Bab 2
KAMPUNG SERI ANDAK
Malik meletakkan cangkul kedalam bakul
motor sambil batang cangkul disandarkan dibahunya. Pagi tadi ketua kampung ada
bertandang ke rumahnya dalam keadaan tergesa – gesa. Katanya Cikgu Hussin
meninggal dunia pagi tadi kerana sakit jantung. Dia sudah maklum akan kerjanya
yang perlu dibereskan pagi itu juga. Memang sejak dari malam tadi pun hatinya
merasa tidak sedap. Burung hantu juga didengarnya berbunyi sejak beberapa hari
yang lalu. Kebiasaannya jika itu yang berlaku menandakan ada orang akan
meninggal dunia. Malik sudah biasa sangat dengan perkara itu. Dia sudah mangli.
“ Sahak dengan Deraman dah dibagitau?” solanya pada ketua
kampung. Lelaki yang hanya sempat bertenggek ditangga rumahnya itu hanya
menggelengkan kepala.
“ Tak apalah. Nanti saya sendiri bagitau dia orang,” jamin
Malik sambil tersenyum pahit.
Lalu
pagi ini dia sudah mencari cangkul dibelakang rumah. Sebuah baldi turut sama
dicapai. Barang – barang itu dimasukkan kedalam bakul motornya. Sebelum itu dia
menghubungi dua lagi rakannya agar membantu dia mengali liang dibelakang
masjid. Sahak dan Deraman tidak keberatan. Masing – masing memberikan
persetujuan mereka.
Motor
buruknya mula menyusur jalan keluar menuju masjid yang terletak hanya dua
kilometer dari rumahnya. Dia terpaksa berhati – hati kerana jalan kampung
banyak yang sudah terkopek disana – sini. Bukan sekali dua dia pernah
tertonggeng dek kerana terlanggar lubang besar dan dalam disitu. Sudah acap
kali. Lebih – lebih lagi diwaktu malam. Cahaya lampu motornya pula malap.
Itulah sebabnya Malik tidak berani hendak membawa motor buruknya itu laju –
laju. Takut ditimpa kecelakaan.
Sampai
dihujung tanah perkuburan Malik memberhentikan motorsikalnya. Matanya
terpandangkan pada sebuah lagi motorsikal yang berada dibawah pokok manggis tua
tidak jauh darinya. Tahu sangat dia siapa pemilik motor buruk itu.
Malik mengambil
cangkul dan baldi yang dibawanya tadi, menapak perlahan – lahan kearah Deraman
yang sedang memandang sesuatu ditanah.
“ Sahak tak sampai lagi ke?” soal Malik secara tidak langsung
mengejutkan Deraman. Sepantas kilat Deraman menoleh.
“ Kau ni.... bukannya reti nak bagi salam, bila kau sampai?”
sergah Deraman dengan suara yang agak keras.
“ Baru aje sampai. Kau tak dengar ke aku datang?”
Deraman mengeleng dan sekilas memerhatikan kearah motorsikal
Malik dibawah pokok manggis muda ditepi jalan.
“ Sahak tak datang lagi?” cangkul dan baldi sudah diletakkan
diatas tanah.
“ Belum,” ringkas Deraman menjawap.
“ Selalunya dia tak lambat,” Malik seakan – akan bersungut
pada dirinya sendiri. Matahari mula memancarkan sinarnya. Mujur saja
disekeliling kawasan tanah perkuburan dibelakang masjid itu ditumbuhi dengan
pokok – pokok yang agak lebat daunnya. Redup. Sesekali lalang berdesir disapa
dek angin pagi yang masih dingin.
“ Dia ada cakap dengan aku tadi, katanya dia kena hantar anak
dia ke sekolah. Ada kurum – kurum,” ujar Deraman yang sememangnya tidak pandai
menyebut perkataan kokurikulum.
“ Huh.... yelah agaknya tu,” sahut Malik yang tidak mahu lagi
memanjangkan kisah itu. Kegiatan anak – anak sekolah dewasa ini bukannya masuk
dalam kepalanya. Bermacam – macam istilah yang dia sendiri tidak fasih sebut
dan tidak tahu fungsinya. Yang dia tahu hanya menganggukkan kepalanya saja. Dia
malas hendak soal lebih – lebih.
“ Wahab ada
datang tadi, katanya liang tu disini,” ujar Deraman semula sambil jarinya
menunding kearah tanah dihujung kakinya. Malik memeriksa nesan tidak jauh dari
situ. Sekejap dia mencangkung dan mengamati tulisan jawi yang sudah pudar.
“ Ini kubur Pak Leman Debab ni,” dia mendongak memerhatikan
Deraman.
“ Kata Wahab tadi arwah Hussin ada pesan. Kalau dia mati dia
nak dikebumikan disebelah kubur arwah bapaknya,” apa yang keluar dari mulut
waris si mati kini terluah dari bibirnya.
“ Yelah kalau gitu. Dah dia pesan macam tu.Kita nak buat
apa?” sejenak Malik melontarkan kearah kawasan perkuburan itu. Sudah hampir
penuh tanah wakaf itu dicacakkan dengan nesan. Sejak dari dia muda dulu memang
disitulah jenazah orang – orang kampung disemadikan. Dia turut berfikir jika
ajalnya sudah sampai nanti, masih adakah tempat kosong untuknya disitu? Malik
menundukkan kepalanya.
“ Meh lah kita start dulu. Nak tunggu si Sahak entah pukul
berapa dia sampai nanti,” Deraman mengesa rakannya itu memulakan tugas mereka.
“ Pukul
berapa dia orang nak tanam?” Malik yang sudah memegang cangkul kembali
bertanya. Ada manik – manik peluh terbit didahinya. Panas mula terasa.
“ Sebolehnya sebelum Zohor. Tapi tak taulah. Masa aku tanya
Wahab tadi dia cakap ada adik dengan kakak dia masih belum sampai lagi.”
“ Sapa?”
“ Wazid dengan....,” Deraman mengaru dahinya cuba mengingati sesuatu. “ Em....
dengan Wahidah.”
“ Wahidah?” nama itu meniti dibibir Malik. Puas dia cuba
mengingati anak perempuan bekas guru yang mengajar disekolah rendah dihujung
pekan di kampungnya.
“ Anak dia yang jadik nurse dululah,” seperti tahu kesulitan
yang dialami oleh Malik, Deraman mencelah.
“ Anak dia yang nombor berapa?” soal Malik lagi. Ingat –
ingat lupa. Setahunya arwah Cikgu Hussin hanya mempunyai seorang orang anak
perempuan saja. Pun begitu dia tidak pernah mengenali Wahidah secara rapat.
Semasa hidupnya dulu, Cikgu Hussin memang memantau dan mengongkong anak –
anaknya dari bercampur dengan orang luar. Ketegasannya sebagai seorang guru
terbawa – bawa hingga kerumah.
“ Aku pun tak berapa ingat sangat. Kalau tak silap aku Wahidah
tu anak dia yang nombor dua tak,” riak yang terlukis diwakah Deraman
membuktikan yang lelaki itu sendiri tidak berapa yakin.
“ Yang aku tahu, budak tu sekarang ada kat Sarawak. Duk kat
situ. Lamalah jugak,” sambung Deraman lagi. Malik pula sekadar mengangguk macam
belatuk.
“ Dah kawin
dah budak tu?” soal Malik. Ternyata berminat untuk tahu. Deraman angguk. “ Tapi
bukan dengan orang sana. Orang sini. Tak silap aku dia kena tukar pasal dah
naik pangkat. Pangkat apa tak tau la pulak,” Deraman tersengih. Mempamerkan barisan
giginya yang sudah banyak rosak. Ibarat tinggal tunggul saja.
“ Bila pulak budak tu nak sampai? Bukannya dekat Sarawak tu.
Kena naik kapal terbang,” Malik bersuara kemudian dia ke tepi parit. Mencedok
sedikit air yang ada disitu dengan baldi yang dibawanya tadi. Mudah untuk
membasuh mata cangkul jika ada tanah yang melekat semasa mengali liang nanti.
“ Kau tanya aku, mana lah aku tau.”
“ Tak elok melambat – lambatkan jenazah ni,” ujar Malik lagi.
Baldi diletakkan ditanah. Mengesat peluh yang mula terbit didahi. Lalang yang
tumbuh subur ditanah sebelah berdesir lagi. Suara dedauan turut sama berlagu.
“ Taulah dia orang nanti. Yang penting kita siapkan dulu
kerja kita,” balas Deraman. Cangkul ditanah mula dicapai.
“ Tak sangka
betul aku. Baru dua tiga hari lepas aku selisih dengan Cikgu Hussin kat pekan.
Masa tu aku tengok dia elok aje. Kuat lagi,” kesepian yang mahu berlabuh
dipecahkan dengan suara Malik.
“ Dah ajal dia Lik. Kita nak cakap apa?”
“ Yelah.... aku tau. Tapi tulah,” Malik mengeluh. “ Tiba –
tiba aje kan.”
“ Arwah tu ada sakit jantung. Kau tau kan?”
Malik menjeling. Kemudian dia mengangguk. “ Dah lama dia ada
masalah jantung.”
“ Malam tadi dia kena. Anak dia cakap arwah baru aje selesai
solat. Tengah duduk tengok tv tiba – tiba dia mengadu yang dada dia sakit,”
Deraman yang mula mencangkul berhenti semula.
“ Makan ubat pun tak jalan. Nak tak nak terpaksa jugalah
bawak pergi hospital.”
Malik memasang telinganya. Cangkul sudah berada ditangannya.
Menanti saat untuk dibenamkan ketanah.
“ Dia meninggal kat hospital.”
Malik tidak jadi hendak mencangkul. Wajah dan suara Cikgu
Hussein terlintas difikirannya. Ya.... Cikgu Hussein memang tegas orangnya.
Jarang hendak tersenyum. Bercakap juga kurang. Pun begitu Cikgu Hussien tetap
bercampur dengan masyarakat kampung. Kenduri kahwin, majlis tahlil, batang
hidungnya memang mudah dilihat. Malah dia terkenal dengan sikap ringan tulang .
Tidak lokek dengan pertolongan. Cuma dia terlalu tegas. Jarang tersenyum.
“ Tok ketua cakap pagi tadi dia meninggal.”
“ Taklah. Pagi tadi baru orang kampung tau. Itu pun si Wahab
yang cakap dengan jiran sebelah menyebelah. Dia sampai kat dia, dia sampaikan
ke dia. Merebaklah,” ujar Deraman lagi. Tanah mula terbongkah sedikit demi
sedikit.
Malik masih
belum memulakan tugasnya. Dia meraba lengan dan pangkal tengkuknya. Entah
kenapa dia merasakan udara pagi itu lebih dingin dari biasa biar pun cahaya
matahari sudah melekat ditanah. Dia seolah – olah tidak dapat merasakkan
kehangatan seperti pagi – pagi yang lalu. Aneh, fikirnya seketika. Sesekali dia
merasa seperti hendak demam. Sendi – sendinya juga terasa lemah dan sakit.
Demam ke aku? Pertanyaan itu terbit dihatinya. Lantas dia memegang dahinya.
Tidak pula dia merasakan suhunya tinggi dari biasa. Badannya dirasakan kurang
enak.
“Kau tak rasa apa – apa ke?” soal Malik seketika kemudian.
“ Rasa apa?” Deraman menoleh.
“ Eh.... tak ada apa – apalah,” cepat – cepat Malik membalas.
Sepasang matanya liar memerhatikan kearah nesan yang berceracak disana – sini.
Terasa seperti ada tangan – tangan yang menjulur keluar dari dalam tanah
melambai kearahnya. Segera bulu roma ditengkuknya merinding. Aneh, selalunya
dia tidak begini. Sudah bertahun – tahun dia menggali liang. Sudah banyak
pengalaman yang dia tempuhi. Segala petua dan doa diamalnya. Sebelum ini dia
tidak pernah merasa seaneh ini. Tapi pagi ini....
Ketulan –
ketulan tanah semakin banyak yang terkuak. Menandakan lubang menjadi kian
dalam. Deraman dilihatnya asyik benar mengali. Tidak henti – henti. Hanya
sesekali membersihkan mata cangkul yang disalut tanah yang mula lembik. Ah!
Perasan aku saja kot, Malik memujuk hatinya sendiri. Lalu mata cangkul
dibenamkan jauh kedalam. Mengerahkan tulang empat keratnya.
Hampir
setengah jam kemudian Sahak muncul. Terkocoh – kacah lelaki itu mendekati kedua
rakan mereka. “ Maaflah.... aku lambat sikit,” ucapnya tersengih. Matanya
dicerunkan kearah lubang yang mula dalam. Ada air bertakung sedikit.
“ Dah lah.... kau sambung pulak,” Deraman berhenti
mencangkul. Keluar dari liang. Sahak tidak membantah. Dia segera terjun
kedalam. Masih banyak lagi yang perlu digali. Paras pinggang pun belum lepas
lagi, fikirnya.
“ Mayat dah dibawak ke masjid ke?” sempat juga Sahak bertanya
sambil mula mencangkul. Malik terhenti. Berpusing mengadap Sahak.
“ Ye ke?” dia bertanya sambil menyeka peluh yang berjujuran
didahi dan pangkal lehernya.
“ Aku tengok dah penuh kat masjid tadi. Ada kereta, ada
motor,” sahut Sahak dengan suara serak – serak kering.
Deraman
mencangkung dibawah perdu pokok ditepi parit tidak berapa jauh dari liang.
Kotak rokok dicapai lalu diselitkan sebatang kebibirnya. Kemudian dia
menghidupkan pemetik api. Beberapa kali dia menyedut rokok dengan wajah penuh
nikmat. Kemudian botol air masak dicapai lalu diteguknya sedikit. Membasahkan
tekaknya yang tiba – tiba dijalar dengan rasa haus.
“ Aku tak tahu pulak dia orang bawak ke masjid. Kenapa pulak
tak kat rumah aje,” sela Deraman seketika kemudian.
“ Ntahlah Man. Aku tak tau. Tapi masa
aku lintas depan masjid tadi aku nampak dah ada kereta dengan motor. Nampak
jugak dua tiga orang kampung sebelah,” jujur Sahak memberitahu kedua mereka.
Untuk beberpa detik Deraman memerhatikan Malik. Dia tidak pasti dengan apa yang
berlaku. Fikirannya mula berputar ligat.
Dua tiga
orang pemuda membetulkan kedudukan mayat yang sudah pun dibaringkan diatas
lantai masjid. Tidak ada yang bersuara melainkan memerhatikan kearah mayat yang
terbujur kaku. Ustaz Hakimi sekadar memerhatikan saja. Sesekali dia menunjukan
cara mengikat kain kafan yang hampir sempurna.
“ Yang lain dah siap?” sejenak Ustaz Hakimi menoleh kearah
seorang pemuda disebelahnya.
“ Rasanya sudah Ustaz,” sahut pemuda tadi. Mengangguk
sedikit. “ Err.... nak bawak keranda masuk ke?” soal seorang lagi pemuda lain.
Matanya tepat memandang wajah Ustaz Hakimi yang kelihatan cukup cerah dan
berseri.
“ Boleh jugak tu. Nanti senang tak payah nak angkut – angkut
lagi. Kemudian Ustaz Hakimi meminta beberapa orang pemuda lain membantu membawa
keranda masuk kedalam. Seterusnya Ustaz Hakimi menerangkan akan cara untuk
meletakkan mayat didalam keranda nanti. Tiga empat orang pemuda yang masih lagi
berada ditengah ruang masjid itu sekadar memasang telinga dan sesekali
menganggukkan kepala tanda mengerti.
Apabila
keranda sudah dibawa masuk Ustaz Hakimi meminta beberapa orang pemuda tadi
meletakkan jenazah yang sudah siap dikafan itu kedalam.
“ Berat betul si Usin ni,” terdengar salah seorang dari
mereka berbisik.
“ Berat dosa agaknya,” yang seorang lagi menyampuk. Terdengar
hilai ketawa dari mereka yang lain.
“ Hish.... engkau ni, tak baik cakap mayat macam tu,”
kemudian dengan suara yang makin direndahkan dia menyambung semula “ Dengar dek
mayat ni, kecik hati dia.” Yang lain terpaksa menahan ketawa masing – masing.
Takut didengar oleh Ustaz Hakimi.
Telefon
bimbit berbunyi. Terkocoh – kacah Ustaz Hakimi mengeluarkan telefon dari dalam
saku seluar. “ Err.... tunggu sekejap ye,” lelaki berusia sekitar pertengahan
tiga puluhan itu memberi isyarat dengan tangan kearah pemuda – pemmuda tadi.
Kemudian dia bergegas keluar. Telefon kecil ditangannya dilekapkan
ketelinganya. Kedengaran suara lelaki memberi salam.
“ Kat mana ni?”
“ Dah nak sampai ni tapi ada masalah sikitlah,” kedengaran
suara lelaki tadi dicorong telefon.
“ Eh.... ada masalah apa pulak ni?” dahi Ustaz Hakimi
berkerut seribu. Janganlah hendaknya ada rintangan yang menunggu mereka pagi
ini.
“ Kereta sayalah Ustaz.”
“ Kenapa dengan kereta Ustaz?” soal Ustaz Hakimi pada
temannya yang juga seorang Ustaz. Pagi itu mereka sudah berjanji untuk datang
ke masjid An – Nur bersama. Namun kerana ada urusan yang perlu dibereskan Uztas
Hakimi terpaksa datang dahulu.
“ Saya kemalanganlah Ustaz,” rakannya ditalian memberitahu.
Suaranya kedengaran agak gusar.
“ Astaghfirullah.... biar betul ni Ustaz?” Hakimi dilambung
dengan perasaan kurang enak.
“ Lah.... tak kan saya nak bohong pulak. Memang betul saya
kemalangan ni.”
Lelaki berkopiah putih itu terdiam sejenak. Cuba membayangkan
akan kemalangan yang menimpa rakannya Ustaz Zainudin.
“ Err.... Ustaz tak apa – apa ke?” soalnya sedetik kemudian.
“ Alhamdulillah, saya okay aje. Tapi....”
“ Tapi apa?” ada kegalauan bersarang dilubuk perasaan Ustaz
Hakimi.
“ Orang yang saya langgar tu parah sikit. Ni saya telefon nak
mintak tolong dengan Ustazlah ni,” ada nada rayu dihujung corong telefon. Ustaz
Hakimi mendesah. Fikirannya benar – benar buntu.
“ Nak tolong macam mana tu Ustaz?” soal Ustaz Hakimi lagi.
Dalam keadaan cemas begini dia memang tidak lokek dengan pertolongan. Lebih –
lebih lagi dengan sahabat sendiri. Ustaz Zainudin memberitahu rakannya akan
bentuk pertolongan yang diperlukan ketika itu. Usai saja memberi salam, Ustaz
Hakimi bergegas memanggil salah seorang dari mereka didalam masjid.
“ Err.... begini, kawan saya Ustaz Zainudin mengalami
kemalangan. Jadi dia perlukan bantuan. Saya mintaklah jasa baik awak semua
tolong ikut saya. Kita ketempat kemalangan tu. Lagi pun ada orang yang cedera.
Dengar khabar kena hantar hospital. Tak boleh lengah – lengahkan. Boleh?’ rayu
Ustaz Hakimi dengan wajah mengharap.
“ Err.... abis tu kerja kita ni?” soal pemuda berambut lurus
itu.
“Tak apa. Kita tinggalkan kejap. Lagi cepat kita siapkan
kerja kat sana, lagi cepat kita balik kesini,” ujar Ustaz Hakimi lagi. Seketika
kemudian pemuda itu menganggukkan kepalanya. Terus dia memanggil rakan –
rakannya yang lain. Masing – masing bergegas meninggalkan perut masjid. Mayat
yang sudah pun berada didalam keranda dibiarkan seketika.
Bab 3
KAMPUNG SERI ANDAK
Kopi didalam
cawan dirup sedikit. Tekaknya yang kering terasa nyaman. Aroma nasi lemak
diatas meja menjadikan seleranya terangsang. Cepat – cepat Lebai Leman mencapai
sebungkus. Sebaik saja pembalutnya terbuka, dia segera mencapai sudu. Tanpa menunggu
lama nasi lemak diatas daun pisang itu disogokkan kemulutnya. Tidak
menghiraukan akan orang – orang kampung yang keluar masuk kedalam warung yang
agak sempit itu. Sesekali telinganya ditampar dengan suara mereka berbual.
Namun begitu pagi itu tidak ada isu lain selain dari kematian Cikgu Hussein
menjadi bualan mereka. Tidak henti – henti mereka menyebut nama bekas guru
sekolah rendah itu.
Ya! sewaktu
dia hendak keluar rumah pagi tadi pun jirannnya Jusoh ada memberitahu dia
tentang perkara itu. Dia sendiri terkejut menerima perkhabaran duka itu.
Wajahnya pucat dan dia sendiri bagaikan kehilangan kata – kata. Memang dia
sudah lama kenal dengan Hussein. Malah kesemua anak – anaknya sendiri adalah
bekas pelajar Cikgu Hussein. Jasanya terhadap anak- anaknya cukup besar. Malah
jasa cikgu yang berasal dari utara itu pada penduduk kampung juga tidak kurang
hebatnya. Setahunya dulu semasa Hussein masih lagi mengajar disekolah, dia ada
membuka kelas tambahan untuk anak – anak penduduk kampung secara percuma.
Rumahnya tidak lekang dengan kehadiran anak – anak kampung yang datang belajar.
Sayu juga hatinya apabila mendapat tahu yang kampung Seri Andak telah
kehilangan seorang yang amat berjasa. Namanya lebih penting dari dari nama
wakil rakyat didaerah tersebut. Jasanya sendiri lebih besar dan bermakna dari
jasa – jasa wakil rakyat yang hanya datang menjenguk kampung setiap kali
pilihanraya menjengahkan ‘mukanya’. Ya! Lebai Leman terasa ‘kehilangan’ kali
ini. Ada secubit perasaan dikolam hatinya seperti enggan mempercayai cerita
tersebut. Namun dari riak yang terpahat diwajah jirannya itu, dia tahu berita
itu bukan dibuat – buat. Mana ada orang suka main – main dalam soal kematian,
fikirnya lagi. Sesudu lagi nasi lemak disorongkan kedalam mulutnya. Ya! yang
pergi tetap pergi, namun yang hidup tetap juga perlu makan, ada suara meletus
didalam hatinya. Nasi didalam mulutnya dikunyah perlahan – lahan.
Lebai Leman
mengangkat mukanya apabila terasa mejanya bergoyang. Adi bulat tersengih sambil
menghenyakkan punggungnya didepan Lebai Leman.
“ Baru nak makan pagi ke Lebai?” sapa Adi Bulat dengan ramah.
Lebai Leman menyahut soalan itu dengan anggukkan dikepalanya.
Adi Bulat menoleh kearah dapur warung lalu dia melaungkan minuman kegemarannya.
