Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 69

BAB 69: James dan suasana kenduri


               “This ayam and its juicy is sure sedap!”, kata James kepada Sarah.

               “This is ayam percik… ayam dia being marinate with marinade… I guess”, senyum Sarah yang turut menikmati juadah kenduri itu.

               “BrotherJames… what’s your plan after this?”, tanya Daniel yang turut berada di meja itu.

               “I will return back to Australia… making some arrangement and come here back for continuing the Islamic lesson”, jawab James.

               “Learning never ends… you still can learn even after you get married. You should hurryJames because Sarah is limited edition”, sengih Nadhirah kepada James dan Sarah.

               “But…Mak Esah wants me to…”, belum sempat James menghabiskan kata-katanya, Sarah menyampuk.

               “James…Me too. Actually, I also not that expert in my religion but I’m trying to be the best servant… and I want us together learn even after married”, kata Sarah.

               James memandang Sarah dan tersenyum kecil.

               “If you say so…”, kata James sambil mengangkat kening.

               “Saya…nak masuk rumah dahlah. Penatlah… sakit belakang dah ni”, kata Nadhirah kepada suaminya.

               “Haaya ya jom”, kata Daniel lalu bangun dari kerusinya.

               “James, Sarah… we go first. Don’t forget to taste ‘bubur kacang hitam tu’. You will like it… Sarah bawa dia rasa semuanya”, sengih Nadhirah sambil memegang perutnya yang sarat. Daniel juga mengangkat tangan tanda beredar sambil membantu mengiring Nahirah.

               “Be careful sister”, kata James lagi.

               Sarah mengambil manisan tradisional yang ada lalu diberikan kepada James. James nampaknya diam sahaja sambil mengelamun.

               “What’re you thinking?”.

               “Nothing.It’s just…”

               “Just what?”.

               “It’s heavy… I know that’s the truth, but it feels heavy. You know what I mean”,James mengeluh tidak tahu hendak menerangkan perasaannya.

               “The life itself is heavy James, but what kind of heavy did you choose? Results for temporary life or both temporary and after life? If you learn religion just because of me, you will only get me. If you really sincere learning this religion, you will get both me and god’s blessing. Don’t worry, I’m with you and Allah with us… We will learn together”, senyum Sarah.

               Sementara Nadirah dan Daniel di dalam rumah mencari-cari ruang bilik kosong. Nadirah terasa lemas memandangkan ramai saudara-mara di dalam rumah.

               Saat ternampak Fauzi, Nadirah menegur “Fauzi… mana bilik tak pakai? Akak letih ni”.

               “Hujung tu rasanya Kak Nad… Ya Allah sarat betul. Dari mana ni?”, berkerut sahaja Fauzi melihat.

               “Kitorang dari makan dengan Kak Sarah dengan James tadi dekat luar… lepas itu nak rehatlah ni, Nad penat dah”, kata Daniel sambil membetulkan songkoknya.

               “Haa yalah kalau macam itu”, kata Fauzi.

               Kemudian Nadirah dan Daniel masuk ke dalam bilik kosong itu. Nadirah membuka tudungnya dan terus berbaring di atas katil.

               Daniel pula menekan suis kipas dan mengunci pintu, takut-takut ada orang yang terbuka pintu. Daniel turut membuka baju melayunya kerana turut berasa panas dant-shirt putih tersisa di dalam. Daniel berbaring di sebelah isterinya.

               “Sayang okay?”, tanya Daniel.

               “Tak tahulah makan apa… aktif betul babynya… dia mengeras. Rasa berat sangat perut ni” kata Sarah.

               “Ya Allah…”, Daniel pantas mengusap perut isterinya.

               “Jangan nakal-nakallah anak-anak ayah ni… kesian ibu”, kata Daniel.

               Nadirah ketawa kecil.

               Daniel turut tersenyum melihat isterinya tertawa.

               “Cuba awak dengar perut saya… ada apa-apa tak?”, senyum Nadirah.

               “Okay-okay”,Daniel meletakkan telinganya ke perut Sarah.

               Satu tendangan dari perut Nadirah kedengaran.

               “O hoo oo”, Nadirah memegang perutnya.

