Home Novel Komedi/Romantik Komedi Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Saya Iris! Dia Irfan! -Edited
Dzliyana
20/6/2019 12:30:51
46,623
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3

Sofia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika pensyarahnya sedang mengajar. Semuanya gara-gara dia mendapat tahu yang Irfan secara rasminya telah berhenti mengajar secara sementara di kolejnya itu. Entah mengapa dia merasakan perbuatannya sebelum ini agak melampaui batas. Timbul rasa bersalah di hatinya. Malah rakan-rakannya yang turut membantunya juga turut mempertikaikan perbuatan mereka itu.

“Fia..aku rasa tak patutlah kita buat macam tu dengan Encik Irfan…kasihan dia…”

“Haah la Fia..betul kata Misya tu..hari itu kau kata saja nak takutkan dia je..sekarang dia dah berhenti terus.Kau tak rasa kita melampau sangat ke?”

Hana mengiakan kata-kata rakannya Misya. Sofia memandangkan wajah kedua-dua rakannya itu. Kedua-duanya menunjukkan riak muka bersalah. Sebenarnya dia juga tidak menyangka yang Irfan telah mengambil keputusan untuk berhenti. Dia cuma berhasrat untuk menakutkan lelaki itu sahaja.

“Alah…korang ni kenapa takut sangat?”

“Eh kau gila ke Fia? Kalau dia report dekat dekan, kita boleh kena gantung tahu tak?”

“Kau orang ni over thinking sangatlah! Biarlah..dia yang nak berhenti sendiri..bukan kita paksa pun..dah la..tak payah risaukan dia sangat. Jom masuk kelas..kelas pun dah nak start!”

Sofia lantas mengajak rakan-rakannya itu masuk ke kelas kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan rakan-rakannya itu. Di dalam kelas Sofia duduk termenung memikirkan mengenai perbuatannya terhadap Irfan.

Sedang asyik termenung, tiba handphonenya berbunyi. Lantas dikeluarkannya dari tas tangannya. Mesej dari abangnya, Adam.

''Salam, ayah call abang tadi. Dia minta kita semua balik ke rumah. Ada hal nak disampaikan katanya. Sofia dah habis kelaskan? abang jemput Sofia dekat kolej 10 minit lagi ye.''

“Haah..kalau macam tu Fia tunggu abang dekat bus stop depan kolej ye.”

Sofia membalas mesej Adam sambil hatinya tertanya-tanya hal apakah yang akan di bincangkan oleh ayahnya itu. Jarang sekali ayahnya mengumpulkan mereka empat beradik kecuali ketika hari raya. Jika ada hal yang mahu di bincangkan, selalunya ayahnya tidak mengajaknya sekali. Mungkin juga kerana dirinya dikatakan masih belum benar-benar matang.

Ketika dia sampai kerumah, dilihatnya semua ahli keluarganya sedang berada di ruang tamu. Abang sulungnya Zikry yang bekerja di Johor pun pulang bersama keluarganya. Kakaknya Syasya pula duduk di sebelah ibunya. Entah mengapa dilihatnya muka kakaknya yang tua enam tahun darinya itu berseri-seri seolah-olah teramat gembira ketika itu.

''Semua dah ada ke? ''

Tanya ayahnya. Mereka semua mengangguk serentak. Masing-masing cuba meneka perkara apakah yang akan di sampaikan oleh ayah mereka.

''Kamu semua tahu kan kawan ayah, pak cik Ahmad? “

Masing-masing mengangguk tatkala ayah mereka bertanya.

“Dia nak bawa rombongan merisik malam ni untuk anaknya Irfan. Merisik ni cuma untuk cukup syarat je, kalau boleh majlis pertunangan akan diadakan pada minggu depan dan sebulan lepas tu majlis nikah terus.''

Mereka semua tersentak mendengar kata-kata ayah mereka. Masing-masing memandang antara satu sama lain seakan-akan tidak setuju dengan kata-kata ayah mereka. Tiba-tiba ibu mereka pula menyampuk.

''Mana boleh macam tu bang, Aida memang berkenan dengan Irfan tu, tapi kalau minggu depan nak tunang dan bulan depan juga nak kahwin, mana la sempat Syasya nak buat persiapan. Banyak benda nak kena uruskan. Kateringlah,jemputan semua..belum kira lagi hal-hal akad nikah semua itu. ''

''Haa la ayah, mana Sya sempat nk buat persiapan, nak tempah baju, barang hantaran, kad jemputan, pelamin lagi…tak sempatlah ayah!''

Sofia hanya mendiamkan dirinya ketika perbincangan itu dilakukan. Dia sebenarnya dapat mengagak perkara yang ayahnya mahu bincangkan. Sofia pun sudah tahu betapa kakaknya itu amat menyukai Irfan. Malah,sejak dari dulu lagi Syasya sudah menyimpan perasaan terhadap Irfan.

Masih segar di ingatannya tatkala dia masih kecil. Kakaknya itu seringkali meminta Sofia menghantar surat-surat kepada Irfan. Sofia yang ketika itu masih kecil hanya menuruti permintaan kakaknya itu tanpa sebarang pertanyaan.

“Fia ingat tau? Bagi dekat abang Irfan! Kalau Fia tak hantar, kakak beritahu pada ibu Fia yang pecahkan pasu bunga kesayangan ibu.”

Mendengar ugutan kakaknya itu Sofia menjadi takut. Jika ibu mereka tahu bahawa dia yang telah memecahkan pasu bunga kesayangan ibunya tatkala dia bermain didalam rumah, pasti tubuh kecilnya itu akan dibidas dengan getah paip. Gara-gara takut akan ugutan kakaknya itu, Sofia langsung tidak pernah menolak permintaannya itu. Fikirannya yang menerawang tiba-tiba sahaja terhenti tatkala dia mendengar suara abang sulungnya bercakap.

''Ye lah ayah, tak cepat sangat ke? Kalau ye pun tunggulah dua tiga bulan dulu ..bolehlah Syasya buat apa yg patut dulu. Lagipun saya pun tak boleh kerap sangat ambil cuti..sekarang ni kerja dekat office tu banyak ayah!''

Semua mata tertumpu kepada ayahnya. Manakala muka ayahnya berkerut seperti memikirkan sesuatu tatkala menyedari semua mata tertumpu kepadanya sambil menunggu kata putus darinya.

''Hal-hal itu semua, kita bincang je bila pihak lelaki sampai, so ayah nak minta semua tolong sediakan apa yang patut untuk malam ni. Boleh?''

Walaupun pada mulanya mereka semua seakan-akan berat hati untuk mengiyakan, namun akhirnya mereka semua mengangguk tanda setuju.

Malam itu ketika semua orang sibuk dengan persiapan majlis, Sofia pula sedang sibuk membantu pembantu rumah mereka didapur.

“Nasib baik tetamu tak ramai kan Mak Pah? Kalau tak penatlah Mak Pah nak masak banyak-banyak…kasihan Mak Pah. Kan senang tempah je dari catering. Tak adalah kelam kabut macam ni.”

“Alah..bukan banyak pun..Mak Pah boleh je masakkan untuk tetamu semua.Lagipun benda last minute macam ini mana sempat nak tempah dengan Katering. Pudding Sofia buat dah siap ke belum? Sedap ke tak tu? Jangan buat main..nak jamu orang ni.”

Sofia tersengih pabila diusik oleh pembantu rumahnya itu.

“Eh! Mestilah sedap Mak Pah..Chef Sofia yang masak ni..Kalau makan mesti nak lagi. Tak sia-sia tau Fia selalu tengok rancangan masak-masak dalam astro tu.’’

“Iyelah tu…kalau setakat puding segera Mak Pah pun pandai! Eh..Sofia tak bersiap ke? Mak pah tengok Syasya bukan main cantik bersiap tadi. Siap ke salon buat rambut dan make up lagi. Takkan sofia nak pakai baju macam ni je?''

''Kenapa Mak Pah? Salah ke Sofia pakai t-shirt dengan jeans je?''

''Tak de lah salah sayang oi.., tapi kan manis kalau Sofia pakai baju kurung. Jarang Mak Pah tengok Fia pakai baju kurung. Kan banyak baju kurung Fia dalam almari tu. Tak pernah pun Mak Pah tengok Fia pakai''

''Alah, bukannya diorang nak merisik Sofia pun, Sofia pakai biasa jelah, boleh Sofia tolong apa yang patut dekat dapur ni..lagipun Mak Pah, kalau Fia pakai cantik-cantik..nanti diorang salah ingat Fia bakal pengantin..tak ke naya nanti hehehe..''

''Ish budak ni..kita serius dia main-main pula.. Sofia nak tolong tu boleh je, tapi sekurang kurangnya tukarlah dulu baju tu..nanti kan kena keluar jumpa tetamu juga..tak manislah bila majlis-majlis macam ni pakai seluar. Tak elok!''

''Yelah Mak Pah, Fia naik tukar sekarang..Fia pakai baju yang vavavoomoommm lagi untuk Mak Pah. Barulah mengancam tukang buat air Mak Pah ni hehe…''

“Eh budak ni! Main-main lagi..dah, cepat..pergi tukar baju tu! Dah lewat ni..”

“Yelah! Yelah! Fia nak naik tukar lah ni..hehe…”

Ketika dia menaiki tangga, dia berselisih pula dengan abangnya Adam. Antara adik beradiknya itu, Adamlah yang paling rapat dengannya. Walaupun perbezaan umur mereka hampir 10 tahun, namun hubungan mereka benar-benar rapat. Adamlah tempat Sofia mengadu tatkala dia mengalami masalah. Walaupun kini Adam banyak bertugas diluar negara, hubungan mereka masih lagi akrab seperti ketika masih kecil.

'’Haaaa.. gayut dengan kak Maya ye??? Ada orang tu rindu tunanglah tu!! Itulah..suruh kahwin cepat-cepat tak nak..busy lah..nak kumpul duitlah!’’

“Ewah-ewah budak kecil ni! Entah datang dari mana terus menyampuk! Dari kecil sampai ke tua gayut pun tak berubah langsung.Ni nak kemana ni?”

“Puteri Sofia sedang mahu berangkat kekamarnya lah!”

“Eeeeee…perasan gila jadi puteri..nak termuntah abang dengar tahu tak?’’

“Hehehe..Fia nak keatas. Nak bersiap..tuan puteri mestilah kena nampak cantik ye tak..hehe..abang, cuba tengok kak Sya tu, bukan main lawa lagi, siap buat rambut semua..macam nak kahwin je Fia tengok! Kalaulah ni majlis Fia..Fia nak simple-simple je. Sebab Fia kan dah ada natural beauty!''

''Eh..eh awak tu, sibuk pasal orang, biarlah dia nak melaram pun..dah dia yang nak kahwin…yang awak tu! dah mandi ke belum? Bau kambing lah…Natural beauty konon..eeeee..kembang tekak abang dengar tahu tak?’’

Adam menutup hidungnya tanda memerli sofia.

''Eeee..orang dah mandilah..malas nak layan abang ni..ok lah..tuan puteri Sofia nak keatas bersiap!''

Jerit Sofia sambil berlari menaiki anak tangga.

“Ha..pergilah tuan puteri perasan oooiii.kalau tak bersiap nanti pengsan pula orang tengok rupa sebenar awak tu. Hodoh sangat!”

Adam masih sempat mengusik adiknya itu. Begitulah hubungan mereka. Walaupun jarak umur agak jauh, namun Adam sentiasa melayan Sofia sebagai seorang abang dan rakannya. Dia tahu Sofia tidak ada tempat untuk mengadu didalam rumah itu. Hanya dia dan Mak Pah sahaja tempat untuk Sofia bermanja.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.