HADI berteleku di atas bangku berhadapan kolam ikan koi. Kari kepala ikan yang dimasak oleh ibunya tadi amat menyelerakan tekaknya, beberapa kali dia sendawa. Angin pada petang itu bertiup sepoi-sepoi bahasa menerbangkan beberapa helai rambutnya yang terjurai mengganggui matanya. Tangannya beberapa kali menyelak rambut hadapannya ke belakang. Hadi berkira-kira tinggal satu minggu sahaja lagi akan bermula persekolahannya di tingkatan 6. Dia menjulur kakinya ke hadapan sambil memicit betis kakinya yang kekebasan.
“ Erm, lambat lagi ke mereka ni nak datang?”
Hadi terjengok-jengok memandang luar pagar rumahnya kalau-kalau rakan-rakannya sudah sampai atau belum. Hadi bangun dari bangkunya menuju ke arah pintu pagar rumahnya sambil tangannya menolak pintu pagar melihat arah jalan kawasan perumahannya. Matanya teracap memandang Amira, Rakesh dan Ferdi mengayuh basikal menuju ke rumahnya. Dia melambai-lambai kearah rakan-rakannya itu.
“ Marilah masuk dulu ke rumah saya.” ajak Hadi.
“ Baiklah…” serentak mereka bertiga mengiakan.
Amira, Rakesh dan Ferdi membontoti belakang Hadi. Hadi mempersilakan rakan-rakannya duduk. Hadi memberi senyuman kepada rakan-rakannya itu.
“ Kamu bertiga sudah buat persiapan ke belum nak masuk ke tingkatan 6 nanti?” tanya Hadi.
“ Saya sudah beli barang-barang sekolah cuma tinggal nak beli alatan tulis sahaja,” kata Amira.
Hadi mengangguk mendengar kata-kata Amira tadi. Rakesh memandang kearah kolam ikan koi sambil tangannya mencapai balang makanan ikan di taburnya di dalam kolam.
“ Ama saya sudah membeli kelengkapan persekolahan saya, sudah tidak sabar lagi menuggu masuk sekolah.” Kata Rakesh pula sambil tangannya menabur makanan ikan ke dalam kolam.
Kelihatan Puan Zainab membawa dulang minuman menuju ke arah mereka berempat. Hadi menyambut dulang minuman di tangan ibunya sambil mengangkat satu persatu gelas minuman di hadapan rakan-rakannya.
“ Minumlah dulu…” memperlawa rakan-rakannya minum.
“ Erm, tak sangka ya? Kita berempat sama-sama ditawarkan ke tingkatan 6 Sains...” kata Ferdi.
“ A’ah, saya pun tidak sangka kita berempat ditawarkan ke tingkatan 6. Mungkin inilah orang selalu katakan persahabatan tetap mengekori dimana kita berada. Satu aliran pula tu,” kata Amira pula.
Ferdi, Rakesh dan Hadi mengangguk bersetuju kata-kata Amira itu. Rakesh melihat jam tangannya sudah menunjuk jam 5 petang, dia mencuit bahu Ferdi sambil menunjuk jam tangannya. Ferdi mengangguk kepalanya tanda faham akan isyarat Rakesh itu.
“ Oklah Hadi kami ingin minta diri dahulu kerana saya dan Rakesh ada hal sekejap lagi. Amira awak bagaimana?” memaling mukanya memandang Amira.
“ Erm… tak apalah saya pun dah nak balik ni, nanti kita jumpa di rumah Hadi ok?” memandang Hadi berselang seli mengangkat kening kearah Rakesh dan Ferdi.
“ Baiklah, kalau begitu kita jumpa di rumah sayalah nanti…”
Hadi memandang rakan-rakannya mengayuh basikal sehingga hilang daripada pandangannya. Hadi menuju kearah meja sambil mengangkat dulang air masuk ke dalam rumahnya. Kelihatan ibunya sedang membasuh pinggan di dapur, dia meletak dulang tadi di atas meja sambil mengangkat gelas-gelas kosong diberikan kepada ibunya.
“ Eh! Kawan-kawan kamu sudah balik ke?” tanya Puan Zainab.
“ Sudah bu, ohya bu… Abah balik kerja jam berapa ya?” tanya Hadi.
“ Hari ini abah kamu balik jam 6 petang, katanya lewat sedikit ada hal di pejabat.”
Hadi mengangkat keningnya sambil tangannya mencapai kuih moci di dalam pinggan di atas meja. Hadi berlalu menaiki tangga menuju ke biliknya, dia menguak pintu biliknya terus menuju mencapai tualanya yang tersangkut di belakang pintu biliknya. Dia berjalan masuk ke dalam bilik air.
PAGI MENYINSING, Hadi mengeliat sambil membuat senaman lengannya kedengaran tulang-temulangnya berdetuk-detuk. Dia menghela nafas perlahan, matanya memandang beg sekolahnya yang tersandar di atas kerusi. Dia berjalan menuju ke arah begnya itu sambil membuka zip mengambil sesuatu di dalam beg tersebut. Hadi meletak di atas mejanya memandang lama ke arah kotak tersebut. Dia mencapai telefon bimbitnya di atas rak buku mendail nombor seseorang. Kelihatan dia terangguk-angguk bercakap dengan seseorang.
Selesai mandi, dia berlari anak menuruni tangga menuju ke arah luar apabila dia terpandang dua orang lelaki terjongket-jongket kaki mereka melihat ke dalam rumah Encik Rahman. Dia berjalan menuju ke arah dua orang lelaki tersebut sambil menyapa mereka berdua. Kedua-dua lelaki tersebut terkejut akan sergahan Hadi itu. Kedua-dua lelaki tersebut beranjak setapak ke belakang, mata mereka memandang tepat ke arah Hadi.
“ Encik berdua cari Pak Rahman ke?” tanya Hadi sambil memandang mereka berdua.
“ Erk… Ka… Kami, ya… ya… Kami cari Pak Rahman.” Kata salah seorang pemuda itu.
“ Adakah Pak Rahman ada di rumah?” tanya rakan pemuda itu.
“ Pak Rahman tidak ada di rumah selama seminggu, dengarnya dia ke rumah anaknya di Johor.” Kata Hadi kepada mereka.
Kedua lelaki tersebut tersenyum sinis memandang satu sama lain. Mereka seakan–akan merancang sesuatu. Hadi mengerut dahinya memandang mereka berdua itu, dia mengesyaki sesuatu yang dirancang oleh mereka berdua itu.
Hadi meniarap diatas katilnya dengan menongkat dagunya sambil membaca buku komik lawak kampus, sesekali dia terkekeh-kekeh menahan lucu membaca komik tersebut. Dalam keasyikkan dia membaca komik tersebut, telinganya tertangkap bunyi barang jatuh diluar rumahnya. Dia bingkas bangun menuju kearah tingkap bilikmya menjengok keluar melihat kearah rumah Pak Rahman. Dua lembaga hitam sedang memanjat pintu pagar rumah Pak Rahman, Hadi mengamati perbuatan lembaga hitam itu. Dia memandang jam di dinding biliknya sudah jam 12:00 tengah malam.
“ Isk! Siapa mereka ni? Takkanlah Pak Rahman dah pulang?” Detik hatinya.
Terus fikirannya melayang teringat siang tadi kedatangan dua orang lelaki yang mencari Pak Rahman tadi. Dia mula mencurigai kehadiran mereka itu. Hadi melangkah keluar menuju ke bilik ibu bapanya. Dia mengetuk pintu bilik ibu bapanya bertalu-talu. Encik Harith terjengol dimuka pintu biliknya. Sesekali dia menguap sambil jarinya menenyeh-nenyeh matanya.
“ Ha… kenapa ni Hadi? Malam-malam buta dah ketuk pintu bilik abah dengan ibu ni ada apa, kalau nak terkencing pergilah sendiri tandas. Dah besar pun nak temankan ke?” Menguap beberapa kali.
Terangkat kening Hadi apabila mendengar kata-kata abahnya itu tadi. Isk! Ke situ pulak abah aku ni punya ngomel. Detik hatinya.
“ Bukanlah bah, Hadi nak beritahu abah ada orang memanjat pintu pagar rumah Pak Rahman.”
“ Ha! Apa? Mana mereka Hadi?” Terkejut Encik Harith.
“ Mereka masih dibawah bah…. cepatlah bah!” Menarik lengan abahnya.
Encik Harith terkocoh-kocoh membetulkan kain pelikatnya yang hampir terlondeh apabila kakinya terpijak hujung bawah kain pelikatnya. Dia mengekori belakang anaknya dengan membuka langkahan yang besar.
“ Shuhh, bah lihat tu mereka sedang buat sesuatu di hadapan pintu rumah Pak Rahman…” Hadi mengunjuk kearah rumah Pak Rahman.
“ Eh! Hadi itu mereka nak merompak rumah Pak Rahman, ambil telefon abah cepat!”
Encik Harith mengarah Hadi mengambil telefonnya, matanya masih memandang kelibat dua orang dirumah Pak Rahman. Hadi menghulur telefon kepada abahnya, Encik Harith mengambil telefonnya yang dihulur oleh anaknya. Dia mendail, lalu bercakap dengan Inspektor Naran juga merupakan rakannya.
