Amira mendengus kecil. Sungguh dia menyampah dengan sikap Haris yang seperti kucing kematian anak. Menggelisahhhh memanjang. Kejadian yang menimpa Alyssa Farhana sampai ke telinganya dan juga Haris. Tapi tingkah suaminya yang nampak terlebih risau merimaskan Amira."Abang ada ape-ape ke ngan cucu Tok Ayah tuh?" Amira memuntahkan persoalan.
"Erkk..ttakkk..aabang tak de apa-apa dengan Lyssa tuh.." sahut Haris sedikit gugup
" Aihhh..sampai tahu nama panggilan dia.." Amira mencemik tidak puas hati. Berkepul-kepul asap cemburu mulai terbit di sudut hati.
"SSiiapaa jee yyyang tak kenal Lyssa tuh, anak yatim piatu, bukan orang kaya..awak nak cemburu kenape?" Haris membalas sambil menahan getar suaranya.
"Manalah tahu kan...kot-kot abang dulu pernah "couple" dengan dia..." Amira memasang serkap jarang.
"Jangan merepek lahhh..abang kenal dia sebab dia orang kampung nih..tu jekk.." sahut Haris semula.
"Maafkan aku Lyssa.." desis hati kecilnya. Jika tidak kerana harta keluarga Amira, Haris tidak mungkin akan menghantar rombongan meminang ke rumah keluarga isterinya itu. Perasaan bersalah sentiasa menghantui nya sejak dari hari Lyssa terpaksa menggugurkan anak mereka. Tapi apakan daya...sudahnya hubungan mereka terputus di tengah jalan. Saat Lyssa memberikan hadiah perkahwinannya dan menepung tawar dia dan Amira, hati Haris bagaikan kaca jatuh berderai. Hampir menitis air mata jantannya saat dia melihat wajah sayu bekas kekasih hatinya itu. "Maaf kan aku sayanggg"...
"Dah tu kenapa abang tak pergi melawat dia?" soal Amira semula
"Laaaa...awak dah kenapa? kalau awak nak lawat sangat, esok kita ke rumah Tok Ayah.." balas Haris.
"Takde laaa..cakap jiran sekampung kann?"
"Ok..esok lepas sarapan kita ke sana..jangan awak mengelat pulakk.." Haris mulai bertegas.
"Ok..takde masalah..lagipun kan, sunat melawat jiran sakit..."Amira menjawab dalam senyuman sinis. Akalnya sudah berkira-kira untuk membuat rencana bagi membuktikan telahan hubungan antara Lyssa dan suaminya. " Aku mesti buktikan!!"...
*************************************************************************
Malam itu Lyssa gagal melelapkan mata. Puas dia berkalih kiri berkalih kanan. Tetap juga terbuntang menatap syiling putih biliknya. Lyssa terbayang-bayang pertemuan antara dirinya dan Lukha ketika hari merangkak senja tadi. Tidak pernah dia bersemuka dengan Lukha di alam nyata. Itulah pertama kalinya. "Sampai ubah fizikal...hahaha ingat aku tak pernah tengok ke fizikal asal dia?" gumam Lyssa sendirian. "Hmmmm..Haris..." nama itu tiba-tiba sahaja terlintas di fikiran Lyssa. Serentak dengan itu juga api dendam mulai memercik didalam hati Lyssa. "Kurang ajar kau Haris.. masa aku "sakit" tak sekali pun kau datang menjenguk?" desis Lyssa.
"Takpe..kau tunggu Haris..kau tunggu!"..Lyssa mencemik menahan geram bercampur marah di jiwa.
"Lyssaa...ohh Lyssaa..meh makan nakkk!" Suara Mak Tok memanggil Lyssa kedengaran hingga ke biliknya.
"Yea Mak Tok..jap gi Lyssa makan yeaa"..sahut Lyssa lembut.
"Kesian Mak Tok..tak dapat rasa miangkam...."Lyssa sedikit kesal dengan sikapnya yang memungkiri janji dengan Mak Tok.
"Lyssa..meh makan cuu..Tok Ayah dah lapar nih.." giliran Tok Ayah pula memanggilnya.
"Yea..yea Tok Ayah...kang Lyssa datang"..sahut Lyssa. Masih lagi terbaring di atas katilnya.
"Lyssa?"
"Huhh?"
"Kenapa tak pergi makan?"
Lyssa melingas kiri dan kanan mencari punca suara tersebut.
"Aku disini..dalam hati kau.."sahut suara itu.
"Kau Lukha?"
"Kau dah lupa suara aku?"
"kau siapa?" soal Lyssa semula.
"Aku Zainar..betul kau dah lupa siapa aku?'
"Aku tak kenal kau!!'.. Lyssa enggan menyebut semula nama yang didengarinya. Lukha pernah berpesan agar jangan semudahnya menuturkan nama makhluk seperti mereka.
"Kenapa kau datang sini huh?" Lyssa menyoal lagi.
"Aku datang nak berikan kau amaran Lyssa..!" sahut Zainar.
"Amaran??" dahi Lyssa berkerut seribu.