Home Novel Seram/Misteri Rahsia bukan rahsia
Rahsia bukan rahsia
Maryani Zailani
14/2/2024 00:27:17
20,447
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 1
Dua minggu kemudian…

Najwa selesai membaca 10 ayat terakhir surah al-Baqarah. Rakan sebilik yang baru pulang dari kuliah, memasuki bilik mereka. 

 “Lambat kau balik? Selalu pukul 5 dah sampai rumah.” Najwa melipat telekung. Sempat menjeling jam atas meja.

 Manisah mengeluh. Beg dan buku rujukan diletak atas meja. “Madam keluarkan lambat. Banyak slide madam nak terang tadi. Kau dah makan?”

 “Dah. Alhamdulillah.”

 “Nanti malam kita tengok cerita hindustan, nak?”

 “Cerita apa? Best juga! Boleh release tension. Esok sabtu. Bolehlah kita tidur lambat sikit.”

 “Dilwale Dulhania Le Jayenge. Aku suka gila tengok scene watak SRK dan Kajol tu dekat stesen keretapi. Tak ada ke nak kejar aku? Atau tak pun, yang tergila-gilakan aku ke?”

 Terhambur tawa Najwa. “Beranganlah kau!”

 Malam itu, mereka menonton filem DDLJ menerusi komputer riba milik Manisah. Mereka bergelak tawa. Kemudian, sedih… geram dan terharu! Sempat mereka bersama-sama menyanyikan bait-bait lirik dari lagu-lagu filem itu. 

 “Aku dah mengantuk ni!” Manisah menguap dengan matanya berair.

 “Aku pun. Tidur jom!”

 “Okey!”

 Anak panah dihala pada ikon pangkah. Terus senyap suasana dalam bilik. Najwa perasankan hal itu. Sepi yang bukan biasa-biasa. Ketika itu jarum jam menghampiri ke angka 3 pagi.

 Mereka menuju ke katil masing-masing. Najwa di bahagian atas manakala Manisah di bawah. Najwa memakai earphone, mahu mendengar lagu-lagu Melayu sementara menunggu matanya lelap manakala Manisah leka meneliti media sosial.

 Ketika Najwa sudah mahu terlelap, matanya kembali terang. Dia mendengar suara wanita bergumam kata-kata yang aneh dalam lagu itu. Sesekali mengekek ketawa yang kedengaran sangat menyeramkan!

Najwa melihat skrin telefon pintar. Lagu itu sudah biasa didengari selama ini. Tidak pula kedengaran begitu sebelum ini. Merinding! Terus dimatikan lagu itu. Dia membuka surah yassin dari aplikasi Youtube.

“Tahu pula kau mengaji!” Bisikan halus menyapa telinga Najwa. Automatik Najwa terlihat satu lembaga hitam bermata merah melintasi siling. Dia terus menjerit sekuat hatinya!

“Najwa… Najwa!” Manisah terus terbangun dari baringannya. Dia melihat Najwa sudah terbeliak biji mata sambil menangis. Kelakuannya mirip orang histeria!

Manisah mendaki tangga katil. Dia memeluk Najwa yang diselubungi ketakutan teramat. Manisah membaca tiga Qul berulang kali sehinggalah jeritan Najwa mengendur. 

“Aku nampak!” Najwa tidak sanggup menghabiskan ayatnya. 

Mengertilah Manisah. Dia sudah berdebar-debar hebat. Tipulah kalau dia tidak berasa takut. “Istighfar…” 

“Dari awal aku duduk rumah ni… aku asyik kena kacau je!” Najwa merungut. Dia penat.

“Esok kita pergi pejabat. Mana tahu boleh tukar.” Manisah sendiri tidak yakin permintaan mereka akan dilayan. “Kau tidur sebelah akulah.”

Najwa mengangguk. Mereka berdua turun ke bawah. Baru sahaja mereka menyelimut tubuh, mereka dikejutkan dengan bunyi meriah dari ruang tamu di luar bilik. Kerusi meja ditarik kuat seseorang berulang kali. Seseorang itu semacam tidak berpuas hati dengan susunan perabot sedia ada.

Mereka sudah saling berpandangan. Mengigil-gigil. 

“Housemate kita rasanya,” bisik Manisah, menyedapkan hati walaupun mereka berdua tahu, rakan-rakan serumah yang lain sudah pulang ke kampung halaman untuk menghabiskan waktu cuti sabtu ahad. “Mungkin juga orang atas.”

Najwa mengangguk. Terpaksa bersetuju. Semakin difikir, semakin menakutkan! 

Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi orang berlari deras di ruang tamu. Sesekali dicelah dengan bunyi ketawa mirip kanak-kanak riang bermain. 

Manisah cuba meraih kekuatan. Meskipun mengigil kuat jari-jemarinya, dia cuba untuk membuka aplikasi al-Quran. Lidahnya kelu untuk membaca. Mereka membaca bersama surah al-fatihah. Kemudian, ayatul kursi berulang kali sehinggalah gangguan itu berakhir menjelang subuh. Azan berkumandang dari surau berhampiran.

Barulah mereka berani menjenguk ruang tamu. Tiada apa. Semuanya normal. 

Mereka bergegas keluar dari rumah itu awal-awal pagi lagi dengan membawa barangan penting. Sudah beberapa rakan dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp dengan dinyatakan niat mereka untuk tumpang tinggal selama beberapa tempoh.

 Saat kaki mereka melangkah keluar dari rumah itu, mereka terdengar hilaian halus seseolah meraikan pemergian mereka. Angin sejuk menyapa menegakkan bulu roma.


“Kau kena kacau dekat rumah tu?” Fatimah menyoal mereka berdua.

 Laju sahaja mereka berdua mengangguk. Diceritakan segala-galanya. 

 “Aku pernah dengar cerita. Dulu, ada pelajar meninggal dunia dekat dalam rumah. Masa tu cuti study weak. Pelajar tu tak balik sebab kampung dia jauh. Dengarnya, dia seorang yang tekun belajar. Dia kalau dah datang gila belajarnya tu… sanggup tak makan minum dan tidur. Suatu hari, dia terkena serangan jantung. Tak ada siapa boleh tolong dia sebab semua balik kampung. Sampailah cuti study weak dah habis. Kawan serumah dia pulang. Terkejut nampak jasad dah tak bernyawa siap berulat!”

 Naik meremang masing-masing. 

 “Rumah mana dia tu?” Najwa ingin tahu.

 “Tak pasti. Tiada siapa berani bagitahu. Cerita pun dah lebih 10 tahun. Kalau junior tahu rumah mana, gerenti tak ada siapa berani duduk rumah tu!”

 “Entah-entah rumah kita!” Manisah sudah loya tekak terbayangkan cerita Fatimah. 

 “Yalah tu!” Najwa terasa mahu menangis. Kenapalah banyak-banyak pelajar, merekalah yang terpilih untuk menetap rumah puaka itu!

 “Relaks… relaks! Korang kena banyakkan mengaji. Rumah kena selalu didengarkan ayat al-Quran. Jangan biarkan rumah sepi macam tanah perkuburan,” nasihat Fatimah. 


“Jomlah teman aku!” Desak Najwa setelah tersedar komputer riba tertinggal di rumah puaka itu.

 “Wei, kenapa kau cuai? Kau tahu tak sekarang ni dah maghrib!” Marah Manisah. Panik melihat jarum jam tangan menuju angka 7.

 “Alah, tolonglah! Kita bertiga. Esok kelas. Masak aku tak siap assignment madam bagi. Esok madam nak tengok.” Najwa hampir menangis. Semenjak duduk kolej kediaman, makin banyak air mata yang keluar akibat gangguan diterima.

 Fatimah dan Manisah tergeleng-geleng kepala. 

 “Macam mana?” Soal Fatimah, memandang Manisah. “Takkan kita nak biar je kawan kita.”

 “Kau guna laptop aku tak boleh ke?” Soal Manisah, berang. 

 Najwa menggeleng kepala. Dia sudah menangis, “Tak! Aku dah hampir nak siap dah individual assignment tu. Kalau aku guna laptop kau, aku kena taip balik.”

 “Hisy, kau pun! Kenapa kau tak simpan dekat cloud ke? Google Drive ke?” Rungut Manisah. Cukuplah ketakutan yang dialami semalam. Tidak sanggup diulang lagi.

 “Dah… dah! Jangan gaduh. Okey, macam ni. Kita pergi.” Fatimah mencelah.

 “Wei…” Manisah membantah. Menepuk kasar bahu Fatimah.

 “Tapi, kita ambil wuduk siap-siap. Kita pasang ayat al-Quran. Bibir dan hati kita ikut membaca. Beranikan diri. Kalau kita berani, dia tak berani nak kacau kita.”

 Akhirnya, mereka bertiga bersama-sama menuju ke rumah puaka itu.

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.