Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,746
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3-5

“AbdulMurshid merupakan salah seorang penyelidik baru yang turut serta dalampenyelidikan pacemaker. Lepasan Havard dan seorang yang promising. Rasa dia adabanyak yang dia akan capai”

“Jadiapa kaitannya dengan ini?” soal Erlking menimbal segala kemungkinan.

“Ideauntuk bomb ini dah direka dalam 5 tahun dahulu. Cuma untuk jadikannya kenyataanambil masa untuk penyelidikan, pengubahsuaian dan macam-macam lagi. Dalamproses itu, Abdul Murshid selalu berminat dengan kajian yang saya jalankan.Mana tidaknya satu-satunya penyelidik yang terlepas dari segala suruhan. Dandalam tiga tahun lepas, makmal saya dimasuki orang”

“AbdulMurshid” kata Erlking. “Chimera. Awak boleh cek tidak kalau ia dah berlakudalam tiga tahun macam itu?”

“Tiadasiapa simpan rekod yang lama macam itu” kata Chimera. “Kalau ada mesti dalamhard copy dan tidak disambung dengan komputer”

“Betul.Semua rakaman akan disimpan di tempat lain atau dipadam selepas setahun”

“Jadiawak pasti yang Abdul Murshid yang lakukannya? Dia ada kebolehan untuk jadikanbom ini kenyataan?” soal Seiren sambil memandang Basilisk. Basilisk membalaspandangan tersebut dan berkata.

“Ya”

~~~~

Murshidmemasang televisyen dan mengalih siaran ke berita dan mendengar berita yangdisampaikan. Dan dengan cepatnya berita mengenai Muhammad Adli keluar.

“Pagiini pada pukul 7:45 pagi, ahli politik Muhammad Adli dilaporkan mati. Kejadianberlaku di sebuah taman dimana mangsa sedang bersenam. Punca kematian masihbelum dikeluarkan namun penjenayah yang melakukannya telah dipastikan iaitusebuah kumpulan yang bernama ETHOS. Ia merupakan pembunuhan yang ke 72 oleh kumpulantersebut sejak dua tahun yang lalu”

Murshidtersenyum. “Berita seterusnya. Nampaknya ETHOS tidak berhenti dengan kejadianitu sahaja. Hari ini pada pukul 12, Daud Hamidi yang telah disabitkan kesalahanmembunuh dua buah keluarga dan dalam proses turun naik mahkamah telah dibunuh.Mangsa ditembak menggunakan senapang jarak jauh semasa mangsa dalam waktu rehatdaripada perbicaraan”

“Apa?Macam mana ini...” Murshid terdiam kerana terkejut. Dia tidak menyangka yangini akan berlaku pada hari dia melakukan operasinya. Operasi membalasdendamnya.

~~~~

Lima tahun yanglalu

Murshidkembali ke tanah airnya dan terus mendapatkan teksi untuk kembali ke rumahnya.Dia berdebar menanti reaksi keluarganya dan semua orang yang sudah pasti akanterkejut dan gembira. Mana tidaknya jikalau dia telah pulang dan dengan firstdegree.

Teksiberhenti di depan rumahnya dan dia menekan loceng dengan gembira namun tiadabalasan. Dia cuba membuka pintu dan segalanya tidak berkunci dari pintu pagarke pintu rumah. Dia memasukinya dengan keadan berdebar namun debaran yang tidakbaik. Dia memeriksa seluruh kawasan yang kelihatan seperti baru sahaja lepasgempa bumi bercampur dengan ribut taufan.

“Apayang berlaku?” soalnya. Segalanya tiada jawapan. Dia mengambil masa dua bulanmencari dan mengetahui segalanya dan pada masa itu dia diterima bekerja disebuah syarikat perubatan dan dia menerimanya. Dia tahu dia perlukan duit untukhidup. Tempat tinggal yang dia duduki ialah sebuah apartment yang tidak jauhdari tempat kerjanya.

Danmasa berlalu dan pada enam bulan dia menjejak tempat tersebut, dengan bantuanseseorang dia mengetahuinya. Mempelajari apa yang telah berlaku terhadapkeluarganya.

“Awakboleh anggap mereka telah mati. Tiada siapa tahu apa yang berlaku sebenarnya.Tapi dalam enam bulan lepas, waktu malam, rumah awak dimasuki beberapa orangdan mereka menyeret keluarga awak keluar dan menyumbat mereka di dalam kereta.Lokasi yang ditujui tidak diketahui”

“Siapa...Siapa yang melakukannya?”

