Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
60,085
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
02

Kini Farrah telah sembuh walaupun tangan kanannya masih tidak lincah seperti biasa.Balutan tangan telah lama dibuka dan mujurlah tiada parut kekal yang tinggal. Setelah mengambil masa lebih kurang tiga bulan berada dirumah,akhirnya tibalah masa untuk dia kembali bekerja semula.

 

Hari itu Farrah tiba tepat masa ke syarikat. Nampaknya dalam tempoh tiga bulan itu,tiada sebarang perubahan besar yang berlaku. Bangunan syarikat LinkComm tetap sama, tersergam megah ditengah-tengah ibukota.

 

LinkComm.Satu syarikat besar yang namanya tercatat dalam bursa negara. Mempunyai cawangan dinegari lain dan kebanyakan pekerja terdiri daripada golongan elite.

 

Bagi Farrah, LinkComm umpama satu kerajaan kecil. Rajanya atau Pengarah Urusan Syarikat tersebut adalah Dato Kamal. Kononnya, keturunan nenek moyang DatoKamal turut berasal dari keturunan orang-orang besar zaman kegemilangan abad dahulukala. Walaupun cuma gosip liar tidak berasas, cukup untuk membuktikan mereka bukannya keluarga sembarangan.

 

Dan pewaris kepada kekayaan dan keturunan ini semua adalah anak-anak Dato Kamal.Selaku putera sulung, Amir diberi harapan tinggi untuk mengalas syarikat itu sebagai pewaris satu hari nanti. Sejak kecil lagi, dia diberikan perhatian sepenuhnya dan didikan tegas dari Dato Kamal sendiri.

 

Farrah dan pekerja-pekerja lain umpama golongan aristokrat yang membantu raja dan putera memasyurkan ekonomi negara kecil ini.

 

Tengok sahaja keadaan sekeliling lobi syarikat. Lobinya sahaja mampu memuatkan tigaratus lima puluh pekerja dalam satu masa yang sama. Lampu chandelier moden yangbesar dan bersinar-sinar tergantung ditengah-tengah lobi ibarat lobi itu adalahsatu dewan tari-menari yang mewah. Belum lagi jika melihat setiap tingkat dalam bangunan 44 tingkat itu. Semuanya serba lengkap. Pekerja yang bekerja dalamsyarikat ini dianggap bertuah.

 

Farrah melihat sekeliling.

 

Semua orang sepertinya. Pakaian mereka kelihatan mahal dengan beg dan kasut yang berkilat. Dan perkara yang lebih pelik sekali ialah, walaupun bukan semuanya sekali, kebanyakan pekerja dalam syarikat itu mempunyai raut wajah yang menarik dan mempesonakan. Seperti minimum paling rendah untuk bekerja dalam syarikat itu adalah memiliki wajah, tubuh dan personaliti yang menyerlah.

 

Ya! Sama seperti lelaki yang sedang menuju kearahnya sekarang ini. Antara semua yang ada di lobi ketika itu, lelaki itu amat kacak sekali. Mungkin lebih kacak atau sama seperti Amir. Ketinggian dalam180cm dan gayanya berjalan kelihatan yakin bak model. Malah pekerja sekeliling terutama pekerja wanita turut menjeling malu kearahnya.

 

"Farrah!" lelaki umpama pelakon itu menghampiri Farrah sambil melirik senyum kearahnya.

 

Farrah tergamam. Matanya tidak berkelip. Dia tidak kenal lelaki ini tetapi lelaki ini seakan-akan mengenalinya. Siapa?

 

"Ayah ingin jumpa awak. Katanya dia perlu berbincang hal tentang awak dan Amir. Sila ikut saya sekarang." Pinta lelaki itu,

 

"Ayah? Ah! Emm.. Haris!?" Farrah meneka nama lelaki dihadapannya. Harap tekaannya betul.

 

"Ya.Adakah awak lupa saya?" lelaki bernama Haris itu merenungnya. Oleh kerana Farrah masih lagi kelihatan ragu-ragu, lelaki itu mulai serius lalu mendekatkan mukanya pada Farrah."Awak lupa?"

