Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
31,183
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 15


Bab 15


Setelah berjalan selama lebih kurang sepuluh minit, mereka berhenti. Danish tidak mahu mereka pergi terlalu jauh kerana mereka tidak kenal hutan ini. Dia hanya boleh mengharap yang Pak Tam atau Budi akan ketemu mereka.


“Kau ok?” Puteri hanya mengangguk lagi. Dia kelihatan lesu. Setelah membentang tikar yang dibawa Puteri, mereka pun duduk. Danish memberi Puteri sebotol air mineral dan meneguk setengah botol air. Lepas kejadian seram tadi, tekaknya kehausan.


“Terima kasih.” Danish memandang Puteri dengan keliru. “For not abandoning me” dia menjelaskan.


“Sejahat mana pun aku, aku takkan tinggalkan kau punya. Dan aku minta maaf. Sebab kasar dengan kau tadi.” Puteri menggangguk lagi. Dia rasa sungguh tak bertenaga.


“Kau tunggu sini. Aku patah balik ke tempat tadi. Cari Pak Tam.” Danish berdiri dan membersihkan tanah dari seluarnya.


“Aku takut. Jangan tinggalkan aku sorang. Please.” Puteri menarik seluarnya. Dia memandang Puteri, dia sedang berpeluh dan bibirnya biru. Danish melutut dan menatapi muka Puteri degan teliti. Matanya kuyu dan mukanya pucat sangat. Dengan teragak agak, dia menekap tangannya ke dahi Puteri.


Masyaallah, panasnya badannya! “Puteri. Kau deman ni.” Dia perasan yang Puteri tidak lagi beberapa sedar. Gadis itu kini tersandar lesu, matanya ditutup dan setiap nafas yang ditarik bagai menyiksa dirinya. Danish menggongcang bahu gadis itu dengan lembut.


“Puteri, Oi bangun Puteri. Kau jangan takutkan aku. Puteri....” Danish menjadi cuak. Jangan jangan dia dah kena patuk ular tadi. Macam mana aku nak periksa ni, kalau dia ada terkena gigit di mana mana. Ya Allah, janganlah Puteri ni apa-apa.


Tanpa berfikir panjang Danish, Danish memikul kedua beg yang mereka bawa dan mendukung Puteri. Dani mula berjalan ke kawasan yang Pak Tam tinggalkan mereka. Dia berdoa sangat yang dia sedang menuju ke arah yang betul dan yang mereka takkan sesat. Dia melangkah dengan tergesa-gesa.


“Hang on Puteri. Aku akan pastikan kau selamat,” hatinya berbisik. Dia memandang pada gadis yang terlungkup di bahunya. Dia langsung tidak sedar dan Danish diterkam perasaan gemuruh. Risau kalau apa-apa terjadi pada gadis itu.


....


“Pak Tam, tolong Pak Tam. Puteri sakit.” Danish memekik sekuat kuat hati sebaik sahaja dia sampai ke kawasan yang mereka telah berhenti untuk makan tengahari tadi. Hatinya berasa syukur kerana telah berjaya mencari tempat ini dengan senang. Dia melihat sekililingnya, mengharap dapat berjumpa dengan Pak Tam.


Bila bayang bayang Pak Tam pun tidak dijumpanya, Dia mula berteriak sekali lagi. Dipekik sekuat hatinya. Peduli apa aku kalau orang ingat aku gila. Asalkan Puteri selamat.


“Pak Tam! Budi! Tolong Dani, Puteri sakit! Pak Tam! Budi!” dari tepi matanya dia terpandang Pak Tam dan Budi sedang berlari anak kepada mereka. Hatinya diserkap rasa lega.


“ Ya Allah! Apa dah jadi ni!” Pak Tam bertanya dengan cemas. Dia meneliti keadaan Puteri.


“Kita balik sekarang. Ikhlas tak jauh pun dari sini. Dalam 20 minit kita sampai. Beg beg itu letak kat dalam kereta sorong. Kalau kamu penat angkat Puteri, Budi boleh tolong.” Pak Tam berkata sambil meletak barangan kedalam kereta sorong.


“Dani boleh.” Ringkas jawapan Danish. Dengan itu mereka terus berjalan pulang ke Rumah Yatim Ikhlas. Budi juga telah menelefon Prof Bakhtiar agar dia boleh memanggil ambulans.

“Puteri kau takkan apa apa.” Danish berbisik dalam hati. Bila kelihatan Rumah Yatim Ikhlas, sekali lagi Danish mula berteriak.


“Prof! Kita dah sampai. First Aid!” Prof Bakhtiar mendengar dia memanggil dan berlari padanya. Disebelahnya, doktor rumah anak yatim Ikhlas turut berlari anak. Juga dibelakang mereka Sakinah dan Hannah. Mereka kelihatan runsing sangat.


“Cepat bawak dia masuk. Baringkan dikatil. Ambulans akan sampai dalam beberapa minit.” Doktor Eva mengarah. Dia kemudian mengarah semua orang diri diluar supaya dia boleh mula rawatan kecemasan. Oleh kerana mereka mengesyak yang dia dipatuk ular, dia juga ingin mencari luka patuk bagi memastikan.


Previous: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha