Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,445
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

"Dia okey ke? Takut pula nak tegur bila tengok muka dia macam tu" Bisik Danial pada Rayyan, sesekali memerhati wajah Raihana yang masam seperti limau kasturi. Narmi turut memasang telinga, tangan pula sibuk memunggah barang-barang keperluan ke bonet kereta.

"Dia okey. Biasalah perempuan dan masalah rajuk dia, mana pernah settle? Ha, El. Apa you buat sampai budak tu mencuka macam tu? Bukan hari tu I suruh El pujuk dia untuk ikut sekali je ke?" Rayyan mengaju soalan pada Elisa yang sibuk mencari sesuatu di dalam beg sandang.

Elisa menoleh, sengihan dia lemparkan. "Dah, tapi dia taknak so I called your mother.Rai tu takkan bantah anything when it comes to your mother. So I told her about the trip lepas tu minta dia yang pujuk Rai untuk ikut sekali. At first auntie Mai macam reluctant tapi I dah yakinkan dia yang you boleh jaga kembar dia macam apa you suruh haritu. Tada!"

"Lah, betul juga. I pun tak terfikir pasal benda tu. Patutlah si Rai tu tak berbunyi lepas mama keluar dari bilik dia hari tu. Rupanya mama dah kasi kata putus untuk dia ikut" ujar Rayyan, sesekali mengerling Raihana yang masih bermain telefon di dalam kereta.

"So, aku tak perlu risau lah ni? Aku ni bukan apa, aku tak tahu nak buat apa bila ada perempuan merajuk. Kau tahulah, aku ni dah lama solo. Mana nak kenal sangat perangai perempuan" tutur Danial.

"Ha'ah, Yan. Aku nak drive pun takut-takut. Iyalah, dibuatnya meroyan dalam kereta macam mana? aku ni dahlah tak kenal adik kau macam mana, nak tegur dia apatah lagi" Narmi pula bersuara, setuju dengan kata Danial.

Rayyan tersenyum. Bahu Danial dan Narmi dia pukul lembut. "Aku kenal adik aku macam mana. Dia jenis yang tak pandai nak merajuk lama-lama. She will be fine, paling lama dia bertahan pun seminit"

"Baguslah kalau macam tu. Aku tak na-"

"Hi, everyone!"

Mereka bertiga menoleh, sekali dengan Elisa dan Raihana yang berada di dalam kereta. Masing-masing tertanya dengan kehadiran Farah yang membawa bagasi mini di tangan. Apa gadis itu buat di sini?

Raihana memerhati gadis itu sekilas, keluhan panjang dia lepaskan membuat Elisa menoleh. "Oh great, this trip is going to be boring and annoying!"

"You buat apa kat sini?" Soal Narmi hairan, niat untuk masuk ke dalam kereta jadi terbantut.

"Are you kidding me? I'm joining you guys! Anep cakap I boleh ikut trip korang ke sana since I pun tak ada plan cuti sem ni"

Narmi pandang Hanif, Danial pandang Narmi dan Rayyan pula berbalas pandangan dengan Danial sebelum berpaling pada Hanif. Wajah lelaki berkaca mata itu sedikit cemas, siap mengangkat kedua belah tangan.

"Kau orang sendiri bagitahu yang Rai ikut trip ni, so aku ingat mungkin dia nak minta teman. Aku tak tahu pula ada Elisa yang teman adik kau. Lagipun, Farah ni cousin aku. Lagi ramai lagi bagus, kan?" Pinta Danial.

Mata Farah membesar. Biar betul? Dia tidak salah dengar, bukan? "Rai? Elisa? Rai as in Alia Raihana, adik Rayyan or Raihana yang lain?"

Rayyan mengeluh. "Ye, Raihana as in Alia Raihana. Bukan Raihana lain. Kenapa? You ada masalah dengan nama adik I, Farah?"

Narmi pantas menoleh ke arah Rayyan, baru tahu nama penuh kembar Rayyan ialah Alia Raihana. Dia ingatkan Rai adalah singkat dari Raiya, Raisya atau Raimah. Alahai, jauh pula nama gadis itu menyimpang dibuatnya.

"Ha'ah, Far. Kenapa macam tu sekali reaction you dengar nama Raihana?" Danial pula bersuara, aneh melihat riak wajah Farah yang sebegitu. Ada apa-apakah antara mereka berdua?

Farah pantas menggelengkan kepala, sempat menjeling pada Raihana yang tersenyum sinis di dalam kereta. "I'm fine, we're fine. Let's go?"

"Macam mana, Mi?"

Narmi mengetap bibir, tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Danial. Dia mengalihkan pandangan semula pada Rayyan. Menanti jawapan dari orang yang membuat rancangan asal. Sepatutnya ini menjadi percutian mereka sekawan, tapi sekarang dah macam...entahlah. Dia pun tak tahu macam mana.

"Masuk ajelah kereta, Farah. As long as there is no drama and conflict, I'm okay. You better behave this time. Aku taknak orang rosakkan percutian aku dengan kawan-kawan aku" Putus Rayyan sebelum masuk ke bahagian penumpang hadapan.

Farah tersenyum kelat. Tidak mahu duduk bersebelahan dengan Raihana, dia beralih ke sebelah Hanif di belakang. Danial pula terpaksa beralah dan duduk bersebelahan Raihana.

"Sorry"

"It's okay"

Rayyan menoleh ke belakang, matanya terkunci pada Raihana dan Danial yang duduk bersebelahan. "Jangan rapat sangat. Dani, kau jangan ambil kesempatan pula dekat adik aku"

Danial tersengih, "Kau jangan risau"

"I don't think Danial will do, tapi tak pasti dengan yang seorang tu. She might looks innocent but she is the real deal" Sindir Farah, membuatkan keadaan kembali diam. Hanif yang duduk di sebelahnya pula berhenti makan, tekaknya tiba-tiba terasa tawar untuk menelan makanan.

"Farah, kau boleh tak diam? Dah elok orang kasi kau ikut. You know what? aku rasa kau sebenarnya the real deal over here. There is no way you want to join the trip kalau bukan nak sesuatu" Elisa melenting tiba-tiba.

Farah melepaskan senyum sinis. "Wow, suruh supporter back up? Why, Raihana? Cat got your tongue sampai nak kena hantar wakil?"

Elisa mendengus. "Oi, kau memang nak ken-"

"Girls, please. I tak ajak you berdua ke sini untuk bergaduh macam ni. Jangan rosakkan rancangan orang boleh tak? The idea to bring them along is such a bad idea!" Pintas Narmi, mengeluh panjang.

"Kalau tahu macam tu, kenapa sibuk nak suruh orang ikut? Orang pun tak berniat nak ikut in the first place. I'd rather sit at home and watch netflix" Bebel Raihana perlahan, namun dapat danial dengar memandangkan mereka tidaklah jauh mana.

Danial menoleh, "Oh girl, not you too?"

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon