Home Novel Komedi/Romantik Komedi Dia Suami Rahsia
Dia Suami Rahsia
Sweet Jasmine
16/11/2021 19:14:05
48,675
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 7
SUAMI VS BEKAS KEKASIH



      SETELAH kejung perut menahan debaran sepanjang rondaan pagi bersama Zaidan, 4 sekawan Amira, Pasha, Adri dan Shahid akhirnya dapat menghela sedikit nafas lega kerana mereka sudah tiba di pesakit yang terakhir untuk pagi ini. Wad di tingkat 3 ini semua pesakit berada di bilik berasingan.


Seperti biasa, Zaidan mendekati katil pesakit terlebih dahulu sebelum yang lain lambat-lambat menyusul dekat. Semua mengelak dari berdiri paling dekat dengan Zaidan. Terutamanya di sisi memandangkan Zaidan selalu memilih orang paling dekat untuk disoal. 


Kali ini, Amira yang terpaksa berdiri di sisi kiri Zaidan. Shahid dapat 'port' paling selamat iaitu di hujung katil sementara Pasha dan Adri, di sebelah katil bertentangan Zaidan. Kedudukan yang juga 'tidak selamat'.


   "Cik..." Zaidan membelek semula carta pesakit yang dibawa. "Fatin Nadhirah?"


   "Ya. Saya Fatin," sahut pesakit yang duduk di atas katil. Dapat menyandar kerana kepala katil dinaikkan separa. Cantik orangnya, kecil molek,  rambut keperangan terikat longgar. Gaya 'messy bun'. Luarannya tak terlihat seperti orang sakit. Tak pucat. Biasa-biasa saja.


Adri yang awalnya sempat mengelamun pendek, tersedar bila Pasha mencuit pinggangnya. Dilihat Zaidan memandangnya dengan muka 'kau tunggu apa lagi?'. Barulah dia kalut membelek buku notanya. Kaca mata dibetulkan, tabiat bila gemuruh.


   "Er... Patient, Fatin Nadhirah, 25 tahun, tak ada sebarang alahan pada ubat. Mengalami sakit  belakang for a few months. Tak pernah consume ubat sepanjang tempoh tu and tak pernah dapatkan rawatan atau check up. Semalam saya dengan Amira dah bawa patient for MRI." 


Kalahkan baca kamus Adri memberi maklumat. Nasib baik tak tergagap-gagap macam awal internship 5 bulan yang lalu.


Mendengar itu, Zaidan mengangguk acuh tak acuh. Dia membelek sekali lagi carta pesakit yang sudah tersedia laporan MRI di dalamnya. 


Sementara dia mengimbas sekali lalu, anak buahnya pula dalam diam bermain mata sesama mereka. Tak sabar nak cepat-cepat selesai. Setiap kali buat kerja bersama Zaidan, panasnya tu lain macam. Zaidan memang gila. Sukar nak ramal apa yang dia akan lakukan.


   "Okay. So how are you, Miss Fatin Nadhirah?" Zaidan bersuara sambil menutup fail di tangan. Fail diberi pada Amira, dan dia mula memeriksa belakang dada dan belakang tubuh Fatin menggunakan stetoskop.


Fatin mengerling sekilas pada Adri. "Macam yang doktor ni cakap. Saya dah lama sakit belakang. Saya fikir mungkin sebab period... or sebab banyak sangat kerja so saya biarkan jelah. Until 2 hari lepas saya dah tak tahan sangat and here i am."


Zaidan angguk, menanggalkan stetoskopnya. "Harini macam mana?"


   "Semalam belakang saya sakit, harini pun sakit. Pagi tadi, kaki saya pun dah mula kebas. Sakit sangat, doc."


   "It's okay. Kami akan beri pam PCA, jangan risau." Bersahaja Zaidan berpeluk tubuh pula kali ini. 


   "Jadi... kenapa, doc? Apa yang tak kena dengan saya? Saya dah boleh keluar ke? Sebab saya busy minggu ni. 3 hari lagi masjlis perkahwinan saya dengan tunang saya." 


   "Shahid, jawab soalan Cik Fatin." Tiba-tiba saja Zaidan menyeru Shahid membuatkan Shahid yang kononnya selamat di balik 'kubu' itu tersentak kecil.


Adri dan Amira ketap bibir menahan senyum.


   "Erm..." Shahid gugup. Laju tangan membelek-belek buku di tangannya. Tak cukup dengan itu, dia 'rampas' pula fail carta dari tangan Amira. 


   'Asyik aku je yang kena. Ini kan Adri dengan Amira yang uruskan. Aduh...'


   "Shahid, 2 hari OT satu jam bermula harini," kata Zaidan tak memberi Shahid amaran atau peluang. Lelaki itu selamba kembali pada Fatin tak menghiraukan muka kecewa Shahid.


   "Cik Fatin, based on MRI result yang kami terima, awak menghidapi myxopapillary ependymoma. Ataupun, sejenis tumor di salur spina."


Dahi Fatin berkerut seribu. Bingung dan kaget dengan makluman bersahaja dari Zaidan. Terlalu bersahaja jadi dia tak tahu sama ada penyakitnya ini sesuatu yang berbahaya atau tidak. 


   "Sorry?" Dia mengharapkan penjelasan yang lebih jelas.


   "Ada tumor di salur spina awak and awak perlu jalani pembedahan segera. Itu saja cara penyelesaian yang saya boleh cadangkan kalau awak tak nak lumpuh sepenuhnya."


Ternganga mulut Amira mendengar ucapan 'kejam' Zaidan itu. Tak berlapik langsung! Sempat dia mencari mata temannya untuk berkongsi rasa terkejut melalui isyarat mata. 


   "Risiko pembedahan? Yes. Ada. Peluang untuk sembuh? Dalam 95 peratus. Kalau awak setuju, kami boleh jalankan pembedahan petang atau malam ini," sambung Zaidan lagi tak basa basi.


Fatin menggeleng. "No. Doktor dengar tak saya cakap tadi? My wedding day is just around the corner. Saya tak nak jalani apa-apa pembedahan. Saya nak keluar."


   "Okay," balas Zaidan tanpa berfikir panjang. Tak guna memujuk serta merta selepas keputusan dibuat. Nafas dihela sekali sebelum dia mengatur langkah keluar dari bilik Fatin.


4 anak buahnya terkulat-kulat. Saling berpandangan dalam keliru. Memang muka bingung habislah pokoknya. Tak menunggu lama, mereka pantas mengejar jejak Zaidan. Untung Zaidan masih belum menghilang. Ada di kaunter, menulis sesuatu dalam fail carta Fatin Nadhirah.


Zaidan angkat muka selamba poyonya bila menyedari kehadiran 4 sekawan itu.


   "Ingatkan korang berempat bincang nak pakai apa majlis nikah Fatin tadi," sindir Zaidan tanpa segaris senyum. Muka kerek bak kata Shahid.


   "Siapa nak uruskan kes patient semalam? Patient yang korang nak bunuh tu. Hanis Othman."


Kali ini, masing-masing kunci mulut serapatnya. Ada yang tekur lantai, ada yang sampai juling mata merenung siling. Ada yang pejam mata. Yang pasti tak ada yang nak menyahut soalan Zaidan dengan harapan, 'biar orang lain yang dapat, asalkan bukan aku'. 


Zaidan berpeluk tubuh, masih menanti. Angkat kening memandang muka setiap anak buahnya silih berganti. Tak tahulah dia melatih warga 20an atau budak-budak tadika.


   "Hanis Othman perlu jalani pemeriksaan psikologi. Bawa dia jumpa Doktor Syuhada untuk..."


   "Saya, saya!" serentak Shahid dan Adri bersuara mengejutkan semua orang sekitar. Berebut-rebut mereka angkat tangan. Shahid tolak Adri, Adri tolak Shahid. Beria!


Amira kerut dahi. Tayang muka 'jijik'. Yelah. Kalau dia sokong Zaidan, dia dituduh 'crush' on Zaidan tapi ini apa kes pulak ni? Gatal nak berurusan dengan Doktor Syuhada. Hampeh!


   "Sebelum ni kan Doktor Zaidan suruh saya jaga Cik Hanis jadi harini biar saya pantau dia." Pandai pula Adri bermain kata mengundang jelingan Shahid.


   "Doktor Zaidan suruh Adri jaga Cik Hanis tapi dia tinggalkan Cik Hanis sorang-sorang. Saya boleh buat lebih baik dari Adri. Bagi saya yang pantau Cik Hanis." Shahid pun boleh tahan hebat bentangan hujahnya. Tak ada lagi gagap, tak ada lagi gemuruh. Bersemangat membara-bara.


Zaidan diam. Lama merenung muka Adri dan Shahid sambil berfikir-fikir. Bukannya dia tak tahu apa punca semangat anak buahnya ini. 


   "Okey," putus Zaidan akhirnya membuatkan Shahid dan Adri tersenyum lebar kerana menyangka mereka berdua terpilih untuk bertemu Doktor Syuhada. Eh. Silap. Untuk... memantau pesakit bernama Hanis Othman. Ya. Betul.


   "Amira, Pasha, korang handle Hanis Othman."


   "Yes, doc!" Ceria Amira menyahut dengan senyum puas bergayut di bibir sedang Adri dan Shahid jelas tampak hampa tahap bawah tanah.


   "Shahid, Adri, korang handle Fatin Nadhirah. Aku tak kira kau nak pujuk dia ke, kau nak ugut dia ke, kau nak rasuah dia atau apa cara sekalipun. Yang aku nak tahu, dia bersetuju nak jalani pembedahan untuk petang atau malam ni. Jelas?"


   "Tapi..."


   "Okay. Aku ada meeting. Korang pergi buat kerja korang."


Tak memberi sekecil-kecil peluang untuk Shahid atau Adri bersuara, Zaidan segera berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Bila bayangnya benar-benar hilang dari radar, barulah 4 sekawan dapat menghela nafas lega. 


Amira sudah pun menyandar pada kaunter. Lenguh dan pejal di bahagian belakang betisnya.


   "Aku rasa Zaidan tu benci akulah," ucap Shahid setelah mengelamun pendek.


Adri menoleh, kerut dahi. "Bukan dia benci semua orang ke?"


   "Antara kita berempat, dia benci aku lebih. Cuba kau flashback mula dari first day internship sampai sekarang. Kenapa mesti aku? Semua kerja susah, berisiko, semua dia bagi aku. Soalan yang payah, semua tuju aku. Kau tahu kan hujung katil tu port paling strategik? Guess what? Dia masih soal aku," luah Shahid panjang lebar mengundang anggukan Amira.


   "Well, sebab kau yang benci dia sebenarnya. Kau banyak sangat kutuk dia, ha. What you give, you get backlah," tokok Amira disambut anggukan Adri pula. 


Pasha? Macam biasa. Pendengar setia.


Sedetik, Shahid mengeluh panjang.  "Tsk. Aku pun nak jumpa Doktor Ada. Si cantik manis, si ayu jelita yang buat hati aku berdegup kencang..."


   "Bukan ke kau cakap jantung kau cuma berdegup kencang bila nampak Zaidan datang?" sampuk Adri polos.


Meledak tawa Amira benaran terhibur. Kepala diangguk-angguk tanda bersetuju seratus peratus bicara Adri. Mereka ber'high five' bagai.


   "Tengok muka kerek Zaidan, jangan kata berdegup. Nak tercabut jantung aku. Tak ingat tadi? Pagi-pagi kita lari macam lipas kudung, bazirkan tenaga kita, cuma untuk puding karamel?" Shahid masih tak dapat 'move on' kejadian tadi pagi.


Pasha tersenyum lucu. "At least you dah tak mengantuk."


   "Eh eh. Kau boleh bercakap rupanya?" giat Adri cuma niat menyakat.


Tersipu-sipu Pasha dibuatnya.


   "Pasha, jom jumpa Hanis Othman. Kita boleh jumpa Doktor Syuhada jugak. Nanti kita mintak tips macam mana nak jadi famous macam dia." Sengaja Amira berkata depan muka Shahid seraya memaut lengan Pasha.


Shahid dan Adri mencemik sebal. Cuma mampu menghantar langkah 2 temannya itu pergi ke wad VVIP di tingkat 4.


   "Haish. Aku pun nak jumpa Doktor Ada..." Shahid tayang muka paling hampa.


Adri angguk, memeluk bahu Shahid. "Nanti kita menyelit, kau jangan risau. Yang penting, macam mana nak pujuk Fatin Nadhirah untuk jalani pembedahan?"





----------------------------------------------------



   SYUHADA duduk di baris yang kelima dari depan susunan kerusi di dalam dewan tertutup yang terletak di tingkat 6 bangunan East Wing. Kedudukan kerusi meninggi menghadap pentas hadapan jadi bila Syuhada duduk di baris kelima, empat barisan hadapan semua pada menoleh ke belakang untuk memandang Syuhada. Well, tak adalah semua. Sebahagian yang lelaki yang masih bujang mungkin? 