               Daniel juga terkejut lalu ketawa, “ada padang bola dalam perut awak ni sayang. Hahaha”.

               Nadirah turut ketawa kerana terhibur tetapi kening nya berkerut sedikit menahan tendangan bayi dari dalam perut.

               Laila dan Fauzi pula kelihatannya sedang berbicara dengan Sarah dan James yang sudah selesai makan.

               “Terima kasih Kak Sarah atas semuanya… your support, your prayer. Alhamdulillah, the wedding went well”, kata Laila.

               “Alhamdulillah…Kak Sarah doakan Laila dan Fauzi bahagia dunia dan akhirat”, senyum Sarah. Laila senyum.

               “Ayam perchik… sedap”, kata James pula. Dari tadi tidak habis-habis berbicara tentang ayam percik.

               “It’s the secret sauce…”, senyum Fauzi.

               “What is it?”, James tertanya-tanya.

               “Hahaha…actually I don’t know. You can just google it”, Fauzi menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

               “Google…”,James tersengih.

**

               Kelihatannya saudara mara James menurunkan mereka di tempat parkir KLIA. Mereka hendak menunggu untuk menghantar Sarah pulang tetapi Sarah berhasrat untuk pergi ke tempat lain setelah menghantar James, jadi saudara mara James berpisah dengan James dahulu. Lagipula Sarah berhasrat untuk pulang dengan menaiki Grab sahaja.

               Setelah selesai James berpisah dengan saudara maranya, Sarah dan James berjalan sambil membawa beberapa beg dan bagasi. Sambil itu mereka berbicara.

               “This time sure a lot of good memories…”, senyum James.

               “State all of it…”, Sarah juga senyum.

               “First is you… Then, meeting my distant relatives that are hardly to meet… I even can’t recognised them… Haha… Emm eating at kenduri… and more! It’s like I’m visiting Malaysia… You know that slogan ‘Cuti-cuti Malaysia”, kata James.

               “Overreacting…”,Sarah ketawa dengan senyuman yang tidak lekang. Wajah Sarah memerah.

               “Hey!I’m not…”, James memandang sahaja Sarah yang ketawa dengan wajah selenga. Maklumlah dia beria-ia cerita Sarah anggap lucu pula.

               “By the way… we have arrive”, kata James lagi mula hendak mengambil barang yang Sarah bantu bawa.

               “Ohh alright”, Sarah memberikan barang-barang James.

               “Careful…bye”, Sarah melambai.

               “Alright Sarah”, senyum James sambil menunjuk thumbs up. Baru James hendak melangkah dia ke belakang kembali berjumpa Sarah.

               Sarah tertanya-tanya jika James hendak berkata apa-apa.

               “Emm…”,James tersengih sambil menggaru kepala dia menyambung bicaranya.

               “Sarah…I will miss you. So, emm wait for me okay”, senyum James dengan malu-malu.

               Sarah terdiam. Hatinya berbunga-bunga. Siapa saja tak berbunga. James sudahlah kacak berdarah kacukan. Dengan mata hijaunya, dengan bentuk wajah muka ala-ala orang putih dan berambut hitam kilat. Sebut pula perkataan-perkataan ala-ala lirik lagu orang putih yang mencairkan hati wanita.

               Sarah memandang bawah dengan cuba untuk menahan senyuman.

               “Yes yes I hear you… Fast, go or you will be late”.

               James mengangkat keningnya tanda mengiakan kata-kata Sarah lalu beredar.

               Sarah pandang saja James yang hendak beredar dari belakang. Baru sahaja jarak mereka beberapa meter, Sarah sudah tertanya-tanya bila James akan kembali. Sarah bahagia.

               Dia juga berfikir sejenak. James memang seorang yang kacak, tetapi tipikal kacak orang putih begitu. Kalau dah selalu pandang orang putih, kita akan rasa biasa saja. Tetapi, kadangkala perbuatan James yang secara tiba-tiba membuatkan  dia terlihat begitu kacak sekali, seperti tadi. 

               Sarah masih termenung di tempat laluan James lalu walaupun kelibatnya sudah tiada. Sarah menggeleng kepala apabila tersedar yang dirinya leka dan pantas beredar dari situ.



Previous: Bab 68
Next: Bab 70

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.