Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,753
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3-6

Nasha menumpukan perhatian terhadap komputernya dantangannya sibuk menaip mencari sesuatu. Sedikit sebanyak riak mukanya berubah.“Relax” kata Zakuan sambil menghalang pandangan Nasha dengan secawan kopi. Nashamemandang Zakuan dan mengambil kopi tersebut sambil mengucapkan “Terima kasih”

“Apa yang awak cari sampai muka berkerut sangat. Macamtengah jawab soalan peperiksaan yang sukar” kata Zakuan.

“Pagi tadi di tempat kejadian, ada seorang perempuan”

“Perempuan? Betul orang ke?” soal Zakuan bermain.

“Orang cakap betul ini!” marah Nasha.

“Maaf. Saja nak tenangkan tension” katanya sambiltergelak sedikit.

“Kenapa dengan perempuan tu?”

“Saya tidak tahu. Dia pandang saya dan dia tersenyum.Macam dia kenal saya dan kemudian berlalu pergi”

“Mungkin cuma orang yang datang tengok sahaja dan diatertarik dengan awak”

“Zakuan!”

“Maaf sekali lagi”

Nasha mengeluh. “Itu satu. Pandangan dia macam dia kenalsaya. Dan satu lagi adalah gelang yang dipakainya”

“Kenapa dengan gelang tersebut?”

“Ada perkataan ETHOS padanya. Kejap” Nasha mencari kertasdan mula melukis. “Macam ini. Dia pakai gelang yang buahnya besar dan tertulisETHOS”

“Awak fikir dia...”

“Ya. Dan sekarang saya tengah cari dia”

“Macam mana awak hendak jumpa seorang dalam berjutaorang”

“Mukanya macam saya pernah nampak” kata Nasha sebelum diaterhenti berkata dan berhenti menaip. “Dia” kata Nasha sambil menunjuk ke arahkomputernya.

“Amirul” panggil Zakuan dan Amirul memandang ke arah Zakuandan Nasha. Fazli turut memandang ke arah mereka berdua.

“Kenapa?” soal Amirul masih tidak berganjak dariduduknya.

“Awak perlu lihat ini” kata Zakuan dan Amirul dan juga Fazlibangun dan berjalan ke arah Zakuan dan Nasha untuk melihat apa yang Zakuanhendak mereka tahu.

Mereka berempat memandang skrin komputer yang memaparkanseorang perempuan tersenyum dan tangannya berada di rambutnya menyisirnya kebelakang. Dan di tangan tersebut jelas kelihatan sebuah gelang tangan denganbuah yang besar tertulis ETHOS.

“Ini....” kata Amirul atau apa yang boleh keluar darimulutnya dengan keadaan terkejut itu.

“Apa yang patut kita lakukan?” soal Nasha sambilmemandang Amirul. Menunggu arahan daripada ketuanya.

“Siasat tentangnya dahulu. Kita kena ada sesuatu yangkukuh dan soalan sebelum kita terus menangkapnya dan bertanya mengenai ETHOS”kata Amirul dan mereka mengagguk faham.

~~~~

Chimera memandang ke skrin komputernya dan sibukmenyelidik tentang Murshid. Daripada biodata peribadi ke sekolah yang pernah dijejakinya terus ke segala akaun social yang dimiliki dan terus kepada kehidupanhariannya. CCTV di makmal turut di perhatikan oleh Chimera. Dia seakan telahmendapatkan segalanya dan mencari lebih daripada itu.

~~~~

Daemon menunggu di dalam keretanya dan pintu dibuka olehpemandunya sebelum seorang lelaki memasuki kereta tersebut dengan penuh debardan menunduk. “Wah. Untuk dapatkan tuan memanggil saya memang payah. Ada kerjauntuk saya?” soal lelaki tersebut dengan senyuman penuh makna.

Deamon mengambil fail dan memberikannya kepada lelakitersebut. Fail tersebut telah disiapkan oleh Chimera dan merangkumi profileperibadi dan segala yang penting. “Saya nak awak periksa lelaki ini dan selidiktentang keluarganya”

“Baik tuan. Macam mana dengan bayaran?” soalnya dengansenyuman yang sama.

