Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,324
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9

Raihana terjaga dari tidur lena apabila mendengar satu bunyi aneh di luar. Dia bergerak perlahan-lahan, tidak mahu membangunkan Elisa yang masih nyenyak tidur. Telefon dia gapai bersama, sempat lagi memandang pada jam di skrin telefon yang menunjukkan angka dua pagi. Apa dia seorang saja yang mendengar bunyi itu?

Raihana memegang tombol pintu, keluar menjengketkan kaki dengan harapan untuk tidak membangunkan kawan-kawan yang lain. Aneh, semakin dia berjalan semakin jauh pula bunyi yang dia sendiri tak pasti apa dan di mana. Sedar-sedar sahaja kakinya sudah mendarat ke tingkat bawah.

Sibuk mencari sumber bunyi tersebut, bahunya ditepuk dari belakang menyebabkan Raihana menjerit dalam kebisuan. Kepala dia paling menghadap Narmi yang berdiri di belakang gadis itu. Sengihan janggal Narmi tayang pada Raihana.

"You buat apa kat sini?"

"You belum tidur?"

Soalan serentak mereka berdua lemparkan. Keadaan janggal itu membuatkan masing-masing melepaskan tawa kecil sebelum Raihana kembali dengan wajah seriusnya. "You buat apa kat sini? Kenapa belum tidur lagi?"

"Oh. I baru balik dari toilet nak ke bilik, tapi dengar bunyi footsteps somewhere. I rasa curious so I followed you until here. You pulak kenapa?" Soalan Raihana dibalas dengan soalan.

"I terjaga sebab dengar bunyi yang entah dari mana. Makin lama makin kuat pula bunyi tu. You tak dengar apa-apa bunyi ke?"

Tidak menjawab, sebaliknya Narmi memberi isyarat pada gadis itu untuk mendiamkan diri dan memasang telinga. Mata Narmi mengecil, cuba mengamati bunyi yang mereka berdua dengar ketika itu. "You rasa tu bunyi apa?"

"I'm not sure. Macam bunyi orang heret sesuatu pun ada, bunyi geseran pun ada jugak. Where do you think the noise come from? I rasa macam dari dapur"

"Nah, I don't think so. I rasa bunyi tu datang dari tingkat atas. Nak pergi atas dan check tak?"

Raihana mengangguk. Dia mulai berjalan membuntuti Narmi dan naik semula ke tingkat atas. Mereka berdua berhenti tepat di depan tangga.

"Rasa macam bunyi tu datang dari arah depan tu" Tutur Narmi, matanya dilirikkan ke arah bilik puan Indah. Gelap sahaja jalan ke bilik itu.

"Bilik puan Indah?! You pasti ke dari situ?"

Narmi mengangguk kecil. Tak mengambil masa lama, dia terus berjalan ke sana sambil diekori Raihana. Seram sejuk rasanya tapi dia tak boleh membiarkan pertanyaan dan rasa ingin tahu tergantung begitu sahaja. Narmi yang ingin mendekatkan telinga pada pintu ikut terkejut tatkala pintu itu tiba-tiba terbuka dengan sendirinya. Panik, mereka berdua memandang satu sama lain.

"Nak cuba masuk?"

Raihana menunjal dahi milik Narmi. Bergurau ke apa? "You dah gila ke? You nak ganggu puan Indah tidur? Intai dari celah pintu ni cukuplah. Jangan lama-lama, nanti apa pulak dia fikir"

Narmi tersengih. Dia dan Raihana cuba mengintai dari celah pintu yang terbuka. Serta merta mata Narmi membesar, Raihana pula sudah terduduk kerna terkejut. "A-a-apa y-yang k-kita n-nampak? Is that for real? I-I tak salah nampak kan?!"

"Tak tahu! Let's go"

Raihana mengangguk. Mereka bangun dan ingin melarikan diri bila puan Indah tiba-tiba muncul di depan mata. Jeritan kecil Raihana lepaskan, tak semena-mena kawasan gelap itu menjadi terang dengan kehadiran Rayyan juga Elisa di sana. "Kenapa ni?!"

"Rai? Nami? Kau berdua buat apa kat situ?"

"Rai...Rai...n-nampak t-tu...b-bilik...bunyi..." Raihana rebah ke lantai tanpa sempat menghabiskan ayatnya. Panik, Rayyan segera mendapatkan adik kembarnya. Seketika dia menghalakan pandangan pada Narmi yang kelihatan putih pucat.

