Home Novel Kisah Hidup Himpunan cerita kontot
Himpunan cerita kontot
Maryani Zailani
14/9/2024 17:57:38
1,810
Kategori: Novel
Genre: Kisah Hidup
CK 6

CERITA KONTOT 6: BUDAK MANA PULA

YANG MENGINTAI NI?


Dekat fakulti aku ni, ada sebuah bilik perpustakaan yang khas untuk jurusan kami. Dinding perpustakaan diperbuat daripada kaca jernih. Kiranya, memang boleh nampak apa yang berlaku di luar sana.

Suatu hari, aku duduk sendirian dalam tu lepas habis kelas petang sementara tunggu kawan aku habis kelas. Kami janji nak makan petang sama-sama. Lagi beberapa minit nak pukul 6:00 petang. 

Aku pun belek-belek TikTok menerusi telefon Realme C3 sambil baring di atas lantai. Masa ni aku menghadap rak buku. Aku pun gelak-gelak tengok video yang FYP kepada aku.

Aku berpusing tubuh dan cuba teka apa yang aku nampak? Aku ternampak seorang budak lelaki berumur dalam 6 tahun, memakai baju merah sedang menyeringai sambil kedua belah tangannya melekap pada dinding luar! Bola matanya galak!

Berderau terus aku dibuatnya! Aku beristighfar dan terus terbangun. Namun, sekelip mata budak tu hilang! Aku terus teringat akan kisah urban legend fakulti kami tentang kelibat budak baju merah. Dulu, masa awal-awal pembinaan… katanya, budak tu terkorban di tapak pembinaan. Aku taklah tahu lebih lanjut. Setakat itu aje aku tahu.

Sumpah! Mulai dari hari itu, taubat aku nak sorang-sorang dalam tu!


- TAMAT -

1 OGOS 2024


Previous: CK 5
Next: CK 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.