Yang barisan belakang pun terendap-endap nak mencuri pandang seraut wajah indah Syuhada. Maklumlah. Nama saja kerja di bawah satu bumbung tapi bukan senang nak bersua muka antara mereka. Nak-nak kalau dari unit atau jabatan berbeza.


   "Ada, tengok sana," bisik Dahlia, teman sekerja Syuhada yang juga pakar psikologi. 


Syuhada yang tadinya cuma menekur kuku sendiri, angkat muka memandang Dahlia. Dilihat Dahlia memberi isyarat mata ke satu arah jadi dia pun dengan polosnya melempar pandang ke arah itu. Baris keempat, nun di hujung sebelah kanan. Tapi dia tak tahu siapa atau apa yang Dahlia maksudkan memandangkan ada banyak orang di situ.


   "Kenapa?" Soalnya pada Dahlia.


Dahlia senyum meleret. Jarak mereka dirapatkan. "Doktor Kumar dari tadi lagi usha awak. Why not bagi dia chance? Dah 2 tahun dia jadi admirer awak kan..."


   "Ish Lia ni," pangkas Syuhada menoleh kiri dan kanan. Segan dengan usikan Dahlia. Dia sebenarnya tak rasa pun Kumar itu 'admirer'nya. Dan dia tak rasa yang dia 'popular' seperti mana orang-orang sekelilingnya selalu katakan.


   "Kenapa? Indian bukan taste awak ke? Nak yang sebangsa aje?" usik Dahlia lagi membuatkan Syuhada pantas menggeleng. 


   "Tak... Saya tak maksudkan macam tu..."


Kali ini dia menoleh sekilas pada Kumar yang kebetulan sedang mencuri pandang ke arahnya. Sempatlah mereka berlaga mata untuk sesaat. Dua-dua pemalu.


   "Doktor Kumar tu baik. Ada suka berkawan dengan dia. Banyak ilmu baru yang dia selalu share dengan Ada. Prihatin jugak."


   "So? Maralah ke step seterusnya. Hensem tau dia tu. Muka macam hero tamil yang Kak Yong minat gila-gila tu. Siapa nama dia? Dhanush?" Beria Dahlia nak jodohkan Syuhada dengan si manis Kumar. Eloklah sama cantik, sama padan. Sama-sama pemalu dan lembut bicara.


   "Ada suka Doktor Kumar as a friend, nothing more. And Ada yakin, Doktor Kumar pun anggap Ada ni kawan sahaja."


   "Hmh. Polos sangatlah awak ni. Awak tak pandai nak baca lelaki."


Syuhada mencebik manja. Lengan Dahlia dipaut mesra. "Lia pandai baca lelaki ya?"


   "Eh mestilah. Saya akan buktikan. Hm..." Dahlia meluaskan pandangan ke sekeliling dewan untuk mencari 'bahan eksperimen'. Beberapa detik, dia menemui sasarannya.


   "Baris kedua kat bawah sana tu. Hujunggg sekali. Nampak tak?"


Spontan Syuhada menggerakkan tunak mata ke arah yang Dahlia sebutkan. Agak jauh jaraknya jadi anak matanya dikecilkan untuk melihat dengan lebih jelas. Berkerut dahi saat menyedari orang itu adalah suaminya sendiri. Taufik Zaidan, duduk di kerusi paling hujung. Kerana susunan kerusi sedikit melengkung, jadi dia dapat melihat sisi wajah lelaki itu. Sedang berbual dengan Hana.


   "Hitler malaya, Taufik Zaidan."


Suara separuh berbisik Dahlia merentap semula perhatian Syuhada. Cepat-cepat Syuhada mengawal air muka. Mengusir perdebatan dia dan Zaidan semalam yang baru saja nak menjengah benak.


   "Awak nampak tak cara Hana bercakap dengan Zaidan?" Mod 'profiler' Dahlia muncul benar-benar buat Syuhada fokus seratus peratus. Tekun tadah telinga.


   "Kenapa dengan cara Doktor Hana bercakap Doktor Zaidan?"


   "Cara Hana bercakap, jelas yang dia sukakan Zaidan lebih dari rakan sekerja."


Syuhada tersentap. Sebu dalam perut dijerut satu rasa aneh. Cemburu? Entah.


   "Lebih dari rakan sekerja?" Dia jadi ingin tahu tanpa sedar.


Dahlia angguk. "Tengok cara dia pandang Zaidan. Tak berkalih kan? Dia macam... nak sangat tarik perhatian Zaidan. Setiap kali bercakap, mesti nak buat physical contact. At least tepuk lengan."


Syuhada telan liur. Dia melirik pada Zaidan dan Hana. Penerangan Dahlia, kedengaran tepat sekali bila dia perhatikan sekarang.


   "Tapi..." sambung Dahlia. Eh. Pandai betullah Dahlia ni tarik minat orang. Pencerahan, nada suara, lenggok kata. Semua on point!


   "Tapi apa?" Bercahaya mata galak Syuhada.


Dahlia yang berselendang belit warna kelabu itu berfikir sejenak.


   "Tapi Zaidan tak berminat. Cara dia bercakap, cara dia pandang Hana, walaupun nampak macam... yelah. Walau dengan muka kerek dia tu, tapi dia sebenarnya selesa dengan Hana. Cuma tak lebih. Dia tak ada perasaan sama macam Hana."


Fuh... Syuhada menghela nafas lega tanpa pengetahuan Dahlia. Kepala diangguk-angguk. Hilang sedikit debaran.


   "Jadi maksud Lia, cinta bertepuk sebelah tangan?"


Dahlia angguk. "Yup. Hana suka Zaidan lebih dari seorang kawan, Zaidan pulak suka Hana cuma sekadar kawan. Tapi Zaidan dah ada someone yang dia suka."


   "Hah?" Untuk ke sekian kalinya mata Syuhada membulat. Debaran tadi tak pergi jauh lagi, debaran lain pula datang menyinggah. Dahlia tahu ke tentang dia dan Zaidan?


   "Maksud Lia?"


   "Bahasa tubuh, bahasa mata, saya yakin Zaidan dah ada orang yang dia suka. Atau lebih tepat, dia dah berpunya."


Gulp! 


   "Er..." Syuhada kering dalam tekak. "Siapa?"


   "Entah. Saya tak sampai lagi tahap ahli psikik, Cik Syuhada oi... Yang saya yakin, Zaidan dah berpunya."


   "Oh..." Syuhada kembali lega. Sekurang-kurangnya Dahlia tak tahu siapa pasangan Zaidan.


   "Tapi saya dengar nurse dari wad tingkat 3 berketupat, mereka cakap yang... Zaidan tu gay. Mungkin dia ada hubungan dengan Hadi. Doktor Hadi."


   "Tak baiklah, Lia!" Laju tangan Syuhada menepuk tangan Dahlia yang di atas paha.


Dahlia ketawa lucu sambil menggosok-gosok tangan sendiri.


   "Kalau tak pasti, jangan cakap, jangan sebar. Nanti jatuh fitnah. Dosa tau. Kat padang masyhar nanti Lia nak ke merangkak cari Doktor Zaidan?"


   "Wow. Deep betul eh?" Dahlia ketap bibir menahan gelak. "Nampak gayanya, satu hospital ni akan buat reunion kat padang masyhar nanti. Semua merangkak cari Zaidan."


Syuhada melirik dengan juihan pendek tanda tak senang dengan bicara Dahlia. Yalah. Walau sekadar gurauan, tapi dia memang tak suka perkara yang 'kasar' atau bermain dengam agama.


Jadi akhirnya Dahlia ketawa memeluk bahu Syuhada. 'Geram' dia mengucup-ngucup pipi pau gebu Syuhada. Haih. Cemburulah orang sekeliling yang melihat babak mesra itu.


Selang beberapa saat, telefon bimbit Syuhada berdenting 2 kali tanda ada pesanan baru masuk. Syuhada dengan senyum bersisa mengeluarkan iphone silvernya dari poket kot putih yang dipakai. Melihat bentuk hati merah tertera di skrin, senyumnya mati serta-merta. Pantas menoleh sekeliling memastikan tiada mata yang melihat. Lagaknya macam nak buat jenayah berat. Bukan main waspada dia membuka pesanan Whatsapp yang baru diterima. Cahaya paparan telefon sudah digelapkan.


Bila dia buka kotak perbualan dari pengirim hati merah itu, sekeping gambar terpampang jelas. Gambar swafoto Zaidan. Sudut gambar diambil pula dari bawah, depan muka. Macam abah-abah berswafoto. Melihat gambar itu, bibir spontan merekah senyum. Mesej di bawah gambar pula dia baca dalam hati.


   'Belum mula, abang dah mengantuk. Ada tips tak, Doktor Ayu Syuhada?'


Syuhada ketawa kecil luar kawalan. Hati berbunga-bunga gembira. Lenyap susah hati perihal semalam.


   "Ada, CP dah datang," maklum Dahlia tiba-tiba membuatkan Syuhada tak sempat membalas mesej sang suami. 


Syuhada memasukkan telefon semula ke dalam poket kot dan posisi dibetulkan agar fokus pada CP Hadri.


CP Hadri, lelaki lewat pertengahan 60an, beruban putih dalam kot putih dan seluar slack hitam berdiri di atas pentas. Berdiriy dia di situ, cukup untuk membuatkan satu dewan berubah senyap tanpa sebarang bunyi. Semua memberi tumpuan pada Ketua Doktor itu melainkan Zaidan seorang yang tumpuannya melekat pada skrin telefon. Mungkin sedang bermain permainan dalam talian. 


   "Thank you to my fellow colleagues whom i genuinely respect," ucap CP Hadri pembuka bicara. 


   "Thank you for taking the precious time to be here with me today. On this auspicious day, i would like to introduce someone who is very great in terms of his personality and abilities. Someone who will go through joy and sorrow with us, someone who will join up and down with us, someone who will fight through the journey with us. Introducing, Doktor Khalis Kamarulzaman!"


Tepukan gemuruh menyambut mukadimah panjang lebar dari CP Hadri disusuli kemunculan seorang lelaki dari pintu masuk sebelah kanan pentas. 


Dalam masa yang sama, Syuhada di tempatnya terkedu mati kata. Dia seperti dipanah petir. Tak berkutik dia walau seinci. Mata galak pun tak berkedip. Tepukan gemuruh sekeliling juga tak didengar. Dalam kepala cuma bergema suara gelak tawa dirinya dan bekas kekasih. 


Tika ini, dia cuma melihat sebatang tubuh di atas pentas hadapannya. Hati dibalut satu rasa hangat. Hangatnya mengimbau kenangan lalu. Kenangan lalu dimana yang dia rasa cumalah manisnya sebuah cinta. 


Siapa sangka rasa itu sekali lagi membalut hati? Itu yang dia rasakan saat ini. Liurnya ditelan kesat. Jantung berdegup aneh. Perut bagai nak kejung. Ya Allah... Apa yang aku rasa sekarang?


   "Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yes, i am indeed, Khalis Kamarulzaman. Apa yang saya boleh cakap, saya tak hebat seperti mana yang diwar-warkan CP Hadri. Hmm... I would rather say myself as mediocre human being? Yup. Much better, less burdensome." Lancar bicara Khalis sekali gus kedengaran menyedarkan Syuhada.


Manusia lain yang memenuhi dewan nampaknya terhibur dan berkenan dengan yang namanya Khalis. Lelaki itu memberi tanggapan pertama yang baik.


Cuma Syuhada yang merasa tak senang sendiri. Mata tak dapat dilarikan. Seakan... tak percaya dia dapat melihat Khalis setelah 15 tahun lamanya. Dan Khalis... tak banyak berubah. Senyumannya masih polos seperti dulu. Senyuman yang tak pernah lekang dan berjangkit. Sesiapa yang melihat senyum itu, pasti ikut tersenyum. 


Gaya... mungkin sedikit berbeza. Kalau dulu, berkaca mata tebal, berambut ikal separa atas bahu dan berhoodie sepanjang masa. Sekarang, rambutnya pendek menampakkan sipi-sipi kulit kepala. Kemas dan rapi. Berseluar jeans hitam dan baju T polo warna hijau emerald. Tubuh sedang-sedang saja. Tak berotot macam ahli gusti, tak juga keding macam cicak kubing. Untuk ketinggian 170CM, cukup ideal. 


Eh. Ini nak kenalkan doktor baru atau nak kenalkan calon suami? Maaf, penulis terlebih imagine. 


Kembali pada Khalis, lelaki itu selesai dengan pengenalan ringkasnya. Sedikit maklumat peribadi dan banyak maklumat latar belakang pendidikan serta pengalaman sepanjang bergelar doktor pakar dalam bidangnya. 20 minit yang buat satu dewan kagum dan 'jatuh cinta' padanya. 


   "Saya sebenarnya masih tak percaya yang Doktor Khalis sudi memilih HMIMC over your former work place. Boleh Doktor Khalis kongsikan apa yang buat Doktor Khalis memilih kami?" CP Hadri mengajukan soalan di hujung pengenalan Khalis.


Syuhada di baris kelima, memberi sepenuh perhatian. Bibir tak mampu mengukir walau segaris senyum.


   "Hmm... Menarik soalan tu. Tapi saya nak jelaskan yang High Moon International Medical Centre is one of the best hospital yang saya tahu. Dari segi kepakaran kaki tangannya, sistem, servis dan sebagainya. Khabar tentang kehebatan HMIMC dah tersebar di serata dunia."


Tepukan gemuruh menyambut pujian Khalis, termasuklah CP Hadri yang tak dapat mengawal senyum bangga di wajah tuanya.


Selang sesaat, Khalis angkat muka. Pandangannya dibuang ke baris kelima bertentanggannya. Jatuh pada seraut wajah Syuhada. Lama pandangan mereka bertaut kerana Syuhada tak mampu mengalihkan pandangan. 


Pandangan yang sayu... Seperti 2 hati yang terpisah jauh walau jasad berada dekat.


   "Tapi saya ada sebab saya tersendiri yang buat saya berada di pentas ini sekarang. Ada sesuatu istimewa di sini. Sesuatu yang sangat istimewa, sangat berharga, dan sangat saya perlukan dalam hidup saya. Saya datang... kerana janji. Janji lama yang tertangguh."


Syuhada tersedar saat tepukan gemuruh untuk kesekian kalinya memenuhi segenap dewan. Anak matanya segera dilarikan dari terus hanyut dalam pandangan Khalis. Hati beristighfar panjang, mengawal jiwa yang terbabas dari landasan. Jantungnya yang berdegup kencang, dia pujuk agar bertenang. Kisah dia dan Khalis sudah lama terkambus. Dia sekarang bahagia sebagai isteri Zaidan jadi kenapa dia perlu rasa begini? Kenapa dia perlu keliru dengan perasaannya sendiri?


Pandangnnya kemudian diangkat lambat-lambat. Memandang Zaidan di hujung baris kedua. Untung saja suaminya itu langsung tak memberi perhatian. Tekun dengan permainan dalam telefon bimbit.






-----------------------------------------------------



   SYUHADA membolos masuk ke dalam perut lif kosong. Tiba-tiba saja dia rasa tak sihat. Hatinya tak selesa, isi perutnya juga tak selesa. Apa yang dia fikirkan? Entah. Dia cuma nak segera berehat di pejabatnya dan bersihkan satu kepala.


Tapi baru saja nak menekan punat nombor pada dinding lif, anak matanya melihat batang tubuh Khalis berjalan dari arah bertentangan. Menuju ke arahnya. Cukup untuk buat dia resah gelisah. Kerana dia tak mampu berbuat apa, jadi Khalis sudah berjaya masuk dan sekarang berdiri di sisinya. Ah. Senario yang dia cuba elak telah berlaku. Di ruangan sempit dan tertutup, dia berdua dengan Khalis.


   "Tingkat berapa?" Khalis memulakan 'sapaan' dengan soalan.


Syuhada jadi gugup. Tak berani pun bertentang mata. "Lobi."


Khalis senyum, menekan punat 'G'. Di saat pintu baru nak tertutup... 


Zap! Sebatang tubuh menyelit masuk dan pintu pun tertutup rapat. Fuh! Hampir tersepit.


Syuhada kaget. Begitu juga Khalis.


   "Awak tak apa-apa ke?" Soal Khalis sopan dan ramah. Hm. Macam mana tu? Sopan dan ramah, dua sifat yang tak ada pada seorang makhluk di hospital ini. Angkat tangan kalau ada tahu siapakah makhluk itu.


Zaidan membetulkan kot putihnya. Telefon di tangan dia belek sesaat. Mengeluh berat kerana paparan skrin telefonnya menunjukkan dia kalah dalam permainan dalam talian yang dia main sejak dari dalam dewan tadi.


   "Aku okey," jawab Zaidan bersahaja berundur ke balakang agar dapat menyandar. Muka tak puas hati kerana kalah dalam permainan telefon.


Syuhada di sebelah kanan, berdiri rapat ke dinding. Muka pucat lesi macam pesalah besar. Tunduk dia menekur lantai kerana mana mungkin dia tegar nak angkat muka untuk melihat 2 lelaki di depannya tika ini. 


Suami dan bekas kekasih!

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Sweet Jasmine