Home Novel Komedi/Romantik Komedi Suamiku, Encik Sotong
Suamiku, Encik Sotong
Syikin Zainal
27/5/2013 15:35:23
509,103
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 16

Sudah dua hari Erica melancarkan mogok tidak bercakap dengan Zahid. Dia geram bila Zahid lebih banyak menyebelahi Farish berbanding dengan dirinya.

“Tak habis lagi?” tanya Zahid kepada Erica sejurus dia sampai ke meja makan. Dilihatnya Erica keseorangan sedang menyapu jem di atas sekeping roti.

“Minum jus oren je ke? Mana kopi ke teh ke?” tegur Zahid lagi. Erica seperti patung terus mendiamkan diri. Zahid mengelengkan kepalanya. Dua-dua wanita di dalam rumah ini marah kepadanya. Erica marahkannya kerana Farish. Dan Shirin marahkannya kerana dia sentiasa menyebelahi Erica. Zahid duduk di tengah-tengah. Sebelah kanan Erica sebelah kiri Shirin.

“Rica, Rica marahkan Papa lagi?”

Erica tidak menjawab sebaliknya dia terus mengunyah roti yang ada di tangannya.

“Saya nak pergi kerja dah ni,” kedengaran suara Shirin di ruang tamu.

“Nak pergi dah ke? Habis tu siapa nak bancuhkan kopi untuk abang. Abang nak makan pagi ni Shirin. Buat kopi untuk abang dulu,” kata Zahid kepada Shirin.

“Suruh saya pulak, suruhlah puteri kesayangan abang tu buat. Kenapa nak suruh saya pulak? Ingat saya orang gaji kat rumah ni? Cukuplah selama ini saya jadi babu dalam rumah. Sekarang ni undang-undang baru. Siapa nak makan dia buat sendiri. Kalau malas, makan di kedai. Tak pun abang buatkan kopi untuk anak abang. Dia kan anak raja,” perli Shirin.

“Apa yang Shirin merepek pagi-pagi ni?”

“Kau kan bini dia, kau lah buatkan kopi untuk dia, pasal aku pulak nak kena buat?” Erica menyampuk. Sudah dua malam dia tidak boleh tidur kerana papanya bertengkar dengan Shirin. Erica tahu sudah dua malam juga papanya menjadi penunggu di bilik tamu. Erica kemudiannya bangun dan mencapai beg galasnya, Dia menolak kerusi dengan kuat.

“Rica,” panggil Zahid dengan kuat.

“Rica pergi dengan Fatin. Tak payah hantar,” kata Erica. Dia melangkah dengan laju, sampai sahaja di ruang tamu dengan sengaja dia melanggar Shirin. Terduduk Shirin.

“Kurang ajar betul budak ni. Mak kau ajar mcam ni ke?” Marah Shirin.

“Kau jangan nak babitkan mak aku.” Balas Erica.

“Erica kau ni langsung tak pandai hormat orang. Kurang ajar.”

“Siapa kau aku nak hormat? Aku akan hormat kalau dia tu tahu nak nak hormati orang. Kau tu laki sendiri kau tak hormat, lepas tu kau nak suruh aku hormatkan kau? Boleh blah lah,” kata Erica.

“Cukup-cukuplah tu. Kau orang berdua ni kenapa? Arg! Malas aku nak melayan karenah kau orang ni. Buat sakit kepala. Gasaklah nak jadi apa. Malas aku nak layan. Duduk dalam ni macam neraka. Rumah ku syurga ku konon,” Zahid sudah tidak dapat menahan marahnya. Entah macam mana dia boleh sampai ke ruang tamu itu. Dia kemudiannya mengambil ukiran kayu yang selama ini terletak cantik di atas rak kasut di luar. Ukiran yang ditulis ‘rumah ku syurga ku’ diambil dan di balingnya.

“Papa, ini arwah Mama yang beli. Sampai hati Papa,” kata Erica. Diluar pagar rumahnya kelihatan kereta MyVi milik Fatin sudah tiba. Erica mengambil kepingan kayu yang dibaling Zahid dan diletakkan kembali ke tempat asalnya. Shirin hanya melihat sikap kasar Zahid. Sebelum ini Zahid tidak pernah bersikap demikian.

Zahid melihat Erica sedah pergi meninggalkan rumah, tinggal Shirin dan dirinya sahaja.

“Dah puas dah hati kau sekarang?” tanya Zahid kepada isterinya. Kemudian dia turut meninggalkan Shirin di pintu hadapan.

“Kau ni kenapa Rica?” soal Fatin. Erica sedang menyapu air matanya.

“Sakit hati,” jawab Erica.

“Kau gaduh lagi dengan mak tiri kau?” Fatin menyoal lagi.

“Kali ini dengan Papa aku sekali. Aku dah tak tahan duduk dalam rumah tu. Tiap-tiap malam Papa dengan Shirin tu bergaduh.”

“Habis tu yang gaduh dengan Papa kau pulak kenapa?”

Erica terdiam. Dia tidak boleh menceritakan kenapa dia bergaduh dengan Papanya. Semuanya berpunca dari Farish, bencinya kepada Farish semakin mendalam.

“Sudahlah tu, pagi-pagi lagi kau ni dah bad mood. Petang ni tak jumpa dengan Izhan ke?” tanya Fatin.

“Entahlah. Dia tu pun satu tau. Macam chipsmore. Kejap ada kejap tak ada,” rungut Erica.

“Aku nak tanya sikit, kau ni sah-sah bercinta dengan dia ke atau apa?”

“Tak ada lah, dia kan sepupu aku je lah.”

“Tapi kau sukakan dia kan? Elleeh, nak cover line lah tu,” usik Fatin.

“Tak ada maknanya. Kau ni sebut-sebut nama dia, rindulah pulak,” Kemelut di jiwanya sebentar tadi hilang setelah nama Izhan muncul dibibirnya. Rasa rindu membuak-buak di dadanya,

“Gatalnya perempuan ni. Menyampahlah. Tadi marah-marah je, sekarang mengedik lah pulak,” Fatin kemudiannya mencubit Erica yang sedang beraksi manja.

Suasana di kampus agak sunyi, maklumlah pagi yang suram ini tidak ramai yang sudi menjejakkan kaki, mungkin mereka masih lagi diulit mimpi. Tapi tidak bagi Farish, awal-awal lagi dia sudah sampai ke kampus. Sejak dari malam tadi dia tidak dapat melelapkan matanya. Apa yang dikatakan oleh Zahid masih terngiang-ngiang di telinganya. Lembut sangat ke dia? Soalnya di dalam hati. Dia membandingkan dirinya dengan Shua, teman yang baru dikenalinya. Ternyata antara dia dengan Shua ada bezanya, pada pandangan Farish. Dia mengakui dia memang agak lembut jika hendak dibandingkan dengan maskulin-maskulin yang ada di kampus ini. Tetapi itu tidak bermakna dia pondan. Dia masih lagi seorang lelaki, cuma dia lembut. Farish mengeluh, singkat sungguh pemikiran masyarakat disekelilingnya. Di saat ini dia rindukan Mama Lia yang sentiasa ada di saat dia kegelisahan sebegini.

“Wei, Farish. Apa hal kau ni awal-awal lagi dah termenung,” sergah Dhia Adirra.

“Kau ni, terkejut aku tau. Nasib baik tak pengsan. Lain kali bagilah salam, jangan main-main terjah macam ni,” marah Farish sambil memukul bahu Dhia Adirra dengan perlahan.

“Sorry. Shua tak datang tau hari ni,” Dhia Adirra memberitahu.

“Kenapa?” tanya Farish.

“Entah, sengugut kot,” jawab Dhia Adirra.

“Kau ni tak baik tau Dira. Kau ingat dia tu sama spesis dengan kau ke, nak kena sengugut?”

“Eh, tak sama ke?” tanya Dhia Adirra, buat-buat faham.

“Banyaklah kau punya sama. Hey, assingment hari tu macam mana? Kau nak ambil rujukan dari mana?” soal Farish, walaupun hatinya gundah dengan apa yang dikatakan oleh Zahid dan Erica namun masih tidak menganggu penumpuannya.

“Emm, tak fikir lagi lah, kau macam mana?” Dhia Adirra sebaliknya bertanya pula kepada Farish.

“Dua kali lima macam kau jugak,” jawab Farish bersahaja.

“Alamak, perempuan-perempuan ni lagi,” rungut Dhia Adirra. Farish memalingkan mukanya. Kelihatan jelas di matanya, Erica dan teman-temannya datang ke arah mereka.

“Patutlah bau hanyir kat sini, ada sotong rupanya,” kata Fatin sambil mencebikkan bibirnya. Erica sekadar mendiamkan diri.

“La, Farish kau dengar suara tak? Rasa macam pernah aku dengar suara tu, tapi kat mana ek?” Dhia Adirra membalas.

“Kat mana lagi, suara macam tu banyak ada kat dalam longkang, suara katak pisang tu kalau kau nak tahu,” Farish menjawab. Erica terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Farish. Nampaknya Farish memang hendak mencari pasal dengannya. Bisik Erica di dalam hati.

“La, sotong ada suara rupanya, ingatkan sotong bisu. Fatin kau suka tak makan sotong bakar?” Erica bersuara untuk menyakitkan hati Farish.

“Aku tak makan lah sotong bakar, busuk, nak-nak kalau sotong dua kaki. Ish, gelilah,” kata Fatin. Farish mengetap bibirnya.

“Kalau dah geli, apa yang terpacak lagi kat sini, blah lah,” Farish berkata lagi, marahnya pada Erica sejak malam tadi masih ada.

“Apa kau ingat tempat ni kau ada saham ke? Ikut suka akulah. Nak terpacak ke, nak terduduk ke, kau apa hal?” Erica mula bersuara dengan kuat.

“Aku bukan apa, tengok perempuan berlagak diva ni macam kau ni rasa macam nak termuntah. Rupa tak lah lawa mana, kalau letak kau sebelah monyet pakai skrit pun, belum tentu kau laku,” sindir Farish. Dhia Adirra ketawa terbahak-bahak sambil menepuk tangan.

Erica bengang, dia berlalu pergi meninggalkan Farish dan temannya. Dia sengaja pergi dari situ bukan sebab takut tapi dia bimbang jika dia tidak boleh mengawal emosinya bimbang jika pertengkaraan itu berlarutan dan bakal membocorkan rahsianya.

“Kenapa kau tak lawan je tadi?” soal Fatin setelah mereka berdua sampai ke bilik kuliah S.

“Malas aku nak lawan. Buat habis air liur aku sahaja. Yang kau pula kenapa senyap je?”

“Aku bukan apa, aku tengok kau dah macam naik hantu je, mana aku nak tahu kau nak blah macam tu,” jawab Fatin.

“Aku bukan mengalah, tapi aku nak susun starategi. Aku akan kenakan juga si sotong tu.”

“Patutnya aku yang marah-marah tapi ini kau pulak yang macam berdendam dengan dia. Kenapa ek?” soal Fatin kehairanan.

“Aku nak tolong kau. Aku tahu kau marahkan dia. Lagipun kitakan kawan baik. Cubit peha kanan, peha kiri pun terasa juga,” dalih Erica. Yang pasti dia perlu menyusun starategi untuk mengenakan Farish kembali. Dia tidak akan membiarkan Farish menang. Tidak sekali-kali.

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.