 

"F-Farrah ingat. Awak Megat Haris. Anak kedua Dato Kamal. Kawan Farrah." Farrah mulai gelisah. Dirasakan ada peluh didahinya. Matanya pula tidak berani memandang lelaki itu.

 

Serta-merta Haris ketawa sinis. Wajahnya yang serius tadi hilang.

"Maafkan Haris. Saya Cuma main-main. Sudah lima tahun kita tak jumpa. Pasti awak tak cam saya. Saya nak tahu jika awak masih ingat pada saya." jelas lelaki itu sambil memegang bahunya.

 

"Awak betul-betul Haris?" Farrah keliru.

 

Adakah dia dipermainkan sebentar tadi?

 

Haris dihadapannya sekarang ini sangat berbeza sekali dari lima tahun lepas. Ini kerana Haris pada lima tahun lepas tidak akan mempermainkan Farrah. Farrah masih ingat Haris sentiasa berbual dengannya apabila tiba di kediaman Amir.Bersama adik perempuan Amir dan Haris bernama Putri, mereka akan melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama seperti pergi ke Aquarium Park.

 

Haris dua tahun lebih muda dari Amir dan Farrah. Lima tahun lepas, dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sejak itu, Farrah terputus hubungan dengannya. Bukan niat tidak mahu menghubungi Haris tetapi tiap kali Farrah cuba mendail nomboryang Amir bagi, tiap kali juga gagal. Akhirnya Farrah give-up. Jika Haris pulang ke tanah air tahun ini, maknanya dia telah tamat belajar dan mula bekerja disyarikat ayahnya.

 

Farrah memerhati Haris sambil berjalan disebelahnya. Sekarang mereka berdua menuju kepejabat pengarah tempat Dato Kamal berada.

 

Lima tahun lepas, Haris comel sekali. Seperti anak kucing. Dan dia selalu dipermainkan oleh Amir dan Putri. Farrahlah yang selalu mempertahankan Haris.Badannya bersaiz kecil dan apabila tersenyum, Seumpama matahari yang bersinar.Nampak ikhlas sekali. Tapi Haris disebelahnya sekarang ini tidak banyak mempamerkan ekspresi muka. Kelihatan segak dan bijak. Ah! Anak kucing yang kecil lima tahun lepas bertukar menjadi panther.

 

"Ada benda yang tak kena ke?" Soal Haris apabila perasan Farrah masih lagi memerhatikannya.

 

"Sudah lama kita tak berbual. Tentu awak ada banyak cerita yang awak perlu cerita pada Farrah!" Balas Farrah sambil tersenyum.

 

Haris tetap Haris. Dia masih peramah pada Farrah seperti biasa.

 

Menurut Haris, Dia tiba di Malaysia dua hari selepas Farrah kemalangan. Dia hanya mula bekerja di LinkComm itu selama tiga bulan. Atas permintaannya sendiri, dia ditempatkan dia Bahagian Business Planning & Development (BPD). Ada banyak lagi perkara yang Haris ceritakan, kebanyakan pengalamannya sewaktu belajar di Eropah selama lima tahun.

 

Perbualan mereka terhenti apabila sampai dihadapan pintu bilik pengarah.

 

Mereka berdua masuk dan mendapati Dato Kamal telah berada dalam bilik itu bersama-sama Amir. Tanpa membuang masa Farrah mengambil kerusi lalu duduk dihadapan Dato Kamal dan Amir apabila dipelawa.

 

Suasana mula menjadi tegang, terutama antara Amir dan Farrah.

 

"Bagaimana keadaan awak Farrah?" Soal Dato Kamal memulakan bicara.

 

"Farrah okey." Balas Farrah ringkas.

 

Farrah sebenarnya rasa cemas apabila bercakap dengan Dato Kamal. Walaupun sentiasa berjumpa dan merupakan kawan kepada ayahnya, Dato Kamal masih lagi bossnya. Dia perlu berhati-hati apabila bercakap dengannya. Walaupun berumur hampir separuh abad, badannya masih lagi sihat dan cergas.

 

Fikiran Dato Kamal susah diramal. Menurut ayah Farrah, Dato Kamal mempunyai 'business sense' yang baik dan pandai mencari peluang jika ada. Lihat sahaja kejayaan LinkComm, semua atas perancangan Dato Kamal.