“Permulaan saya akan bagi lima ribu” kata Deamon sambilmemberikan sebuah sampul kepada lelaki tersebut. “Setelah kerja awak selesai,saya akan tambah lagi sepuluh ribu”

“Terima kasih, tuan. Saya akan lakukan kerja ini dengansegera”

“Awak cuma ada dua hari”

“Baik. Saya akan arahkan semua orang untuk kerja ini”kata lelaki tersebut sebelum dia keluar dari kereta tersebut. Dan kemudiankereta yang dinaiki oleh Deamon berlalu pergi.

~~~~

Centaur memasuki kelab malam yang dipenuhi oleh orangramai dan bunyi yang kuat. Dia terus berjalan ke bar dan mendapatkan tempatduduk. “Jarang awak datang sini. Ada sesuatu berlaku?” soal pelayan bartersebut. Pelayan itu merupakan kawan kepada Centaur.

“Awak masih buat kerja itu?” soal Centaur sambil diamemesan coke. Dia tidak dan jarang minum minuman keras disebabkan dia perlumenjaga badannya.

“Lapan puluh peratus pendapatan saya bergantung kepadakerja itu. Awak fikir saya akan berhenti. Kecuali sebab perempuan” merekaberdua ketawa dengan ayat tersebut.

“Saya ada kerja untuk awak. Bayaran, lumayan”

“Kerja dari awak mesti saya akan buat. Lagipun bayaranyang awak bagi sangat bagus” katanya dengan senyuman.

“Saya nak awak selidik lelaki ini dan keluarganya” kataCentaur sambil memberikan sebuah fail kepada kawannya itu. Dia mengambilnya danmelihat profil tersebut.

“Awak dah ada banyak maklumat macam ini awak masih naksaya selidik?” soalnya sambil memandang ke arah Centaur.

“Ya. Saya nak tahu banyak lagi”

~~~~

Erlking memandang kawannya yang sedang sibuk melakukantugasnnya dengan pandangan yang sukar untuk dihadang. “Apa yang awak nak?” soalkawannya itu atau lebih kepada informant kepada penulisan Erlking.

“Kes ETHOS yang baru ini”

“Kan saya dah baginya kepada awak”

“Saya nak tahu apa yang special squad fikir”

“Awak tahu pasal special squad?” soal kawannya terkejut.

“Macam mana saya tidak tahu. Mereka popular di tempatini” kata Erlking sambil tersengih.

Kawannya mengeluh dan mula berkata “Mereka fikir yang kestersebut bukan dari ETHOS sebab Muhammad Adli punya latar belakang sangatbersih. Tidaklah sangat tapi boleh kata bersih daripada target-target ETHOSsebelum ini”

“Mereka berfikir macam itu?”

“Ya. Safuan, betulkan?” soal kawannya kepada Safuan yangduduk tidak jauh dari mereka.

“Ya. Terakhir saya cakap dengan Amirul dia kata macamitu”

“Jadi siapa yang lakukannya?”

“Mereka masih tidak pasti” jawab Safuan.

~~~~

“Bukan ETHOS?” soal Fazli sambil mengelipkan matanyabeberapa kali.

“Kenapa awak cakap macam itu?” soal Zakuan pula.

“Sebab ETHOS tidak akan target orang macam ini kecualilahada sesuatu tentang mangsa yang kita tidak tahu. Dan yang penting ETHOS cumatinggalkan satu ayat ‘Eye for an eye, tooth for a tooth, and evil for evil’sahaja dan tiada tambahan”

“Ya. Selalunya mangsa ETHOS adalah seseorang yang confirmmelakukan jenayah. Dan ada beberapa yang mereka selesaikan tetapi segalanyamenunjukkan mangsa mempunyai atau melakukan jenayah yang dapat dikesan”

“Kita akan selidik tentang Muhammad Adli dan cari apa-apayang membolehkan dia menjadi target kepada ETHOS”

~~~~

Basilisk berjalan memasuki makmalnya dan terus ke tempatduduknya. Dia menguap dan kemudian memulakan atau menyambung projeknya. “Tok.Tok. Tok” bunyi pintu biliknya diketuk dan Basilisk berkata “Masuk” sebelumseseorang memasuki biliknya. Mata Basilisk masih tetap memandang ke arahkajiannya sebelum dia kemudiannya memandang ke arah orang yang memasukibiliknya.