Milo ais!
“ Lebai dah melawat ke belum?” soal Adi Bulat sebaik saja
berkalih semula pada lelaki bertubuh kurus melidi itu. Kopiah diatas kepalanya
nampak lusuh benar. Warna putihnya sudah bertukar kekuningan. Seperti bertahun
– tahun tidak dibasuh. Nasi lemak diatas meja sudah separuh habis. Kopi didalam
cawannya masih lagi berbaki.
“ Belum,” sahutnya pendek. “ Kau dah pergi ke belum?” Lebai
Leman bertanya kembali.
Adi Bulat tersengih lalu menggelengkan kepalanya. “ Saya pun
belum jugak Lebai.” Kotak rokok dan pemetik api diletakkan diatas meja.
“ Dengar kata malam tadi Cikgu Hussein meninggal. Kan?” bulat
mata anak muda bertubuh besar itu merenung wajah Lebai Leman yang nampak
cengkung. Tulang pipinya kelihatan menonjol keluar. Lelaki itu mengangguk lagi.
“ Sakit jantung? Betul?”
Sekali lagi Lebai Leman mengangguk.
“ Dah lama rasanya orang tua tu sakit jantung,” tutur Adi
Bulat tanpa menghiraukan Lebai Leman yang sedang menghabiskan nasi lemak atas
daun pisang.
“ Rasanya dulu ada dua atau tiga kali dia kena serang sakit
jantung kan?” soal Adi Bulat lagi. Lebai Leman diam. Sekadar memandang anak
muda itu tanpa berkerlip.
“ Dulu
adalah. Tapi sempat hantar dia ke hospital. Tapi kali ni....,” Lebai Leman
mengeluh. Kalau hendak diikutkan usia, dia lebih tua dari arwah Cikgu Hussein.
Namun benar kata orang. Ajal dan maut itu ketentuan Illahi. Jika sudah sampai
masanya, tidak ada sesiapa atau apa pun boleh menghalangnya. Lebai Leman
mengeluh lagi. Nasi lemak sudah tidak bersisa lagi. Ada rasa pedas menyengat
hujung bibirnya. Terasa enak. Cawan kopi dicapai lalu dia meneguk perlahan –
lahan. Sekadar ingin mengurangkan rasa pedas.
“ Kamu ni Di, dari mana?” celah Lebai Leman sambil mencapai
rokok daunya. Sejak dari malam tadi dia sudah mengulung beberapa batang rokok
daun untuk pagi ini.
“ Dari rumah Lebai,” sahut anak muda itu. Tersengih lagi.
Seorang lelaki bertubuh agak kurus dan berbaju lusuh mendekati meja dan
meletakkan minuman diatas meja. Terus saja Adi Bulat mengacau Milo didalam
gelas.
“ Habis ni kamu nak kemana ni?” soal Lebai Leman lagi. Tajam
matanya memerhatikan wajah dan tubuh Adi Bulat.
“ Nak kesinilah.”
“ Habis tu kamu tak pergi melawat?”
“ Err.... lepas ni kot,” macam kerang busuk anak muda itu
menjawap. Mempamerkan barisan giginya yang tumbuh agak jarang.
“ Lebai bila lagi nak melawat?”
Aku pulak yang ditanyanya, rungut lelaki itu didalam hati. “
Lepas ni aku kesanalah. Lepas tu aku nak ke masjid.”
“ Liang dah gali ke?” Adi Bulat tidak menghiraukan akan
pelanggan yang baru saja masuk kedalam warung. Bukan orang lain. Orang kampung
Seri Andak juga.
“ Ntah.... dah agaknya,” sahut Lebai Leman seperti acuh tidak
acuh.
Usai
membayar harga minuman dan makanannya, Lebai Leman mencapai basikalnya lalu
berkayuh perlahan – lahan menuju ke masjid. Hari masih pagi. Namun jalan
kampung yang agak sempit masih lagi kosong. Waktu – waktu begini ramai yang
sudah ke kebun. Atau mungkin masih ada lagi yang sibuk ‘buat’ tahi mata
dirumah.
Seperti
kelazimannya dia akan ke masjid untuk membersihkan apa yang patut. Selalunya
dua hari sekali. Jika tidak sebelah pagi, dia akan pergi pada sebelah petang.
Tidak tentu.
Bunyi keriut
rantai basikal mencubit cuping telinganya. Tidak pula dia pasti sudah berapa
lama dia tidak menyapu minyak pada rantai basikalnya. Selalunya bila dia sukar
untuk mengayuh barulah dia meletakkan minyak. Jika tidak usah harap.
Kebun getah yang dilaluinya pagi itu
kosong. Kebiasaannya mereka yang menoreh sudah pulang kerumah masing – masing. Hanya menanti waktu
yang sesuai untuk memungut susunya yang bertakung didalam cawan dibatang pokok
getah. Pokok – pokok yang ada pun semuanya sudah tua. Susunya tidak banyak
lagi. Malahan sudah ada yang patut ditebang dan ditanam baru.
Pun begitu
hendak menanam baru bukannya senang. Tidak ada lagi anak – anak muda yang mahu
menoreh getah seperti zaman dia muda – muda dulu. Ramai yang sudah
berpendidikan. Selepas menghabiskan pengajian ramai yang bekerja dibandar –
bandar besar. Anak – anak gadis juga tidak ketinggalan. Ramai yang bekerja
dikilang dan dipasaraya – pasaraya besar. Pendek kata jari – jemari mereka
sudah canggung untuk memegang pisau toreh. Lebai Leman mengeluh lagi.
Lebai Leman menghentikan kayuhannya
sebaik saja dia sampai didepan pintu masuk kawasan masjid. Ada sesuatu
menganjal dalam lubuk hatinya. Bola matanya melilau mengawasi perkarangan
masjid. Kosong! Yang ada cuma sebiji motorsikal buruk. Tidak pula dia ketahui
milik siapa motor disudut tepi bangunan masjid itu.
‘Katanya ada program pagi ni,tak
jadik ke?’ hati kecilnya berbisik sendiri. Lebai Leman tidak pasti. Sejak dua
hari yang lalu dia sudah diberitahu bahawa ada program anjuran dari Majlis
Agama Daerah akan diadakan dimasjid An Nur. Sejak malam tadi pun dia sudah
bertungkus – lumus membersihkan kawasan masjid. Baik diluar mahu pun didalam
masjid. Dahinya berkerut seribu. Dia tercangak sebentar ditengah – tengah
perkarangan masjid yang agak luas itu. ‘Kalau tak jadi kenapa tak diberitahu?’
hatinya merungut lagi. Pelik! Lelaki bertubuh cengkung itu mengaru – garukan
kepalanya. Fikirannya berputar – putar cuba mencari jawapan.
Lebai Leman menyorong basikalnya
kearah bangsal ditepi masjid. Memang disediakan tempat itu bagi jemaah
meletakkan motor dan basikal masing – masing.
Perlahan – lahan dia melangkah
mendekati tandas disudut tepi. Menjadi rutinnya dia akan membersihkan tandas
itu terlebih dahulu. Kemudian dia akan memeriksa parit disekeliling memastikan
tidak ada takungan yang tersumbat. Kadang – kadang orang yang datang dari luar
bukannya boleh diharap. Selalu sangat dia jumpa puntung dan kotak rokok didalam
longkang. Bila dibiarkan ianya akan menyebabkan parit tersumbat. Bila hujan
lebat air akan melimpah keluar hingga naik diatas simen diruang legar masjid.
Kalau yang buat feel itu jemaah kampung mudah juga dia menegurnya. Ini orang
dari luar. Entah siapa dia tidak pasti.
Pintu ditolak. Lebai Leman memeriksa
setiap tandas yang ada didalam. Dia berpuashati. Semuanya didalam keadaan
teratur dan bersih. Kemudian dia keluar memeriksa longkang disekeliling masjid.
Ketika dia sampai dibelakang masjid dia ternampak Sahak sedang duduk
bertenggong dibawah pokok kemboja disudut tepi tanah perkuburan. Dihujung
jarinya tersepit sebatang rokok. Manakala tangan sebelah kirinya pula mengesat
peluh dimukanya.
Baru Lebai Leman tersedar yang hari
itu Cikgu Husesin meninggal dunia. Pasti program pagi itu dibatalkan kerana
kematiannya, fikirnya. ‘Biarlah.... hendak buat macam mana’ detik hatinya
perlahan. Lebai Leman kemudiannya menyusur menuju kedepan semula.
Ketika dia
menginjakkan kakinya ditangga masjid, ada semacam perasaan aneh mula menyelinap
disudut hatinya. Perasaannya rasa berat semacam. Seolah – olah ada sesuatu yang
kurang enak berlegar disekitarnya. Lebai Leman menoleh kekiri dan kanannya.
Tidak pula dia melihat sesuatu yang pelik. Pun begitu hatinya masih lagi
digayut dengan rasa kurang senang. ‘Kenapa ni’ hatinya berbisik sendiri.
Seketika
kemudian Lebai Leman melemparkan perasaan itu jauh – jauh. Tidak ada kewajaran
baginya untuk memikirkan perkara itu pagi – pagi begini.
Permaidani dibahagian luar masjid
diperhatikan seketika. Memang jelas warnanya agak kusam tanda sudah berhabuk.
Ada baiknya dia membersihkan dahulu bahagian tersebut. Tanpa berlenggah lagi
Lebai Leman mengambil vacum cleaner dan memulakan tugasnya pagi itu. Terbongkok
– bongkok dia seorang diri. Bunyi mesin hampagas itu memenuhi ruang masjid.
Sedang dia leka dengan kerjanya,
telinganya bagaikan menangkap satu bunyi. Lantas dia mematikan mesin hampagas
tersebut. Berdiri tegak sambil menoleh kekiri dan kekanan. Ruang legar luar itu
diperhatikan seketika. Kosong! Tidak ada kelibat sesiapa pun yang dia lihat
ketika itu. Bunyi apa yang dia dengar tadi? Pertanyaan itu berkocak didalam
mindanya.
Lebai Leman menyambung semula
kerjanya. Sekali lagi ruang sepi itu diisi dengan bunyi mesin hampagas yang
bergema kuat.
Lebai Leman terhenti lagi. Mesin
ditutup dengan pantas. Bunyi aneh itu muncul lagi. Biar pun tidak jelas namun
dia pasti memang telinganya ada menangkap bunyi sesuatu. Apa dia? Sekali lagi
orang tua itu tercangak – cangak sendirian. Lehernya dipanjangkan menjengah
sesuatu dari ruang legar dibahagian luar masjid. Fikirannya berputar – putar
ligat. Beberapa detik dia menunggu namun kali ini tidak pula terdengar apa –
apa. Perasaan aku saja ke? Mustahil. Dia belum pekak lagi. Telinganya masih
lagi berfungsi dengan baik biar pun umurnya sudah menjangkau usia hampir tujuh
puluh tahun.
Didesak dengan rasa tidak puashati,
Lebai Leman bergerak. Entah kenapa hatinya tergerak untuk memeriksa punca bunyi
tadi. Mesti ada sesuatu ni, dia bermonolog sendiri.
Ketika dia melangkah masuk kedalam,
hatinya tersentak. Hampir saja jantungnya gugur kebawah. Perasaan seramnya
menjalar menguasai fikiran dan tubuhnya. Tersentak juga dia apabila melihat ada
keranda terletak ditengah ruang solat. Segera dia beristhgfar. Dadanya diurut –
urut dengan tangan. Cuba meredakan perasaan gemuruhnya.
Kenapa pulak keranda ni ada kat
sini, pertanyaan itu berkocak dihati. Kenapa tidak dibawa kerumah arwah Hussein?
Lebai Leman tidak mampu untuk menjawap persoalan tersebut. Memang jarang
perkara seumpama ini berlaku, hatinya berbisik lagi. Tumpuannya masih lagi pada
keranda kayu ditengah ruang solat. Bersendirian dengan keranda menjadikan
hatinya tidak enak. Satu perasaan yang datang sendiri tanpa dipaksa – paksa.
Selalunya jika ada kematian, keranda
akan terus dihantar kerumah. Bukannya dimasjid. Tetapi kenapa kali ini
berlainan benar? Lebai Leman masih tidak dapat menemukan sebarang jawapan.
Fikirannya buntu. Akhirnya satu keluhan dilepaskan.
Setapak demi setapak dia melangkah
menghampiri keranda itu. Perasaannya mula berdebar – debar. Dia tidak tahu
kenapa, namun itulah yang dirasakan ketika itu. Alah! Tiba – tiba dia memarahi
dirinya sendiri. Hendak takutkan apa siang – siang begini. Mana ada hantu
muncul waktu – waktu begini, bodoh, fikirnya lagi.
Namun baru saja beberapa tapak dia
melangkah kakinya terus terkaku. Ketika itu dia melihat mayat yang sudah siap
dikafankan bangun dari dalam keranda. Mata mayat tersebut bulat memandang
kearah Lebai Leman.
Wajah Lebai Leman yang terkaku ditengah
ruang solat berubah pucat dengan serta – merta. Tubuhnya mengigil. Peluh jantan
terus menitik didahinya. Sepasang lututnya mengeletar. Bibirnya juga seolah –
olah terkunci rapat. Sepasang kakinya juga bagaikan terpasung dilantai masjid.
Bola matanya terarah pada sepasang mata milik simayat.
“ Tolong bukak kan....,” rayu
simati dengan suara yang perlahan.
Serentak dengan itu Lebai Leman
menjerit sekuat hatinya. Lantas dia berpusing dan berlari menuju kearah pintu
masjid. Dengan kudrat yang ada Lebai Leman melompat keluar tanpa perlu
mengunakan tangga lagi.
“ Hantu!!!!” nyaring suara Lebai
Leman pagi itu membelah kedamaian kampung Seri Andak.