 

"Rasanya awak tentu tahu tujuan awak dipanggil kesini. Amir tetap berkeras ingin selesaikan masalah ini selepas awak mula bekerja. Harap awak faham." Ujar Dato Kamal pada Farrah lalu dia mengangguk.

 

Tanpa membuang masa, Amir masuk ke topik utama.

 

"Macam yang Amir cakapkan tadi.. Emak sendiri setuju dengan pilihan Amir. Mak dah tahu dan sokong Amir. Sekarang ini giliran ayah pula. Kali ini sahaja, biar Amir pilih pasangan hidup Amir sendiri. Selepas ini Amir sanggup lakukan apa sahaja yangayah suruh. Tolonglah!" rayu Amir pada ayahnya. Dia langsung tidak menghiraukan Farrah yang ada disebelahnya.

 

Nampaknya Amir berjaya memujuk ibunnya. Dalam masa beberapa bulan Farrah berehat di rumah.Amir tidak berdiam diri dan melakukan sesuatu.

 

Farrah rasakan dia seperti orang jahat yang menjadi batu penghalang pada Amir. Disebabkan itu Farrah mulai ragu-ragu pada dirinya sendiri.

 

Adakah dia perlulepaskan Amir?

 

Farrah sangat sayangkan Amir tapi apa gunanya memaksa seseorang yang tidak sudi menerimanya lagi.

 

Amir tidak mengalah.Terdesak, dia membuat satu pengakuan. Separuh teriakan.

"Amir takkan pilih Farrah selama-lamanya! TAKKAN!"

 

Semua yang ada dalam bilik itu terkejut terutama sekali Farrah. Dirasakan ada tamparan kuat sehingga membuatkan dia tersedar.

 

Adakah perasaannya telah ditolak kali kedua oleh lelaki yang sama? Serta-merta perasaan ragu-ragu tadi hilang. Farrah rasa marah. Segala memori bersama Amir pecah berderai saat itu juga. Manusia sangat pelik. Jika kelmarin Farrah boleh tergila-gilakan Amir,hari ini Farrah berasa hampa dan meluat melihat muka lelaki itu.

 

Farrah ada maruah sendiri. Dia akhirnya membuat keputusan.

 

"Dato, Farrah setuju tidak meneruskan pertunangan dengan Amir. Berkenaan dengan ibubapa Farrah, Farrah akan beritahu mereka mereka." Cadang Farrah serta-merta.

 

Kali giliran Amir rasa terkejut. Tapi Dato Kamal mulai gelisah.

 

"Nanti dulu Farrah. Jangan bertindak melulu," Dato Kamal cuba menenangkan Farrah. Dia kemudiannya memandang anaknya, Amir, "Amir.. Ayah tak mahu hubungan kedua-dua keluarga terjejas disebabkan perkara ini.Keluarga farrah bukan orang sembarangan. Bagaimana harus ayah jelaskan pada Dato Ismail? Ada baiknya awakpilih Farrah."

 

"Tak mungkin!" Balas Amir pada ayahnya.

 

Kali ketiga. Farrah berkerut.

 

Dato Kamal mengeluh dan berfikir panjang. Dia perlukan sedikit masa untuk berfikir.

 

"Saya seorang ayah dan juga ahli perniagaan. Saya taknak perkara buruk berlaku pada Amir dan juga syarikat ini.."Dato Kamal memandang Amir sambil menyerahkan sebuahfail yang terdapat atas mejanya, ".. Amir, awak perlu selesaikan projek inidalam masa setahun, jika awak berjaya ayah setuju benarkan awak pilih pasangan pilihan awak. Jika gagal. Awak terpaksa terima Farrah sebagai isteriawak."

 

Amir mangambil Fail itu lalu membelek dokumen yang ada. Setelah mengamati dokumen yang ada, dia setuju dengan syarat itu. Jika hanya menyelesaikan projek itu sahaja ayahnya sanggup menerima permintaannya, dia sanggup lakukan. Kini dia mula rasa bersemangat.

 

"Baiklah. Tapi Amir akan pilih team Amir sendiri untuk bantu Amir dalam projek ininanti."

 

Farrah rasa tidak sedap hati. Cabaran itu tidak ada kaitan dengannya. Tapi setahun?

 

"Nanti dulu! Bagaimana dengan Farrah? Maksud Dato, Farrah kena tunggu setahun untuk tahu keputusannnya? Farrah tak dapat terima!"

 

Tak sanggup Farrah tungggu setahun lagi. Kalau boleh dia ingin selesaikan perkara itu hari inijuga.

 

"Ya, Farrah kena tunggu setahun lagi. Jika Farrah sanggup tunggu, Amir akan berikan pampasan 1 Juta tidak kira apa keputusannya. Bagaimana?" cadang Dato.

 

Sememanganya Dato Kamal. Pandai mencari peluang walaupun berada dalam situasi yang buruk. Tapi jangan ingat Farrah tak tahu, dalam tempoh setahun ini, ada banyak perkara yangDato boleh lakukan. Dato Cuma perlukan masa untuk merancang dan perbaiki keadaan.Contohnya, Dato boleh sabatoj projek Amir jika memihak pada Farrah atau buat perjanjian baru dengan ayah Farrah untuk menolong Amir. Jangan pandang rendah pada Farrah!

 

"Duit bukan masalah bagi Farrah. Farrah takkan terpedaya." Bantah Farrah.

 

"Kalau begitu apa yang awak mahukan Farrah?" Dato Kamal menghembus nafas.

 

"Jika Dato ingin Farrah setuju dengan cadangan Dato, Farrah nak Dato tunaikan satu permintaan Farrah. Hanya dengan ini sahaja Farrah setuju."

 

Dato terpaku sebelum tersenyum. "Baiklah, saya janji."

 

Farrah perlukan jaminan, sebab itulah dia sanggup membuat permintaan sebegitu. Dia tidak mahu menunggu setahun semata-mata kerana duit. Rugi!

 

"Amir tak setuju. Bagaimana kalau Farrah minta kahwin dengan Amir walaupun Amir dah berjaya dalam projek ini nanti?" giliran Amir pula membantah kerana risau.

 

"Awak tak perlu risau. Farrah bukannya seorang yang teruk macam awak sangkakan. Ada baiknya awak risau dengan 1 juta yang perlu awak kumpul dari sekarang!" sindir Farrah pada Amir. Ini kali pertama dia melawan Amir. Rasakan!

 

Selepas itu, atas permintaan Farrah juga, perjanjian yang ditandatangani oleh mereka bertiga juga dibuat atas kertas dengan Haris sebagai saksi. Farrah tahu kertas perjanjian ini tiada guna dan boleh dijadikan bukti jika sesuatu berlaku tetapi cukup untuk mengigatkan mereka bertiga tentang perkara itu.

 

Satu jaminan lagi.Lebih baik daripada tiada.

 

Antara isi penting dalam perjanjian itu ialah:

1.Amir boleh memilih sesiapa sahaja untuk menjadi pasangan hidupnya jika berjaya menyelesaikan projek tertentu dalam tempoh setahun. Pampasan perlu dibayar pada Farrah walauapa pun keputusannya. 

2.Jika Farrah mampu menunggu setahun hingga keputusan dibuat, Dato Kamal mesti  menunaikan satu permintaan Farrah. Permintaan perlulah tidak bercanggah pada mana-manaperjanjian lain. 

3.Setelah tempohs etahun dan keputusan dibuat, kedua-dua pihak; Amir dan Farrah perlu menerima dengan rela hati keputusan yang dibuat. Sebarang masalah berkaitan seperti bantahan dari keluarga atau tindakan undang-undang adalah tidak dibenarkan. 

 

Farrah melihat point ketiga. Rupanya itulah tujuan Dato Kamal. Supaya ayah dan ibunya turut menerima apa sahaja keputusannya nanti.

 

Keempat-empat mereka masing-masing memegang satu salinan. 

 

Datuk Kamal turut meminta supaya perjanjian itu tidak dibesar-besarkan walaupun bukan rahsia.Sekurang-kurangnya orang lain yang tiada kaitan tidak perlu tahu tentang perkara ini. Amir mungkin sekali memberitahu Diyana. Farrah pula bercadang untuk memberitahu ibubapanya. 

 

 

 

 

"Awak sangat hebat Farrah! Jarang sekali ayah sanggup setuju dengan tawaran yang boleh membahayakan statusnya sendiri!" puji Haris selepas mereka berdua keluar daripada bilik pengarah. 

 

"Farrah hanya ikut keadaan sahaja. Agaknya Dato dah bersedia sebelum menerima permintaan Farrah" nafi Farrah. 

 

"Ha ha. Awak sangat rendah diri. Hakikatnya, awak berani mempersoalkan cadangan ayah dan tidak terus menerima tawaran yang ada. Jika Haris bertindak macam awak lima tahun lepas.."

 

"Apa yang berlaku lima tahun lepas?" Soal Farrah. 

 

"Pendek katasaya perlu berani seperti awak. Awak buka mata Saya, Farrah. Saya belajar sesuatu hari ini!" Balas Haris tidak memberitahu secara terus-terang apayang berlaku lima tahun lepas. 

 

Perbualan merekaterhenti apabila salah seorang pekerja memanggil Haris. Haris kemudiannya beredar bersama-sama pekerja itu. 

 

Hari ini agak huru-hara sedikit. Ada banyak perkara berlaku dalam bilik pengarah tadi. Selepas ini Farrah perlu berfikir bagaimana hendak menjelaskan keadaan tadi pada ibubapanya.

 

***

 

Farrah kelihatan berani ketika berada dalam bilik pengarah pagi tadi. Tapi malam itu, dia mula menangis. Nampaknya hubungannya dengan Amir telah berakhir. Dia perlu menerima hakikat bahawa cinta pertamanya selama enam tahun telah tamat. 

 

Selepas ini Farrah janji akan mencari lelaki yang mencintai Farrah sepenuh hati!

 

Keesokannya, apabila Farrah menceritakan apa yang berlaku kepada ayah dan ibunya, muka ayahnya berubah. 

 

"Awak tahu Farrah, Dato Kamal amat licik. Dalam tempoh setahun ini, Farrah umpama tebusan Dato Kamal. Dato Kamal takkan benarkan Farrah berhenti kerja. Maknanya ayah dan ibu tidak boleh menolong Farrah atau berbuat sesuatu dalam tempoh setahun ini danjuga selepas keputusan diumumkan." jelas ayah. 

 

Apa yang dimaksudkan oleh ayah ialah Dato Kamal takut jika ayah atau ibu melakukan sesuatu yang dapat merosakkan nama baik mereka sekeluarganya terutamanya Amir. Datin Intan contohnya akan memberitahu kawan-kawannya yang lain berkenaan dengan ikatan yang diputuskan dengan sengaja oleh Amir sekaligus memburukkan nama Amir. Ayahpula pasti akan membatalkan atau menilai semula perjanjian perniagaan bersamadengan Dato Kamal sebelum ini.

 

"Adakah Farrah lakukan sesuatu yang salah?" 

 

"Tidak.Sekurang-kurangnya Farrah berjaya perolehi satu permintaan dari Dato Kamal.Ayah harap Farrah buat permintaan yang bijak. Apa yang ayah minta cuma satu; Farrah sentiasa gembira sepanjang setahun ini."

 

Menurut ayah, DatoKamal pasti akan memerhati tindakan Farrah. Jika ayah atau ibunya melakukan sesuatu demi Farrah, maka Dato Kamal tidak teragak-agak akan melakukan perkara sama pada Farrah.

 

Farrah bercadang mengikut nasihat ayahnya; sentiasa gembira dan tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Dia tidak bercadang atau terfikir pun untuk melakukan sesuatu yang boleh memalukan diri dan keluarganya. Jadi ugutan tersirat Dato Kamal tidak menakutkannya. Malah ugutan itu tidak perlu pun sebenarnya.

 

Untuk setahun ini,dia sangat berharap dapat menghabiskan masa dalam syarikat dengan aman tanpa masalah!

 

 

Previous: 01
Next: 03

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.