Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kenapa mesti dia??!!!
Kenapa mesti dia??!!!
Diyana Ramlan
19/1/2015 14:48:36
160,755
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 21

“Weh kerek. Awak memang sengaja nak kenakan saya kan?” tanya Natasha geram. Dia memeluk tubuhnya merenung tajam anak mata Faiz. Manakala Faiz pula hanya membuat muka tenang sahaja di hadapannya.

“Ini dia pelekat tangan Encik dan girlfriend Encik.” Hulur gadis yang berada di kaunter bayaran itu. Natasha membalas senyuman gadis berusia belasan tahun itu. Sementara Faiz hanya beredar dari situ tanpa mengucap atau membalas senyuman gadis tersebut.

“Saya bukan makwe dia.” Terang Natasha lalu berlalu mendapatkan Faiz yang sedang menunggunya di hadapan pintu masuk Taman Permainan di dalam Times Square itu. Dia kemudian memberi pelekat itu kepada Natasha lalu berlalu masuk tanpa sekali lagi menghiraukan nasib gadis itu yang terkial-kial memakai pelakat itu di pergelangan tangannya.

“Selamat Datang ke Cosmo World Berjaya Times Square” ucap Pekerja tersebut sebaik sahaja Natasha melangkahkan kakinya masuk ke taman tema itu. Dirinya terpegun sebentar keadaan di dalam taman tema itu. Dia benar-benar tidak menyangka Faiz akan membawanya kesini. Awalnya dia ingat Faiz hanya mahu dia menemankannya membeli belah, namun, selepas sahaja mereka menunaikan solat maghrib, Faiz terus membawanya kesini. Walaupun hakikatnya dia terpaksa mengejar sedikit langkah kakinya mengejar langkah Faiz yang laju itu.

“Nenek. jalan tu tengok sekeliling boleh tak?” tegur Faiz dari belakangnya. Eh? Sejak bila dia ada dekat belakang aku?

Mereka kemudian berhenti di hadapan salah satu loker yang terdapat di situ. Faiz menghulurkan dua keping duit syiling token untuk Natasha menyimpan beg tangannya. “kenapa awak bawa saya ke sini.?” Tanya Natasha lagi sambil menyimpan beg tangannya.

“Bosan” hanya sepatah perkataan sahaja Faiz ucap. Apabila dia melihat sahaja Natasha selesai menyimpan khazanah miliknya, dia memegang erat tangan Natasha lalu membawanya ke salah satu permainan yang ada di situ. Natasha yang awalnya cuba menepis tangannya dari digenggam hanya menurut apabila usahanya gagal.

Faiz membawa Natasha menaiki permainan Roller Coaster. Natasha hanya menurut dengan wajah yang masam mencuka. Sewaktu menunggu permainan itu mula kerana pekerja permainan itu ingin memenuhi kuota tempat duduk, Faiz akhirnya bersuara. “Ceria la sikit. Kata nak lupakan Luqman” ucap Faiz tanpa menoleh ke arah Natasha.

“Are you spying on me?” Tanya Natasha sedikit tidak percaya dengan apa yang dikata Faiz. Ada riak terkejut pada wajah Natasha. Tak mungkin la dia dengar apa yang aku cakap dekat pejabat tadi? Tak mungkin!

Faiz tidak menjawab. Dia hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya. Natasha menjeling tajam wajah tampan Faiz. Geram pula dengan mat kerek ni!

“Kerek! Jawab la!” desak Natasha dengan nada tidak puas hati.

Faiz menoleh merenung wajah tidak puas hati Natasha. “Awak ni bising kan? Hari itu awak juga cakap nak lupakan dia? Tak hendak meratap selama-lamanya. Kenapa? Dah berubah fikiran ke nenek?”

“Awak ingat lagi?” tanya Natasha. Tidak menyangka Faiz ingat lagi peristiwa mereka di Titiwangsa itu. Faiz hanya membuat tidak tahu sahaja. Natasha tersenyum. Jadi ini la sebab dia bawa aku kesini. Dia ingin aku gembira.

“Saya nak menjerit la nanti! Hehehe…” ucap Natasha kembali bersemangat. Faiz hanya tersenyum. Pekerja yang bertugas di permainan Roller Coaster itu menutup pintu masuk ke permainan itu. Nampaknya dah nak mula ni! Monolog Natasha lalu genggam erat penghadang badan permainan itu.

Sepanjang permainan itu, Natasha akhirnya tersenyum semula. Dia benar-benar terhibur dengan permainan yang terdapat disitu. Begitu juga dengan Faiz. Kerana buat kali keduanya, wajah itu tersenyum lagi.

“Awak. Terima kasih.” Ucap Natasha sewaktu mereka menaiki Fantasy Trail yang terdapat di bahagian kanak-kanak. Faiz mengangguk sambil melihat pemandangan yang ada di sekelilingnya.

“Saya tahu, saya selalu fikirkan perkara yang tak pasti sampaikan perasaan ni tak tertanggung lagi. Terima kasih.” Luah Natasha. Dia amat berterima kasih kepada Faiz kerana sedikit sebanyak dia dapat melupakan sebentar masalah perasaannya yang enggan melupakan Luqman.

“Awak kena bersemangat semula. Jika tidak, awak akan bersedih seumur hidup awak. Nanti dari nenek kebayan jadi mayat hidup pula.” Ucap Faiz lalu ketawa kecil. Natasha mencubit manja lengan Faiz berlapiskan lengan baju Faiz. Mereka seperti sudah rapat walaupun sebelum ini bagai anjing dan kucing. Pantang bertemu pasti bergaduh.

Faiz menghalang cubitan Natasha dengan menggenggam tangan Natasha. Kedua-dua mereka saling berpandangan. Merenung anak mata. tidak sedar bahawa perjalanan permainan itu sudah pun tamat. Jantung Natasha berdegub kencang. Rasanya boleh tercabut sahaja jantungnya kini. Wajah kacukan british milik Faiz direnungnya. Entah kenapa, ada kedamaian di situ. Keresahan yang ada di dalam hatinya berubah menjadi tenang sahaja apabila berada disisi lelaki itu. Terasa sedikit bahagia jauh di sudut hatinya.

Bunyi tangisan kanak-kanak berusia satu tahun yang tidak jauh dari mereka membuatkan pandangan mereka beralih ketempat lain lalu beredar meninggalkan permainan itu. Mereka jalan beriringan melalui satu per satu permainan yang terdapat di situ. Wajah Natasha merona merah. Jantungnya berdegub kencang apabila berjalan sahaja tangan mereka pasti bersentuhan. Kenapa dengan aku ni?? Ish! Tak boleh! Tak boleh! Ucapnya dalam hati lalu mengelengkan kepalanya sendirian.
Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Diyana Ramlan