Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,771
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 26

Bunyi deringan telefon bimbit menarik perhatian Natasha yang sedang khusyuk membuat lakaran untuk corak terbaru keluaran syarikat tempat kerjanya. Serta merta dia memberhentikan segala kerjanya lalu mencapai telefon yang terletak tidak jauh darinya.

Abang Luqman

Tidak semena-mena jantungnya berdegub kencang. Hatinya jadi berdebar-debar apabila melihat nama tersebut tertera di kaca skrin telefon bimbitnya. Ya Allah! Kenapa dengan aku ni? Nervous semacam! Tenang! Tenang!

“Assalamualaikum.” Ucapnya setelah menekan punat untuk menjawab panggilan tersebut.

“Waalaikumusalam” jawab Luqman sepatah. Untuk beberapa ketika, kedua-dua mereka diam seribu bahasa. Dia kelihatan seperti kehilangan kata-kata. Masing-masing tidak tahu ingin mengucapkan apa yang perlu. Kedua-duanya juga seperti dikunci mulut untuk memulakan bicara.

Aduh! Aku nak cakap apa ni? Kenapa abang Luqman tak cakap apa-apa? Monolog Natasha dalam diam. Dia lantas bangun lalu menuju ke balkoni biliknya. Memandang suasana malam itu.

“Erm..” serentak kedua-dua mereka seperti ingin membicarakan sesuatu. Akhirnya mereka hanya ketawa dengan gelagat sendiri.

“Sha nak cakap apa? Cakap la dulu.” Kata Luqman memberi laluan kepada Natasha untuk mengatakan apa yang ingin disampaikan.

Natasha mengelengkan kepalanya seolah dapat dilihat oleh Luqman. “Tak. Tak. Abang Luqman la dulu.” Ucap Natasha lalu meminta Luqman dahulu memberitahunya apa yang ingin di sampaikan.

“Betul ni?” Tanya Luqman sekadar inginkan kepastian.

“Yup! Cakap la.” Kata Natasha.

Lama Luqman berjeda akhirnya dia memulakan bicaranya. “ Abang nak minta maaf kalau abang malukan Sha depan mama dan auntie Fazian tempoh hari. Abang rasa bersalah sangat.”

“Eh! Tak adalah. Sha okey.” Laju sahaja Natasha memberi repon dalam kegugupannya. Dia kemudian menyedari bahawa dirinya terlebih gugup lalu menampar lembut pipinya. Aduh! Tenang Natasha! Tenang!

“Alhamdulillah la kalau Sha okey. Abang takut juga kalau tindakan abang itu mengundang rasa tak puas hati pada diri Sha. Abang tak sengaja. Abang.. abang tak suka mama asyik nak satukan dengan anak auntie Fazian. Jujur abang tak suka.” Luah Luqman seperti mengadu masalahnya kepada Natasha.

“Kenapa abang Luqman tak suka? Bukan ke.. Dahlia tu cantik, pandai, bekerjaya, dan dia baik orangnya. Kenapa pula abang Luqman tak suka? Boleh katakan dia tu perfect untuk abang Luqman tau!” ucap Natasha ikhlas. Dalam sakit, dia ikhlas memuji kecantikan yang ada pada diri Dahlia.

“But she’s not you sayang.” Luah Luqman sekali lagi. jantung Natasha semakin berdegub laju. Merah mukanya menahan malu. Ini betul-betul ke? Atau aku bermimpi? Kalau ini mimpi, tolong jangan bangunkan aku!

“Sha?” panggil Luqman apabila tidak mendapat respon daripada Natasha.

“Ye abang Luqman?” Tanya Natasha menyembunyikan rasa berdebarnya daripada Luqman. Nasib baik aku dekat rumah! Kalau dekat pejabat, mana aku nak letak muka aku yang dah merah macam buah delima ni!

“Sha. Abang nak jumpa sha boleh?” pinta Luqman menggunakan nada yang cukup lemah lembut. Gulp!

“Err… Bila tu?” Tanya Natasha kembali. Sekadar inginkan kepastian.

“Sekarang” tidak sempat Natasha ingin membalas, talian sudah dimatikan.

Apa?! Sekarang? Natasha mengerling dirinya pada cermin di meja soleknya. Selekehnya! Tidak sampai dua minit, bunyi hon bingit kedengaran di luar perkarangan rumah teresnya. Perlahan-lahan Natasha menjenguk keluar. Abang Luqman! Cepatnya!

Dengan hanya bertudung crepe satin, bercardigan hitam dan berseluar track senada, dia menemui Luqman di luar rumahnya. Wajah yang dipamer Natasha kelihatan tenang sahaja, namun, disebalik wajah tenang itu, hanya Allah sahaja tahu bertapa gelisah dan resahnya dia.

“Assalamualaikum Abang Luqman” ucapnya sebaik sahaja dia mendekati Luqman yang sedang bersandar pada kereta Toyota Camry nya. Pintu pagar rumah teresnya dibuka luas.

“Waalaikumusalam. Sha apa khabar?” Luqman bertanya lembut. Matanya redup sahaja memandang buah hatinya itu. Natasha tertunduk malu.

“Baik Alhamdulillah.” Jawab Natasha perlahan. Ada getar pada suaranya. Malu!

“Sha dah makan?” Tanya Luqman. Natasha hanya mengelengkan kepala.

“Lah.. kenapa tak makan lagi? nanti sakit perut macam mana? Ni mesti sibuk dengan kerja sampai tak makan. Sha, kerja tu kerja juga. Makan tetap kena jaga. Solat? Macam mana?” Tanya Luqman bertubi-tubi. Natasha hanya tersenyum. Dia kemudian mengangguk.

“Dah. Sha dah perfom solat dah. Cuma makan je belum. Tak sempat lagi. maybe kejap lagi kot.” Jelas Natasha. Sedikit senang dengan layanan Luqman. Terasa dirinya dihargai.

“Jom!” kata Luqman lalu mengenggam tangan Natasha.

Natasha tersentak. “Nak pergi mana?”

“Makan. Abang tak percaya sha akan ambil dinner lepas abang balik. Mesti sha sambung kerja yang entah bila akan siap tu. Jom! Kita pergi makan kat luar. Abang belanja.” Jelas Luqman.

“Tapi..”

“No tapi tapi. Dah. Pergi kunci pintu.” Kata Luqman seperti memberi arahan kepada Natasha. Natasha hanya menuruti. Dia masuk semula kedalam rumah dan keluar dengan membawa tas tangannya. Dikunci pintu rumah dan pintu pagar rumahnya. Lalu masuk ke dalam kereta Toyota Camry milik Luqman.
Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan