Detik kelima.
Selepas
mengucup tangan Danish dan Ain, Zamia bangkit mahu kembali ke biliknya.
“Mia..”
Panggilan Danish menghentikan langkahnya.
Dia
menoleh ke arah abangnya yang masih duduk bersila di atas sejadah. Keresahan
terlukis di wajah lelaki itu.
“Betul
ke Mia nak duduk sini lebih dari dua minggu?”
Zamia
mengangguk sebagai menjawab soalan itu.
“Mia
tak takut ke duduk sini sorang-sorang?” Ain turut menzahirkan keresahannya.
“Tak.
Abang dengan kak Ain tak perlu risau pasal Mia. In shaa Allah, semuanya okay.” Balas
Zamia dan meneruskan langkahnya yang tergendala.
Danish
meraup muka dengan telapak tangannya. Zamia memang betul-betul degil.
“Awak
dah bagitau Imriz yang kita dah sampai?” Soalan isterinya membuatkan Danish tersentak.
Dia betul-betul terlupa tentang Imriz. Pasti rakannya itu sedang menanti
panggilannya.
Dia
bergegas mengambil telefon bimbitnya di atas meja dan menghubungi rakannya. Namun
panggilan tersebut tidak dijawab oleh Imriz.
“Dia
tak jawab phone.” Danish berkata hampa.
“Dia
tengah solat kot.” Balas Ain yang sedang melipat kain telekungnya. Danish sekadar
menjungkit bahu dan bersiap untuk ke rumah Imriz.
“Saya
akan beli lauk makan malam kat kedai. Saya nak ajak Riz makan sekali ni.”
“Aamiin ya rabbal alamiin..” Imriz meraup muka
selepas mengucapkan salam.
Sejurus
selepas itu, deruan enjin kereta seseorang kedengaran diparkir di perkarangan
rumahnya. Dia menjengah ke luar jendela.
“Danny!
Bila sampai?” Imriz menyambut kedatangan Danish dengan senyuman meleret hingga
ke telinga. Dia bergegas membuka pintu yang berkunci dan mempelawa lelaki itu
masuk ke rumah.
“Baru
aje..” Danish melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kayu.
“Tunggu
kejap, aku nak buat air.”
Segera
Danish menegah rakannya lantas membantutkan niat Imriz untuk ke dapur.
“Tak usahlah Riz. Aku datang sini pun sebab nak
ajak kau makan malam.” Akhirnya Danish menyatakan hasratnya. Imriz
mengangguk-angguk.
“Kau
datang berdua aje ke?” Umpan Imriz untuk mengetahui sama ada Zamia turut datang
ke negeri itu ataupun tidak.
Danish
menggeleng, “Bertiga, adik aku pun ada.”
Tidak
semena-mena senyuman manis terukir di bibir
Imriz.
“Aku
dengar tunang dia mati dalam kemalangan, betul ke?” Imriz mengumpan lagi. Dia
ingin mengetahui kejadian sebenar yang telah berlaku dalam hidup gadis manis
itu.
Danish
terdiam. Terbayang wajah arwah dalam kepalanya.
“Dia
terkorban dalam kemalangan jalanraya dua minggu lepas.”
Imriz
mengangguk sambil menanti kata-kata seterusnya dari Danish.
“Sepatutnya
dorang berkahwin dua minggu lepas.” Danish menyambung. Hatinya pilu mengenangkan
adiknya.
“Dia
kemalangan macam mana?” Tanya Imriz penuh minat.
“Dilanggar lori...”
“Masya’Allah..”
Imriz menggeleng kepala mendengar betapa tragisnya cara kematian Azriq. Danish menundukkan
wajahnya ke lantai.
“Macamana
orangnya, arwah tu?” Imriz ingin tahu tentang lelaki yang pernah berjaya
mencuri hati Zamia suatu ketika dahulu.
Danish
menguntum senyuman pahit. “Baik budak tu Riz. Peramah, ceria, pandai
menghormati orang tua tapi dia macam misteri sikit.”
Kening
Imriz berkerut. Misteri yang macam mana?
“Uhm…Aku
pun tak pandai nak describe orang ni Riz. Mungkin aku ni aje yang suka fikir yang
pelik-pelik.” Balas Danish seolah dapat membaca kata hati Imriz. Lagipun siapalah
dia untuk menilai peribadi orang lain. Hanya Dia yang layak untuk melakukan
semua itu.
Imriz
membuat keputusan untuk berhenti bertanya kerana tidak mahu fikiran rakannya itu
terganggu.
“Kau
ajak aku dinner? Dah masuk waktu isya’ dah ni.” Imriz melirik jam yang
tergantung di dinding.
“Kita
solat dulu.” Danish tersengih.
Ain
yang baru selesai mengambil wuduk, menjengah ke luar pintu bilik. Dia mahu
mengajak adik iparnya untuk solat bersama-sama.
“Mia
nak solat dengan akak.” Zamia menyapa Ain. Ain mengangguk kerana itulah niatnya
sebentar tadi.
Selesai
solat, bulu roma Ain meremang secara tiba-tiba. Dia meraba tengkuknya. Bilik itu
terasa dingin. Sambil melipat kain telekung, mata Ain beralih pada Zamia yang
sedang berdoa. Entah mengapa bulu romanya semakin meremang.
Bunyi
pili air yang terbuka di dapur membuatkannya tersentak. Dia kaget. Siapa yang berada
di dapur? Bagaimana pili air boleh terbuka sedangkan dia dan adik iparnya
berada di dalam bilik ketika itu? Tidak mungkin itu perbuatan suaminya kerana
lelaki itu masih belum pulang dari rumah Imriz.
Jiwanya
meronta-ronta mahu mencari jawapan. Dia ingin mengajak Zamia ke dapur tetapi
adik iparnya itu sedang khusyuk berdoa. Tiada pilihan, dia memberanikan dirinya
ke dapur.
“Mia?”
Dia
melihat Zamia di dapur sedang mengisi air paip ke dalam cerek.
Zamia
melemparkan senyuman tawar ke arah kakak iparnya. Kemudian dia menutup pili air
dan meletakkan cerek ke atas dapur gas. Ain yang mematungkan dirinya di pintu
dapur dipandang lama. Wajah wanita itu pucat semacam.
“Kenapa
kak?”
Ain
tidak menjawab soalan Zamia. Yang mana satu sebenarnya Zamia Izaiqa?
“Kak?”
Kening Zamia berkerut.
Ain
dapat merasakan yang bersolat dengannya sebentar tadi bukanlah Zamia. Dia pasti.
Patutlah bulu romanya meremang sahaja ketika bersama ‘Zamia’ tadi.
Ain
mendekati Zamia lalu membisikkan sesuatu.
“Saya
solat dalam bilik saya tadi.” Jelas Zamia bersungguh-sungguh. Ain menelan liur.
Sah! Itu memang iblis.
“Mia
teman akak kejap.”
Zamia
menurut sahaja permintaan kakak iparnya. Keduanya beriringan menuju ke bilik
tersebut.
“Tadi
akak solat sekali dengan Mia.” Bisik Ain setelah keduanya sudah tercongok di
hadapan bilik itu.
Zamia
tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Ain. Bagaimana dia boleh bersolat
dengan kakak iparnya jika dia bersolat dalam biliknya tadi? Dia bingung.
Pandangan
Ain dan Zamia difokuskan pada kain sejadah yang terbentang di atas lantai. Ada
dua sejadah di situ.
“Betul
ke Mia solat dengan akak tadi?” Terpacul soalan bodoh dari mulut Zamia.
Sedangkan dia sendiri tahu bahawa dia bersolat seorang diri tadi.
“Iblis..”
Itu jawapan Ain.
Danish
memandu keretanya ke kedai makan di hujung kampung untuk membeli lauk makan
malam. Perut pun sudah berkeroncong minta diisi.
“Kau
tak pernah makan budu kan?” Imriz bertanya nakal.
Danish
tergelak dan menggelengkan kepalanya.
“Mak
Nab, bagi budu jugak ye.” Imriz memberitahu wanita lewat 50-an yang sedang
sibuk membungkus lauk-pauk itu . Orang tua itu mengangguk faham.
“Kau
ni tak habis-habis dengan budu. Sedap sangat ke?” Danish mengusik Imriz.
Imriz
tersenyum sinis.
“Kau
jangan pandang rendah pada budu Danny. Sekali rasa nak lagi.” Dia berseloroh. Tawa
Danish berderai lagi.
Danish
mematikan enjin keretanya di perkarangan banglo.
“Masuklah Riz..” Ain mempelawa mesra. Dia
mengambil beg-beg plastik yang berselirat di tangan suaminya lalu dibawa masuk
ke dapur.
“Duduklah
Riz. Lepas ni kita makan.” Ain berkata dari dapur. Sibuk sekali dia menghidangkan
lauk-pauk yang dibeli Danish ke atas meja makan.
Zamia
melangkah keluar dari bilik.
“Duduklah
dulu abang Riz..” Zamia menyapa mesra. Imriz terkesima mendengar suara itu.
Pandangan Imriz mengekori langkah Zamia. Hatinya
berdebar-debar. Dia jatuh hati pada Zamia sejak kali pertama memandang wajah
sugul itu. Danish yang perasan dengan hal itu mencuit paha rakannya. Dia
tersengih nakal.
“Kau
skodeng adik aku ye?” Usiknya nakal.
Imriz
tersipu malu. Danish betul-betul kacau daunlah!
“Kau tambatlah hati dia, then bolehlah kau jadi adik ipar aku Riz.” Usik
Danish lagi. Berderai tawa lelaki itu. Imriz mencebik.
“Kau
jangan cabar aku Danny. Kang aku betul-betul jadi adik ipar kau kang.”
Jawapan
Imriz membuatkan tawa Danish semakin menjadi-jadi.
“Mari
makan..” Ajakan Ain berjaya menghentikan tawa lelaki itu.
Dua
sahabat itu segera beredar ke dapur. Terhidang lauk-pauk yang dibeli oleh
Danish di atas meja. Yang paling menarik perhatiannya ialah budu yang dihidang dalam
mangkuk kecil. Kecur air liurnya.
“Mia
mari duduk.” Panggil Danish. Gadis itu sedang sibuk menyediakan air minuman.
Mata
Imriz terpaku pada Zamia yang sibuk menuang air minuman ke dalam gelas.
Walaupun sugul namun gadis itu tetap manis pada pandangan matanya.
“Makan
Riz.” Suara rakannya pantas menghentikan renungannya pada Zamia.
Hujan
di luar masih lebat seperti tadi. Tiada tanda-tanda ia akan berhenti membasahi
bumi. Bunyi katak juga lantang memecah kesunyian malam itu.
Danish
teruja mahu mencuba budu. Dia ingin merasai sendiri betapa enaknya makanan yang
berupa cecair itu.
“Nak
cicah dengan apa ni?” Dia menyoal Imriz. Imriz
mahu tergelak mendengar soalan Danish.
“Ni,
kau cicah dengan timun ni..” Dia menyeret pinggan timun mendekati Danish. Tanpa
ragu-ragu lelaki itu mencapai sehiris timun dan mencicahnya ke dalam budu.
Imriz
menanti reaksi rakannya.
“Sedap
sedap…” Jawapan Danish membuahkan rasa senang di hati Imriz. Kemudian dia mencuri
pandang ke arah Zamia pula. Gadis itu hanya membisu dari tadi.
“Mia
study kat mana dulu?” Dia memulakan bicara.
Danish
tersenyum nakal.
“USM,
Penang.” Zamia membalas ringkas. Jarinya menguis butiran nasi dalam pinggan.
Imriz
mengangguk.
“Jurusan
apa?” Soalnya lagi.
“Tesl.”
Ringkas sahaja jawapan yang keluar dari mulut gadis itu.
Imriz
yang asyik merenung Zamia tersentak apabila bahunya dicuit oleh Danish.
“Makan
la dulu. Nanti sejuk pulak lauk tu.” Danish sengaja mengganggunya. Imriz segera
menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Selesai
makan malam, mereka berempat duduk berbual di ruang tamu. Bermacam-macam cerita
yang dibualkan oleh dua sahabat itu.
Zamia
seperti biasa hanya mendiamkan diri tanpa berminat membuka mulutnya. Dia
sekadar menjadi pemerhati sepi sahaja.
“Dah
lewat ni. Eloklah kalau aku balik dulu.” Imriz melirik jam di tangannya. Tanpa
disedari, malam itu telah pun hampir tengah malam. Tidak terasa masa yang
berlalu pergi.
“Awak
dengan Mia masuklah tidur dulu. Saya ada kunci spare.” Danish berpesan pada
isterinya. Ain mengangguk faham.
“Saya
balik dulu Ain, Mia. Selamat malam. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Ain
dan Zamia menghantar kepulangannya di muka pintu. Seketika
kemudian, kereta Danish menghilang di balik kegelapan malam. Ain
mengajak adik iparnya masuk dan mengunci pintu banglo tersebut.
Langkah
Zamia terhenti. Ain yang berada beberapa meter di hadapan berpaling ke belakang
setelah namanya dipanggil oleh Zamia.
“Mia
ada sesuatu nak tanya pada akak.”
Kemudian,
pandangan mereka bertaut lama.
Deru
angin di luar seolah memainkan irama yang menyeramkan. Kuat sekali menghentam pepohonan
dan semak-samun di sekitar banglo tersebut.
Ain
dan Zamia melabuhkan duduk ke sofa di
ruang tamu.
“Apa
yang Mia nak tanya?” Ain terlebih dahulu memulakan bicara.
Zamia
memandang tepat ke wajah Ain.
“Pasal
tadi.” Balasnya tenang. Ain mengatur duduknya.
Dahi
Zamia berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia mematungkan diri di sofa membuatkan
Ain terkulat-kulat.
“Kenapa
jadi macam tu? Mia tak faham la kak..” Akhirnya dia membuka mulut selepas
membisu selama beberapa minit.
Ain
tersenyum pahit. Ia memang sukar dimengertikan namun ia boleh berlaku kerana
syaitan iblis itu wujud.
“Wallahualam
Mia, akak sendiri pun terkejut. Akak ingatkan Mia yang solat isya’ dengan akak
tadi.”
Zamia
mengetap bibir.
“Syaitan
iblis Mia...” Ain menyambung.
Ain
bangun dari duduknya dan duduk di sebelah Zamia. Kali ini dia pula mahu
bertanyakan sesuatu.
“Mia
selalu mimpi buruk pasal arwah kan?”
Zamia
mengangguk sebagai jawapan kepada soalan itu.
“Boleh
akak tau mimpi yang macamana?” Ain merenung ke wajah Zamia.
Igauan-igauan ngeri Azriq segera memenuhi
kotak fikiran Zamia.
“Dia
kena langgar.” Akhirnya dia berterus-terang.
Ain
mengangguk dan terdiam seketika. Sengaja memberi ruang kepada adik iparnya
untuk mengumpul kekuatan. Suasana bertukar sepi, nyanyian cengkerik dan unggas memekakkan
telinga.
“Akak
pun ada mimpi pasal arwah.” Pengakuan Ain membuatkan gadis itu tersentak.
Dia
benar-benar tidak mengerti. Mengapa kakak iparnya turut mengalami mimpi yang
sama? Fikirannya berserabut. “Mia rasa ada sesuatu yang tak kenalah...”
Ain
memandang tepat ke arah Zamia. Gadis itu mengeluh berkali-kali.
“Macam
ada sesuatu yang arwah tak pernah bagitau Mia.”
Ain
mengunci mulut. Membiarkan adik iparnya sahaja yang berbicara.
“Mia
mimpi arwah bawak Mia ke sini. Lepas tu…” Ayat Zamia tergantung di situ. Matanya
dipejamkan dan bayangan ngeri itu mula menghantuinya.
“Lepas
tu apa Mia?” Desak Ain.
Zamia
membuka mata dan mendongakkan kepalanya ke atas. Dia merenung siling.
“Mia
tengok dia pegang kepala dia sendiri.” Sambung Zamia dengan suara yang tersekat-sekat.
Ain tergamam.
Suasana
kembali sepi. Keduanya asyik melayan perasaan masing-masing.
Mulutnya
menyeringai. Bau bak bangkai memenuhi segenap ruang dalam banglo itu. Tajam sekali matanya memerhatikan
gerak-geri mereka yang sedang menyepikan diri itu...