Nama
tempat : Kota Hitam Semandin
Lokasi
: Bukit Bendera, Pulau Pinang
Bukit
Bendera? Keningnya terangkat. Dia sudah sampai ke Bukit Bendera dua tiga kali
tetapi dia tidak tahu pula ada tempat yang bernama Kota Hitam Semandin di situ
atau dia yang tidak pernah ambil tahu? Dia perlukan lebih maklumat, email
tersebut dibalas.
“Thanks
sebab emailkan lokasi ni pada saya. Boleh saya tahu siapa awak? Dan kalau awak
tak keberatan, saya ingin mengetahui lebih lanjut pasal tempat ni dari awak.
Saya harap awak sudi menolong saya.”
Butang
send ditekan. Besar harapannya supaya emailnya dibalas secepat mungkin. Mungkin
juga dia boleh berkawan dengan si pengirim email ini. Beberapa kali browsernya
direfresh namun masih tiada balasan dari sana. Aku yang tak sabar agaknya,
omelnya. Browser direfresh sekali lagi, masih tiada balasan. Akhirnya dia
menutup kotak emailnya. Dia akan sabar menantikan balasan walaupun jauh di
sudut hatinya dia memang tidak sabar.
Rita
duduk melepak di atas lantai sambil menghadap televisyen. Drama Korea
kesukaannya sedang bersiaran. Hero kacak dan tegap membuatkan dia
tersengih-sengih macam kerang busuk. Devi yang sedang duduk di sofa hanya
menggeleng kepala melihat aksi lucu rakannya itu.
“Kau
tak teringin ke ada boyfriend Rita?” Devi bertanya. Sengaja mahu mengganggu
konsentrasi rakannya.
Rita
menjungkit bahu, “Entah…” Dan membalas ringkas. Matanya tidak lekang dari
merenung skrin televisyen. Konsentrasinya langsung tidak terjejas.
Devi
mengangguk-angguk. Wajah Rita dipandang seketika, cantik. Gadis secantik Rita
masih belum berpunya, ajaib betul.
“Rita…” Dia memanggil.
Rita menoleh ke arahnya. “Yes?”
“Kau
cantik gila kot, kenapa kau masih takde boyfriend?”
Soalan
Devi membuatkan Rita tersenyum. Dia langsung tidak marah dengan soalan itu
kerana dia tahu rakannya begitu mengambil berat tentang kehidupan peribadinya. Dia
menggeleng sejurus kemudian.
“Aku
belum ready. Nak fokus pada study dulu.” Balasnya perlahan. Semoga Devi menerima
jawapannya. Sebenarnya sudah enam tahun dia membujang dan ada sebab mengapa dia
tidak mahu menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Biarlah ia menjadi
rahsia.
“Erm,
okay…” Devi tersenyum pahit. Dia merenung skrin televisyen, iklan berlangsung
dengan jayanya.
“Kau
pulak? Kenapa still solo?” Rita mengembalikan soalan tersebut kepada Devi.
Devi
tersengih. Rita sudah membuat serangan balas. Mahu tidak mahu dia harus
memberikan jawapannya.
“Aku
kan muda lagi. Baru 24…”
Rita
mencebik. Pandai sahajalah si Devi ini. Pandai betul mengelak dari memberikan
jawapan yang sebenar. Macamlah dia tidak tahu yang keluarganya sudah
mempunyai calon suami untuknya. Akhirnya dia mengangguk, cuba memahami.
“Aku
pun 24. Samalah macam kau, muda lagi…” Ujar Rita lalu mengunyah kuaci yang
berada di tangan. Okey, kini fokusnya kembali pada televisyen kerana drama
Korea kegemarannya sudah berlangsung semula.
Jason
tersengih-sengih apabila dibebel kekasihnya.
“Alaa,
sorry…Bukannya saya sengaja.”
“Awak
ni memang…Selalu je lupa…” Sofia mencebik. Comel betul pada pandangan mata
Jason.
“Okay,
next year saya janji saya takkan lupa.”
Sofia
memandang teman lelakinya dengan muka selamba. Tahun lepas pun sama juga, lupa
dengan tarikh ulangtahun mereka. Dia bukannya mahu hadiah bernilai ribuan
ringgit, kek sepotong pun jadilah. Sebenarnya dia mahu menguji Jason sahaja,
ingat atau tidak. Rupa-rupanya tahun ini pun sama!
“Entah-entah
awak lupa nak kahwin dengan saya nanti…”
Kata-kata
Sofia membuatkan Jason tergelak. Susahnya mahu memujuk perempuan merajuk.
Katalah apapun, pasti rajuknya semakin kuat. “Sorry…Saya janji tak buat lagi.”
Sofia
mengeluh. Dia pun malas mahu merajuk lama-lama. Kepalanya berserabut memikirkan
tesis mereka yang masih belum bertulis itu. Cerewet Prof.Kamarul bukan main!
Dia melirik jam di tangan, sudah hampir pukul 2 petang. Ah, dia belum bersolat
zuhur lagi.
“Saya
nak balik. Belum solat lagi.”
Jason
mengangguk, memahami tuntutan agama yang bakal dia anuti kelak. Sekarang pun
dia sudah mendapat tunjuk ajar tentang solat daripada Azlan dan Sofia. Dia
bergegas pulang ke desasiswa untuk mengambil kunci kereta dari rakannya. Dia
akan menghantar Sofia pulang ke rumah sewanya.
Sampai
sahaja di bilik, Azlan menarik lengannya dengan muka berseri-seri. Macam ada
berita baik.
“Kau
tengok ni.” Azlan meletakkan beberapa keping kertas A4 yang bercetak ke atas
meja belajar Jason. Dia memang tidak sabar mahu menunjukkannya pada rakannya
itu. Kebetulan pula dia balik ke bilik.
“Apa
ni?” Soal Jason sambil meneliti gambar-gambar yang dicetak itu. Macam menarik.
Azlan
tersengih, dia merapati Jason. “Ada orang emailkan gambar-gambar ni kat aku
tadi. Menarik kan tempat ni?”
Jason
mengerut dahi. Baiknya orang tu emailkan semua ini. “Siapa yang emailkan?”
Pertanyaan
itu hanya dijawab dengan jungkitan bahu Azlan. Dia sendiripun tidak tahu.
“Hah?
Kau biar betul Lan…Takkan takde alamat email dia?” Jason berasa pelik dan
hairan. Email dari seseorang yang tidak dikenali? Huish, memang pelik.
Azlan
menggaru batang lehernya yang tidak gatal. “Entah…”
Jason
melabuhkan duduk ke atas kerusi dan meneliti gambar-gambar itu dengan penuh
minat. Tempatnya memang nampak menarik untuk dijadikan bahan tesis. Kelihatan
bangunan-bangunan lama yang separuh musnah di bawah langit yang suram. Sedikit
menyeramkan tetapi dia suka.
“Apa
nama tempat ni?”
“Kota
Hitam Semandin.”
“Kat
mana?”
“Bukit
Bendera.”
“Ehh??
Biar betul! Kenapa sebelum ni aku tak tau pun?” Jason seolah tidak percaya.
Seperti Azlan, dia juga tidak pernah mendengar nama tempat itu di kawasan Bukit
Bendera.
“Kita
je yang tak ambik tau kut?” Balas Azlan perlahan. Tiba-tiba dia berasa malu
dengan dirinya sendiri. Tempat itu dekat sahaja namun dia langsung tidak perasan
dengan kewujudannya.
Jason
tidak dapat melarikan matanya dari gambar-gambar Kota Hitam Semandin. Ia begitu
menarik perhatiannya. Dia pasti Prof.Kamarul pun akan turut menyukainya.
Bunyi
telefon bimbit mematikan konsentrasi Jason. Sofia sedang menelefonnya.
“Aduh
aku lupa!” Jason berkata cemas sambil menepuk dahinya. Bagaimana dia boleh
terlupa tentang Sofia! Aduh, matilah aku!
“Apahal
pulak ni?” Azlan hairan dengan perangai Jason yang tadinya tenang, tiba-tiba
cemas semacam.
“Sofia
ke?” Tekanya.
Jason
mengeluh, anggukan dari kepalanya kelihatan lemah sekali. “Aku pinjam kereta,
nak hantar dia balik.”
“Tu,
kat atas katil aku. Cepat balik, aku nak sambung discuss pasal ni.”
Jason
bergegas mengambil kunci kereta di atas katil dan meluru ke bawah untuk bertemu
Sofia. Arahan Azlan tidak dibalas dengan apa-apa respons. Kecemasan. Azlan
menggeleng. Lucu pun ada juga. Nasib engkaulah Jason, dapat awek kuat membebel.
Kalau aku, dah lama bernanah telinga ni, dia mengomel.
Kemudian
dia kembali membelek gambar-gambar yang dicetaknya. Keterujaannya membuatkan
dia menelefon Rita. Dia mahu berkongsi berita baik itu secepat mungkin.
“Betul
ke? Dari mana kau tau pasal tempat tu?” Rita bertanya. Ceria riak wajahnya
selepas mendengar tentang Kota Hitam Semandin dari Azlan. Nama pun sudah cukup
unik, tidak sabar pula dia mahu melihat sendiri gambar-gambar tempat itu.
“Dari
email.”
“Siapa?”
“Entah…Aku
tak tau pulak daripada siapa. Alamat emailnya pun takde. Anynomous.”
Jawapan
Azlan menghairankan Rita. Tiada maklumat langsung mengenai si pengirim? Pelik
betul. Namun dia memendamkan sahaja perasaan itu.
“Jumpa
esok, lepas kelas. Bawak gambar-gambar tu sekali tau.”
“Okey,
okey…Jumpa esok, Assalamualaikum…”
“Wa’alaikumsalam.”
Rita mematikan talian selepas membalas salam. Teruja hatinya hanya ALLAH yang
tahu. Tidak sabar dia mahu melihat gambar Kota Hitam Semandin.
Devi
yang berdiri di sebelah Rita sejak tadi memandang rakannya tidak berkelip. Ada
berita baikkah? Melebar sahaja senyuman di bibir rakannya itu.
“Lan
call pasal apa?” Dia bertanya. Sejak dari tadi tadi dia melihat sinar
kegembiraan terpancar dari wajah Rita.
“Good
news!” Rita memegang tangan Devi dengan suara ceria. Devi mengangkat kening.
“Lan
dah jumpa tempat bagus untuk tesis kita..” Jelas Rita tersengih-sengih.
Senyuman
ceria turut terukir di bibir Devi, “Really?! That’s good!”
“Esok
kita tengok gambar-gambar tempat tu. Lan dah print out tadi. Tak sabarnya aku!”