Home Novel Komedi/Romantik Komedi Aku villainess pantang menyerah kalah!
Aku villainess pantang menyerah kalah!
Seri Pagi
12/3/2020 11:52:05
60,092
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
01

Dia membuka kelopak mata perlahan-lahan. Dilihat siling bilik yang tidak sama dengan kanopi yang ada dalam bilik tidurnya. Badannya terasa amat sakit apabila cuba untuk bangun lalu dia menggerakkan tangannya. Ada jarum branula tertusuk kemas. Ah! Kini dia sedar dia berada di mana.. Hospital!

 

Dah berapa lama aku koma?

 

Itu soalan pertamanya. Mujur ada jururawat yang menjawab untuknya. Menurut jururawat itu, dia telah koma selama tiga hari. Tangan kanannya patah, dahinya berbalut dan sebahagian badannya lebam akibat kemalangan. Mujurlah tiada kecederaan serius selain dari itu.

 

Dan ingatannya mula kembali sedikit demi sedikit.

 

Namanya Farradhiya Ismail, anak emas pasangan Dato Ismail dan Datin Intan. Berumur 26 tahun. Ayahnya memiliki firma guaman manakala ibunya mempunyai bisnes kosmetik dan kesihatan dengan jenama sendiri. Dia tiada adik-beradik. Walaubagaimanapun, hidupnya sehingga kini tidak bosan kerana ibubapanya mengikut apa sahaja kemahuannya. Dia juga mempunyai bakal tunang… Bakal tunang!?

 

Serta-merta kepala Farrah berdenyut.

 

Ya! Kini dia ingat apa yang berlaku padanya. Dia memang mempunyai bakal tunang bernama Megat Amir kamal. Malah lebih memeranjatkan, sewaktu mengalami kemalangan bakal tunangnya ada bersama dengannya.

 

***

 

Farrah terkejut. Ini kerana kereta yang dipecut laju sebentar tadi berhenti di tepi jalan raya. Amir disebelahnya memandang Farrah dengan rasa hilang sabar. Mungkin sekali Amir rimas apabila mendengar cerita Farrah yang beriya-riya mengenai masa depan mereka berdua.

 

"Farrah..Dengar sini! Amir takkan bertunang dengan awak. Jauh sekali ingin berkahwin dengan awak. Amir akan beritahu keluarga Amir nanti dan pujuk mereka semua.Harap awak boleh beritahu ibubapa awak."

 

Berderau darah Farrah mendengarnya. Dia cuba bertenang.

 

"Mengapa sekarang? Mengapa tidak membantah awal-awal lagi? Amir, awak patut tahu perkahwinan kita berdua amat bermakna untuk kedua-dua keluarga kita. Dan awak patut tahu perasaan Farrah pada awak, Amir!"

 

"Amir tahu. Pada mulanya Amir dapat terima Farrah seadanya tetapi keadaan dah berubah. Amir taknak tipu semua orang. Amir taknak tipu perasaan Amir sendiri.Maaf, Amir jatuh cinta pada orang lain."

 

"Jatuh cinta pada orang lain? Maksud awak pekerja baru bernama Diyana Farouk tu ke?" Farrah mula hilang kawalan. Nadanya besar sedikit dari kebiasaan.Sudah tentu Farrah dapat mengagak orang yang Amir maksudkan.

 

Diyana Farouk adalah pekerja baru yang masuk bekerja dua bulan lepas. Menurut khabar angin yang tersebar dalam syarikat, ada pekerja lain yang melihat Amir menumpang pulang Diyana selepas habis kerja. Malah lebih dari sekali. Khabar angin lain lagi mengatakan Amir datang ke Human resource (HR) tempat Diyana ditempatkan hampir setiap hari semata-mata ingin mengajak wanita itu makan bersama-sama. Lebih teruk lagi, Amir pernah menghantar sejambak bunga kepada wanita tersebut.

 

Selaku bakal tunang Amir, sudah tentu Farrah rasa cemas mendengarnya. Semua orang dalam syarikat tahu Farrah dan Amir bakal bertunang. Setelah menyiasat beberapa perkara mengenai Diyana, Farrah perlu berjumpa dengan pekerja baru itu.Tujuannya untuk memberitahu bahawa Amir adalah bakal tunangnya dan menasihatkannya supaya tidak mendekati Amir lagi.

