Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 43

BAB 43: Kekeliruan


Nadirah mencuri-curi pandang suaminya yang hanya diam sahaja saat memandu. Radio pun tidak terpasang. Suasana kereta senyap sunyi dan hanya perjalanan kereta saja kedengaran. Nadirah agak tertanya-tanya apa yang terjadi kerana Daniel lebih senyap dari biasanya.


Sejak pulang dari rumah Mak Esah dan masuk ke dalam kereta serta memandu untuk pulang ke rumah, Daniel hanya diam sahaja. Seakan ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Nadirah berkerut memandang bawah.


Adakah Daniel senyap kerana hal yang terjadi sewaktu di dapur rumah Mak Esah? Sewaktu terdapat pergaduhan kecil antara mereka? Tatkala mereka berbalah tentang orang ketiga itu? Nadirah terasa sedih dan juga keliru. Dia juga turut senyap memandang keluar tingkap.


Pulang sahaja ke rumah, Daniel dan Nadirah langsung tidak bercakap sesama sendiri. Malah tidak berpandangan antara satu sama lain juga. Seakan masing-masing ada dunia sendiri. Fikiran sendiri. Tidur di katil juga, masing-masing membelakangi masing.


Suasana terasa berbeza kerana sebelum ini masih ada suara-suara antara mereka. Tidak kisahlah mereka bergaduh ke? Daniel mendesak-desak Nadirah ke?Sekurang-kurangnya mereka berbicara. Tetapi malam ini masing-masing diam. Rumah terasa sunyi seakan tidak berpenghuni walaupun sebenarnya ada. Rumah seakan tidak ada jiwa yang menghidupkannya. Rumah tangga seakan kelam runtuh tiangnya, kelam seakan masjid yang tiada pengunjung.   


Nadirah masih sedih dan cuba untuk melupakan semuanya dengan cuba untuk tidur. Lagipula,dia juga tidak tahu apa akan terjadi dengan rumah tangganya yang sudahpun tiada jiwa ini. Daripada memikirkan terlalu mendalam, hatinya berbicara agar rehatkan diri dan fikiran.


Daniel pula tidak boleh tidur. Kata-kata tegas Wan terngiang-ngiang di ingatan. Cukup membuatnya terdiam dan asyik berfikir.


‘Nak hendak seribu daya tak hendak seribu dalih? Tapi macam mana?’, fikir Daniel dengan keningnya yang berkerut.


Daniel bangun dari pembaringannya dan melihat isterinya yang sudah tidur. Daniel menghampiri isterinya. Dia mengusap rambut yang berada di tepi telinga isterinya. Dengan keluhan Daniel berkata kecil, “sabar kah?”.


**

Setelah selesai kelas Rais mengajak Daniel dan Jai untuk mengikutinya ke surau asrama. Usai solat Zohor, Jai dan Daniel menanti Rais di beranda surau. Beberapa orang perempuan juga berduyun yang keluar dari surau setelah selesai bersiap selepas menunaikan solat Zohor.


Saat itu juga, Lina bersama rakan-rakannya keluar. Kemudian dia tersedar akan kehadiran Daniel yang berada jauh di depan matanya. Hati Lina mula berdegup. Sejak akhir-akhir ini dia senang saja terserempak dengan Daniel. Selalunya begitu, bila kita ada perasaan kepada seseorang, pasti ada saja momen yang terserempak dengan orang yang disukai. Tetapi kalau dengan orang lain, tidak rasa begitu pula.


Lina mula malu-malu berjalan ke arah Daniel dalam kelompok rakan-rakannya.


Daniel pula berwajah biasa memandang ke arah lain. Walaupun berwajah biasa, fikirannya gusar. Pagi tadi, Nadirah sekali lagi pergi kerja seawal pagi yang mungkin. Saat Daniel turun ke ruang tamu, Nadirah sudah tiada. Daniel mengeluh. Dia berfikir bagaimana cara hendak membaiki keadaan rumah tangganya. Dia berfikir saat Nadirah pulang dari kerja nanti, dia ingin berbicara dengan Nadirah sekali lagi. Kening Daniel berkerut. Apa-apa pun balasan daripada Nadirah, Daniel nekad untuk bersabar tahap maksima.


“Danny!...”,Jai menyiku Daniel.


Lamunan Daniel terganggu lalu memandang Jai.


“Perempuan-perempuan tu semua nak datang arah sini lah!”, cemas Jai.


Daniel memandang ke arah hadapan dan matanya laju saja tertancap pada mata Lina.


Lina terkejut saat mata mereka bertaut dan pantas Lina memandang ke arah lain.


Apabila Daniel terlihat reaksi Lina begitu, dia tersenyum kecil. Di saat hatinya sedang gusar, ada juga perkara yang sedikit menggembirakan hatinya. Daniel berasa agak berbangga kerana ada yang meminatinya. Namun dia tidaklah mempunyai perasaan terhadap Lina pun, hanya gembira sedikit sahaja saat mengetahui Lina ada perasaan kepadanya. Walaubagaimanapun, Nadirah tetap saja nombor satu dihatinya.


Jauh di sudut hati, siapa saja yang tak bangga saat mengetahui diri ada peminat.


“Korang nak guna spot sini ke?”, tanya seorang gadis kepada Jai.


“Emm…”, Jai tak tahu hendak membalas apa.


“Korang ada nak buat perjumpaan dekat sini ya?”, tanya Daniel kepada Lina memandangkan Lina sahaja yang paling dikenalinya di dalam kelompok gadis itu.


Lina terkesima lagi saat Daniel berbicara dengannya.


“Emm haah…Haah. Kami ada nak guna tempat ni untuk perjumpaan biro”, sopan bicara Lina.


“Oh kalau macam tu kitorang pergi dulu… Lagi satu, cakap dekat Rais yang kitorang terus balik bilik asrama”, pesan Daniel.


Lina terdiam lagi. Hatinya terasa berbunga-bunga. Dengan senyuman yang ditahan-tahan dia menjawab, “okay… satgi kami beritahu dia”.


Jai dan Daniel langsung beredar dari situ.


“Lina kenal ke dua mamat tu?”, tanya seseorang dari dalam kelompok.


“Kenai gitu-gitu ja. Takdalah rapat mana pun”, senyum Lina hanya memandang bawah.


Rakan sebilik Lina yang turut berada di sebelah Lina itu, mengecilkan matanya memandang Lina. Keningnya berkerut sedikit. Dia dapat merasakan Lina seakan ada sesuatu kepada lelaki yang berbicara dengannya tadi.


Tanpa disedari lagi, Rais hanya memerhatikan Lina dan Daniel dari jauh dengan perasaan sayu. Rais berkerut kening.


‘Rais…kenapa diri kau rasa macam ni? Kau yang jumpakan diorang… Sekarang kau pula nak rasa sedih macam ni? Salah kau lah!’, getus hatinya yang dalam.


“Hah korang!Tu budak laki!”, kata seorang gadis ke arah kawasan Rais.


Rais tersedar dari lamunannya dan bersama rakan-rakan lelaki yang lain pergi ke arah kelompok perempuan.


Saat perjalanan pulang Jai dan Daniel berborak.


“Kau boleh cakap eh dengan crush Rais? Maksud aku… kau dah kenallah dengan Si Lina tu?”, tanya Jai.


Langkah Daniel terhenti. Dia berkerut kening lalu bertanya kembali, “crush Rais? Maksud kau apa ni? Lina tu crush Rais?!”.


Jai pula terdiam sebentar saat melihat reaksi wajah Daniel yang seakan terkejut besar.


“Yalah! Lina tu kan crush Rais… Kau lupa ke?”,tanya Jai.


Daniel masih berkerut kening.


Patutlah dia pernah dengar saja nama Lina disebut-sebut di kalangan rakannya. Tapi dia tidak begitu ingat Lina itu crush Rais…dan dia juga tidak begitu mengambil perhatian saat rakan-rakannya bersembang tentang crush masing-masing.


“Aku sebenarnya tak berapa khusyuk sangat masa korang bersembang pasal crush crush tu… dan aku pun tak pernah tahu muka crush Rais tu macam mana…tapi aku tak sangka Lina orangnya”, kata Daniel dengan gaya bingung.


Jai  semakin aneh dengan tindakan rakannya lalu bertanya, “okay… tapi kenapa kau macam ni? Gaya kau semacam…”.


Daniel menggeleng kepala, “apa motif Rais Jai? Kenapa dia….”.


Daniel keliru dengan keadaan yang dihadapinya.


“Kenapa dia apa? Motif Rais apa?”, Jai turut bingung.


“Dia kenalkan aku dengan Lina… dia kata Lina tu suka aku. Tapi kenapa dia buat macam tu kalau dia suka Lina?”.


Jai membulatkan matanya, “Rais buat apa kau cakap? Aku tak faham?...”.


“Rais… dia kenalkan aku dengan Lina. Kononnya dia nak gembirakan aku dengan beritahu yang Lina tu suka aku… sebab masa tu aku tengah sedih pasal Nad. Tapi yang aku tak fahamnya sekarang… kenapa Si Rais tu nak kenenkan aku dengan perempuan yang dia crush? Bukan biasanya orang tak suka ke macam crush kita suka orang lain? Crush Rais Si Lina tu suka aku! Kenapa dia nak bantu crush dia sendiri? Maksud aku… kenapa dia nak kenalkan crush dia sendiri dekat aku! Dengan orang yang crush dia suka?!”, Daniel masih lagi keliru. Dia tidak tahu apa yang difikirkan Rais.


Jai turut terkejut mendengar cerita Daniel. Dengan wajah yang turut bingung Jai berspekulasi, “biar betul kau Danny? Macam pelik je? Takkanlah Rais punya tahap mengalah sampai macam tu sekali? Yang aku tak sangkanya… kenapa Rais nak buat macam ni?! Dia sedar tak yang kau tu lelaki orang? Dah jadi suami orang?! Apa ke bangang Si Rais kenalkan Lina dengan suami orang?”.


Daniel terdiam sebentar mendengar kata-kata Jai. Kemudian Daniel mengeluh lalu berkata, “aku kenal Rais tu dari kitorang sekolah mengengah lagi Jai. Aku tahu dia memang jenis mengutamakan orang yang dia rapat atau orang yang dia sayang…tapi aku tak sangka sampai tahap macam ni sekali”.


Daniel merenung ke arah bawah.


“Jai… aku nak balik rumah dululah. Aku tak jadi kot nak berbincang pasal kerja kursus dengan kau dan Rais hari ini. Aku rasa stresslah”, pinta Daniel. Dia ingin menenangkan fikiran.Setelah satu, satu perkara hadir yang membuatkan fikirannya terasa bingung.Rasa pelik. Rasa sudah tidak tahu hendak berfikir apa.


Apabila melihatkan riak wajah Daniel yang seakan tidak terurus, Jai terima.


“Hah yelah…kau balik rumah. Rehatkan minda kau… Aku pun terasa nak rehatkan otak aku ni bila dengar cerita kau… Dengan Rais lagi… Siaplah bila dia balik bilik nanti!”,kata Jai.


Daniel tersenyum kecil lalu mengangkat tangan untuk beredar pergi.


Jai turut melambai Daniel dan beredar pergi juga.



Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.