“ Naran, saya ada aduan berkaitan rompakkan di kawasan perumahan taman rumah saya. Ada dua orang didalam rumah itu.” Kata Encik Harith.
Selang 20 minit Inspektor Naran dan beberapa anggotanya sampai kawasan perumahan itu. Mereka mengepung rumah Encik Rahman, Encik Harith dan Hadi melihat dari dalam rumah mereka. Puan Zainabmenuruni anak tangga, matanya merenung anak dan suaminya terhendap-hendap disebalik jendela. Dia berjalan menuju kearah kedua beranak itu. Puan Zainab menepuk perlahan bahu suaminya, Encik Harith terkejut sehingga dia terduduk atas lantai. Dia mengurut perlahan dadanya sambil memandang isterinya itu. Hadi menahan gelaknya apabila melihat abahnya sebegitu. Wajah Puan Zainab berkerut memandang gelagat suaminya itu.
“ Apa hal abang dengan Hadi terhendap-hendap di sebalik jendela ni?” Tanya Puan Zainab.
“ Eh! Nab, awak ni buat terkejut abang saja tahu? Kus semangat abang…” Sambil mengurut dadanya.
“ Abang dengan Hadi buat apa disini? Terhendap-hendap macam pencuri saja…” Memandang suaminya itu.
“ Isk! Apalah awak ni Nab? Mari sini…” Meraih lengan isterinya mendekatinya.
Puan Zainab terdorong kehadapan hampir sahaja wajahnya bersentuhan dengan muka suaminya apabila lengannya diraih oleh tangan suaminya tadi. Puan Zainab terjengok melihat keluar apabila Encik Harith mengunjuk kearah rumah Pak Rahman.
“ Eh! Bang, apa polis buat di kawasan rumah Pak Rahman?” Berkerut dahinya.
“ Ada perompak mahu merompak rumah Pak Rahman, mujur Hadi terdengar masa mereka cuba masuk ke rumah Pak Rahman.” Kata Encik Harith.
“ Apa!” Terkejut.
Encik Harith dengan anak isterinya menyelak langsir, mereka menunggu apa yang bakal berlaku. Mata Hadi terlihat Uncle Lim terhendap sebalik keretanya melihat pihak polis sedang mengepung kawasan rumah Pak Rahman.
Kedengaran kekecohan berlaku di rumah Pak Rahman, Hadi lihat salah seorang anggota polis sedang bergelut dengan seorang perompak tersebut, anggota yang lain meluru memberi pertolongan dengan memberkas kedua perompak tersebut. Encik Harith dan Hadi keluar mendapatkan Inspektor Naran.
“ Terima kasih Harith kerana memberi aduan pasal mereka berdua ini.” Menghulur tangan kepada Encik Harith.
“Eh! Sebenarnya Hadi yang terlihat mereka berdua ini cuba masuk kedalam rumah Pak Rahman. Itu yang Hadi beritahu saya terus menelefon kamu Naran.” Kata Encik Harith sambil memandang anaknya disebelah.
“ Wah, Hadi… kamu telah berjasa dengan pihak polis dan secara tidak langsung sudah menghalang perbuatan mereka berdua ini.” Menepuk bahu Hadi.
“ Sebenarnya Uncle Naran, petang tadi mereka berdua sempat saya sergah sebab mereka asyik melihat dalam kawasan rumah Pak Rahman. Saya fikir mereka mencari Pak Rahman, apabila saya beritahu mereka bahawa Pak Rahman tiada dirumah saya lihat wajah mereka seakan-akan sedang merancang sesuatu… saya menjadi curiga, tetapi saya sangkalkan perasaan curiga saya itu takut salah faham pula kerana mereka mungkin saudara atau rakan Pak Rahman.” Terang lebar Hadi kepada Inspektor Naran.
“ Tidak mengapa Hadi, yang penting kamu bertindak dengan cepat memberitahu kepada bapa kamu.” Tersenyum kepada Encik Harith dihadapannya.
Hadi perasan salah seorang perompak yang diberkas polis tadi memandang tajam kearahnya didalam kereta polis. Hadi mengalih pandangannya kearah lain.
Inspektor Naran dan anggotanya berlalu meninggalkan Perumahan Sentosa. Hadi dan Encik Harith beriringan masuk kedalam rumah. Puan Zainab mengerling jam didinding sudah menujuk jam 2:00 pagi.
“ Jomlah mari tidur, dah lewat ni…” Ajak Puan Zainab kepada suaminya.
Hadi tercelapak naik diatas katilnya, dia meletak komik lawak kampusnya diatas kabinet kecil sebelah katilnya. Dia menutup lampu terus menarik selimut,cepat sahaja matanya tertutup kerana terlalu mengantuk.