Relaxs je, tahu-tahu cerita kau jadi adaptasi. Pelik aku.” Soal Ilya.

    Laa... pasal novel ke? Herm, aku pun tak tahu mana aku dapat idea gila ni, Ya. Yang aku tahu sejak aku habis sekolah, kerja dan dapat beli sebuah laptop aku saja-saja menaip untuk hilangkan bosan. Tak tahu pulak yang sekarang aku jadi penulis.

    “A’ah. Betul tu kata Ilya. Aku ni dah dua minggu tau menghadap manuskrip aku tu. Satu apa pun aku tak buat lagi.” Kryl pula mengadu perihal dirinya yang sedang di landa write’s block.

    “Manalah aku tahu. Yang aku tahu aku duduk taip macam biasa. Alah, kalau writer’s block tu biasalah. Aku pun kerap laluinya. Kadang-kadang sampai sebulan tau.” Nisa’ merendah diri.

    “Iye ke....?” Ilya kurang percaya.

    Selaku teman sebilik kepada Nisa’ dia tahulah bila masanya kawan sebiliknya itu di landa writer’s block. Cuma, sejak akhir-akhir ni Nisa’ sangat lain macam. Dia perhatikan yang kawannya itu kerap duduk berjam-jam depan lappy nya dan menaip.

    Pernah beberapa hari yang lepas, Nisa’ langsung tak keluar bilik selama tiga hari semata-mata nak siapkan manuskripnya. Bila di tanya cerita apa, dia jawab cerita yang lama ter pending dalam lappy.

    “Dahlah korang. Aku naik atas dulu nak mandi.” Nisa’ sudah bangkit dari duduknya dan melangkah dari kelompok teman-temannya yang menonton TV.

    “Eh, korang. Malam ni tak payah masak eh. Kita makan luar. Aku belanja!” Sempat lagi Nisa’ memberitahu kawan-kawannya sebelum mendaki anak tangga masuk ke dalam bilik.

    Tombol pintu bilik di pulas. Bilik sederhana besar itu di pandang. Kemudian beralih pula kepada katil bujangnya yang berdepan dengan katil bujang milik Ilya.

    ‘Ya Allah, nikmatnya kalau dapat baring kejap!’ Nisa’ mula melangkah masuk ke dalam biliknya.

    Segala isi kandungan koceknya di keluarkan dan di letakkan di atas meja tulisnya. iPhone nya di silent kan. Tandanya dia tidak mahu terganggu dengan mana-mana panggilan mahupun mesej dari sesiapa.

    Tubuhnya di lemparkan ke tilam empuk. Bantal peluk di tarik sebelum matanya terus  tertutup dan lena dalam iagauan mimpi. Terasa segala penat lelahnya selama ini amat berbaloi walaupun dia bukan seorang yang kaya dan berharta. Tapi cukup selesa dengan kehidupan kini yang di kelilingi oleh kawan yang cukup baik dan sempoi...


Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.