Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,325
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

Narmi menguap untuk kesekian kalinya, namun mata masih lagi fokus memandang jalan. Dia mengerling pada Rayyan yang sudah terlelap di sebelah. Hai, baru dua jam perjalanan sudah tertidur begini? Bukan main lagi offer duduk depan sebab nak ganti-ganti memandu. Macam harapkan pagar makan padi pulak si Rayyan ni!

Pandangan Narmi beralih pula pada penumpang belakang melalui cermin kereta. Hanif sibuk bermain permainan di telefon, kalau diajak berbicara pun lelaki itu mana nak dengar? Dari tadi asyik melekat dengan earphone. Farah yang bergaduh mulut dengan Elisa pun juga sudah tidur. Matanya beralih pula pada Raihana yang elok tidur bersandarkan bahu Danial manakala Danial sibuk merenung ke luar tingkap. Sekejap. Bukan Danial tak suka orang bersanar di bahagian badannya? Kenapa pulak riak wajah lelaki tu nampak...bersahaja?

"Tak tahu pulak kau suka orang bersandar pada bahu kau?" Narmi menegur Danial yang ingin menyeka rambut hadapan Raihana.

Danial tersentak, dia berpaling pada Narmi dengan sengihan segan. Kantoi, barangkali. "Aku kesian tengok dia terangguk-angguk begini. Macam burung belatuk. Kalau Rayyan tak pakai pillow neck dia, tak ada kot macam ni"

Narmi tertawa kecil, mengangguk. Teringat lagi saat Rayyan merampas pillow neck milik kembarnya sampai gadis itu naik angin. "Bahu kau tak berat?"

"Not at all, surprisingly. Her head is light as feather. Anyway, lama lagi ka nak sampai villa tu?" Segera Danial mengubah topik, membuatkan Narmi rasa sedikit hairan.

Narmi mengerling sejenak GPS yang berada pada skrin telefon. "Tak adalah lama. Dalam satu jam setengah lagi akan sampai. Kau tidurlah dulu"

Danial menggelengkan kepala. "I'm not sleepyhead person. Kau nak tukar tempat dengan aku? Let me drive this time"

"It's okay, Dan. Aku tak nak budak tu terbangun pula bila kau bergerak. She seems comfortable. Mungkin dia ingat bahu kau tu bantal dia"

Danial melepaskan tawa kecil. Pandangannya dia alihkan ke luar, penuh hutan hijau. Dia senang, setidaknya ada kawasan yang masih mempunyai ketenangan alam semula jadi untuk dijadikan santapan mata. Membuatkan dia rindu pada kampung halaman ibunya di Sabah.

Terasa bahunya digerakkan, Raihana segera bangun. Dia menggosok-gosok mata sebelum teringat dia bersandar pada bahu bidang Danial. Pantas gadis itu mengangkat kepala. "Ya Allah, I'm so sorry. I tak sengaja, hehe, maaf"

"Tak apalah, Alia. Kepala you tak adalah berat mana"

Melihat wajah Raihana berubah bila dia tak sengaja memanggilnya Alia membuatkan Danial gelabah kecil. "Eh? Alamak. I tak bermaksud nak panggil you dengan na-"

Raihana melepaskan tawa, mematikan riak cemas Danial. "It's okay. You can call me Alia, or Rai, Raihana pun boleh. Semua tu nama I jugak. Tak payahlah gelabah macam curi barang orang, Danial"

"Right, you are right. Kalau macam tu, I akan panggil you Alia, or Rai, depends and you can call me Dani. Boleh?" Pinta Danial, menghulurkan tangan tanda perkenalan.

Belum sempat Raihana menyambut, Rayyan terlebih dahulu menyambut salam Danial. Terkejut lelaki kacukan Sabah itu dibuatnya. "Time's up. Kau jangan nak kacau kembar aku pulak. I'm still here"

Danial tersengih, malu lantas melangkah perlu dengan cepat. Sempat lagi melambai-lambai mesra pada Raihana yang masih tertawa melihat tingkah spontannya.

Narmi memerhati sekeliling, sunyi sahaja tempat itu. Tangan pula sibuk mengambil gambar seluruh villa berkenaan sebelum pandangannya beralih pada Hanif yang baru sahaja selesai menapak keluar dari kereta.

"Kau pasti ke ini villa yang kau tempah tu, Nep? Nampak lain" Soalnya dengan sedikit aneh. Villa itu nampak berbeza berbanding apa yang ada di dalam gambar tempoh hari.

Hanif memandang skrin telefon lantas mengangguk. "Ya, kot. Tak silap aku, inilah villa yang aku tempah tempoh hari. Alamat pun betul, tak mungkin pula salah tempat. Mungkin owner dia tak expect tetamu, sebab tu tempat ni nampak sedikit tak terurus"

"Are you sure? Kenapa sunyi sepi saja ni? Farah tak suka villa ni, tak boleh ke kita cari villa yang elok sikit, Nep? Tak sedap hatilah" Farah pula bersuara, turut merasa kurang selesa melihat villa sebegitu.

Dia mengerti ini villa lama yang berdekatan tempat aktiviti mereka, namun takkan sampai kotor begini? Siap ada timbunan daun kering yang tak disapu lagi. Betulkah ini villa? Bukan tempat hantu berkumpul macam dalam filem seram yang dia tonton di televisyen?

Elisa mengerling mata ke atas, menyampah barangkali. "Tak payah nak suka suki, Farah. Kalau kau tak suka, kau boleh balik sendiri. Jangan nak leave bad impression sangat. Walaupun nampak tak terurus, kita mana tahu dalam dia macam mana. Macam tu juga orang, jangan nak set benda negatif aje"

Senyap.

Elisa memang begitu, suka membuat orang makan jauh ke dalam setiap kali berbicara. Kasar, namun sentiasa jelas dan berbicara ikut apa yang ada di dalam fikiran. Ada benarnya kata gadis ini. Melihat Elisa mula melangkah ke pintu villa tersebut, Raihana turut mengikut dari belakang diikuti Rayyan dan Danial. Baru ingin mengetuk, tiba-tiba pintu itu terbuka sendiri.

"Huh? K-kenapa pintu ni buka sendiri...?"

Danial perlahan-lahan berdehem, mengangkat tangannya dengan riak seperti baru membuat kesalahan besar. "Aku yang tertolak pintu ni tadi, maaf"

"Lah!"

"Apalah kau ni!"

"Kamu bertujuh sesat ke mari?"

Elisa yang berdiri di hadapan pintu terkejut kecil, diikuti mereka yang lain. Sebaik pintu itu terbuka luas, seorang wanita lingkungan usia 40-an muncul dengan gaun paras lutut yang kelihatan anggun sedang tersenyum ke arah mereka.

"Saya sudah menyediakan tiga buah kamar buat kalian. Kamu berempat biasa pecah dua, kamar kamu ada di sebelah kanan. Kamu bertiga pula sebelah kiri. Apa itu okey buat kamu bertiga?" Soal Puan Indah dengan agak ramah.

Farah menggelengkan kepala. Dia menjeling pada Elisa dan Raihana yang hanya mempamer riak selamba di sebelah sana. "No, no, no. Puan, boleh tak bagi saya sebuah bilik persendirian? Saya tak nak sebilik dengan dua orang ni"

"Dah mula balik dah" Tutur Hanif, memicit pangkal hidung. Pening kepala akibat perjalanan yang jauh tadi belum habis, jangan pula mereka bertiga nak tambah sakit kepalanya.

"Aku dengan Rai pun tak nak sebilik dengan kau, dasar tak tahu bersyukur. Orang dah elok bagi bilik kat dia, dia tolak pulak. Baik kau pergi tidur di ruang tamu je, Farah"

Raihana mengeluh panjang. Sudah mula dah Farah dan Elisa! Tak malu ke nak bertekak di tempat orang?! "Guys, can you please stop? Tak penat ke? Puan, terima kasih, ya? Tak apa, nanti kami bertiga pandai-pandailah ur-"

"Cut the crap, Raihana. Don't act all nice macam pijak semut tak mati, tak perlu nak buat aku macam aku ni mak mertua cinderella pulak" Farah pantas memotong percakapan Raihana.

"Tidak apa-apa. Kamu Farah, bukan? Ada satu kamar kosong tidak jauh dari stor barangan. Kamar itu tidak besar seperti yang lainnya. Kalau kamu mau, kamu boleh guna kamar itu" Puan Indah menyampuk, memberi cadangan tatkala melihat betapa dingin keadaan di antara gadis-gadis tersebut.

Farah mengetap bibir, berfikir barangkali. "Bolehlah, puan. As long as tak berkongsi bilik dengan mereka berdua ni. Terima kasih. Kalau macam tu, saya nak pergi dulu"

Puan Indah mengangguk, sempat memerhatikan tingkah Farah sebelum berpaling pada mereka yang lain. "Kalian juga bisa ke kamar masing-masing untuk berehat. Kalau lapar, bisa ke dapur. Saya sudah menyediakan beberapa bahannya di almari. Saya akan ada di kamar, kalau perlu apa-apa, silakan diketuk"

"Okay puan, terima kasih"


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon