Home Novel Kisah Hidup Mencari diriku
Mencari diriku
Maryani Zailani
11/11/2022 13:19:56
16,355
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
Bab 2

Buih-buih udara keluar dari rongga pernafasanku. Bagaikan sedang bernafas dalam air. Ya, aku sedang berada dalam air tidak berdasar. Seluruhnya biru seakan hijau lumut juga.


Aku melihat tanganku yang seakan menggapai sesuatu. Mengapa?


Kesedaran yang tersisa nampaknya tidak bertahan lama kerana oksigen yang semakin terhad. Nampaknya, pandangan mata semakin redup. Ngantuk yang teramat menguasai. Biar aku tidur...sebentar.


****************************************


"Begitu mudah kau menyerah kalah?" Suara sinis membisik di cuping telinga. Tawanya yang kuat membingitkankan telinga.


Walau mata tertutup dan kudrat yang terhad, suara itu masih dapatku dengari. Aku melawan rasa lemah menguasai diri. Tubuhku meronta-ronta dalam air. Entah mengapa mataku terbuka pantas dan seperti ada tangan yang menarikku ke atas sehingga aku boleh bernafas di permukaan.


****************************************


"Kalau takut untuk gagal, mengapa harus dilalui jalan itu?" Hanya suara hatiku kedengaran.


Aneh. Apa yang aku rasakan saat ini. Bagai aku terperangkap dalam relung waktu yang asing. Aku berdiri di tengah-tengah lintasan jalan. Manusia sekeliling berjalan dengan sangat pantas tanpa mempedulikan aku. Sungguh, aku bagai tidak wujud.


"Usah diseksa hati kau lagi. Itu sia-sia," mengapa aku merasakan seorang yang sangat misteri itu berhenti di sebelah aku hanya untuk mengatakan ini.


"Percayalah...hidup tidak mampu untuk menyenangkan semua orang," dan seseorang itu hilang bagai deruan angin kencang. Putih, aku melihat ia pergi menghilang di balik awan biru yang bersih.


"Ya, aku perlu belajar untuk melupakan," spontan keluar dari bibirku.


Perlahan-lahan aku merasakan aku ini jatuh terlentang dan berbaring di atas permukaan yang lembut. Terasa nyaman yang sudah lama tidakku rasakan.


Putih...segalanya putih. Ruangan putih tanpa warna lain. Aku melihat seperti bulu-bulu ayam berwarna putih berterbangan. Ya, ia mengasyikkan. Aku ingin menggapainya.


Mungkin kerana terasa penat dengan peredaran ruang, aku mulai mengantuk yang teramat. Lenaku yang sudah lama hilang kini kembali.


"Selamat malam...permaisuri," dalam lena, aku mendengar suara seseorang itu tadi.


Aku yang sudah tidak sedar diri...tersenyum tanpa diminta. Dalam hati, aku berdoa dan berharap segalanya menjadi indah apabila aku mendapat kesedaran.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.