Home Novel Seram/Misteri Musibat
Musibat
NaimTamdjis
14/3/2018 16:22:42
21,419
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Senarai Bab
Bab 3

Keesokan harinya selepas kerja Zin singgah bersarapandahulu di sebuah kedai. Karl yang turut baru balik dari kerja telah menelefonmeminta Zin menemaninya minum pagi. Karl adalah eksekutif kanan ICT sebuahsyarikat antarabangsa. Maka waktu kerjanya 24 jam dan bergilir mengikutsyif.  Ini kerana waktu antarabangsa yangberbeza dengan Malaysia. Zin tidak ada halangan kerana selalunya Karl akanmembelanjanya minum. Tapi yang tidak bestnya Karl mengajaknya makan digerai kesukaan Diana. Gerai menjual mi kari dan nasi lemak yang terbaik diKampung Baru.

“Kau sajakanmengajak aku ke sini?” soal Zin sebaik sahaja mereka telah memesan makanan danminuman.

“Saja apanya.Kan memang kita suka makan mi kari kat sini?” dalih Karl.

Dia memang tidakberniat untuk mengenakan Karl. Dia tahu Diana suka datang ke sini untuk sarapanpagi. Memang Mi kari dan nasi lemaknya terbaik di KL. Dekat pula denganpejabatnya.

“Buatnya akuterserempak dengan Diana?” balas Zin.

“Ha... ha...ha.... Hello. Move onlah. Jadi jantanlah. Kau selalu perli akuberemosi tengok cerita jiwang. Sedih. Ini baru putus cinta tak boleh move on?”sindir Karl.

“Jilake,” marahZin.

Minuman tehtarik dihidangkan oleh pelayan. Setelah berlalu pelayan mereka berduamenghirupnya. Orang agak ramai dan sesak. Terdengar juga hiruk-pikuk warga kotayang sedang minum sebelum ke pejabat berbanding mereka yang sudah habis waktubekerja.

“Kau betul kenak jadi pengendang ni?” soal Karl.

Zin melihatwajah Karl. Dari raut waahnya ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh Karl.

“Kenapa? Kausayang ek aku tinggalkan kau?” sindir Zin semula.

Karl tersenyum.Memang dia sayangpun Zin keluar dari rumahnya. Zin rajin orangnya berbandingdirinya. Mengemas rumah, membasuh baju mahupun memasak. Sebab itu Karl tidakberkira selalu belanja Zin.

“Malam tadi akudah buat survei pasal gendang tu. Seram doh! Kau sanggup ke?”

“Pasal kulitgendang diperbuat dari ibu mengandung?” tebak Zin atas dapatan Karl.

“Itu satu. Tapimemang mistik gendang tu. Lama kot gendang tu. Dari zaman Srivijaya. Tentu adasemangatnya. Ialah benda-benda lama inikan. Bukan kira antik dah lagi ni,”hujah Karl.

“Aku cuba dulu.Tapi dah ramai pengendang selain aku. Hidup je sampai ke tua. Semalam aku siaptengok gambar diorang. Menurut info ada yang berpengalam berpuluh tahun. Ialahgendang ini diwarisi dari satu generasi ke satu generasi,” Zin memberi alasan.

“Ke kau nak laridari Diana?” sindir Karl.

Mi kari yangdipesan mereka dihidangkan oleh pelayan. Zin dan Karl menikmati hidangan tanpaberbual sehingga habis. Persoalan Karl tidak dijawab oleh Zin. Karl tidakmemaksanya kerana dia tahu Zin tidak ada mood untuk berbicara soal Diana.Selepas makan mereka beredar. Mata mereka berdua sudahpun mengecil tandamengantuk. Katil di rumah sudah memanggil-manggil.

Karl kekeretanya dan Zin ke motornya yang diparkir bersebelahan. Baru keluar darigerai mereka berdua terserempak dengan Diana dan teman lelaki barunya. Zinmembuat tidak kenal dan terus berlalu melepasi keduanya. Karl yang juga tidaktahu hendak membuat apa hanya turut membuat tidak kenal. Diana cuba untuksenyum tetapi tidak diendahkan keduanya. Zin terus ke motornya dan menghidupkanlalu berlalu pergi.

 

 

 

Zin singgah dahulu ke pejabat untuk memberikan notisberhenti kerja. Hatinya sakit melihat kelibat Diana dan teman lelaki barunya.Kalau boleh dia mahu berhenti kerja secepat mungkin. Dia ingin meninggalkanKuala Lumpur dan memulakan hidup baru di Melaka. Dia tidak mahu lagi bertembungdengan Diana. Dia malu dengan dirinya sendiri. Dia masih menyayangi gadis yangpernah mencuri hatinya. Dia masih tidak boleh move on. Diana adalahorang yang pernah di belakangnya ketika dia susah. Diana jugalah orangnya yangakhirnya mengecewakan dirinya.

Ketuanyaterperanjat apabila membaca notis pemberhentian kerjanya lalu cuba memujuknya.Zin sudah tekad dengan keputusannya. Akhirnya ketuanya membenarkan peletakkanjawatan Zin dan diberi notis sebulan. Selepas itu Zin balik ke rumahnya. Diamahu tidur dan melupakan seketika kerusuhan hatinya.

 

 

Selepas bangun tidur pada pukul 2 petang dan mandi Zinmenelefon emaknya memberitahu keputusan untuk berhijrah ke Melaka. Mak Jariahgembira dengan keputusan anaknya apatah lagi apabila mendengar gaji yang bakaldiperoleh. Selepas selesai Zin mengambil gendang miliknya dan mula bermain beberaparentak lagu. Dirinya hanyut memukul gendang kerana lagu yang dimainkan adalahrentak lagu Harapan Kecewa nyanyian arwah Ahmad Jais. Sedang asyik pintunyadiketuk. Zin menyuruh Karl masuk.

“Aku ganggu kautidur ke?” soal Zin apabila tersembul kepala Karl di mula pintu.

“Tak juga. Akutengah mandi tadi. Dengar kau main gendang. Lagu apa tu? Sedap,” soal Karl.

“Harapan kecewa.Arwah Ahmad Jais. Arwah atuk aku minat lagu ni. Setiap hari dia ketuk lagu nisampai arwah nenek aku berleter. Apa yang awak kecewakan sangat tu? Teringatkantunang lama ke?” cerita Zin yang mengajuk lenggok suara leteren arwah neneknya.

“Ha... ha...ha.... Sebiji macam cucunya juga,” sampuk Karl.

“Apapun atuk akubanyak menurunkan ilmu bergendang denganku. Aku sayang atuk aku.”

Move onlahZin. Diana sudah ada pengganti baru. Kau yang beria benar frust menonggengaku tengok ni. Kau kacak apa. Setakat Diana tu alah berlambaklah dekat BandarHilir tu. Entah-entah ada lagi cantik dayang-dayang di Istana Melaka tu,” pujukKarl.

“Zaman ini masihada dayang-dayang ke?” soal Zin kembali.

“Gatalnya kauni. Mungkin ada tapi jawatannya itu lain. Pembantu Istana. Pengasuh. Apasahajalah. Pergilah ke Istana Melaka. Jangan kau fikir sangat pasal Dianabangang tu,” pujuk Karl lagi.

Zin hanya mengangguk.

 

 

Malam itu Zin tidak bekerja. Dia hanya tinggal seorangdiri di rumah. Dia terbaca satu artikel yang diberikan oleh Karl mengenaigendang yang akan dimainkan nanti. Beria benar Karl suruh dia membacanya.Katanya penting dan Zin perlu ambil tahu.

 

“Gendang Nengkara dikatakan berasal dari kulit perutPuteri Srivijaya Seroja yang dilapah. Seroja bercinta dan berkahwin denganrakyat kebanyakan. Dia telah bersumpah bahawa dia akan tetap wujud walaupunjasad sudah berpisah dari badan. Itulah sumpahnya kepada Raden pemerintahMajapahit. Janji yang diturunkan dari generasi ke generasi sehingga sekarang,Sumpahan yang hanya terlerai jika ada syarat yang dipatuhi.”

 

“Syarat yangdipatuhi? Apatah syaratnya? Kena korbankan orang ke? Hisy takkanlah nak korbankanorang. Kejam sangat tu. Kalau korban ayam bolehlah. Hisy. Makin dikaji mainpelik pasal gendang ni. Baik aku tak payah baca.”

Zin membukasiaran TV. Dia melihat paparan persembahan tarian yang ditayangkan di kaca TV.Zin melihat jam dinding.

“Aik! Dah lepasMaghrib kot. Ada pula tarian ini. Tarian apa Maghrib-Maghrib ni. Bukan selaludrama cinta kahwin paksa ke waktu begini? Selalunya kalau Karl tak kerja memangdia layan drama jiwang waktu begini. Lepas itu emosi, Badan sado tapi emosi,”rungut Zin.

Dia menukarsaluran lain. Tetapi tarian yang sama yang ditunjukkan. Ada 4 penari sedangmenari berpakaian batik Indonesia. Menari tarian tradisional penuh gemalai.Kemudian masuk susuk tubuh wanita mengandung turut berpakaian batik tetapi adaselendang di bahu. Jari jemarinya tajam. Memakai sanggul seperti orangdahulukala. Rambut disiputkan. Wajahnya murah dan seperti berada dalam keadaansedih.

“Mengandungsudah sarat macam itu pun boleh menari lagi ke?” soal Zin kepada dirinyasendiri.

Wanita itu ikutmenari. Dia memandang Zin dengan lirikan yang tajam. Malah sepanjang dia menaridengan memandang Zin tajam. Seriau pula Zin melihat lirikannya.

“Di kala kumerindukan keluhuran dulu kala,” wanita itumula menyanyi.

Zin menutup TVnya.Seriau pula di kala seorang diri begini mendengar nyanyian wanita yangmenyeramkan. Walaupun agak merdu dan gemersik tetapi nadanya tetapi garau dankasar.

“Baik aku pergi makan,”putus Zin lalu masuk untuk bersiap ke dalam biliknya.

 

Previous: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.