 

Suatu hari, Farrah berjumpa dengan Diyana sewaktu hampir rehat tengahari bersama dua orang kawannya. Ini kali pertama mereka berdua bersemuka. Tanpa berdalih Farrah memberitahu tujuan kedatangannya dan meminta Diyana tidak melayan Amir. Bagaimanapun, jauh dari menjawab pertanyaan Farrah, Diyana Cuma banyak meminta maaf, tunduk, mengeluarkan air mata dan kelihatan amat takut.

 

Dari pandangan pekerja lain yang masih ada dalam bahagian itu pada waktu itu, Farrah dan kawan-kawannya kelihatan seperti membuli Diyana. Farrah yang perasan dengan hal itu akhirnya mengundur diri dengan rela hati sambil berkata "Farrah tak marah awak sebab Farrah tahu awak pekerja baru. Tapi Farrah ingin nasihatkan supaya awak jaga kelakuan awak. Ada banyak pekerja lain yang turutsama perhatikan perangai awak. Bukan Farrah seorang!"

 

Insiden itu akhirnya tersebar luas dalam syarikat. Diyana pula mula menjauhkan diri dari Amir. Malangnya perkara ini tidak dapat diterima oleh Amir. Lelaki itu nekad memilih Diyana apabila tidak tahan melihat Diyana yang cuba melarikan diri daripadanya.

 

Sehinggalah suatu hari, Amir ingin berterus terang pada Farrah dalam satu perjalanan pulang…

 

"Amir jatuh cinta pandang pertama pada Diyana. Diyana juga sama. Awak tahu betapa remuk hati Diyana apabila dia terpaksa mengelakkan diri kerana awak mengugutnya!" Balas Amir tidak mengalah.

 

Farrah jadi hampa. Air matanya mula jatuh.

 

Jadi Diyana dan Amir saling menyintai antara satu sama lain! Habis, bagaimana dengan perasaannya? Selama enam tahun dia menunggu peluang itu. Selama enam tahun dia menyintai lelaki itu.

 

Kali pertama dia bertemu Amir adalah sewaktu mereka belajar bersama-sama dalam satu universiti yang sama. Pada mulanya mereka hanya berkawan tetapi Farrah sedar diamula sukakan lelaki itu apabila rasa selesa bersama-samanya. Farrah tidak menyangka kedua-dua orang tua mereka mengenali antara satu sama lain.Disebabkan itu hubungan mereka menjadi rapat sehingga Farrah dibenarkan melawat Amir di rumahnya. Malah, Farrah turut berkenalan dengan ahli keluarga Amir.Kedua-dua orang adik Amir turut menjadi kawannya; Megat Haris dan Putri.

 

Oleh kerana perasaannya kuat sekali, dia sanggup mengikut Amir bekerja dalam syarikat keluarga lelaki itu walaupun Farrah boleh bekerja dengan ayahnya selepas tamat universiti.

 

Farrah lakukan banyak perkara untuk Amir. Dia sanggup mendalami pelbagai-bagai ilmu terutama ilmu perniagaan dan memerhati serta berbual dengan senior dalam syarikat itu. Semuanya demi menjadi perempuan sempurna yang dapat menolong Amir nanti. Dia ingin berdiri sama taraf dengan lelaki itu.

 

Bagaimanapun usahanya sekarang ini jadi sia-sia. Amir tidak memilihnya.

 

"Inikali pertama Amir rasa perasaan ini. Bersama dengan Diyana buatkan Amir rasa gembira. Amir tak pernah rasa perasaan ini apabila bersama dengan orang lain…ataupun bersama Farrah." kata-kata Amir umpama menabur garam pada luka Farrah.

 

Awak kejam, Amir!

 

Dengan segera Farrah membuka pintu kereta lalu meluru keluar tanpa memandang sekeliling. Dia tidak mahu berada dalam satu ruang yang sama dengan Amir.Selang beberapa saat, dia mendengar bunyi seretan tayar sebelum menyedari dirinya melambung dan jatuh tersungkur diatas jalan raya. Dia sempat melihat Amir dan beberapa orang lain mengelilinginya sebelum pengsan.

 

***

 

Farrah meraung sekuat-kuat hatinya. Jururawat yang ada disebelahnya terpaksa memujuknya. Kejadian sebelum dilanggar itu membuatkan hatinya luka. Cinta pertamanya telah ditolak. Selama ini dia sentiasa dapat apa yang dia inginkan tetapi tidak kali itu.

 

Sekarang ini apa yang perlu dia lakukan?

 

Ibubapanya yang kebetulan datang pada waktu itu turut terkejut melihat keadaanya. Dengan cepat Datin Intan memeluk Farrah. Ayahnya Dato Ismail hanya memerhati dengan diam di hujung katil.

 

Selang beberapa hari berikutnya, Farrah dibenarkan balik berehat dirumah. Memandangkan tangannya yang patah masih lagi berbalut, sekurang-kurangnya dia dikehendaki rehat dalam jangka masa yang agak lama.

 

"Dato Kamal beritahu supaya jangan risau dengan hal kerja. Dia ingin awak rehat secukupnya." Pesan Datin Intan pada Farrah. Farrah hanya diam sambilmeneguk air yang diberikan ibunya.

 

Dato Kamal adalah ayah Amir dan juga pengarah urusan syarikat tempat dia bekerja.

 

Serta-merta Farrah memandang ibunya. Ini bermakna Dato Kamal pasti ada menceritakan hubungan antara dia dan Amir sekarang ini. Lagipun sepanjang dia berada dirumah, dia tidak mendengar apa-apa khabar dari kawan-kawannya dan juga Amir.

 

"Mak dan ayah dah tahu semuanya!" Ibunya kelihatan marah.

 

Malam itu, ibunya membebel tidak puas hati terhadap Amir. Ayahnya pula berdiam diridan sekali sekali menenangkan ibunya. Walaupun ibunya menyalahkan Amir dalam perkara itu, Farrah terpalit rasa bersalah.

 

Menurut ayahnya, Dato Kamal pernah datang berbincang dengannya. Dato Kamal turut tidak bersetuju dengan hasrat Amir untuk tidak meneruskan pertunangan. Ini bermakna Farrah masih ada peluang kerana mendapat sokongan dari Dato Kamal sendiri.

 

Tapi adakah dia akan bahagia bersama Amir nanti?

 

"Masalah Farrah dan Amir.. Farrah akan selesaikan sendiri selepas Farrah sembuh nanti.Walau apapun keputusannya nanti, Farrah akan bersedia. Farrah taknak perkara ni menghancurkan mood dalam rumah ini" ujar Farrah pada ibubapanya. Dia tidak mahu cerita itu menjadi topik perbualan mereka berhari-hari sehingga dia sembuh nanti. Nasib baik ibubapanya turut bersetuju walaupun amat jelas mereka berdua tidak berpuas hati.

 

Farrah dapat menjangka bahawa Dato Kamal tidak dapat menerima permintaan Amir.Daripada memilih wanita yang tidak tahu latar belakangnya sebagai menantu,Farrah adalah pilihan terbaik. Kedua-dua keluarga Amir dan Farrah mempunyai status yang sama taraf. Jika Amir dan Farrah berkahwin, kedua-dua keluarga mendapat manfaat nanti. Walaupun keluarga Dato Kamal jauh lebih kaya-raya dan mempunyai status lebih tinggi dari keluarga Farrah, ayah dan ibu Farrah mempunyai connection luas dengan orang dari perlbagai bidang. Ayahnya yang membuka firma guaman mengenali pelbagai-bagai jenis orang berlainan status termasuklah ahli perniagaan. Ibunya pula banyak mengenali orang-orang terkenal termasuk artis untuk mempromosikan produknya sendiri. Apa yang Dato Kamal mahukan adalah connection yang dimilik oleh keluarganya. Begitu juga ayah Farrah,melalui Farrah, ayahnya akan perolehi lebih banyak projek dan kerjasama dengan syarikat Dato Kamal.

 

Bagi Farrah dia tidak kisah dengan keinginan dan perjanjian antara ayahnya dan Dato Kamal. Seperti wanita lain, apa yang dia mahukan hanyalah berkahwin dengan lelaki yang disukainya. Lelaki itu juga mestilah menyintainya setulus hati.Tiada guna menghabiskan seluruh hidup bersama dengan orang yang tidak punya perasaan padanya.

 

Sambil memikirkan hal itu, Farrah tidak tersedar dia terlelap.

 

Malam itu dia bermimpi buruk.

Pertunangan Farrah dan Amir putus. Terlalu marah, Farrah kemudiannya memburuk-buruk Diyana,wanita pilihan Amir. Mendengar perkara itu, Amir selaku pengarah baru syarikat yang mengantikan ayahnya mahu Farrah meminta maaf kepada Diyana kerana memalukan bakal isterinya itu dihadapan semua orang. Selepas itu, semua pekerja lain mulai tidak percayakan Farrah dan menjauhikan diri darinya. Tidak tahan,Farrah akhirnya berhenti kerja. Akibatnya hidup Farrah jadi kucar kacir. Bisnes ibunya lingkup dan ayahnya pula menderita penyakit yang tidak dapat sembuh.

 

TIDAAAAKKKKK!!!!

 

 

Next: 02

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.