Home Novel Komedi/Romantik Komedi MIMPI YANG PASTI
MIMPI YANG PASTI
Dr. Writer
15/12/2017 06:06:30
46,430
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
MIMPI21

*MIMPI 21*

“So, when it comes to fate you can’t avoid it..”


“Rith, kau gerak dulu lah. Kejap lagi aku datang.”

“Kenapa?” Harith memerhati riak muka Humaira yang sudah menjadi sedikit pucat.

“Tak ada apa-apa. Aku nak ambil angin kejap.”, jawab Humaira dengan senyuman tawar. Dadanya yang sedang bergolak kencang itu ditutupnya dengan sebaik mungkin. Lalu, Harith pun pergi meninggalkannya sendirian.

Humaira yang masih dalam keadaan tidak keruan itu memusing memandang ke arah pokok-pokok tanaman yang ada di sekitar kawasan kampus itu. Dia tidak pasti mengapa dirinya semakin berdebar-debar sedangkan serasanya dia sudah membuat persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan itu. Namun, hatinya masih tidak tenteram. Malahan, dia makin bertambah gelisah dari keadaan sewaktu peperiksaan yang pernah didudukinya beberapa bulan yang lepas.

Bibir Humaira terkumat-kamit melafazkan zikrullah dan turut berdoa agar dirinya dapat kembali tenang. Dia juga turut membelek-belek nota ringkas yang dibuatnya sewaktu mengulangkaji bersama Harith. Rintik-rintik peluh mula terbit di wajah Humaira. Sesekali Humaira menyapu peluh di wajahnya itu sambil mulutnya membaca nota-nota yang berada di tangannya.

Buat kali yang ke berapa Humaira menyapu peluh di muka, tetiba dia terasa ada sesuatu yang sejuk melekap ke pipinya. Dia pantas menoleh dan kelihatan Harith sudah berdiri di sebelahnya dengan dua kotak susu strawberi sejuk yang tadi dilekapkan ke muka Humaira.

“Nah, sarap (singkatan sarapan yang direka mereka berdua) dulu. Nak jawab exam kena isi perut tu dulu barulah otak tu boleh dapat oksigen dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik nanti.”, kata Harith sambil menghulurkan dua kotak susu itu kepada Humaira.

“Dua-dua ni untuk aku ke? Apesal kau punya satu je? Susu coklat pula tu. Aku nak coklat juga.”

“Yela, yela.. Meh, bagi aku satu strawberi. Kau, aku bagi dua sebab otak kau tu perlukan double nutrient consumption baru boleh function sikit. Kalau aku satu pun dah cukup untuk otak aku proses dengan cepat dan mantap. Haha.”

“Kuajaq (kurang ajar).. Tapi tak apa, aku kalau minum memang tak cukup satu pun, hm.” Humaira sudah mula mencucuk straw lalu menyedut laju air susu coklat dan kemudia susu strawberi pula. Dia menghabiskan kedua-dua susu kotak itu dalam masa tidak sampai 5 minit.

Harith hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku Humaira itu. Dia memang sudah arif benar tentang Humaira yang sangat suka minum susu lebih-lebih lagi yang sejuk. Seperti sebelum ini, sekiranya mereka tidak sempat membeli sarapan pagi Humaira pasti akan membeli susu kotak di mesin kampus bagi mengisi perut. Maka, Harith juga sudah agak terbiasa dengan bersarapankan susu kotak.

“Kau nervous ke?”, tanya Harith bersahaja.

“Entahlah. Agak nervous juga la..”

“Chill la. Kau kan dah prepare study banyak dengan aku. Kau mesti boleh punya la..”

“Insya’Allah.. Harapnya macam tu la.”, jawab Humaira sambil menundukkan sedikit wajahnya.

“Kau kalau tak pass lepas aku dah ajar kau bagai nak rak ni, nanti aku post gambar kau time kecil tu kat IG. Biar promote sikit muka buruk kau tu kat seluruh Malaysia ni.”

Humaira lantas menjeling Harith yang sudah membuat reaksi mengejek. Ada sahaja idea Harith ingin mengenakannya. Mentang-mentanglah Harith sudah mempunyai senjata berharga yang mampu menjatuhkan saham Humaira di hadapan lelaki-lelaki bujang di luar sana.

‘Tak apa kau.. Kau tunggu je nanti bila kita balik rumah Nenda aku akan korek dalam-dalam rahsia jongkong emas yang kau simpan selama ni.. Kecil besar, kecil besar je aku tengok budak ni tau..’, gumam Humaira dalam hati.

Beberapa saat kemudian staf peperiksaan sudah berdiri di luar pintu dewan dan memanggil para pelajar untuk memasuki dewan. Debaran di hati Humaira kembali menerpa walaupun kali ini sudah semakin berkurangan. Mereka berdua berjalan beriringan memasuki dewan. Harith sempat mengucapkan “good luck” kepada Humaira sebelum mereka berpisah dan mengambil tempat masing-masing. Humaira turut mengucapkan perkara yang sama sambil membalas senyuman.

Setelah Humaira siap mengisi maklumat dalam ruangan slip kehadiran dan kertas peperiksaan dia mula menadahkan tangan dan berdoa seperti biasa yang diamalkannya dari dahulu. Usaha dalam mengulangkaji sudah. Sekarang, dia perlu berusaha untuk menjawab peperiksaan pula. Seterusnya, berdoa dan bertawakal. Dengan itu, segala keputusan yang bakal terhasil kelak akan diterimanya dengan hati yang redha.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Woi! Bangun, woi! Bangun!”

Nada dering alarm yang Humaira tetapkan itu bergema di setiap genap ruang biliknya. Voice note yang pernah dihantar oleh Harith suatu hari dahulu kini telah menjadi suara yang akan mengejutkan Humaira pada tiap-tiap hari. Setelah selesai menduduki peperiksaan pada hari yang terakhir itu dia terus pulang ke rumah sewanya lantas ‘berhibernasi’ untuk beberapa jam bagaikan sudah sekian lama tidak tidur. Humaira telah menguncikan jam dalam telefon bimbitnya untuk bangun pada pukul 2, namun dia terlajak tidur sampai pukul 3. Padahal, dia sudah berjanji dengan Nathrah untuk keluar berjalan-jalan berdua pada pukul 3. Habislah Humaira kena bebel dengan Nathrah kerana masih belum bersiap.

‘Eh, tapi kenapa Nath tak kejut aku pula ek? Selalunya 5 minit sebelum dia dah duk potpet-potpet kalau aku belum siap lagi. Ini senyap je dekat luar. Dia belum siap lagi ke?’

Humaira memeriksa telefon bimbitnya dan melihat status Whatsapp Nathrah dan ternyata kali terakhir status Nathrah aktif pada pukul 1 tengah hari iaitu sebaik sahaja mereka sampai di rumah balik dari peperiksaan tadi. Humaira cuba menelefon Nathrah ingin memastikan sama ada temannya itu sudah bersiap atau masih lagi dibuai mimpi sampai ke Korea, destinasi percutian impiannya itu.

“Assalamualaikum.. Anyeonghassaeyo.. Princess Nathrah from Joseon?”, gurau Humaira apabila terdengar suara serak basah Nathrah seperti baru bangun tidur.

“Waalaikumussalam.. Dae (Ya)..”

“Tobeokki, ramyeon dan bibimbap, dae..?” Humaira sudah mula merepek dengan menyebut nama-nama makanan Korea itu.

“Haa.. Dae, dae.. Anyeong..”

“Hoit! Min Ah, jangan nak anyeong-anyeong hassaeyo dulu! Bangun! Kan kita dah janji nak keluar gi shopping mall petang ni. Bangun sekarang!”

“Ha? Oh.. Eh, mianhae.. Kita baru bangun ni. Awak dah siap ke?”, tanya Nathrah yang baru tersedar dari mamai.

“Dah agak. Haha. Tak apa, kita ni pun sebenarnya baru juga terbangun tidur. Belum siap apa-apa pun lagi. Dah, pergi siap cepat. Awak dah solat ke belum tu?”

“Ok, ok. Belum solat. Tadi masuk bilik je terus tertidur. Bagi dalam 30 minit baru kita gerak eh.”

“Alright.”

Mereka berdua pun menamatkan panggilan lantas bersiap. Begitulah keadaan mereka setiap kali selepas menduduki kertas peperiksaan akhir. Mereka akan terus mendapatkan tidur kerana telah penat bersengkang mata demi mengulangkaji pelajaran selama beberapa hari berturut-turut. Kemudian, disambung pula dengan aktiviti post-exam treat seperti berjalan mencari makanan atau berjalan-jalan dalam kawasan Perak. Pada kali ini mereka hanya merancang untuk meluangkan masa di shopping mall yang terdekat. Sekadar untuk merehatkan minda dengan mencuci mata ataupun mencari makanan bagi mengisi perut yang lapar.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Rith, karok jom malam ni?” Amsyar merangkul bahu Harith sambil berjalan beriringan. Hanafi dan Yusoof di sebelah sudah memberikan reaksi yang baik dengan cadangan Amsyar itu.

“Malam ni aku tak berani janji, doh. Sebab aku tak sure lagi aku free ke tak.”, jawab Harith.

“Alah, kau ada hal apa lagi? Dah habis exam kan. Exam treats la, weh..” Pujuk Hanafi pula.

“Ke sebenarnya kau nak dating dengan ‘awek’ kau kan..?”, usik Yusoof sambil mengenyitkan mata.

“Dating apa benda kau? Tak ada maknanya la. Mesej pun tidak, lepas habis exam tadi. Nak dating apanya.”, jawab Harith bersahaja.

“Uit, merajuk ke? Sebab dia tak mesej ke kau tak ada mood nak karok dengan kita orang malam ni? Nak tunggu adinda pujuk ka?”. Gigih pula Yusoof hendak mengenakan rakannya itu. Amsyar dan Hanafi sudah sakan menggelakkan Harith.

“Kalau nak tunggu adinda seorang tu pujuk mahu beruban aku kena tunggu. Itu pun belum tentu dia nak pujuk. Haha.”

“Apalah kau orang berdua ni. Tak sweet langsung la macam tu.”, jawab Yusoof sambil menggeleng kepala.

“Kau nak kita orang sweet macam mana? Kau orang pun tau kan our situation. Not based on love or true couple.”

“Alah, pedulikan true love or true couple tu semua. Yang penting sekarang kau dengan dia dah ada ikatan yang sah kot. Kau try je la. Macam orang dulu-dulu bercinta lepas kahwin bahagia juga. Haa kan aku dah buka cerita orang dulu-dulu...”, jawab Amsyar dengan semangatnya. Ayat terakhirnya itu disambut dengan gelakan daripada yang lain.

“Ada je nasihat orang tua kau tu kan.”, ujar Harith.

“Haha. Weh, tapi serious ah bro cakap. Kau kalau tak hargai apa yang dah ada depan mata memang kau rugi la bro. Bukan setakat rugi je, boleh jadi dosa juga tau sebab kau kira macam dah ikat dia sebagai pasangan kau yang sah tapi dalam masa yang sama kau tak layan dia macam apa yang sepatutnya.”, ucap Amsyar panjang. Mereka yang lain sudah terbiasa dengan Amsyar yang banyak dengan kata-kata nasihatnya. Nak menghentikan, tetapi ada benarnya juga dalam setiap katanya itu. Maka, dilayankan sahaja teman mereka itu.

“Macam ni lah bro nak nasihat sikit. Kau anggaplah yang dia tu sebenarnya memang jodoh kau. Bukan sekadar peneman sementara dan bukan juga isteri kontrak ke apa. Dia memang Allah dah takdirkan untuk jadi jodoh kau sejak azali lagi. So, when it comes to fate you can't avoid it. Tak kisah la pasal cerita kau dengan dia disatukan dengan paksa atau rela, tu semua dah kena tolak tepi. Sebab yang penting sekarang macam mana kau nak bahagiakan rumah tangga kau yang dah terbina ni. Dia isteri kau, bro. Dah tertulis yang dia tu jodoh kau. Kau try je ambil hati dia. Aku rasa dia tu senang je kau boleh tackle. Walau luar nampak kasar tapi hati dia lembut tu. Bukan macam kawan dia si Nath tu. Berpuluh kali kita cakap, macam tu juga blur dia. Hahaha.”, sambung Amsyar dengan panjang lebar.

Namun, belum sempat dia menyambung ayat tiba-tiba ada sesuatu benda keras di hempuk ke belakang badannya. Boleh tahan kuat juga bunyi hempukan itu. Mereka berempat lantas menoleh ke belakang dan kelihatan Nathrah dengan muka gangster-nya sedang berpeluk tubuh. Beg tangan dipegang erat dengan sebelah tangannya. Amsyar dengan muka selambanya cuba berlagak seperti tidak bersalah.

“Kau kutuk aku apa tadi?”, tanya Nathrah.

“Kutuk apa? Bila masa aku cakap pasal kau?”

“Kau ingat aku pekak? Aku dengar kau sebut nama aku tadi.”

“Kau ingat kat sini kau seorang je nama Nath?” Amsyar sudah mula berundur sedikit setelah melihat Nathrah mula menapak ke arahnya.

“Ha ah. Memang aku seorang je nama Nath kat sini. So?” Nathrah mengangkat sedikit keningnya ala-ala Ziana Zain sambil menapak selangkah demi selangkah ke arah Amsyar.

“Aku bukan kutuk la.. Aku cakap pasal kau je. Ok, bye!” Amsyar sudah berlari jauh ke hadapan setelah menghabiskan ayatnya yang terakhir.

“Eee kurang asam betul la mamat ni. Dah mengata orang tak nak mengaku pula tu. Am, ke sini kau!”, ujar Nathrah geram. Dia mengejar Amsyar berbekalkan beg tangan sebagai senjatanya.

Harith, Humaira, Hanafi dan Yusoof sudah ketawa sakan melihat gelagat mereka berdua. Ada sahaja perkara yang mereka berdua nak gaduhkan. Harith yang telah reda tawanya memusingkan badan menghadap Humaira.

“Apa je la Nath dengan Am tu. Kahwinkan nanti baru tau. Haha.”, ujar Humaira.

“Haha. Eh, kau buat apa kat sini? Tak cakap pun nak lepak sini.”, tanya Harith.

“Saje je nak dating dengan Nath. Makan-makan, jalan-jalan, main-main kat sini. Sambil tu boleh cuci mata sekali. Hehe. Hai, Yus. Hai, Afi.” Humaira sempat bersapa dengan Hanafi dan Yusoof yang berada di situ.

“Oh.. Dating dengan Nath.. Patutlah tak reply whatsapp aku kan.”

“Eh, ya Allah. Kau ada whatsapp aku ke? Kenapa? Eh, sorry la weh aku tak perasan pun sebab tadi aku rushing siap-siap terus drive ke sini. Tak sempat tengok phone pun.” Humaira pantas mengeluarkan telefon bimbit dari poket dan memeriksa pesanan ringkas yang masuk. Ternyata Harith ada menghantar whatsapp menanyakan sekiranya Humaira ingin mengikuti dia berjalan keluar. Harith juga ada bertanya, Humaira sudah makan ke belum dan sebagainya.

“Oh, kau tertidur ke tadi?”

“Ha ah. Patutnya kita orang nak keluar pukul 3 tapi terlajak tidur pula. Itu sebab kita orang baru sampai ni. Kau orang pula buat apa kat sini? Nak join kita orang tengok movie sekali tak?”

“Haaa macam cun je. Jom.”, jawab Hanafi dengan teruja.

“Aku on je.”, kata Yusoof.

“Noice..”, jawab Humaira sambil menunjukkan thumbs up.

“Kau dengan Nath dah makan belum ni?”, tanya Harith.

“Kita orang plan nak melantak dalam cinema je. Hahaha.”

“Haha. Ok lah, jom. Tapi, tunggu dulu budak dua orang tu hilang ke mana. Tak nampak dah batang hidung. Ke dah hancur hidung si Am tu Nath kerjakan?”

Mereka semua menoleh mencari kelibat Nathrah dan Amsyar. Beberapa saat kemudian, kelihatan Nathrah dan Amsyar sedang memegang aiskrim sambil berjalan ke arah mereka. Nathrah dan Amsyar kelihatan seperti sudah berada dalam situasi berdamai dengan berbual-bual selamba. Harith dan yang lain turut menghampiri mereka.

“Am, Nath, movie jom.”, ajak Yusoof.

“Weh, cantik beb. Movie ramai-ramai lagi syok. Am belanja, jom.”, jawab Nathrah bersahaja.

Humaira dan yang lain hanya tergelak kecil melihat reaksi Amsyar yang sudah terpinga-pinga. Nathrah dengan selambanya berjalan sambil menarik lengan Humaira tanpa menghiraukan reaksi Amsyar.

Mereka bersama-sama menuju ke panggung wayang yang berada dalam shopping mall itu. Cerita hantu yang diarah oleh pengarah terhebat dari Eropah menjadi pilihan mereka. Sekotak besar popcorn serta beberapa makanan dan minuman dibeli sebelum mereka memasuki bilik panggung.

Nathrah, Amsyar, Yusoof dan Hanafi sengaja memberi ruang untuk Humaira dan Harith duduk bersebelahan. Nathrah dan Humaira yang telah duduk pantas mencapai makanan dan minuman masing-masing. Sebagaimana yang telah diperkatakan, mereka menjadikan panggung itu seperti tempat makan pula gayanya.

“Boleh kenyang ke makan tu je?” Harith bertanya kepada Humaira.

“Boleh. Tapi, kalau dah habis cerita lapar lagi nanti kita sambung la makan kat luar. Hik.” Humaira menyengih kejap.

Cerita sudah mula ditayangkan. Mata menatap ke skrin di hadapan manakala tangan masih ligat mencapai satu demi satu makanan. Nathrah menghulurkan kotak popcorn kepada Humaira dan tangan bersilih ganti menyambut kotak popcorn itu sampai ke Yusoof yang duduk paling hujung.

Lebih kurang 10 minit tayangan bermula Nathrah sudah menjerit-jerit terkejut dengan aksi-aksi hantu yang muncul. Tangan sebelah menutup mukanya dan sebelah lagi masih memegang makanan. Humaira pula masih dalam keadaan biasa walaupun dia juga sudah meremamg bulu roma, tetapi dia memang tidak pernah memberikan reaksi sampai terjerit-jerit sewaktu menonton cerita hantu. Biasalah Humaira, sentiasa cool and chill walau apa jua berlaku.

Si kaum jejaka turut tidak terlepas dari menutup muka dengan tangan setiap kali watak hantu dalam tayangan itu memunculkan diri secara mengejut. Suara Amsyar yang menjerit ketakutan turut kedengaran. Humaira yang menyedari keadaan itu hanya tersengih dalam diam.

Harith meletakkan popcorn di tengah antara dia dengan Humaira. Humaira yang menyedari popcorn itu diletakkan di sebelahnya terus mencapai beberapa butir popcorn dan dikunyahnya laju seperti makan nasi. Cerita yang ditayangkan sudah mencapai ke klimaks yang sangat menggerunkan. Para penonton yang berada di dalam panggung wayang itu semuanya senyap serta merta apabila pelakon utama memasuki sebuah bilik yang pancaran cahaya lampunya agak suram.

Pada masa yang sama jari jemari Humaira masih mencapai popcorn untuk dimakan. Mata yang tertatap ke skrin di hadapan tiba-tiba terhenti pergerakannya. Jari jemari Humaira seperti merasakan ada sesuatu yang agak lembut sedang disentuhnya dan pastinya ia bukanlah popcorn yang rangup itu. Dia terdiam buat beberapa saat. Namun, tiba-tiba lengannya dipaut erat dan itu membuatkan Humaira tersentak lantas menarik tangannya dari kotak popcorn.

Ternyata Nathrah di sebelah sedang memaut lengannya erat sambil menyembamkan muka ke lengan Humaira gara-gara takut untuk melihat aksi suspen yang bakal keluar. Humaira yang tadinya terkejut dengan tingkah laku Nathrah itu memandang temannya itu dengan pandangan geram.

“Ish, minah ni kan, buat terkejut orang je lah. Nasib baik tak kena heart attack tau.”

“Alah, pinjamlah lengan kejap. Takutlah.. Hantu tu dah keluar ke belum, hah? Hah?”, ujar Nathrah sambil mukanya masih disembunyikan dengan lengan Humaira.

‘Eh eh.. Tadi bukan main lagi dia kata threshold level dia tinggi lah, tak cepat takut lah, apa lah.. Cakap je lebih si Nath ni. Lepas tu, kacau daun betul tau minah ni. Aku baru je nak feeling-feeling tangkap cintan terpegang tangan Rith ni tadi. Kan dah melepas. Hai laaa...’, gumam Humaira dalam hati.

Harith yang melihat gelagat mereka berdua itu hanya tergelak kecil. Mereka terus menyambung menatap ke arah skrin dan fokus menonton cerita itu sehingga habis.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Weh, serius best doh, cerita ni. Nasib baik kau orang ajak tengok sekali. Rugi kot kalau tak tengok. Aku ni walaupun tak berapa gemar horror movie pun fokus tengok dalam tu tadi.”, bebel Yusoof yang tiba-tiba bersemangat hendak memberi ulasan untuk cerita yang mereka tontoni tadi.

“Tapi, aku rasa tadi ada orang macam sampai nak terkucil pun ada.” Harith sudah memandang sinis kepada Amsyar.

“Apa kau pandang-pandang? Mana ada aku terkucil. Aku sengaja je jerit tadi. Sengaja nak express the feel of thrill time tengok movie. Tu je.”, jawab Amsyar yang tidak mahu menunjukkan bahawa dirinya seorang penakut apabila menonton cerita hantu.

“Banyak la kau thrill. Sampaikan beg, lengan dengan badan aku sekali kau rembat buat tutup muka kau.”, balas Hanafi yang tadi duduk di sebelah Amsyar di dalam panggung wayang.

Mereka mentertawakan Amsyar yang segera menerkup mulut Hanafi. Mereka berenam terus keluar menuju ke kawasan mereka meletakkan kereta. Yusoof mengajak yang lain untuk menyambung sesi post-exam treat mereka dengan berkaraoke selepas makan malam. Pasangan suami isteri sudah ada bersama, apalagi, semua pun on la.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Selindung dibalik wajah indah.. Bila kau senyum.. Aku bagaikan terpanah oleh.. Mentera..”. Amsyar mengeluarkan suara memukaunya dengan menyanyikan lagu Drama oleh Drama Band. Dia menyanyi dengan penuh reaksi sambil mukanya tertumpu tepat ke arah Nathrah. Nathrah pula hanya membalas dengan riak muka bosan.

“Sebenarnya.. Lidahmu bercabang dua saat ku sedar..”. Amsyar dengan gaya annoying-nya menjulurkan dua jari di hadapan mulutnya bagaikan lidah yang bercabang dua yang dijelirkan kepada Nathrah. Melihatkan Amsyar yang makin menghampiri Nathrah segera membuka penumbuknya sekaligus menyebabkan Amsyar berundur kembali dan meneruskan nyanyian. 

Hampir saja aku terlewat

Untuk selamatkan diri

Curiga, madahmu penuh curiga

Setia, bodohnya aku setia

Pendusta, kau seorang pendusta

Yang penuh dengan drama

Trala-la-la-la-la-la-la kau memang drama

Trala-la-la-la-la-la-la kau memang drama


Mereka yang lain bergelak sakan dengan gelagat Amsyar dan Nathrah. Yusoof, Hanafi dan Harith turut menyertai nyanyian Amsyar beberapa saat yang kemudian meriuhkan lagi suasana dalam bilik itu. Humaira dan Nathrah juga tidak ketinggalan mengikuti lirik lagu Drama yang sememangnya merupakan lagu kegemaran mereka setiap kali mereka berasa bosan dan ingin menceriakan suasana.

Sehabis dua tiga lagu yang dinyanyikan sumbang oleh empat sekawan itu, akhirnya Amsyar pass mikrofon kepada Harith sambil menyinggung lengan Harith dengan sikunya. Dia juga sempat mengenyitkan mata dan berbisik kepada Harith menyuruh agar rakannya itu menyanyikan sebuah lagu khas untuk Humaira demi menambat hati gadis itu. Hanafi dan Yusoof segera mengangkat ibu jari masing-masing ke arah Amsyar menandakan mereka bersetuju dengan tindakan itu.

Aku di sini padamu

Sekali lagi padamu

Ku bawakan rindu yang kau pesan utuh


Aku di sini untukmu

Sekali lagi untukmu

Percayalah tak perlu lagi kau gundah


Pun aku merasakan getaranmu

Mencintaiku seperti ku mencintaimu

Sungguh kasmaran aku kepadamu


Hidup adalah tentangmu

Selalu saja tentangmu

Sepertinya kau adalah candu bagiku


Kau buat aku tak mampu

Selalu saja tak mampu

Menahan perasaanku atas dirimu


Pun aku merasakan getaranmu

Mencintaiku seperti ku mencintaimu

Sungguh kasmaran aku kepadamu


Sebaik sahaja Harith mula membuka mulutnya semua yang berada di situ terus terdiam dan bagai terpukau mendengar suaranya. Inikan pula Humaira yang sudah terbuai dengan suara merdu jejaka yang telah berjaya memaku pandangan matanya saat itu. Sejujurnya, Harith mula merasakan getaran dalam suaranya apabila sesekali matanya tertancap pada mata Humaira yang sedang asyik merenungnya. Sebagaimana yang telah dinasihati oleh Amsyar pada awal tadi, Harith mencuba untuk meluahkan rasa hatinya kepada insan yang mula wujud dalam hidupnya sejak beberapa bulan lalu.

Lagu Kasmaran oleh penyanyi terkenal Jaz itu kedengaran sangat mendamaikan lebih-lebih lagi apabila dinyanyikan oleh Harith. Humaira serba sedikit terasa bagaikan lagu itu ditujukan khas untuknya. 'Sesekali nak perasan. Apa salahnya, ye idok?'. Tanpa disedari sekuntum senyuman terhias indah di bibir Humaira. Pipinya turut terasa panas. Lantas, ditundukkan mukanya sedikit ingin disembunyikan daripada pengetahuan rakan-rakan lain. Malu tak habis sekiranya terkantoi. Minah sempoi tersipu-sipu dengan sebuah lagu jiwang. Puihhh… 

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

Harith dan Humaira hanya berdiam diri sewaktu di dalam kereta. Sebentar tadi, Amsyar menyuarakan pendapatnya bahawa seorang gadis tidak elok dibiarkan memandu waktu larut malam sebegitu. Maka, dengan macho-nya dia menawarkan diri untuk memandu kereta Humaira manakala Humaira pula disuruhnya menumpang kereta Harith dan mereka dibiarkan berdua-duaan. Nathrah pada awalnya sangat tidak bersetuju dengan saranan Amsyar itu. Namun, dia mula redha setelah dijelaskan oleh Amsyar tentang misi memberi ruang kepada pasangan dua sejoli itu.

Radio yang terpasang menambahkan lagi kesepian bicara dalam segenap ruangan kereta. Humaira terlentok kepala ke tingkap memandang ke luar manakala Harith hanya fokus memandang ke arah jalan di hadapan sambil tangannya mengawal stereng dengan santai. Keadaan saling diam membisu itu bermula sejak Harith menamatkan nyanyian lagu Kasmaran dan kembali mendapatkan tempat duduk di sebelah Humaira dalam bilik karaoke tadi. Entah apalah yang mereka fikir sampaikan masing-masing berasa janggal untuk memulakan bicara.

“Aira..”

“Rith, kau..”

Mereka berdua berkata serentak membuatkan mereka terdiam seketika. Kedua-duanya menoleh ke arah satu sama lain sejenak dan kemudian tergelak kecil.

“Kau cakap dulu.”, kata Humaira.

“Always ladies first.”, sambut Harith pantas membuatkan Humaira menggelengkan kepala dan mengalah.

“Takde.. Aku cuma nak tanya, agaknya kalau orang lain yang ada kat tempat aku dan disuruh kahwin dengan kau, kau terima tak? I mean if there is any other girl yang berjaya mencuri hati Nenda untuk dijadikan sebagai cucu menantu pilihan dia, kau akan terima dia juga dengan hati yang rela dan redha ke?”

“Jap.. Kau nak kata yang aku sekarang ni memang rela dan redha terima kau la ni eh?”. Ringan saja mulut Harith ingin mengusik Humaira.

“Ish.. Bukan macam tu lah maksud aku. Yalah, aku tahu kau mungkin tak rela dan tak redha kahwin dengan aku ni. Tapi, at least kita dah kahwin pun kan. So, I just want to know what IF.. THERE IS.. Other girl yang muncul. Agak-agak kau terima tak?”

“Eh, aku rasa soalan ni boleh masuk dalam kategori HOTs (higher order thinking skills) la. Macam tak jumpa je jawapan dalam kepala aku ni.”, jawab Harith sambil berpura-pura menggaru kepala.

“Hey, hey. Kau merepek apa HOTs bagai ni? Aku bukan pensyarah yang buat soalan exam pun. Aku jentik juga hidung kau tu nanti. Haha.”

“Eh, dah pandai main jentik pula minah ni eh.”. Harith mengacah seperti cuba menjauhkan diri daripada Humaira tanda tidak mahu dijentik hidungnya yang merupakan aset mahal itu. Humaira mula mengecilkan matanya tanda tidak puas hati. Gelagat Humaira itu mencuit hati Harith membuatkan dia tersengih lebar yang menampakkan sebaris giginya.

“Hehe. Gurau, gurau.”. Setelah menarik nafas dalam sedikit dia menyambung, “Serious aku tak ada jawapan untuk soalan kau tu. Aku cuma boleh kata, kalau that girl is my jodoh then kita orang mungkin akan kahwin. But, if she is not, then the marriage won't happen. And I think it will be the same for you if there is other person switch for my place.. Am I right?”

Humaira terdiam sejenak. Dia hanya tersenyum dan mengangguk sedikit memandangkan Harith menoleh ke arahnya. 'Adakah ini bermakna aku ni dah jadi jodoh kepada dia? Tapi, jodoh kan ada dua jenis. Jodoh selamanya.. Dan jodoh sementara.. Aku dan dia ni yang mana satu?'. Fikiran Humaira kembali melayang apabila memikirkan hal itu. Dia tidak pasti adakah hatinya mampu untuk menerima sekiranya jodoh jenis yang kedua itu menjadi takdir bagi mereka berdua kelak.

“Eh, tapi kan, aku kagum la dengan tahap keyakinan kau orang time nyanyi tadi. Kau orang memang suka nyanyi sumbang macam tadi tu eh? Lagi-lagi kau. Tak sangka aku. Hmm..”. Humaira sengaja ingin menukar topik.

'Eh eh.. Aku punya la nyanyi sehabis baik sampai dia tak kelip mata pandang aku tadi. Boleh pula dia kata suara aku sumbang? Dengki punya minah.'

“Ha ah. Sumbang macam tu lah yang best. Sampai aku perasan ada orang boleh meleleh air liur dengar aku nyanyi tadi kan. Ok la tu.”. Sempat Harith menyindir Humaira.

'Aik, aku ke yang meleleh air liur tadi? Takkan lah.. Seingatnya, aku tertenung dia je. Hesh, over je Rith ni..'

“Hm.. Untunglah boleh confident dengan suara macam tu..”

Harith bukan boleh dipuji sebegitu, mulalah dia mengacah flipping hair dekat Humaira. Beriya-iya dia flipping hair sehinggakan rambutnya yang sedikit panjang itu sudah terjulur ke muka Humaira. Humaira dengan pantas menarik rambut yang sudah ditalakan itu. Maka, menyeringai kesakitan lah Harith seperti budak kecil.

“Haa.. Bagilah lagi rambut tu.. Sampai botak pun aku boleh tolong buat. Jari-jemari aku ni tajam je nak cabut rumput kepala kau yang dah lama tak potong tu kan. Haha.”

“Eee.. Orang main-main je pun. Eh, tapi memang aku dah lama tak potong rambut ni pun. Kau reti potong rambut tak?”

“Hmm, nak kata reti tu tak ada lah sangat. Tapi boleh la.. Aku biasa potong rambut sendiri je and so far tak ada lagi orang kata gaya rambut aku macam bimbo atau sewel. So, ok la tu kan?”

“Kalau kau, tak payah nak tengok rambut pun orang dah nampak bimbo plus sewel plus masuk air.”

“Eh eh! Macam mana kau tahu.. HAHAHA.”

Suasana dalam kereta mereka sudah bertukar riuh kembali. Benarlah kata Nathrah suatu masa dahulu bahawa Humaira jika ditinggalkan berlama-lamaan walau dengan siapa sekalipun, suasana sunyi sepi boleh bertukar 360 darjah dengan tambahan gema daripada suara gelaknya sendiri.

≈ ≈ ≈ ≈ ≈

“Haachooo..”. Nathrah tiba-tiba terbersin.

“Hm.. Siapalah yang sebut nama aku ni.”, ucap Nathrah sambil mengesat hidungnya dengan tisu. Lengannya yang terasa sejuk diusap dengan kedua-dua tangannya sambil berpeluk tubuh bagi mendapatkan haba panas. Manakan tidak, dia duduk di tempat duduk bahagian depan sudah tentu lebih dekat dengan pendingin hawa.

Amsyar yang melihat keadaan itu segera menanggalkan jaket yang dipakainya dan dihulurkan kepada Nathrah di sebelahnya. Sempat juga dia menoleh ke bahagian belakang bagi memastikan dua sahabatnya tidak menyedari tindakan caring terlebihnya itu.

Nathrah pada mulanya enggan mengambil jaket Amsyar tetapi akhirnya dia terima juga setelah Amsyar meletakkan jaket itu di atas ribanya.

“Thanks.”, ucap Nathrah ringkas. Nathrah menyarungkan jaket itu ke tubuhnya dan dia kembali berpeluk tubuh. Sedikit sebanyak dia mula merasakan kehangatan badannya.

“Am. Kau bukan suka aku kan?”. Tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut Nathrah. Mata Amsyar membulat seketika dan menoleh Nathrah sekejap.

“Lambaaaaat lagi!”

“Hm. Baguslah.”

Mereka berdua pun kembali melayan perasaan. Bukan apa, waktu larut malam sebegitu bateri tenaga masing-masing sudah surut berbaki nak dekat satu peratus sahaja. Maka, mata pun sudah makin layu je. Tak perlu cakap tentang mereka berdua sahaja, dua sahabat mereka di belakang juga sudah syahid dengan dengkuran halus. Baik sahaja mereka tidur terlentok atas kepala sesama sendiri.


Previous: MIMPI20
Next: MIMPI22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr. Writer