Home Novel Komedi/Romantik Komedi IMAM UNTUK PUTERI
IMAM UNTUK PUTERI
Ameerah Sha
6/11/2017 16:45:07
31,146
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 12

Bab 12


“Ish geramnya, pasal mamat ni aku yang kene” Puteri menggeretu dalam hati. Setelah mandi berkali berkali dia tetap tidak rasa bersih. Masih terasa lagi di kulitnya, bekas binatang yang paling tidak dia suka. Geli sangat. Sambil mengelap cermin tandas yang kabur disebabkan wap ketika dia mandi, Puteri mengambil sabun lagi sekali dan mencuci tangannya dua tiga kali lagi. Harapannya rasa geli itu redha sikit.


“Arissa, you okay?” tanya Alisha sebaik saja dia melangkah keluar dari tandas. Dibelek badannya kanan ke kiri sambil dirinya di ‘periksa’ oleh Alisha. Tergelak Puteri melihat telatah kawannya ini. “I okey lah. Terima kasih korang, sudi jaga Ari.” Ketiga tiga rakannya tersenyum membuat dia rasa sedih tiba tiba. Lepas pulang ke Malaysia dah tak dapatlah dia nak jumpa dengan kawan kawan barunya selalu. Seteleh memastikan yang Puteri memang tidak ada apa, Sakinah mengusap rambut Puteri sambil mengucapkan selamat malam kemudian beredar pulang ke biliknya.


Kemudian, ketiga tiga rakan sebilik yang tinggal, memanjat ke atas katil saiz queen yang di kongsi Zara dan Puteri, untuk tidur bersama sama. “Ari. Kau jangan gaduh gaduh tau dengan Danish. Masuk hutan wehh. Bukan kerja main main. Jagi diri kau baik baik.” Zara menasihatkannya. Dengan panjang lebar syarahannya. Puteri tersenyum memandang rakannya. Baru seminggu dia mengenali mereka, mereka dah begitu risau tentang keselematannya. Puteri sangat bersyukur.


“Ala korang jangan risaulah. Ini Puteri Arissa ok. Kalau dia nak mesti jadi punya.” Zara dan Alisha menggelengkan kepala masing masing.


“Oomph! Oi apa main pukul pukul dengan bantal hah” melayang Puteri diserang kedua dua rakan sebiliknya serentak. Pecah perut mereka ketawa melihat Puteri yang sedikit terpinga pinga. “Korang ni potong stim ah. Aku baru nak semangat tau”


“Ah sudah nak tunggu kau semangat, alamatnya tak tidur lah kita malam ni. Aku dah ngantuk ni. I don’t know about you guys, but today has been a very exciting day for me. Penat!” Alisha berkata sambil menguap.


Puteri langsung bangun dari katilnya untuk memadamkan lampu. Tak sampai 10 minit ketiga tiga rakan sebilik dah pun terlena dibuai mimpi.


....


“Dani, kau dengan Ari apa hal eh? Bekas kekasih eh? Aku tengok asyik gaduh jer korang dua.” Mikail tanya sebaik saja Danish dan rakan rakan sebiliknya siap duduk untuk berehat di beranda bilik mereka.


“Eh mana ada, sebelum ni aku tak kenal pun minah sewel tu. Selisih malaikat 44” dengan cepat Danish membidas. Terbahak bahak ketawa rakan rakannya melihat Danish tidak keruan bila Puteri disebut.


“Tu lah, aku pun tengok jugak. Mak aku cakap, kalau selalu gaduh, dah besar nanti kene kahwin. Entah entah gaduh gaduh sayang tak?” Harun mengusik.


“Ish, merepek ah korang. Dahlah aku nak tidur dulu, esok nak kene tengok muka minah senget tu satu hari, mak ai, jadi nak kene recharge battery lebih lebih.” Dia pun beredar masuk untuk tidur setelah mengucap selamat malam.


Harun dan Mikail saling memandang dan kedua duanya memikirkan benda yang sama. Macam mana lah agak nya besok keadaan Kampung Seraya. Rugi lah yang mereka tidak ditugaskan ke Kampung Seraya, tak dapat tengok drama yang bakal terungkap esok secara langsung.


Selesai berus gigi dan bersiap untuk tidur, Danish mematikan lampu tepi katilnya. Dia pun cuba tutup mata, tapi hatinya terasa berat. Belum sempat dibuai mimpi, kedua dua rakan sebiliknya sudahpun melangkah masuk. “Mik, Harun, aku tanya korang eh. Korang rasa nari salah aku ke?” Danish masih rasa serba salah tentang kejadian siang tadi.


Terlompat kedua dua rakannya. Sangka mereka Danish dah tidur.


“Astaghfirullah. Belum tidur rupanya. Terperanjat aku.” Harun mengusap dada.


“Bro, kalau kau tak rasa kau salah, aku rasa elok kau lompat keluar dari tingkap tu. Tak pun kau mari sini, aku tolong ketukkan kepala kau dengan remote ni. Kasi sedar sikit” Mikail terkekeh melihat Danish yang tak senang tidur.


“Ala, apa susahnya, besok kau pergi lah minta maaf dengan Ari. Memang salah kau pun. Ada ker kau campak cicak kat anak dara orang. Ni mak bapak dia tau, habes kau kena basuh.” Harun pulak tambah.


Danish mengganggukkan kepalanya tanda setuju. Tapi kalau nak minta maaf dekat minah sewel tu, memang kes berat. “Dia mulakan dulu tu. Aku tolong habiskan jer.”


“Dah kau jangan nak merepek. Tidur lagi bagus. Besok you have a long day. Baik kau rehat siang. Harun kau pun. Tidur lagi bagus. Korang dua bising ah” Harun dan Danish hanya ketawa dengarkan leteran Mikail.


“Night guys”


....



“Kalau aku tak pulang, just remember ok that I love you guys. Bilang mak bapak aku jugak” Puteri berpesan pada Zara dan Alisha sambil buat buat nangis.


“Eleh sempoi ah kau. Dah lah pergi pack beg kau tu. Pastikan keperluan semua ada.” Zara balas. Dia pusing dan terpandang Alisha dan Puteri berpelukan, masing masing berlakon dalam drama pilihan sendiri. Zara menggelengkan kepala.


Dicapai bantal di atas katil dan dicampakkan ke rakan rakannya dengan penuh semangat. “Hoi! Korang dua apa hal. Drama sak!” Puteri dan Alisha mengilai ketawa, kedua-duannya bahagia. Usai siap sedia, ketiga-tiga dara itu turun ke lobi.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ameerah Sha