“MuhammadAdli. Ada khabar yang mengatakan mereka diarahkan oleh Muhammad Adli”

“Siapadia?”

“Seorangahli poitik”

Mulaihari itu Abdul Murshid mula menyiasat mengenai Muhammad Adli dengan segala cara yang ada dan dia mula mengenali kesahihanapa yang di dengarnya. Dan dari situlah bermulanya dendamnya terhadap lelakitersebut.

Duatahun berlalu dengan dendamnya menjadi sesuatu yang sukar dicapai sehinggalah MuhammadAdli muncul di jabatannya untuk melihat kerja yang dilakukan. Dia kemudiannyamengetahui yang Muhammad Adli memerlukan pacemaker baru dalam masa dua tahununtuk diganti dengan yang dipakainya. Dan dengan itu dia meminta jabatannyamelakukan penyelidikan dan membuat pacemaker terbaik.

Diakesan peluangnya. Tetapi cara untuk melakukan dendamnya masih kabur. Masa inidia mula mengenali Basilisk. Saintis muda yang hebat dan sukar dikawal. Diamelakukan penyelidikannya dengan sendiri tanpa bantuan. Abdul Murshid mulamendekati Basilisk. Berminat dengan kajian yang dilakukan oleh Basilisk.

Terdapatpelbagai kajian namun dia tidak menjumpai apa-apa yang boleh membuatkanimpiannya menjadi kenyataan sehinggalah satu hari di atas meja Basilisk diaterlihat sebuah draf projek yang mungkin boleh menjadi penyelamatnya.

Satuhari dia mencurinya. Tidak dengan mengambilnya. Dia mengkap gambar draftersebut dan pelbagai lagi draf. Terlalu banyak yang menyebabkan dia berfikiryang Basilisk merupakan seorang yang sukakan peperangan.

Haridemi hari berlalu dengan penyelidikan untuk menjadikannya kenyataan danakhirnya ia berlaku juga. Bom yang paling kecil sekali. Namun kuasa yangdikeluarkan cukup kuat untuk menyebabkan seseorang mati. Apatah lagi jikalautargetnya adalah jantung.

Sebagaisalah seorang penyelidik pacemaker, dia telah mengubah suai satu pacemaker yangtelah sempurna dan memasukkan bom tersebut. Fungsinya masih sama dan masihberfungsi. Namun terdapat sesuatu yang bertambah iaitu bom tersebut dan meter.Jikalau degupan jantung melebihi 200, Muhammad Adli akan mati.

Pembedahanberjalan lancar dan segalanya berjalan dengan terlalu sempurna. Namun sehinggasekarang Muhammad Adli masih belum mati. Murshid berasa tidak puas hati diainginkan penyelesaian. Dia inginkan dendamnya terbalas. Dan dia mahu MuhammadAdli mati. Dan itu membawa ke hari ini. Kesan daripada sebuah kertas, MuhammadAdli mati.

~~~~

“Macammana? ETHOS mesti tahu. Apa yang mereka akan lakukan?” soal Murshid kepadadirinya sendiri. Macam-macam persoalan muncul dalam fikirannya. Dan salahsatunya ialah dia berfikir yang dia telah lakukan kesalahan yang paling besardengan mengunakan nama ETHOS dan berkemungkinan dia akan menjadi target ETHOSyang seterusnya.

                                                                    ~~~~

“Chimera, siasat tentang Abdul Murshid” kata Erlkingsambil matanya memandang Basilisk. “Dua hari cukup?” tambahnya lagi.

“Cukup. Saya akan bawa profile yang lengkap”

“Termasuk dengan maklumat mengenai keluarganya juga”tambah Seiren sambil memandang Chimera dan Erlking memandang Seiren.

“Okay. Ada lagi?” soal Chimera. Tangannya sibuk menaipdan memulakan penyelidikannya.

Daemon bangun dari duduknya dan berdiri sebelummembetulkan kotnya. “Saya akan cuba dapatkan sumber dari underworld” katanyasebelum berlalu keluar.

“Okay. Dalam dua hari. Kita akan selidik segalanya danbentangkan” kata Erlking sambil dia bangun dan turut keluar. Dia tahu apa yangdia perlu lakukan.

Previous: Bab 3-4
Next: Bab 3-6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA