Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
66,379
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 10
"Urghhh...kau biar betul Lukha?" ujar Lyssa, matanya tidak berkerdip menatap wajah Lukha.

"Betul laaa.. kau juga yang cakap nak kenal dunia aku kan?" Lukha menyeringai. Kedua belah taringnya terjulur keluar. Entah kenapa kehadiran  Lyssa melemaskan dirinya. Dia enggan menlepaskan Lyssa begitu sahaja. Menjadi makhluk yang tidak dapat dikesan dek radar buatan manusia biasa adalah satu kelebihan tapi..Lukha mahu Lyssa "nampak" dirinya dan dunianya. "Tamakkah aku?" "Bagaimana kalau Tuan Besar Djinn balik nanti?"

"Separuh kaki kau dah berpijak di dunia aku Lyssa..rugi tau kalau kau tak teruskan!?' nada Lukha separuh memujuk.

"hmmmm..sooo, aku cuma perlu lintas jambatan tuh saja kan?" telunjuk Lyssa lurus ke arah sebatang jambatan gantung yang kelihatan terhuyung hayang sesayup mata memandang. Kabus tebal kelihatan mengeliling jambatan tersebut. Sungguh pun Lyssa membulatkan retina matanya, tetap jua dia tidak dapat melihat tembus kedalam kabus tersebut. 

"kalau aku jatuh masa nak lintas jambatan tuh macam mana?" sambung Lyssa sedikit bimbang. 

"haahh..kau mati laaa apa lagiii?!" Lukha sedikit mencemik.

"kauuuuu!!!!!" bukkkkkk!!!! satu tumbukan melayang mengenai tepat dada Lukha yang terdedah. Wajah Lyssa merona menahan marah.

"Arghhhh..sakitttt laaaa bodohhhhh!!!" mata Lukha bertukar merah serta-merta. Direnung tajam wajah Lyssa seakan mahu ditelan hidup-hidup.

"kau memang nak aku mati kat sini ke huh?" Lyssa sedikit pun tidak gentar dengan renungan Lukha.

"Lyssa..aku dah cakap kan? aku tak terima arahan daripada orang yang dah mati!? kau masih ada dendam yang belum terlunaskan?" Haris?"

"dah kau tahu jambatan gantung tuh bahaya kenapa kau masih suruh aku seberangi? kau pasti takde cara lain untuk bawa aku ke seberang sana?"

"kau tengok pintu masuk tuh? dah runtuh kan? kau tak fikir akan ada makhluk lain yang menjadikan kau sasaran diorang?" 

"kau kan ada Lukha?"

"maksud kau?"

"terbangkan saja aku ke sana..aku dah tak larat nak menapak lagi..kaki aku dah kesemutan."

"hurmmmm..kau sengajakan Lyssa?"

".................."

"kalau kau ikut aku ke seberang, kau pasti kau tak akan rindu akan  Tok Ayah dan Mak Tok Lyssa?"

"kenapa kau cakap macam tuh?"

"kau mungkin tidak akan bertemu jalan keluar Lyssa.."

"aku ada kau.. kan Lukha?" suara Lyssa sedikit menggoda dengan senyuman tipis yang dicoretkan.

"Lyssa..aku tiada berjantina..dengan kata lain aku tiada bernafsu Lyssa.."

"kau salah faham ni Lukha...aku senang dengan kau..tak lebih dan tak kurang..dan plus aku masih waras..kau fikir aku cukup gila untuk jalin hubungan dengan mahkluk seperti kau hah?"

"sooo?? macam mana kalau kau tetap dengan keputusan kau, aku sedia bawa kau ke sana"..Lukha segera mengalihkan topik perbincangan mereka yang tiba-tiba sahaja menyimpang.

Suara kau Lyssa..melemaskan aku!!. detik hati Lukha.

"Ummu Sibyannn!!!..Ummu Sibyannnn!!..tungguuu..tungguuu!!!. Zainar tercungap-cungap. Nafasnya tersekat-sekat. Lukha segera memalingkan wajahnya ke arah Zainar. 180 darjah pusingan tanpa memusingkan badannya.

"huh? apa kau buat disini?" cemas sedikit suara Ummu Sibyan.

"aakuuu nyariss kenna bakarrr dekk Ustaz !" adu Zainar.

"tu masalah kau bukan aku!"

"Ummu Sibyan, dddengarr sinii..kau kena kembalikan Lyssa secepat mungkin . Keluarganya dah mula mencari orang bijak pandai ilmu agama untuk selamatkan Lyssa."

"aku upah kau supaya kau jaga badan Lyssa di luar sana!! kenapa kau tinggalkan badan dia?"

"akkuu nyarisss di bakarrrrr laaa Ummu Sibyann!! Ustaz yang datang tadi bukan calang-calang!"

Lukha mengalihkan pandangannya pada Lyssa yang berdiri tidak jauh daripada jambatan gantung itu.

Kelihatan kabus kecil yang mengeliling Lyssa beransur hilang. Lyssa masih lagi tercegat disitu tanpa mengetahu apa yang sebenarnya berlaku.

"aku masih ingin bermain dengan Lyssa"

"Ummu Sibyan..tolong dengar nasihat aku...lepaskan Lyssa buat masa sekarang..lain masa kita boleh bawa  ke sini..tolong laa!"

"siapa dia Lukha?" soal Lyssa kehairanan melihat Zainar. Ketakutan jelas terpancar diwajahnya. "Apa yang telah berlaku?"

"hummm.."



  

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.