Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
31,273
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 10

Bab 10


“Baiklah mulai hari ini, kami akan mula kerja secara rasmi. Saya harap anda jaga diri anda baik baik. Keep yourselves hydrated. Dan jaga partner anda masing masing. Jika anda perlukan apa apa bantuan, penjelasan atau ada masalah. Saya harap anda jangan segan untuk berjumpa dengan saya.” Profesor Bakhtiar memberi ucapan ringkas kepada kumpulannya sebelum mereka mula bekerja.


Hari ini kumpulan Kampung Seraya akan mencuci dan mengecat kembali segala kawasan yang masih boleh digunakan. Beberapa pelajar lelaki juga akan mula membancuh simen untuk mula membaiki bahagian Rumah Anak Yatim Ikhlas yang sudah usang.


Mereka terus bermula kerja masing masing dengan penuh semangat dan dalam masa beberapa minit, tidak lagi kedengaran suara mereka bergurau atau bersembang. Masing masing telah sibuk. Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi, mereka semua berazam untuk melakukan yang tebaik mungkin untuk kanak kanak ini.


“Puteri bagi aku permutar skru yang ada kat sebelah kau tu,” pinta Danish. Dia tidak mahu membuang masa menanggalkan kasut setakat untuk mengambil satu barang. “Ambil sendiri.”


Eh minah ni, kenakan aku balik nampak. Danish menggeretus dalam hati. “Ala, passkan jer lah. Buang masa lah nak buka buka kasut ni. Bukan berat pun.”


“Eh mamat, kau dengar sini eh. Kau jangan ingat kau lelaki, aku takut dengan kau. Jangan fikir kau suruh jer aku mesti nak buat. Aku tak tahu apa masalah kau but if you are going to walk around with so much attitude, then don’t expect me to be polite either. Ambil sendiri.” Puteri membalas dengan nada yang agak kasar. Sumpah dia geram. Ikutkan hati nak jer dia cekik cekik mamat sengal ni.


Wah garang jugak minah ni. Sekali pandang macam lembut jer. Rupanya harimau dalam selimut kut. Dengan perasaan agak malas, dia menanggalkan kasut dan melangkah masuk untuk mencapai pemutar skru yang menjadi punca perbalahan mereka.


Sambil berlalu belakang Puteri, sempat Danish mengata Puteri, “Dasar perempuan sewel!”


Sejak kejadian itu, Puteri tekad untuk tidak beri peluang pada Danish untuk membulinya. Kalau Danish tinggikan suara, dia tinggikan dua kali ganda. Kalau Danish tolak dia sekali, dia akan tolak dua kali. Biar mamat tiga suku tu tau, Ni Puteri Arissa lah. Jangan ingat senang jer nak buli.


Rakan rakan mereka yang lain semua garu kepala melihat karenah ni dua. Mengalahkan budak budak. Kalau nak kata sebab perangai mereka buruk, memang tak lah. Malahan kedua dua mereka sangat disenangi rakan rakan mereka. Entah kenapa dengan semua orang pun mereka boleh berbaik kecuali antara satu sama lain.


....


“Oops sorry. Tersengaja!” Puteri melemparkan senyuman semanis gula terhadap Danish. Puas hatinya tengok Danish yang basah kuyup. Bila terlihat Danish betul betul berada diluar tingkap yang dia sedang membasuh, dengan sendirinya tangannya telah membaling air baldi yang digunanya keluar tingkap. Entah kenapa, dia tak boleh nak kawal pergerakannya. Berbunga hatinya melihat keadaan Danish yang kuyup dimandikan air kotor.


Sakinah dan beberapa rakan mereka melihat drama yang sedang ditayangkan secara langsung dengan geli hati. Confirm ni dua kalau berlakon drama, mereka sokong. Tengok diorang gaduh memang kelakar. Dua dua taknak mengaku kalah. Macam harimau bertemu singa. Dah kena marah berkali berkali dah. Tetap tak serik. Ada jer akal untuk mengenakan satu sama lain.


“Oi Minah! Kau apahal? Tak puas hati boleh cakap apa. Apa ni main baling baling air?” Danish sudah naik hantu. Geram betul hatinya. Tanpa sebab dia kena serang. Habis kuyup. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek belakang untuk memeriksanya. Kot kot menjadi mangsa minah gila ini.


“Memang aku tak puas hati tadi. Tengok muka kau jer rasa naik mual. Tapi sekarang tengok kau dah mandi air kotor, aku dah puas dah. Jadi takyalah kau nak minta maaf sebab naikkan darah aku. Dah turun sendiri dah.” Puteri senyum sinis dan langsung meninggal kan Danish yang darah makin mendidih. Siap kau Puteri. Mesti aku kenakan kau cukup cukup.


....


Tak guna punya perempuan. Sejuk siol kena mandi air. Kalau bersih takper juga. Entah apa dah campur dalam air tu. Ada ke dia tuang kat aku. Danish merungut dalam hati sambil menyalin pakaian. Nasib baik dia ada terfikir untuk bawa pakaian salinan setiap kali ke Kampung Seraya. Mana tau baju kotor ke, jatuh ke, bau sebab peluh ke. Tak sangka pulak, kena serang dengan minah gila pun boleh jadi sebab.


Macam mana aku nak balas balik eh. Kalau tak kena balik memang tak puas. Sambil menyalin pakaian, dia terpandang cicak ditepi dinding. Danish tersenyum nakal. Heh heh, siap kau perempuan! Misi untuk kenakan Puteri Arissa kini bermula.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha