Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,734
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4-2

“Knock. Knock. Knock” kedengaran bunyi ketukan pada pintu bilik Murshid dan dia yang hanya baring di katilnya terus bangun dan berjalan untuk membukanya. Apa yang berada di luar biliknya adalah ahli ETHOS yang lengkap berpakaian dan menunggunya.

“Kita akan keluar” kata Basilisk sambil memandang apa yang dipakai oleh Murshid sebelum dia berkata “Ambil barang yang penting” Murshid mengagguk faham dan berjalan masuk ke biliknya untuk mengambil dompet dan telefonnya sebelum dia berjalan keluar. Di saat itu dia turut sempat mangambil jaketnya melihatkan berkemungkinan malam akan berasa sejuk.

Di saat dia keluar dari biliknya, mereka yang lain telah mula berjalan ke arah lif yang terdekat dan dia hanya mengekori dengan penuh tanda tanya. Aura yang berada di udara pada masa itu sangat berat dan serius.Dia berfikiran yang sesuatu akan berlaku. Namun tiada apa yang diketahuinya untuk membuatkan dirinya tenang.

Keadaan di dalam lif bertambah berat disebabkan saiz ruang tersebut dan dia hanya memandang ke bawah, ke arah kasutnya. Takut dengan segala yang berkemungkinan bakal berlaku. Terdapat pelbagai jenis idea yang berjalan di dalam fikirannya dan salah satunya dia akan dibunuh. Dia sedikit menyumpah dirinya yang berani untuk melibatkan diri dengan nama ETHOS.

Dengan dia tidak sedar mereka sudah tiba di lobi dan berjalan keluar dari hotel tersebut. Empat buah kereta berbaris di depan mereka dan Deamon dan Seiren terus ke kereta yang di hadapan. Mengambil kunci dari pelayan dan memasuki kereta tersebut. Kereta kedua pula dinaiki oleh Centaur manakala kereta ketiga oleh Erlking dan Chimera meninggalkan kereta terakhiruntuk Basilisk.

Murshid masih terkaku sebelum Basilisk memanggilnya dari kereta yang terakhir. Dia sedikit berlari ke arah tersebut dan memasuki keretaitu. “Ke... Kemana kita akan pergi?” soal Murshid di saat Basilisk menekan pedal dan kereta tersebut terus memecut mengekori mereka yang lain.

“Sesuatu tempat yang membolehkan kita semua berbincang pekara yang penting tanpa gangguan” kata Basilisk dan matanya memandang tepat pada jalan. Namun Murshid menghadamnya dengan cara lain iaitu “Tempat dimana dia akan dibunuh tanpa sesiapa tahu”

~~~~

“Macam mana dengan fail maklumat mengenai Abdul Murshid yang telah kita kumpulkan?” soal Seiren di saat mereka berdua menuju ke tempat perbincangan.

“Segalanya telah lengkap dan awak pasti terkejut dengan apa yang berlaku” kata Deamon sedikit ketawa dengan apa yang dikatakannya walaupun ia bukanlah sesuatu yang patut membuatkan seseorang tertawa.

“Terkejut? Ini yang membuatkan saya hendak tahu apa yang berlaku” kata Seiren sedikit memberi idea untuk menyuruh Deamon menunjukkan fail tersebut kepadanya.

“Sorry, girl. Fail itu berada pada Erlking” kata Deamon sedikit tersengih dan Seiren melihatnya walaupun mata Deamon memandang ke arah jalan.

“Aw. Kalau saya tahu saya dah mintak awal-awal sebelum kita keluar?” kata Seiren sedikit masam namun kemudiannya tersenyum. “Tidak apa nanti saya boleh lihat juga” katanya positif sambil sedikit mengangguk dan ia membuatkan Deamon memandangnya dengan senyuman.

Perjalanan mereka mengambil masa dalam 30 minit sebelum sampai ke destinasi yang ditujui dan mereka berhenti. Kereta berbaris dikawasan kosong tersebut dan mereka membiarkan enjin kereta terus berjalan sambil satu persatu keluar dari kereta tersebut. Sebab utama mereka tidak mematikan enjin kereta adalah disebabkan kawasan tersebut tiada cahaya kecuali dari lampu depan kereta mereka.

“Erlking, Deamon kata fail ada pada awak” kata Seiren sebaik sahaja dia melihat Erlking keluar dari keretanya sambil memegang sebuah fail.

“Yup. Fail ini” kata Erlking sambil menunjukkan fail yang dipegangnya.

“Nak” kata Seiren dan Erlking memandang Seiren sebelum dia memandang Deamon yang mengagguk dan dia terus memberikan fail tersebut kepada Seiren.

Seiren tersenyum menerima fail tersebut dan membukanya untuk melihat apa yang berada di dalam fail tersebut. Namun disebabkan kegelapan malam dia tidak dapat mengetahui apa yang tertulis sehinggalah Deamon menyuluhkan lampu ke arah fail tersebut.

Dia membacanya sebentar dan menyelidik sedikit sebelum dia menutupnya. “Apa yang kita hendak bincangkan sebenarnya?” soal Murshid sambil memandang ke arah mereka semua. Dia sebaik boleh untuk mengelakkan mereka mengatakan sesuatu seperti membunuhnya.

“Kita datang untuk melihat bintang” kata Chimera tanpa asas yang kukuh dan mereka semua memandang ke atas dan kelihatan kegelapan yang disinari dengan bintang yang bertaburan. Keadaan kekal seperti itu selama beberapa minit sehingalah Centaur berkata “Memandang ke atas membuatkan leher saya sakit”

“Jom habiskan perbincangan ini dan kembali ke bilik” kata Basilisk dan Murshid memandang mereka semua dan berfikir dimana perbincangan sebenarnya.

“Ya. Saya hendak balik dan tidur. Esok majlis Julia dan saya tidak ingin dilihat dengan keadaan yang tidak okay” kata Seiren sambil dia memberikan fail yang dipegangnya kepada Deamon.

“Ya. Seiren akan bising pagi esok kalau dia tidak dapat cukup tidur” kata Deamon dan mereka semua ketawa kecuali Seiren dan Murshid. Deamon kemudian berjalan ke arah Murshid dan memandang tepat ke arahnya.

“Dalam ini ada sesuatu yang awak ingin tahu. Buka semasa awak bersendirian” kata Deamon sambil memberikan fail tersebut kepada Murshid dan dia mengambilnya sebelum memandang Basilisk yang mengangguk.

“Jom balik” kata Seiren sebelum dia berjalan memasuki kereta dan yang lain mengekori apa yang dilakukan olehnya.

Perjalanan balik sama seperti sebelum ini yang masih sunyi. “Apa yang ada dalam fail ini?” soal Murshid kepada Basilisk.

“Sesuatu yang awak ingin tahu dan perlu tahu” kata Basilisk dan Murshid memandang ke arah fail yang berada di ribanya. Macam-macam fikiran bermain di dalam otaknya. Namun dia tidak tahu apa yang berada di dalam fail tersebut.

~~~~

Seiren membaca salah satu salinan fail yang diberikan kepada Murshid sebelum ini. Gambar bertaburan di atas katilnya dan Deamon memandangnya dari kerusi yang diduduknya. “Macam mana?” soal Deamon dan Seiren memandangnya.

“Tidak sangka segalanya agak berat seperti ini. Macam mana reaksi Murshid masa dia baca fail ini. Saya rasa ingin tahu”

~~~~

Abdul Murshid memandang keluar dari biliknya melalui tingkap  yang memaparkan keadaan luar yang indah dan mempesonakan. Cahaya malam yang menyinari disebabkan oleh lampu sangat menonjol malam itu. Namun fikirannya pada saat itu berada pada fail yang terletak pada meja pejabat. Matanya dengan jelas memandang pantulan fail tersebut pada cermin dan mengendahkan segala kecantikan di luar.

Dia mengeluh disebabkan perasaan ingin tahu membuak-buak dan dengan itu dia berjalan ke arah meja tersebut, menarik kerusi keluar dan duduk. Tangannya mencapai fail tersebut dan dia mula membukanya. Dia menarik nafas yang panjang sebelum dia mula membaca apa yang ditulis pada kertas yang berada di dalam fail tersebut.

Muka surat pertama jelas kelihatan latar belakangnya dan dia terkejut dengan ketepatan maklumat tersebut dan berfikiran macam mana mereka boleh mendapatkan maklumatnya. Terdapat juga beberapa gambar miliknya diselitkan pada kertas tersebut. Beberapa gambar lama yang dia tidak tahu wujud dan juga gambarnya yang dia tahu ditangkap baru-baru ini dilihatnya.

Setelah membacanya dia menyelak ke muka surat kedua yang menunjukkan latar belakang keluarganya. Dia menjadi tidak sabar dan menyelak ke muka surat yang seterusnya dan seterusnya sebelum berhenti di satu muka surat. Riak mukanya berubah dengan gambar yang berada di tanggannya. Dia membaca apa yang tertulis dan dengan serta merta air mata keluar dan membasahi pipinya.

“Muhammad Adli dan Mohd Yunus dan juga beberapa orang yang lain pada mulanya bekerjasama dalam perniagaan yang melibatkan import dan export yang sah disisi undang-undang. Namun disebaliknya, Muhammad Adli dan seorang lagi rakan sekerja telah memanfaatkan segalanya dengan membuat satu perniagaan di belakang, menjual dadah”

“Segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah Mohd Yunus dan dua orang rakan sekerja yang lain mengesan segalanya. Perbalahan mula berlaku dan di saat inilah bermulanya sebab untuk membuatkan Muhammad Adli mengambil keputusan untuk membunuh Mohd Yunus dan beberapa yang lain”

“Muhammad Adli telah mengarahkan beberapa orangnya untuk menangkap Mohd Yunus dan keluarganya bersama dengan keluarga beberapa orangyang berada di pihak Mohd Yunus. Setelah itu mereka semua dihapuskan dan segalanya dirahsiakan”

“Macam mana?” soalnya terkejut dan tidak percaya.

~~~~

“Dia mesti terkejut masa melihat gambar ini” kata Seiren dan Deamon mengangguk setuju. Deamon bangun dan mengambil gambar itu.

“Saya tidak sangka juga yang Muhammad Adli menyimpan rahsia seperti ini”

~~~~

Murshid memeluk lututnya dan dia menyandar pada dinding menyembunyikan dirinya seperti tidak ingin menerima apa yang dilihatnya dan dibacanya sebelum ini. Tangisannya menjadi lebih teruk dan tidak berhenti sehingalah dia menjadi tenang semula.

Sebelum ini dia tidak begitu pasti dengan apa  yang berlaku dan terdapat juga masa dimana dia berfikiran yang segalanya merupakan tanggapan semata-mata. Namun dengan segala bukti yang berada di hadapan matanya saat itu membuatkan segalanya musnah.

“Ibu... Ayah...” katanya dengan sedih sambil dia memandang ke arah gambar dua rangka yang masih berada di dalam tanah tersebut. Sekali lagi dia menangis.

Previous: Bab 4-1
Next: Bab 4-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA