Home Novel Seram/Misteri Gadis Yang Bermain Api
Gadis Yang Bermain Api
Amaryllis Dahlias
2/7/2019 23:34:05
12,003
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1
Ir Azlan berjalan cepat-cepat ke arah parkir. Dalam cahaya samar dia menapak dengan sedikit cemas. Sebentar tadi kedengaran bunyi guruh di kejauhan. Hujan renyai-renyai sudah mulai turun. Dia ralit bermain tennis dan melakukan weight training di gymnasium di Kompleks Waja selepas pulang dari pejabatnya. 


Setelah sekian lama dia tidak ada gerak hati untuk kembali aktif berkenalan dengan mana-mana wanita, malam ini dia akan bertemu sekali lagi dengan seorang gadis yang menjentik hatinya untuk mencuba nasib dengan kemungkinan sebuah cinta yang luhur. Pada usia 34 tahun dia sudah mulai merasakan dirinya terlalu tua untuk bermain cinta. Kekasih terakhirnya minta putus kerana dia terlampau mementingkan diri dan kerjayanya. Kali ini dia perlu lebih serius dan sensitif dengan perasaan seseorang gadis. Dia perlu buat sedikit perubahan. Namun, malam ini dia masih berlengah-lengah, sedangkan gadis itu mungkin sedang menunggunya di tempat yang dijanjikan.


Langkahnya sampai ke kereta Mercedes sportnya dan dia membuka pintu dan mencampak barang-barang dibawanya ke kerusi sebelah pemandu. Dia menghenyak duduk di kerusi pemandu, menekan brek dan butang kunci kereta di papan pemuka.Enjin kereta menderum perlahan. Dia bersyukur. Baru semalam system ESL nya buat hal. Resah juga dia memikirkan jika kereta itu buat hal di malam yang penting itu. Tangannya menekan butang stereo di skrin sentuh dan kedengaran lagu Symphony No. 5 Beethoven. Lagu begitu menenangkan dirinya. Dia menyesuaikan sandaran kerusi keretanya agar dirinya lebih santai. Walaupun sudah biasa bertemu dengan kenalan baru, kali ini berbeza kerana gadis yang ditemuinya pertama kali,seminggu lalu, mengujakan semangatnya yang telah lama mati terhadap percintaan.

Dalam keadaan renyai-renyai dan air hujan menitik di cermin kereta. Dia sudah bersedia untuk bergerak. Tiba-tiba, ada sesuatu mencekik di lehernya. Ada sesuatu menyangkut di lehernya.  Dalam  keadaan panik, otomatik tangannya cuba melepaskan dirinya daripada cekikan itu. Namun cengkaman lembaga itu terlampau kejap. Dalam dia tercungap-cungap menyedut nafas, dia dapat lihat dalam cermin pemandangan belakang ada lembaga betul-betul di belakangnya. Sempat dia menyesali tidak mengubah mode cermin itu ke mode camera. Tetapi semuanya sudah terlambat.. nafasnya tersekat-sekat dan dia tercungap..tidak cukup udara…impian bertemu lagi kenalan barunya padam. Semuanya kelihatan gelap...
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amaryllis Dahlias