Apa yang berlaku? Tak, tak. Apa yang mereka nampak?

Rayyan berjalan ke hulu dan hilir, sesekali mengerling Raihana yang masih tidak sedarkan diri. Elisa dan Farah masih setia di sisi, begitu juga Hanif yang tersengguk-sengguk kepalanya menahan ngantuk. Danial mengerling jam di tangan, sesekali memandang Narmi yang membisu dari tadi. Apa yang berlaku sampai Raihana pengsan macam itu? Paling penting, apa yang mereka berdua buat depan bilik puan Indah?

"Nami, kau masih tak nak bagitahu kitaorang ke apa yang dah jadi?"

Narmi masih tidak memberi respon. Tangannya menggeletar tanpa sebab, masih lagi teringat pada kejadian sebentar tadi. Sepanjang 23 tahun dia hidup di dunia ini, ini pertama kali dia berhadapan dengan benda seperti itu. Apa benda itu? Kenapa benda tu menyeramkan? Hitam, bergerigi dan...

"Iyalah, Mi. C'mon. Apa yang you dan Rai buat tadi?"

Narmi tersentak. Tertekan dengan soalan dan desakan, dia ingin membuka mulut namun kembali tertutup bila puan Indah tiba membawa sebesen air dan tuala. "Tidak apa. Jangan paksa dia. Kalau mau cerita, ceritakan besok pagi saja"

Puan Indah memercik air pada muka Raihana, mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Tidak lama kemudian, Raihana mula sedarkan diri. Satu per satu wajah kawan-kawannya dia tatap. "Pandang orang macam tu kenapa?"

"Dia baca apa tu?" Bisik Hanif pada Farah yang sudah memeluk tubuh. Lega pula bila Raihana dah sedar.

"Manalah aku tahu. Dia baca jampi kot"

Rayyan berhenti ke hulu dan hilir, dia pantas berjalan ke arah adik kembarnya. Muka Raihana yang sedikit pucat dia pandang. "Rai! Alhamdulillah. Bangun jugak Rai akhirnya"

"Alhamdulillah, Rai!"

Narmi menghembus nafas lega, dia segera menoleh bila bahunya disentuh dari belakang. "Kau masih tak nak kasi tau kami? Don't hide anything from us, Mi"

"Ha'ah, Narmi. Rai takkan pengsan saja-saja unless dia nampak sesuatu yang tak masuk dek akal. There must be something in her room that makes both of you reacted that way, kan?" Elisa pula menyoal siasat.

Puan Indah hanya tersenyum kelat. Mata dia palingkan seketika pada biliknya sebelum memandang Narmi dan yang lain. "Besok pagi saja ngobrolnya. Kawan kalian baru sahaja sedarkan diri, biarkan dia berehat dulu. Sudah, jangan difikirkan lagi. Ingat, semua itu hanya imaginasi yang bermain dengan minda kalian"

Mendengar itu, masing-masing memandang satu sama lain. Bersetuju, mereka bertujuh mulai bubar ke bilik. Imaginasi ke? Kenapa reaksi dia lain semacam? Danial segera menoleh ke belakang, dahinya berkerut. Aik? Mana pulak puan Indah? Kejapnya dia ke bilik?!

Elisa masih lagi memerhati tingkah laku Raihana untuk kesekian kalinya. Raihana yang sibuk menempelkan krim nyamuk pada kulit menoleh, tidak selesa betul ditenung begitu. "Elisa, kau boleh tak berhenti?"

Elisa memeluk tubuh, kepala dia gerakkan ke kiri dan kanan. "Aku takkan berhenti sampai kau cerita. Apa kau dan Narmi buat pukul dua pagi depan bilik puan Indah? Apa yang korang nampak? Apa dalam bilik tu?"

Raihana melepaskan keluhan panjang. Geram! "Fine. Aku ceritakan. Sebenarnya, macam ni..."

Ketukan di pintu menyentakkan dua gadis itu dari terus berbicara. Raihana bangun, diikuti Elisa yang menarik lengan bajunya dari belakang. Penakut tahap gaban! "Siapa tu?"

"Ini akulah!"

Mendengar suara Farah di luar pintu, Raihana segera memegang tombol pintu. Kelihatan wajah Farah yang nampak janggal dengan bantal dan selimut di tangan. "B-boleh tak aku nak...tidur sini?"


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon