Home Novel Seram/Misteri ROSE OF ORIENT
ROSE OF ORIENT
S.Kausari
23/8/2019 15:18:29
13,512
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 1

Pekarangan banglo tinggal

House of Ophelia

 

 

DARI kejauhan tersergam sebuah banglo yang telah wujud semenjak perang duniakedua lagi. Kelihatan lumut sudah mula menular di permukaan dindingnya. Pokokmenjalar juga sudah mula merayap ke struktur bangunan itu.

Pintu pagar yang memisahkan banglo dan pekarangannyadari dunia luar sudah mula luntur catnya bersama karat yang mula mendominasisebahagian besar logamnya. Mangganya sudah terbuka dan rantai yang suatu masadulu memaut erat pintu itu kini sudah terlerai.

Pokok-pokok yang melatari bahagian pagar telahterbiar dan kelihatan tidak terurus. Pepohon yang dulunya rimbun kini tidakberjaga. Ada yang kelihatan serabut dengan dahan yang tidak dicantas rapi. Adajuga yang telah kering dan gersang kerana tidak berbaja dan disiram.

Kawasan taman yang pernah rimbun dengan bebunga rosberwarna merah, kuning dan putih kini dipenuhi pokok liar termasuk lalang dansenduduk.

Kolam dengan reka bentuk dari zaman Victoria dulukini sudah kering kontang. Ada kesan lumut pada permukaannya akibat hujan danair yang bertakung pada musim tengkujuh.

Kawasan itu pernah menjadi tumpuan kumpulan pemburuaktiviti paranormal suatu masa dulu. Di bawah lapisan bumi kawasan itu,berselirat rangkaian terowong yang pernah menyaksikan pembunuhan ngeri semenjakzaman perang dunia kedua.

Setelah sekian lama ditinggalkan, ia kembaliapabila menjadi tempat hukuman ling chi dari zaman Dinasti Ming oleh manusiayang tidak berperikemanusiaan. Sumpahan itu telah berjaya ditamatkan dengankemusnahan sebahagian struktur banglo itu dan setelah ia dibiarkan kosong.

Ia juga menjadi saksi pembunuhan ngeri setelahsekumpulan manusia melakukan pemujaan di dalam terowong itu dan membawa makhlukganas yang tidak terjangkal dek akal ke dalam terowong itu. Walaupun ia berjayadihantar kembali ke tempat asalnya, kesannya masih berbekas di kawasan itu danmereka yang masih bernyawa setelah kejadian dahsyat itu.

Setelah kembali lengang, banglo itu menerimakunjungan hari ini. Kelihatan sebuah Mercedes Benz berwarna biru muda metalikdan sebuah kereta Toyota terparkir di luar pintu pagar.

Karen Lau, ejen hartanah yang bertanggungjawabuntuk penjualan kawasan tanah dan banglo itu membawa pembeli yang berpotensiuntuk melihat keadaan banglo yang pernah bergelar House of Ophelia dan kawasansekelilingnya.

Karen bimbang sekiranya reputasi banglo itu akanmenjejaskan penjualannya, tetapi bakal pembeli itu nampaknya tidak terkesandengannya walaupun dengan harga yang tinggi.

Bakal pemilik baru banglo itu bernama Doris Ong.Wanita bertubuh gempal dan berambut perang itu kelihatan elegan dalampenampilannya.

Dia datang bersama pemandu peribadi dan pembantuperibadinya. Pemandunya sedang menunggu di luar bersama Mercedes Benz.

Pembantu peribadinya bernama Li Lian. Wanitaberambut lurus itu berpenampilan kurang menarik dengan busana yang dikenakan.Cermin mata besar yang dipakai juga menambahkan ciri-ciri kurang menarik itu.

Doris tidak banyak bercakap semasa melihat keadaanbanglo itu. Dia lebih menumpukan kepada bahagian-bahagian rosak yang perludiperbaiki.

“Maaf saya bertanya. Dari mana puan tahu tentangrumah ini?” Karen tidak mampu memendam rasa hairan yang bersarang.

“Saya mengikuti perkembangannya sejak lama dulu.”Kata Doris.

Karen tersentap. “Bermakna puan tahu sejarahtentang rumah ini?”

Doris tersenyum. “Ya. Itupun kalau yang awakmaksudkan adalah ia milik mendiang Profesor Derrick Lim dan keluarganya.Sekarang diwarisi oleh anak bongsunya yang bernama Wendy.”

Karen rasa lega. Pada mulanya dia menyangka wanitaitu tahu tentang pembunuhan bersiri yang berlaku di banglo dan terowong disitu.

“Juga tentang hukuman ling chi dan pemujaan syaitanyang berlaku di terowong yang ada di sini.” Kata Doris dengan selamba.

“Dan puan masih berminat dengan banglo ini?” Karenterasa hairan.

Doris angguk dengan senyuman tenang.

“Ada sesuatu tentang banglo ini yang membuatkansaya tertarik. Segala masalah itu tidak menjadi halangan lagi.”

Karen tidak bertanya lagi. Kini dia diselubungirasa pelik dan risau. Dia pelik melihat manusia seperti Doris yang menginginkansesuatu tanpa menghiraukan bahaya atau ancaman yang ada di banglo itu. Baginyakejadian ngeri yang pernah berlaku dulu mungkin menjadikan tempat itu sarangentiti paranormal dan berhantu. Pada masa yang sama dia risau memikirkan nasibpemilik baru rumah itu dan semua yang akan tinggal di dalamnya.

Namun dia hanya berdiam diri kerana komisyen hasiljualan banglo tersebut amat tinggi. Lebih tinggi daripada komisyen beberaparumah dikumpulkan sebelum ini.

Ketika Doris dan Karen berbual tentang banglo itu,Li Lian merayau di kawasan itu tanpa disedari oleh Doris.

 Li Lianmelihat perinci rumah yang bakal dibeli oleh majikannya. Keadaan rumah ituterlalu teruk dan mungkin akan memakan belanja yang banyak untuk diperbaiki,walaupun dia tahu itu bukan masalah untuk wanita seperti Doris.

Hakikatnya dia sedar ada perasaan yang tidakmenyenangkan di situ. Sesuatu yang terasa di liang roma dan sukar diterangkan.

Keadaan perabot yang sudah lusuh dan lantai yangbersepah dengan sampah-sarap untuk sekian lama mungkin telah menjadi sarang pelbagaibinatang seperti tikus dan lipas. Itu belum termasuk makhluk ghaib yang tidakkelihatan pada mata kasar.

Bulu roma Li Lian tiba-tiba terapung tanpa dapatdikawal.

“Li Lian,” suara halus berbisik di telinganya.

Pada mulanya dia menyangka itu adalah suara Dorisyang memanggil dari kejauhan. Tetapi suara itu datang dari arah bertentangan.

“Li Lian.” Kali ini suara itu dirasakan sepertiberbisik begitu dekat di telinganya.

Ada sesuatu tentang bisikan itu. Pada mulanya iamenimbulkan rasa seram dan takut. Tapi setelah mendengar lagi, sepertiseseorang yang memerlukan pertolongan dan berada dalam kesusahan.

Suara itu seperti sedang berkomunikasi dengan LiLian dalam diam. Li Lian menuju ke suatu arah yang tidak dia ketahui. Akhirnyadia tiba di dapur dengan kesan terbakar yang teruk.

Matanya melilau melihat ke lantai. Dia mencari danmencari, hingga akhirnya dia ternampak sesuatu yang hangus terbakar. Bendahitam itu dipungut. Ia kelihatan seperti pisau yang telah berkarat dengan kesanhangus.

Seperti sedang dihubungi secara telepati, Li Lianmemasukkan pisau itu ke dalam beg dengan tindakan refleks di luar sedar.

“Li Lian!” kedengaran suara yang datang daribahagian depan banglo itu. Kali ini Li Lian pasti itu adalah suara Doris,majikannya.

Li Lian bergegas dengan rasa yang sukar digambarkansebentar tadi.

“Ke mana kau pergi? Banyak perkara yang kau dahtertinggal masa perbincangan aku dengan ejen ni!” Doris mengherdik Li Liantanpa menghiraukan perasaan Li Lian.

Karen hanya melihat dengan rasa simpati terhadap LiLian.

“Cepat salin apa yang aku cakap ni!” Kata-kataDoris menyebabkan Li Lian menggelabah ketika membuka aplikasi di telefonpintarnya.

Li Lian terus menyalin satu demi satu maklumat yangdiberikan oleh Doris berkaitan dengan urusan pembelian rumah itu. Dia terlalukelam-kabut hingga terlupa tentang pisau yang baru dikutip tadi.

Previous: Prolog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.