Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,603
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6

Sofia hanya mendiamkan diri. Fikirannya runsing sejak peristiwa semalam. Tidak lama selepas dia datang ke rumah Irfan, abangnya adam menelefonnya. Pada mulanya dia enggan menjawab pangilan itu, pasti Adam ingin menyuruhnya pulang kerumah. Namun setelah berkali-kali panggilan masuk, akhirnya dia menjawabnya. Namun ternyata sangkaannya meleset apabila dia diberitahu ayahnya kini terlantar di hospital akibat serangan jantung.

Kerana tidak mampu memandu keseorangan dalam keadaan begitu lebih-lebih lagi pada pukul 4 pagi, Sofia memberanikan diri meminta pertolongan Irfan menghantarnya ke hospital.

Irfan sekali-sekala memandang kearah Sofia yang berada di tepinya itu. Gadis itu hanya mendiamkan diri sambil memandang kosong kedepan. Dia tahu gadis itu sedang menangis dalam diam kerana dia terlihat Sofia menyapu air matanya.

''Awak ok ke?''

Sofia hanya mengangguk lemah. Irfan yang memahami situasi itu cuba menenangkan sofia.

“InsyaAllah pak cik mesti selamat, awak janganlah fikir yang bukan-bukan.sekejap lagi kita sampailah..tak jauh dah pun.''

Sofia masih mendiamkan diri. Fikirannya masih lagi runsing memikirkan keadaaan ayahnya itu.

“Awak jangan risau..ayah awaklah lelaki paling kuat pernah saya jumpa. Dia pernah selamatkan nyawa saya tahu tak?”

“Selamatkan awak?”

“Iyelah…Adam tak pernah cerita ke dekat awak dulu ayah awak pernah bawa saya, Adam dan Zikry masuk hutan?”

Sofia menggelengkan kepalanya.

“Pak cik pernah bawa kami berkhemah dalam hutan. Satu hari tu, waktu saya sibuk main tepi sungai, tiba-tiba ada seekor ular tedung cuba patuk saya. Mujur pak cik perasaan kehadiran ular tu. Jadi pak cik sempat tarik saya sebelum dipatuk…tapi nasib pak cik tak baik, tangan dia pula yang kena patuk. Even dia kena patuk pun dia masih lagi boleh tenangkan kami yang ketakutan tu. Dia minta kami tenangkan diri dan kemaskan barang-barang secepat mungkin untuk pergi ke hospital. Awak bayangkan..sepanjang jalan pergi kehospital tu, dia langsung tak mengadu sakit sedangkan tangannya dia dah bengkak teruk. Saya tahu dia sakit sangat..tapi sebab kami ada..dia langsung tak merungut..Sebab tu saya kata ayah awak kuat..jadi jangan risau ye…ayah awak mesti selamat.’’

Sofia mengangguk lemah. Dia tahu Irfan cuba untuk menenangkannya.

“Terima kasih….”

“Sebab saya cerita pasal ayah awak tadi ke?”

“Sebab awak bangun pukul 4 pagi untuk hantar saya..”

Irfan mengangguk sambil tersenyum. Walaupun Sofia lebih banyak mendiamkan diri, sekurang-kurangnya dia tahu gadis itu tidaklah terlalu memendam perasaan sedihnya.

“Dah sampai…awak naiklah dulu..saya nak cari parking kereta dulu.’’

Sofia mengangguk lalu lantas berlari keluar menuju ke wad kecemasan.

''Ayah, Fia minta maaf….sebab Fia, ayah jadi macam ni.''

Sofia mula menangis apabila melihat ayahnya terbaring di katil hospital. Sudah semalaman dia menunggu ayahnya yang masih tidak sedarkan diri.

''Kalaulah Fia tahu Fia anak angkat, dari dulu lagi Fia tak kan susahkan ayah dan ibu. Fia janji tak kan ganggu ibu dan ayah lagi kalau ayah sembuh.''

Tangisannya bertambah kuat, namun tiba-tiba sahaja dia merasakan kepalanya diusap, lantas dia memandang wajah ayahnya yang kini telah sedar
Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.