Home Novel Komedi/Romantik Komedi CIKGU ELLINA
CIKGU ELLINA
Maya Myra
17/8/2017 18:58:07
6,057
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3

ELLINA terjaga dari tidurnya apabila jam loceng diatas kabinet kecil berbunyi. Dia memisat-misat matanya beberapa kali. Tangannya menggagau-gagau jam diatas kabinet,Ellina mengecilkan matanya melihat jarum jam. Dia mengeliat bagi merenggangkan urat-uratnya, Ellina bingkas bangun mencapai tuala di penyangkut baju. Kedengaran air pancutan hujan didalam bilik air. Beberapa minit kemudian Ellina keluar dari bilik air terus mencapai bajunya didalam almari. Dia mengambil sejadah lalu dibentangkan diatas lantai. Usai solat subuh dia menyiapkan dirinya untuk ke sekolah.

                “ Aduh! Sesaklah pula pagi-pagi begini?” rungutnya di dalam hati sambil melihat jam tangannya.

Ellina menggagau punat radio dalam keretanya menukar siaran radio terus mencari siaran kegemarannya Hot Fm buat menghilangkan mood  yang sangat membosankan ditengah-tengah kesesakkan lalu lintas. Jari jemarinya mengetuk-ngetuk bermain diatas stereng kereta Honda Civic miliknya. Sesekali dia melihat jam tangannya, sambil mengeluh perlahan.

                “ Erm, sempat tak sampai ni?” Memanjangkan lehernya memandang deretan kereta dihadapan.

Ellina membelok Honda Civic miliknya memasuki perkarangan sekolah, dia memaling memandang arah sisi cermin sebelah kirinya lalu dikecilkan matanya terpandang sekumpulan pelajar yang menyorong basikal mereka. Dia membunyikan hon keretanya kepada sekumpulan pelajar itu. Hadi dan rakan-rakannya tersenyum kearah Ellina sambil mengangkat tangan.

                 Ellina melangkah keluar dari perut keretanya, dia mengepit buku-buku pelajarnya disebelah kiri manakala tangan kanannya menggalas handbag nya. Ellina tergesa-gesa menuju kearah pejabat sekolah. Ellina terkial-kial ingin melangkah longkang kecil sambil mengimbangi badannya yang dipenuhi buku-buku yang dikepitnya. Namun imbangannya tersasar apabila kasut tumit tingginya terpijak batuan kecil lalu imbangannya goyah dan buku-buku pelajarnya berteraburan diatas batas tar. Tangan kasar milik Cikgu Ilham sempat memaut lengannya agar tidak tersungkur, rambutnya melurut kehadapan. Fuhh! Kus semangat aku…

                “ Cikgu hati-hati sikit, mujur saya sempat memaut lengan Cikgu tadi kalau tidak… dahi jadi spot light nampaknya, heheh” Cikgu Ilham tersenyum nakal memandang Ellina yang sedang membetulkan rambutnya.

                “ Isk! Sempat pulak Cikgu Ilham perli aku,” Gumam geram dihatinya.

                “ Are you okay Ellina?” tanya Cikgu Ilham.

                “ Erk! I’m okay!By the way, thank’s sebab selamatkan saya dari tersungkur… tidak dahi saya dah dapat spot light!” Sengaja ditekankan ayat spot light itu.           

Amboi! Sempat lagi perli aku. Getus hati Cikgu Ilham sambil memandang Ellina menunduk mengambil buku-buku pelajarnya yang bertaburan diatas tar. Dia terus tunduk membantu Ellina mengutip buku-buku yang bertaburan itu.

               “ Terima kasih,” Ucap Ellina sambil mengukirkan senyumannya kepada Cikgu Ilham.

               “ Sama-sama,” balas Cikgu Ilham.

               “ Erm, saya masuk office dulu ya Cikgu…”

               Cikgu Ilham tersenyum sambil memandang langkahan Ellina berlalu masuk ke dalam Pejabat sekolah. Dia mengangkat keningnya, sambil mengaru-garu kepalanya.

               Ellina terjengol kepalanya melihat Cikgu Ilham, dia tersenyum memandang gelagat Cikgu Ilham itu. 

               “ Cikgu Ellina! Apa yang ditengokkan tu?” tegur Cikgu Suzie.

               “ Erk! Tak ada apa-apalah, saja je jengok-jengok kat luar.” Ellina menjadi kalut.

               “ Ek? Ermm, ohhh! Saya tahu, Cikgu tengah curi-curi tengok Cikgu lham eh?” Cikgu Suzie mencuit bahu Ellina, matanya tertumpu kearah Cikgu Ilham.