“Murshid. Ada apa?” soalnya sebelum dia kembalimemerhatikan kajiannya.

Murshid berfikir dengan banyaknya sebelum dia berkata“Tiada apa”

Basilisk berhenti dan memandang Murshid. “Ada sesuatukan.Bagitahu sahaja. Mungkin saya boleh tolong”

“Apa yang awak fikirkan tentang ETHOS?” soal Murshid danBasilisk terkejut sedikit dan kemudian tersenyum sambil memandang Murshid.

“Apa yang saya fikirkan tentang ETHOS?” soal Basilisksemula sambil dia mengambil tempat dan duduk. “Apa kata awak buatkan saya kopidahulu dan saya akan beritahu” tambahnya sambil tersengih.

~~~~

Seiren berjalan keluar dari kedainya dan menuju ke arahkeretanya. Dia seakan terasa sesuatu yang kemudian dianggap tiada apa-apa.Namun berkemungkinan ia merupakan sesuatu. Seiren memandu keretanya ke arahrestaurant jepun berdekatan untuk makan tengah hari.

Dia memilih tempat di tingkat dua dan bersebelahan dengantingkap. Seiren melihat menu dan kemudian memesan makannya sebelum pelayanberlalu menyiapkannya. Dalam menunggu makanannya sampai Seiren memandang keluar dan kemudian dia tersengih.

~~~~

“Kimi” panggil Seiren sambil berjalan masuk ke bilikDeamon dengan senyuman. Riak muka  Deamonberubah sedikit dengan panggilan yang digunakan oleh Seiren namun dia tetaptenang.

Seiren memeluk Deamon dan kemudian berkata “Awak ada dapatjemputan perkahwinan dari Julia?”

“Ada. Kenapa?”

“Pergi atau tidak? Julia asyik kacau saya untuk pastikansaya datang juga. Tapi kalau saya hendak datang saya hendak awak ikut sekali”

“Kejap. Dekat mana majlis itu?” soal Deamon sambilmengambil surat jemputan tersebut namun belum sempat dia membukanya Seirentelah memberitahunya “Hawaii”

Daemon gelak sedikit sebelum dia berkata “Dia nak kahwinatau honeymoon?”

“Mungkin dua-dua sekali”

“Ya. Rasanya. Saya akan pergi”

“Yes. Nanti cakap dekat diorang jugak. Rasanya diorangmesti dapat jemputan juga”

“Tentulah”

“Bagus. Saya nak balik ke kedai balik” kata Seiren sambiltersenyum.

“Tiada makan malam atau apa-apa?”

Seiren ketawa. “Bukan hari ini. Sibuk sikit nak kosongkanjadual untuk Julia punya perkahwinan” katanya sebelum dia berlalu keluar.

Deamon memandang Seiren keluar dari biliknya dan kemudianpintu ditutup. Dia memegang bahunya dan tersengih sedikit sebelum dia menyisirrambutnya.

~~~~

Nasha menalifon Amirul dan memberikan laporan “Setakatini tiada apa-apa yang menunjukkan dia seorang ahli ETHOS. Macam mana keadaandi sana?”

“Segalanya telah dipasang yang tinggal cuma keretamiliknya” jawab Amirul.

“Dia baru sahaja keluar dari syarikat milik Hakimi yangmerupakan teman lelaki Hana. Patutkah kita selidik Hakimi juga?”

“Setakat ini kita tumpukan perhatian kepada Hana seorangsahaja. Kita tidak cukup orang untuk selidk semua orang berdekatan dia” kata Amirul.

“Baiklah” panggilan dihentikan dan mereka kembalimelakukan kerja mereka. Zakuan memandu dan mengekori Seiren kembali kekedainya.

~~~~

Murshid berjalan masuk ke bilik Basilisk bersama dengansecawan kopi. Dia kemudiannya memberikannya kepada Basilisk dan diamenghirupnya. “Sila duduk. Saya tidak rasa perbincangan ini akan habis dalammasa 15 minit” kata Basilik sambil meletakkan cawan tersebut di atas mejanya.

“ETHOS boleh dikelaskan kepada dua. Baik dan jahat. Baikdari segi mereka membunuh penjahat dan memberikan balasan yang setimpal kepadamereka. Mereka juga menyelesaikan kes yang tidak dapat diselesaikan oleh polis.Jahat dari segi mereka membunuh. Tetapi ia tidak boleh dielakkan kerana hukumangantung juga dikelaskan sebagai membunuh” jelas Basilisk sambil diamemerhatikan riak muka Murshid dan cuba mengesan sebarang perubahan.

“Baik dan jahat” sebut Murshid sambil berfikir.

“Apa yang awak fikirkan tentang mereka?” soal Basiliskpula.

“Saya? Saya tidak pasti” jawab Murshid berfikir.

“Awak rasa setakat ini semua pembunuhan yang dilakukanETHOS benar-benar dilakukan oleh mereka atau ada antaranya copycat?”

“Macam mana kalau saya cakap pembunuhan ahli politik yangbaru-baru ini merupakan copycat?” soal Basilisk lagi dan terdapat kesanperubahan riak muka pada muka Murshid. “Awak yang lakukannya kan?” tambahBasilisk lagi dan riak muka Murshid berubah seratus peratus.

“Macam mana awak tahu?” soal Murshid sambil memandangBasilisk dengan terkejut.

“Awak ambil kajian bom saya yang merupakan ahli ETHOS”kata Basilisk dan riak muka Murshid berubah melebihi yang sepatutnya. “Janganlari sebab kami akan jumpa awak walau kemana awak pergi. Hidup dengan biasanya”

~~~~

Deamon memasuki villa mereka dan dia memastikansebetulnya tiada siapa mengekorinya. Semua orang berada di dalam villa tersebutkecuali Seiren atas panggilannya. “Deamon, kenapa? Kita sepatutnya jumpa lagidua hari”

“Perubahan jadual. Polis mengekori Seiren” kata Deamondan semua muka berubah.

“Macam mana ini boleh berlaku?” soal Erlking terkejut.

“Dia kata dia berkemungkinan tidak akan dapat datang kesini dan berhubung kecuali sesuatu yang penting. Dan yang paling penting diakata kita harus guna nama sebenar mulai hari ini sehingalah segalanya selesai”

“Ah. Saya benci polis. Dahlah mereka tidak boleh lakukantugas dengan baik dan kita yang selesaikannya. Sekarang mereka ekori Seirenpula” Centaur mula mengomen dengan lancarnya.

“Sekarang ini macam mana dengan kes Abdul Murshid” kataErkling sambil mengeluh.

Deamon tersenyum dan mengeluarkan sesuatu berupa sampul dari poketnya. “Saya percaya awak semua dapat ini, kan” katanya.

“Apa itu?”

“Jemputan majlis perkahwinan Julia di Hawaii”

“Ah. Saya ada dapat” kata Centaur sambil mengeriksa begnya dan mengeluarkan sampul yang sama.

“Ya. Saya dapat juga” kata Erlking sambil mengeluarkannya dari beg laptopnya.

Semua memandang Basilisk dan dia menunjukkan sampulnya “Sampai di makmal dalam dua hari lepas”

“Chimera?” soal Deamon sambil memandangnya.

Chimera mengangkat sampul yang dibiarkannya di timbunan plastik makanan dan menunjukkannya. “Dapat”

“Jadi kita akan ke sana untuk majlis Julia dan mungkin kita akan berbincang di Hawaii” kata Deamon.

“Macam mana dengan Abdul Murshid?” soal Basiliskmenghentikan mereka semua.

“Tiada apa yang kita boleh lakukan buat masa sekarang memandangkan penyelidikan kita masih berbaki hari”

“Macam mana kalau saya cakap yang Abdul Murshid hendak berjumpa kita semua?” soal Basilisk dan keadaan berubah.

"Tidak. Bukan sekarang. Kita kena ada semua maklumat dahulu" kata Erlking. “Tambahan lagi dengan polis mengekori Seiren”

Previous: Bab 3-5
Next: Bab 4-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA