ELLINA mengangkat barang-barangnya dimasukkan didalam kotak besar, dia melihat sekitar dalam biliknya sambil mencekak pinggangnya.
“ Emm, semuanya sudah dimasukkan dalam kotak. Cuma nak angkat sahaja.” Getus hatinya.
Dia menjengok keluar memandang kebawah melalui jendela tingkapnya, kelihatan Hadi bersama-sama kawan-kawannya berada di hadapan pintu pagar rumahnya.
“ Assalamualaikum kak…” Hadi memberisalam.
Ellina tersenyum melihat Hadimembawa tiga orang rakannya itu. Dia membuka kunci pagar agar memudahkan merekamasuk.
“ Wahh, kamu bertiga datang juga?”Tersenyum kepada mereka bertiga.
“ Sudah pasti Cikgu, kami pun nak tolong cikgu kemaskan barang-barang cikgu…” kata Ferdi.
“ Jomlah masuk dulu,” ajak Ellina.
Hadi dan rakannya tersenyum memandangEllina, sambil mereka mengangkat kotak yang telah tersedia untuk diangkat mereka.
“ Cikgu sudah lama ke sewa disini?”Tanya Ferdi.
Ellina mengalih pandangannya menoleh kearah Ferdi sambil membetulkn rambutnya yang terjuntai dihadapan.
“Sudah tiga tahun cikgu sewa disini Ferdi.” Jawab Ellina akan pertanyaan Ferdiitu.
“Ohh! Lama juga cikgu sewa disini?Sejak cikgu study lagi ke?” TanyaFerdi lagi.
“ Betul tu Ferdi, saya sewa disini sewaktumenuntut di Universiti lagi.” Kata Ellina
Ferdi hanya mengangguk tanda faham.Hadi terseyum memandang gelagat Ferdi itu, sudah menjadi sifat Ferdi sukabertanya itu ini. Seorang yang mudah mesra dengan sesiapa pun.
“ Ohya Hadi, Pak Ngah dan Mak Ngah tahu tak kamu datang sini?” Tanya Ellina kepada sepupunya.
“ Tahu kak, nanti abah datang dengan ibu katanya mereka pun mahu bantu akak kemaskan barang-barang akak nanti.” Hadi tersenyum memandang Ellina sambil tangannya lincah memasukkan buku-buku ke dalam kotak.
“ Ohhh! Ehh, susahkan mereka jenanti pulak?” Memandang Hadi.
“ Taklah kak, mereka kata harus membantu jugak. Akak kan anak saudara mereka patut mereka turut membantu sama.Tidak begitu?” Hadi tersenyum sambil mengeyit matanya kepada Ellina.
“ Pandai kamu ye? Hehe…” menggelengkepalanya.
Ellina masuk ke dalam biliknya, dia mengangkat kotak yang telah disalotapkan. Dia meletak di atas lantai bahagian ruang tamu. Sesekali Ellina memicit pinggangnya kerana sakit pinggangnya gara-gara mengangkat kotak itu tadi.
“ Cikgu, tak mengapa… barang-barang yang berat dan besar tu biar kami yang lelaki ini mengangkatnya.” Kata Rakesh kepada Ellina.
“ Eh! Tak apalah Rakesh? Cikgu boleh lagi ni mengangkatnya.” Tersenyum kearah pelajarnya itu.
“ Kak, betul tu kata Rakesh. Biar jekami yang lelaki mengangkatnya, akak dengan Amira angkat barangan yang ringan.”Kata pula Hadi.
Ellina tersenyum mengukir memandang selang seli mereka bertiga sambil menyelak rambutnya yang terlurut dibahunya.
“ Ermm, baiklah saya ikut arahan anda bertiga. So! Mira, nampaknya kita yang perempuan ni kenalah angkat barang yang ringan.” Sambil tangannya memeluk bahu Amira.
Amira tersenyum sambil mengangguk kepalanya. Dia mengangkat keningnya kepada mereka bertiga.
Kedengaran enjin kereta diluar,Ellina berlari anak melihat keluar jendela. Kelihatan Encik Harith dan Puan Zainab diluar. Dia keluar kehadapan sambil tersenyum mengukir kearah mereka.Dia menyalami Pak Ngah dan Mak Ngahnya.
“ El, Hadi sudah datang?” tanya PuanZainab.
“ Sudah Mak Ngah, Hadi datang bersama kawan-kawannya. Mereka ada di dalam, sedang mengangkat barang-barang El.” Tersenyum kearah Mak Ngahnya.
Ellina membontoti mereka daribelakang memasuki rumah. Hadi melihat ibu bapanya sudah sampai lalu menerpa mereka disalaminya tangan orang tuanya itu. Ferdi, Rakesh dan Amira pun serentak mengikuti belakang Hadi untuk bersalam dengan ibu bapa Hadi.
“ Terima kasih Ferdi, Rakesh dan Amira sebab turut serta sekali bantu mengangkat barang-barang Cikgu El…” PuanZainab tersenyum kearah mereka bertiga sambil mengerling anak saudaranya itu.
“ Sama-sama, lagipun sikap bantu membantu itukan perlu?” kata Amira sambil tersenyum.
Puan Zainab dan Encik Harithtersenyum mengangguk tanda setuju akan kata-kata Amira itu tadi.
“ Erm, jomlah kemaskan barang-barangini.” Kata Encik Harith.
Ellinatersenyum mengukir, melihat sikap Hadi dan rakan-rakannya serta Mak Ngah dan Pak Ngah yang ringan tulang. Ellina berjalan menuju mengangkat barang-barang yang telah dia kumpul dihujung penjuru dimasukkan ke dalam bonet keretanya.
Suasanayang harmoni menambahkan keriangan didalam rumah sewa tersebut, dengan telatah Hadi dan rakan-rakannya. Encik Harith dan Puan Zainab ketawa melihat kemesraan anak saudaranya yang suka menyakat Hadi dan rakan-rakan Hadi itu. Walaupun Ellina guru mereka tetapi sikap Ellina dengan mereka berempat seperti adik-adiknya.