Home Novel Seram/Misteri Menari pada tengah malam
Menari pada tengah malam
Maryani Zailani
13/11/2022 18:57:01
4,758
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Prolog

Instrumental klasik yang menggunakan alat muzik piano, violin dan bass perlahan-lahan menyapa lembut pendengarannya. Makin lama diamati, makin jelas instrumental itu. Instrumental yang tidak asing buatnya iaitu The Second Waltz, instrumental yang sesuai untuk tarian waltz. 

Mamai rasanya, perlahan-lahan kelopak matanya terbuka. Samar-samar melihat seseorang lelaki memakai Masquerade mask. Apabila pandangannya menjadi terang, dia terperanjat kerana dirinya sedang dalam pakaian gaun merah tanpa lengan mendedahkan leher dengan dihiasi batu permata putih kelilingi bahagian pinggang dan wajahnya turut memakai Masquerade mask merah. Lagak seperti di majlis tarian cuma, hanya dirinya dan lelaki itu di dewan tarian. 

Marieanne tidak mampu mengawal gerak tubuh yang menari mengikut rentak instrumental yang rancak itu. 

“Siapa kau?” Marieanne meronta-ronta namun, sia-sia seolah-olah tubuhnya dikawal sesuatu. Terasa seperti boneka yang digerakkan tali. 

“Kenapa aku di sini?” Tanyanya lagi.

Lelaki itu mengukir senyuman yang tidak dapat difahami Marieanne. Mungkin senyuman sinis untuk mengejeknya. 

“Tolong!” Jerit Marieanne dengan kuat, cemas kerana yakin tiada sesiapa yang mendengar teriakannya. Air mata gugur laju di pipi.

“Marieanne…kenapa cik lupakan saya?” Bergema suara yang tidak diketahui sumbernya di dewan itu. 

Marieanne bingung. Lelaki yang menari bersamanya langsung tidak membuka mulut dan bercakap.


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.