               “ Eh! Kesitu pulak Cikgu Zie ni?” Ellina sudah kehilangan kata-katanya. Rasa malunya menyelubungi wajahnya.

               “ Sukakan Cikgu Ilham eh?” Cuba serkab jarang.

               “ Wuishhh! Mana adalah, jangan merepeklah Cikgu ni?” Mengerut dahinya, sambil dia mengerling jam tangannya.

               “ Habis tu kalau tidak sukakan Cikgu Ilham, tadi saya tengok Cikgu terjengok-jengok kat luar. Sebab saya tengok, mana ada siapa-siapa pun dekat luar hanya Cikgu Ilham sahaja di luar sana.” Mengangkat keningnya sambil tangannya mencapai buku rekod pelajar dalam rak.

               Isk! Cikgu Zie ni, suka sangat berfikir yang bukan-bukan huhh! Gerutu hatinya sambil dia cepat-cepat mengambil buku-buku pelajar dikepit disebelah lengannya. Dia melangkah keluar tergesa-gesa dari pejabat sebelum Cikgu Suzie mula mengeluarkan mesin gun tak berlapik.

              “ Amboi! Cikgu Ellina dah nak kemana tu? Saya belum habis lagi ni...” terjerit-jerit kecil memandang Ellina.

Ellina memusing badannya menghadap Cikgu Suzie, dia menggeleng kepalanya dengan Cikgu yang seorang ini.

              “ Cikgu, saya nak ke kelas saya sekarang ini… kan pagi-pagi lagi masa mengajar saya.” Mendegus perlahan.

              “ Ohh! Okay…” mengangkat keningnya.

               Ellina menggeleng kepalanya, pening dengan sikap Cikgu Suzie yang suka membuat kesimpulan yang tidak berasas. Hari pertama dia mula posting di sekolah ini, Cikgu Suzie guru pertama yang dia mula kenali. Makin lama, dia sendiri pening dengan sikap guru tersebut.

             Ellina melangkah masuk dalam kelas tingkatan 6 Sains, semua pelajar bangun dan memberi salam hormat kepadanya. Ellina meletak buku-buku pelajarnya diatas meja guru. Dia mencapai marker pen lalu di coretnya atas white board. Dia mengalih pandangannya merenung pelajar-pelajarnya dihadapan.

            “ Okay! Awak semua sila keluarkan buku Kenegaraan Malaysia, bahagian A bab 1 tajuknya Konsep Kenegaraan…” mengukirkan senyumannya kepada pelajar dihadapannya.

 

HADI termenung di atas balkoni biliknya, angin subuh sungguh dingin sekali. Dia memeluk tubuhnya kerana kesejukkan. Dia selesa berada di balkoni biliknya setiap kali lepas solat subuh sambil membaca buku-buku Ilmiah yang memberi manfaat kepadanya, dia baru sahaja selesai membaca buku Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. Dia menarik nafas dalam-dalam menghirup udara pagi subuh yang dingin dan menenangkan jiwanya. Dia mengalih ke belakang melihat jam didinding biliknya menujukkan 6:45 pagi. Cuti sekolah selama satu minggu membuatnya dia tidak tahu hendak kemana, ibu bapanya pula bekerja. Dia mendengus perlahan.

           Kedengaran lagu Feel This Momentringtone telefonnya rancak berbunyi supaya diangkat, dia memandang sekilas kearah handfone diatas meja tulisnya. Hadi bingkas bangun berjalan menuju kearah telefonnya. Dia tersenyum melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

           “ Assalamualaikum kak,” Hadi mengukirkan senyumannya sambil melabuhkan punggungnya diatas bangku.

           “ Waalaikumussalam, Hadi sedang buat apa tu?” tanya Ellina kepada adik sepupunya itu.

           “ Hadi dekat balkoni bilik kak, hirup udara pagi-pagi subuh ni…” Hadi tersenyum mengukir.

           “ Ohh…”

           “ Ada apa ye akak telefon saya pagi-pagi lagi?” tanya Hadi.

           “ Erm, Hadi lupalah tu?”

           “ Lupa apa kak?” Hadi mengaru-garu kepalanya.

           “ Kan hari ini Hadi nak tolong akak kemaskan barang-barang di rumah sewa akak…” Kata Ellina.

           “ Ohh! Lupa Hadi kak pasal tu… jam berapa akak nak Hadi datang?”

           “ Erm, jam 9:00 pagi boleh?”

           “ Okay! Jam 9:00…”

           “ Baiklah, Hadi… akak ada hal sikit nak buat kerja ni. We see later…

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.